Pages

Tuesday, May 29, 2012

Skizophrenia: Entah macam mana perasaannya~~


Bismillah..

"pak cik..lukislah ape-ape yang pak cik fikir.."


Hari ini kami satu kelas ke Hospital Permai untuk selesaikan program terakhir kami sebelum exam bagi subjek Abnormal Psychology..

Alhamdulillah..dalam pada saya ngantuk-ngantuk tu pun, dapat jugak habehkan program sehari ni dengan jayanya.erk.

teringat balik time form 5 dulu, ada jugak buat program macam ni. Program Doktor Muda. hoho..hebat gile name program..>.<
saya dapat bahagian psychiatric jugak. tapi rasenye dulu macam lagi best la sebab dapat masuk wad, yang hari ni tak dapat pun. just patient dihantar ke tempat kami nak buat aktiviti tu..

patient yang kami jumpa tadi semuanya penghidap skizophrenia. tahu tak disorder tu? aishh..malas nak cerita, kalau tak tahu boleh lah tanye pak cik google sendiri ya. kalau hendak seribu daya.. :D

tadi time buat art therapy terkial-kial lah jugak. ye la.. pakcik tu tak berapa nak cakap sangat. saya tanya sepuluh patah, dia jawab sepatah =_='
paling banyak pun dia sengih-sengih je..
mujur Allah selamatkan saya daripada keadaan yang blur tu dengan hadirkan dua orang kawan yang patient dia langsung tak nak bercakap.. ~_~
bile dah berteman tu rasa lah macam ade motivation sikit..
kalau tak tu asyik rasa nak garu kepala je.. adoi laa..

hmm..
ada satu therapy ni yang namenye laugther theraphy..
macam mana? simple. just laught for no reason..
pelik jugak rase mula-mula.. but then try la buat ape-ape gaya yang membolehkan kita untuk gelak. 
name pun gelak tanpa sebab, jadi gelak je laaaa..~_~
therapy ni adalah one of the theraphy untuk patients kat situ
gelak kan boleh stimulate hormone positive dalam badan
benefit jugak untuk reduce stress or help us feel better..

sebab tu laa..
jangan marah-marah dan buat muka masam sokmo-sokmo
kalau kita stress, tambah pulak dengan muka yang masam & marah.. stress tu boleh jadi double triple worse.. 

Btw,entry ni adalah mesej keamanan.eh. bukan.. mesej nasihat ke.. 
entahlah.cumanya nak cakap..
bila kita tengok patient yang ada mental illness ni, janganlah senang-senang cop mereka sebagai GILA. 
mungkin mereka tak boleh nak cakap dengan elok macam kita tapi itu bukan bermakna mereka tak ada hati dan perasaan untuk terima perkataan GILA tu..
lagipun.ples..mereka bukannya 'gila', contoh GILA tu adalah macam presiden Syria Basyar Assad yang naik gila membunuh orang sesuka hati kat Syria tuu..haa..itu memang gila..

kalau tengok background mereka, ramai je yang highly educated. bukannye orang-orang yang tak tahu asal usul dari mana, anak sape.. 
mungkin itulah ujian Allah untuk mereka, sekurang-kurangnya kesakitan itu menyebabkan mereka dah kurang dosa-dosa berbanding orang yang masih boleh berfikir dengan sempurna macam kita ni..

sayu bila tengok pakcik dan makcik tu..
mixed feeling. terasa yang mereka pun mesti tak pernah terfikir atau mengidam untuk berada di tempat yang macam tu
Entah macam mana perasaannya. Allahu Allah..

again. jauhi dari mentaliti masyarakat yang masih kolot dan tak bukak mata luas-luas..
mereka bukan orang gila yang kena dijauhi.. yang kena ada bias berbanding orang biasa..
kalau adapun yang buat crime jumlahnya masih sedikit berbanding orang normal kat luar sana..

asyik teringat je hadith ni..

 "Allah tidak melihat kepada wajah dan harta kamu semua, tetapi Allah melihat kepada hati2 kamu dan dan amalan2 kamu" [sahih Muslim]

walaupun mereka tampak kurang berbanding kita
belum bermakna kita lagi mulia dari mereka
tambah pulak untuk mereka yang Allah uji dengan penyakit ni
mungkin sepanjang masa pahala bertaburan jatuh ke atas diri mereka
sedangkan kita?

Y_Y





*******************************************





* Mata asyik masuk habuk je baca cerita tentang saudara kita di Syria. Allahu Allah.. kezaliman yang terang-terangan, janganlah masih memilih untuk butakan mata! Ayuhlah berdoa, salurkan derma, buatlah apa yang terdaya..kita tak mampu nak pergi ke sana, tapi ia bukan bermakna kita hanya boleh duduk goyang kaki sahaja~!








0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment