Pages

Thursday, May 31, 2012

Syria: Allahu Mus'taan!


Bismillah..



Wahai Muslimin..
Anda sedang buat apa?
Sibuk mengejar dunia?
Sibuk mengejar pangkat dan harta?
Sibuk berjaga malam kerana mahu memenuhi tuntutan dunia?

Sedangkan mereka di Syria...

 kenapa kanak-kanak ini yang dibunuh??
 
bayangkan andai bayi ini adalah daripada keluarga anda..


Allahu Rabbi..
sedih sangat..
saya tak faham manusia jenis apakah yang sanggup melakukan sebegini rupa terhadap kanak-kanak dan bayi yang tak berdosa macam ni.
dosa apa yang mereka buat? mereka tak mengerti apa-apa pun..

Bila sharing dalam usrah hari tu..
rasa macam kena hempap kepala dengan batu
kita sekarang duduk senang lenang, goyang kaki
makan pakai terlebih..boleh berjalan sana sini tak perlu risau kena bom kena tembak
boleh gelak-gelak, berlari-lari riang gembira seakan-akan dunia ni kita punya..
sedangkan mereka??
Allahu Rabbi...:'((

dan rasa paling hina dina bila kita tak nak pun ingat pada mereka
tak sebut pun nama mereka dalam doa kita
perasaan kita bermusim, bila kena bunuh dan sembelih beramai-ramai kita ambil tahu
tapi beberapa lama kemudian kita pun memilih untuk lupakan mereka..
Arghh!! teruknya rasa..




Ya Allah.. video kat atas ni sedih sangat..
Di usia masih kecil, anak ini sangat yakin bahawa rakannya itu sudah di syurga..
Dia sudah melihat bayangan syurga..sedangkan kita?
Allahu Rabbi..
janji mu benar!
surgamu benar.. nerakamu benar..
dan Engkau menyaksikan segala-galanya..
perhitunganmu Maha Adil..
balasilah kezaliman para thagut ini ya Allah!

dan basahilah hati-hati kami ini juga ya Rabbi
dengan kecintaan kepada umat islam seluruhnya
kerana hakikatnya kami ini BERSAUDARA.. :'(





0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment