Pages

Tuesday, March 26, 2013

Dan dia pun berdoa..


err..lelaki ada nama jannah ke?

"Akak.. saya selalu cemburu dengan orang yang nama Jannah. Sebab orang panggil dia, syurga! syurga! sepanjang hayat dia.."

Dia gelak

"Sampai saya tanya kat mak saya, kenapa letak nama ni, nak nama Jannah, nanti orang doa setiap kali panggil kita dengan syurga," sungguh-sungguh saya bercerita

Dia senyum lagi

"Erm.. tak apa lah, nanti awak letak la nama anak awak jannah,"

"Tapi tu anak saya, bukaaan saya,"

"Laa.. nanti orang panggil la awak Ummu Jannah. Kan?"







*Wah. Kenapa tak pernah terfikir pulak. Ummu Jannah! Moga Allah izin.. ^^



Wednesday, March 20, 2013

Untuk Kak Long





Saya ada kakak.
Saya panggil dia Kak Long.
Jujur, antara kesemua adik beradik perempuan saya, saya paling rapat dengan dia.
Mungkin sebab jarak kami berdua yang agak jauh.
Kak long memang selalu akan lebihkan saya, dalam semua perkara.
Duit raya, barang-barang, time mesyuarat tak rasmi adik beradik
Semua..semuanya..
Termasuklah peraturan meletakkan tangan kiri di atas meja ketika makan.

"Ala kak long ni.. kalau kak lang semua bolehhh,"
Saya sengih je. Tanda menang.

Begitulah.
Dari saya kecik sehinggalah saya semakin meningkat dewasa
Saya masih tetapi dipanggil adik, walaupun kat bawah saya berderet-deret lagi adik sebenarnya

Masa berlalu
Kak long sibuk dengan keluarga dan kerjayanya, membuatkan kami jarang dapat berjumpa
Dan selalu kalau cuti panjang, kak long akan mesej
"Datanglah sini, tolong jagakan budak-budak ni"
Haruslah saya pergi, walaupun nak kata tolong jagakan sangat anak buah tu tidaklah mana
Tetapi saya gembira, walaupun menempuh perjalanan beratus kilometer berseorangan

Dan kak long masih sama, masih suka memasak
Dan saya hanya jadi si tukang tengok yang setia
Ataupun si tukang merasa makanan di atas dapur yang paling tak sopan, begitulah katanya

"Kau ni, jangan  buat perangai macam ni depan mak mertua, teruk betul!"
Saya gelak je. Tetap bahagia.

Hingga kini saya masih tak mampu melupakan saat ketika kak long diijabkabulkan
Betapa ketika itu saya terdengar semua hadirin yang menyaksikan mengucapkan tahniah
Saya berlari ke bilik air bersama pinggan di tangan
Mengelap air mata yang entah datang dari mana
Rasa kehilangan. Rasa sebak yang mengoyakkan perasaan, betapa kak long saya akan beralih perhatian bukan kepada saya seorang lagi.

"Kak lang mana kak lang? Tadi suruh dia hantar pinggan pengantin ke depan, ni dah hilang pulak," sayup kedengaran suara dari luar, mencari pembawa pinggan yang tiba-tiba hilang.

Puas saya memujuk diri
Bahawa kebahagiaan dia adalah kebahagiaan saya.
Dan perlahan-lahan saya belajar untuk menerima hakikat itu..
Bahwa kak long masih akan tetap kak long saya
Saya akan tetap menjadi adik di ruang yang sama di hati dia..

***********************************************************************

Masa berlalu
Kadangkala terasa jauh beza saat dahulu dan kini
Tambahan pula kak long sudah mempunyai dua orang anak kecil
Perhatiannya mestilah tidak sama seperti dahulu
Dan saya belajar untuk menerima, bahwa kami sudah dewasa..
Tanggungjawab yang dipikul tidak akan membuatkan kami masih berada di dalam realiti yang sama

Walaupun begitu, kak long masih sudi bertanya pendapat saya,
Ya..sama seperti dulu

"Nanti nak letak naufal ni kat sekolah mana ha?"
"Hantarlah kat sekolah swasta agama long, biarlah mahal sikit tapi terjaga didikan dia. Nanti adik carikan sekolah tu, ni adik ada kenal makcik yang tahu sekolah-sekolah swasta yang bagus ni,"

Sehinggalah..

"Ha.. kak long dah pergi sekolah yang kau cakap tu. Dah bincang dengan abang, nanti tahun depan hantar naufal dengan thaqif kat situ,"
Saya senyum. Terasa dihargai.

***********************************************************************

Dan pastilah kehidupan tak akan seindah yang kita impikan
Allah akan sentiasa menguji
Pada mereka-mereka yang kita cinta
Dan begitu juga pada kak long dan saya

Dan saat ini saya tak mampu menahan air mata
Bila terkenangkan semuanya..
Betapa ketika ini saya mengharapkan kak long dapat membaca tulisan ini
dan merasakan bahawa ini benar-benar datang dari hati seorang adik yang masih sama..

Apa yang telah berlaku tidak mengubah hati saya
Walaupun sekelumit cuma
Saya masih adik itu. Sama seperti dahulu..

Allahu Allah..
Sampaikan salamku padanya
Betapa aku sebenarnya terlalu kasih pada dia..

*basah*



Tuesday, March 19, 2013

Nota untuk diri


Seminggu dua ni
Rasa lembik. lemau. layu

Dalam kelas mata asyik nak terpejam
Dan kalaupun mata tu terbuka, fikiran sebenarnya sudah melayang entah ke mana
Biasanya duduk depan sekali
Tapi kali ni terasa seakan hanya duduk membatu. Hanya diam membisu..

Tapi ku gagahkan diri juga
Sebab tahu kalau layan perasaan memang takkan kemana, bahkan semakin down dan lesu
Jadi, Paksa diri juga
Hadir program dengan senyuman
Berusrah untuk memberi dan menerima kembali
Ulang alik rumah akhwat saban hari
Bawak kereta beratus kilometer tanpa jemu

Sedaya upaya mengagahkan jiwa untuk tidak berkata tidak
Pada setiap panggilan dakwah
Pada setiap sapaan tarbiyah..

Semuanya..

Hanya dengan satu niat

"Wahai tuhan, jangan biarkan aku lesu
Jangan biar aku tersungkur dahulu.."

Urgh!


*ini curahan hati. pada diri sendiri. ya, ini untuk aku. bukan kamu.







Thursday, March 14, 2013

Keterasingan itu




I
Tuhan
Izin aku jadi batu
Keras terus begitu
Hingga akhir waktu

II
Adik
Kau harus jadi batu
Walau terlontar jauh
Harus tegar seperti itu

......

kamu
tetap doakan aku
biar aku terus begitu
atau bisa lebih baik dari kamu

kita
kuatkan hati teruslah berjalan
walau sering di salah erti
walau terasa asing sekali


Saturday, March 09, 2013

9:111




Sungguh terasa sukar
Bila diri dihadapkan dengan pilihan
sedang tahu antara salah satunya memang ada yang lebih baik
dan yang lebih baik itu sememangnya lebih mengorbankan hati dan jiwa..

Dan sungguh hati terasa berat sebenarnya
Mengenangkan sebuah perasaan yang terpaksa dikorbankan
Tatkala mengingati ayat demi ayat di dalam kalam tuhan
Bahwa dakwah dan tarbiyyah ini memang menuntut dikorbankan segalanya
Termasuk perasaan itu..

Dan kadangkala terasa seperti si penipu
hanya kerana tidak mahu menjadi golongan yang keciciran itu
sedang pujukan datang memberitahu bahawa itulah dia tarbiyyah
Bahwa itulah dia yang diertikan dengan dakwah..

Sungguh terasa sesak
Menyambung nafas demi nafas
Demi dikuatkan hati untuk terus bermujahadah
Untuk membunuh sebuah perasaan untuk diri
Demi belajar untuk memberikan segalanya untuk dakwah ini..


******************************************

Ayat ini selalu bisa mengalirkan air mata
Kerna tahu bahwa Allah akan terus menguji

Pada harta..pada jiwa

Sehingga benar-benar tiada apa lagi kepentingan untuk diri sendiri

Melainkan hanya mengharap balasan darinya semata-mata
Dan ku rasa diriku masih terlalu jauh
Jauh sekali.. :'(

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

[At-taubah:111]



Wahai tuhan..
Damaikanlah..
Tenangkanlah..




Tuesday, March 05, 2013

Kecintaan itu menggerakkanmu




Cinta yang benar itu tidakkan menjadikan kau duduk diam
Kerna cinta itu pasti menggerakkan
Walaupun jalan dihadapan seakan sukar
Walau bertatih penuh kepayahan..

Afni Natasya.
050313


Monday, March 04, 2013

Andai dahulu aku infakkan yang sedikit itu...


Bismillah..




Allah ni
Bila Dia sayangkan seseorang tu, Allah pasti akan timpakan ujian
Sama ada ujian kesusahan ataupun ujian kesenangan
But well.. orang memang akan lebih terpukul dengan ujian kesusahan tu berbanding ujian kesenangan..

Contohnya, ujian duit yang semakin tak ada
Masa tu la kita mula berkira-kira,
Sehingga satu hari bila kita nampak tabung infak
Kita mula ada rasa.. 'nantilah aku derma, duit bukannya ada sekarang'
Risau yang kalau kita infak, duit kita kan berkurang..

Alangkah..
Kita lupa, rezeki itu bukan pada nilaian ringgit kita semata
Kita culas, rasa tak yakin dengan janji Allah bilamana kita infak Allah gandakan harta kita berkali-kali ganda..

Dan tiba-tiba Allah terus tegur direct pada kita
Laptop kita rosak tiba-tiba
Kereta kita buat perangai yang datang entah dari mana
Buku kita yang berharga beratur-ratus tu hilang
Kita kena denda sebab parking kat tempat pekerja
dan paling menyentak hati bilamana duit yang perlu kita keluarkan untuk selesaikan semua masalah ni berkali ganda banyak daripada nilai ringgit yang kita berkira-kira untuk infak satu masa dulu..

Lepas satu ujian, datang pulak ujian lain yang sama
Semuanya menuntut duit dari kita
Yang memang nak tak nak kita kena keluarkan duit kita yang kita berkira-kira dulu tu

Dan paling penting, kita rasa 'ditampar' kuat dari Allah
Ini benar-benar cabaran dari Allah untuk kita kembali sucikan hati
Ingatan dari Allah supaya hata dan dunia ini tidak bersarang dalam jiwa ini..

Allah nak kata, yang sangat kita risaukan tu sebenarnya Allah yang punya
Kenapa tak berpegang dengan janji Allah dengan sebenar-benar keyakinan?
Kita rasa kita dapat duit dengan usaha kita, lalu kita kikir..
Kita risau benar harta kita berkurang..
walaupun kita tahu, bilamana harta yang ada kita gunakan sebagai jalan menyuluh orang lain ke arah kebenaran, pada kita ada pahala yang jatuh dengan berganda-ganda
Cumanya, pahala itu kita tak nampak jatuh gedebuk kat kita
Lalu mudah benar kita lupa.. :'(

Kalau ditanya sampai bila Allah akan terus menguji kita dengan ujian yang sama?

Ku mahu katakan pada dia..

Sehingga apabila datang perkara yang baik untuk urusan agama kita tidak sedetik pun berkira-kira,
Sehingga kita hanya melakukan perbuatan itu hanya untuk Allah dan RasulNya..








Thursday, February 28, 2013

Selalu..




Selalu berharap
Bisa dikuatkan hati
Atas apa jua mehnah dan tribulasi..

Dan memang benar pun
Kehidupan ini memang tempat ujian buat kita
Kita yang bernama HAMBA..

Sabar.
Solat.
Bersungguh-sungguh.
dan nekadlah..

Maka Allah pastikan menghadirkan kejayaan..
Sedang Allah pastilah sangat mengetahui
apa yang tersembunyi di dalam hati ini..

Dan akhirnya..
Kita hanya mahu Allah redha pada kita..
itu sahaja..

*update later, insyaAllah*

Thursday, January 31, 2013

Buktikanlah!




"Kita akan semakin matang dengan tarbiyyah. Dan tarbiyyah itu kan mengubah diri kita"
(Akhawat,2012)

Jika dulu kita rasa hidup ini sekadar mencari kerja dan harta semata
Tarbiyyah datang memahamkan kita bahawa kehidupan ini hanya sebagai abid dan khalifah Dia

Jika dulu perangai kita banyak mazmudah dari mahmudah
Tarbiyyah yang datang menjadikan kita insan yang lebih baik akhlaknya

Jika dulu pakaian kita tak menepati syariat
Tarbiyyah akan memberitahu kita cara menutup aurat yang sebenarnya

Jika dulu kita sekadar mahu menjadi orang-orang biasa
Tarbiyyah membuatkan kita mahu menjadi insan berbeza yang luar biasa

Dan sungguh rugi dan tertipulah mereka-mereka di luar sana
Yang mengaku berada di dalam dakapan tarbiyyah
Sedang pada diri mereka tidak berubah apa-apa..

"Dah perangai ana memang panas baran macam ni, nak buat macam mana"

"Ana ni memang tak boleh bersabar dengan orang yang yang macam dia tu"

"Dari kecik lagi ana memang malas nak membaca ni, buku-buku fikrah ni memang ana tolak awal-awal la"

"Ana boleh je drive pergi program ni. Tapi..ana memang tak bawak kereta manual, ana boleh kereta auto je"

...
.....

Dan alasan terus berjalan
Pada mereka-mereka yang mengaku disirami cahaya tarbiyyah ini

Malulah pada sahabah yang lalu

Pada jiwa-jiwa muda yang menunjukkan contoh luar biasa setelah menerima tarbiyyah ini

Pada Muaz bin Jabal yang penuh kaya jiwanya dengan ilmu di masa muda

Pada Abu Ubaidah Al-Jarrah yang menjadi orang kuat dan dipercayai Ar-Rasul

Pada Asma' Abu Bakr yang dikagumi keberanianya saat melindungi si bapa dan baginda nabi

Dan puluhan bahkan ratusan lagi nama yang membuktikan betapa tarbiyyah membawa mereka jauh berbeza dari saat belum mengenali cahaya tarbiyyah

..
...
....
......

Tarbiyyah itu mengubah diri
Maka, buktikanlah..




Mohon doa kalian.buat diri ini..

Saturday, January 26, 2013

Setinggi awan


Bismillah..




Tak salah pun
Mengimpikan yang tertinggi dalam kehidupan ni..

Berimpianlah, berusahalah dan kemudian biarlah Allah yang menentukan apakah yang terbaik buat diri..

Sebab Allah tidak akan beri semuanya yang kita mahu
Cukuplah sekadar yang kita perlu
Kerna pastinya Allah jualah yang lebih tahu,
 apakah yang lebih pantas mendekatkan kita dengan syurgaNya itu.. :')


Friday, January 25, 2013


Memang betul sangat
Nak DF keluarga tak kan sama rasanya macam kita DF orang kat luar sana

Sampai satu tahap kita rasa loser
Kenapa dengan adik-adik usrah atau kawan-kawan kita boleh cakap macam-macam tentang tarbiyyah, tentang indahnya hidup dalam kasih sayang tuhan, tentang bahagianya mentadabbur ayat demi ayat di dalam Al-Quran..

Tetapi bila sampai pada keluarga kita sendiri, tekak rasa kelat, semua rasa serba tak kena, kesabaran melayang entah ke mana
Dada rasa sesak mengenangkan kenapa bahasa kita tidak boleh selembut bercakap dengan mad'u-mad'u kita di luar sana,
Sedangkan dengan adik-adik usrah kita mampu bertahan melayang kerenah seorang demi seorang
Tetapi hati tidak pula mampu bertahan hanya dengan kerenah seseorang bernama adik..

Dan kita hanya mampu menghemburkan air mata
Rasa diri lemah tak berguna


Sunday, January 20, 2013

Mula dari detik ini..





Ringkas.
Tapi sungguh ia benar..

Ada banyak perkara yang hari ini kita kesalkan
Kenapalah dulu ku tak pernah belajar untuk menghargai setiap memori yang ada

Betapa ramai insan yang datang dan pergi
Dan setelah sekian lama baru kini kita sedar yang insan itu berharga dalam kehidupan kita
Ahh..hanya tersedar saat insan itu telah tiada ;(

Tetapi tak mengapalah

Masih punya ruang dan masa untuk perbaiki semula keadaan. MUNGKIN.
Walaupun pasti rasanya akan beda.
Dan tak mungkin juga akan ada orang lain mampu menjadi seperti dia..

Sungguhpun begitu.

Dan yang pasti, ada satu saat yang lebih dasyat dari penyesalan ini

Iaitu saat di mana kita dibangkitkan satu hari nanti..

Saat mengadap Rabbi
Yang mana tak mungkin kita bisa berpatah balik ke dunia kembali.. 




p\s: Hargai mereka disekeliling anda. Hari ini, mulai dari detik ini.
Percayalah, Kita tidak pernah terlalu lewat untuk memulakannya..




.permusafiran ini mengajariku.



Thursday, January 17, 2013

Bismillah..




I'll start my journey from today, insyaAllah..

Sungguh jalan dakwah & tarbiyyah ini kan mengajarkan kita banyak perkara
Yang ku kira tidak layak diriku untuk menerimanya..

Ya Rabbi..
redhailah..
Setiap jejak langkah kakiku ini.. :')

.170113.

.0301.
.kerana Tuhan untuk manusia.



Sunday, January 13, 2013

Ulser yang mengalirkan air mata T.T


.:Luahan Hati di Petang Hari:.

Saya adalah antara orang yang paling kerap kena ulser di mulut

Sejak bila entah, saya pun dah lupa
Orang kata memang antara sakit yang wajib saya dapat setiap bulan
Ada la hanya beberapa kali dalam hidup ni yang saya tak kena ulser dalam sebulan tu, menyebabkan saya pulak yang pelik, "Eh, tak kena ulser bulan ni?" huhu

Dan disebabkan dah biasa sangat dengan ulser-ulser ni, saya pun jadi macam tak kisah bila kena,
Sakit? Huhu.. mestilah. tapi orang kata, alah bisa tegal biasa..
Lagipun, ni bukan ulser yang kat mulut tu, tu dah tak extreme sangat dah, ni ulser kat lidah..
Sakitnye memang jauh la berbanding ulser kat mulut sebab kat lidah kan, nak cakap..nak makan..
Nampak je kecik lidah ni, tapi effect bagi kat satu badan bila sakit
Nampak je macam tak ada peranan sangat lidah ni, tapi kalau salah guna boleh heret masuk dalam neraka. Eh?

Bila kena ulser ni, ramailah orang yang cadangkan ubat itu dan ini
Letak garam.. (Aaa..terus lari laju-laju)
Letak Bonjela.. Oho, yang ni pernah try sekali time sekolah menengah dulu, mak aii.. berguling jugak atas katil, menyebabkan saya terus berazam yang saya takkan letak lagi dah bonjela ni kat ulser. huhu

Garam jangan cakap la, dengar pun dah takut.. T.T

Dah degil sangat tak nak guna ubat, so memang saya tahan je la sakit ni..
Google2 la kat internet cara-cara tradisional yang tak menyakitkan macam banyakkan minum air ke.huhu

Bila cari-cari kat pakcik google, antara sebab penyakit ulser ni:


1) Kurang minum air
Tasya: Memang pun. huhu. kadang-kadang satu botol air yang 500ml tu pun tak sampai. Bukan apa, saya selalu lupa nak minum air (ada jugak orang macam ni)

2) Selalu strees
Tasya: Stress..stress..apekah? saya pun tak tahu nak define macam mana kalau nak kata selalu stress ni, rasa macam cool je. Ahaha. memang la saya ni cepat gelabah, tapi cepat gelabah bukan bermakna stress kan? Eh, ke cane?

3) Kurang vitamin. Kurang makan buah
Tasya: Saya suka makan, tapi saya pun rasa saya makan makanan yang tak seimbang. Hmm..buah2 ni memang jarang la, (tapi sejak dua hari ni saya seiap petang makan buah tembikai susu tau.insaf~~) vitamin apatah lagi. Dulu ade jugak mak  belikan vitamin blackmore tu, tapi.. ingat nak makan dua minggu je. lepas tu..Eh, kat mana ntah.. >.<

4) Penjagaan mulut yang tidak baik
Tasya: Sebab nabi kalau boleh nak setiap waktu solat gosok gigi, memang saya berusaha lah nak buat macam tu jugak lepas dengar hadis tu. kalaupun tak dapat nak gosok gigi, biasanya berkumur pun ok lah lepas makan. Ada jugak baca-baca ni dia kata kena tengok jenis ubat gigi jugak. Err.. saya guna ubat gigi mukmin. =.=
Entahlah, but I try part yang ni. oral care kan, sendiri mau ingat lah

Tapi kali ini saya rasa inilah ulser yang paling menyeksakan dalam hidup sepanjang mengenal ulser ni
Pertama kali air mata keluar sebab nak tahan sakit, biasanya tak de la seteruk ni
Aaa..tak tahu nak describe macam mana T.T
Selang beberapa jam jugak dok tengok lidah kat cermin, "Allahu..kenapakah kali ni sakitnya sangat dasyat.huuhu.."

Bak kata roomate, sabar je la. kifarah dosa kan T.T
Boleh kurangkan jugak bercakap ni, kalau apa-apa dapat bagi senyuman je la

Aha.panjangnya luahan hati pasal ulser kan
Kalau sesiapa ada tahu ubat yang boleh hilangkan ulser ni dan TAK SAKIT, bolehkan cadangkan kat saya sekali. 

Papepun..
Alhamdulillah for averythings

Masih banyak nikmatNya yang perlu di syukuri lagi (air mata berlinangan) 

Tuesday, January 08, 2013

Kerna syurga itu menginginkanmu untuk menjadi GILA



Bismillah..



Alangkah jauh beda kisah kita..


Lelaki itu menangis


Sang Raja yang sedari tadi memerhati mula bersorak gembira, "Ah, pasti dia sudah tidak mampu menahan penderitaan yang aku berikan ini," lantas raja memanggil lelaki itu kehadapannya.


Lelaki yang kusut masai, wajah dan tubuhnya kelihatan longlai dek seksaan yang bukan kepalang diterimanya. 

Seksaan yang amat dasyat, hanya kerana lidahnya terus menerus mengungkapkan penyaksian Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
"Nah, sekarang aku masih berikan kau peluang terakhir untuk memperbaharui ucapanmu itu. Katakanlah, bahawa aku ni tuhanmu, dan kemudian aku akan lepaskan kamu dari tempat yang mengerikan ini"

Lelaki itu masih tertunduk. 

"Wahai tuan, bukanlah aku menangis kerana takut tatkala melihat kawah yang menggelegak dihadapanku itu, tetapi aku menangis kerana mengenangkan alangkah ruginya diriku kerna hanya punya satu nyawa. Wahai tuan, ketahuilah bahawa aku benar-benar menginginkan nyawaku sebanyak rambut di kepalaku ini. andaikata nyawaku sebanyak itu, nescaya satu persatu aku aku keluarkan demi agama yang aku anuti ini," Air matanya kelihatan mengalir

Allahu Allah..
Manusia jenis apakah ini?


***********************************************************

Lelaki itu berjalan perlahan

Kecederaan yang di alami di kakinya membuatkannya tidak mampu berjalan laju

"Engkau ini hanyalah orang gila yang mereka-reka cerita. Kembalilah engkau ke negerimu, kami tidak perlukan kehadiranmu di sini!" kata-kata itu terus terngiang-ngiang di telinganya.

Dan hatinya bertambah hiba, bukankah dia kini berada di tempat yang mana keturunannya berasal juga, tetapi kini dia benar-benar merasa terasing.

Namun lelaki itu tidak berputus asa, di mana ada kawasan keramaian orang, dia akan berhenti dan menyeru kepada Tuhan Yang Maha Agung

Dan alangkah kasihan.. kata-katanya ditolak mentah-mentah. kanak-kanak yang masih kecil di sekeliling itu pula dengan beraninya melempar batu menghalau kehadirannya dari situ..
Lelaki itu tidak membalas apa-apa, dia hanya pergi dengan hati yang tersiat luka..

Allahu Allah..
Peribadi jenis apakah ini?

************************************************************

"Engkau (wahai Muhammad) dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila"[Al-Qalam:2]


Kedua kisah itu benar-benar mengundang muhasabah yang panjang
Alangkah gilanya mereka
Pastilah kehidupan mereka hanya dipenuhi kesengsaraan lantaran diseksa tanpa henti

Namun ayat ini terus menampar diri
Tidak.Mereka tidak gila!  
Bahkan kedua-dua lelaki yang diceritakan di atas ni benar-benar nyata tulus keimanannya
Ar-Rasul itu benar-benar suri teladan yang terbaik untuk sekalian umat manusia
Dia bukanlah seorang penyair yang mereka-reka cerita
Bahkan yang dibawanya itu adalah cahaya yang bisa menangkat darjat kehidupan seorang manusia dari hina menuju mulia

Orang yang beriman 
Orang yang menjulang panji dakwah
Orang yang kata-katanya hanya untuk menyeru manusia kepada Rabb yang satu
Orang yang benar-benar menepati janji untuk hidup dengan mulia atau menjadi syuhada
Mereka itu benar-benar punya cerita GILA..

Cerita mereka tidak akan mampu difahami mereka yang tidak pernah mengenal kepayahan di jalan dakwah ini
Kisah mereka tidak akan mampu mengalirkan air mata mereka yang hanya sekadar mencintai dunia
Pengorbanan mereka tidak akan bisa difahami mereka yang hidupnya hanya sekadar mahu menjadi manusia biasa..
Alangkah jauh.. 

Mereka tidak akan mampu mengerti betapa cerita yang hanya secebis ini mampu menggetarkan seluruh jiwa seorang Daei

Allahu Allah..

Syurga tertinggi itu benar-benar hanya milik mereka yang punya cerita GILA
Cerita yang hanya mampu difahami segelintir orang
Kisah yang hanya bisa meluruhkan hati mereka yang berusaha melakarkan cerita GILA yang sama

Mungkin
Versi kita akan berbeza
Tetapi, kerna syurga itu bukan murah maharnya, maka tidak mungkin kita hanya akan bisa membelinya hanya dengan menjadi manusia taat yang hanya menunaikan rukun islam yang lima..

Mereka yang 'Gila' itu, kisahnya merembeskan air mata
Sehingga kadang aku tidak mampu berfikir, adakah benar wujud manusia yang rela digergaji badannya sehingga terbelah dua hanya kerana mahu mempertahankan keimanan mereka?
Adakah benar wujud manusia yang meninfakkan seluruh hartanya hanya untuk jihad di jalan Allah sedang dirinya tidak punya apa-apa lagi, dan manusia 'gila' itu masih mampu tersenyum, "Sungguh, cukup bagiku untuk masih punya Allah dan Rasulnya"

Allahu Rabbi..

Betapa jalan dakwah ini mengajarkan aku sebuah kehidupan yang lebih besar nilainya


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

Mereka tidak terseksa, bahkan mereka sebenarnya bergembira dengan jual beli yang mereka lakukan ini
Mereka bukan orang gila, bahkan mereka sebenarnya manusia yang paling bijaksana kerana tidak rela menggadaikan kenikmatan selama-lamanya hanya untuk kesenangan yang sementara

*************************************************************


 Engkau (wahai Muhammad) dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila..


Pasti tenang hati Ar-Rasul saat Allah menurunkan ayat ini kepada baginda
Lembut sapaan dariNya, sebuah kenyamanan bahawa Allah akan selalu melindunginya
Allah yang Maha Penyayang itu akan selalu mempertahankan baginda saat orang sekeliling mencaci maki baginda
Dan itu kisah 1400 tahun dahulu
Ar-rasul sudah lama pergi meninggalkan kita, sedang ayat itu masih tertulis di dalam Al-Quran
Untuk siapa lagi ayat itu? Untuk siapa lagi sesudah Ar-rasul?

Pastilah
Ayat itu masih Allah kekalkan untuk mereka-mereka yang mengikut jejak langkah Ar-Rasul yang mulia itu
Untuk kalian yang juga sedang melakukan cerita 'gila' yang sama
Biar nanti saat dihentam orang di luar sana, hati kalian tenang mendengar pujukan dariNya
hati kalian teguh bahawa kalian tidak melakukan sesuatu yang salah melainkan kalian hanya mahu mengikut jejak para nabi dan sahabah jua

Dan aku bertanya
Sejauh mana aku dan kalian sudah bekerja untuk deen ini sehingga ayat itu benar-benar menjadi kenyamanan kepada hati kita?
Sejauh apa ayat itu sudah layak ditujukan kepada kita?

Engkau  dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila.. 

Bukanlah orang GILA

Orang GILA


GILA!












Friday, January 04, 2013

Bestnyeee!


Parah.
...melting~~~

Bestnya arabic song..(mata bersinar-sinar)
Even nak faham kena tengok terjemahan, tapi itu takkan menjadi halangan untuk terus dengar berulang kali
Agaknya macam ni lah perasaan orang yang tergila-gilakan lagu korea tu.. =.=



Err..tapi kena tengok juga lirik lagu macam mana eh..
Ew'idooni! :)


Tuesday, January 01, 2013

01012013




Bismilah..

Alhamdulillah.
Masih bernafas sehingga ke saat ini.
Tahun 2012 pun dah berlalu pergi, kenang-kenang balik cerita setahun yang lepas
Banyak sebenarnya yang masih menuntut 'sesuatu' dari diri
Masih banyak yang belum dipersiapkan..
Terutama sekali bila dah berada dalam jalan D&T ni,
Sejauh mana tarbiyyah membawa diri keluar dari lumpur gelap kehidupan
Sehebat mana diri membawa dakwah untuk untuk memberitahu satu dunia yang Al-Haq ini adalah milik fitrah setiap manusia, hanya dengan deen ini kita mampu keluar dari lembah kenistaan menuju cahaya yang terang benderang dalam kehidupan

Kena muhasabah balik
Sejauh mana tahun 2012 membawa kita lebih dekat dengan Dia
Kalau masa terus berlalu..
Tik..tik..tik
Tapi kita masih sama..
Tik..Tik..Tik..
Sungguh, kitalah manusia yang paling rugi dalam dunia..

Semoga..
Tahun 2013 ini lebih banyak usaha dari diri kita
Biar lebih dekat dengan Dia..

Mohon doanya juga dari kalian
Esok start final exam
Moga diberi ketenangan hati dan kelapangan dada
(dan kerajinan untuk mengulangkaji pelajaran pada tahap yang maksima juga) =.=

************************************************

Hari ini..
Bila orang tanya umur berapa
Dah boleh jawab 22..

Bila orang tanya bila nak habis belajar
Dah boleh jawab tahun depan..

Wehuu ^^

InsyaAllah..
Moga kehidupanku ini tidak hanya seperti lebihan dunia.

*Senyum*





Tuesday, December 25, 2012

Tuhan..Izinkan daku..



                                                                     Tuhanku… 
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
 Lembar demi lembar kitab kupelajari 
Untai demi untai kata-kata para ustaz kuresapi 
Tentang cinta para nabi 
Tentang kasih para sahabat 
Tentang mahabbah para sufi 
Tentang kerinduan para syuhada
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan pada idealisme yang mengawang di awan..

Tapi Rabbi…
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,
Tapi… Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai 
Dalam cita yang mengawang 
Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi 
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan 

Wahai Ilahi… 
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu 
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi 
Dan menegakkan jiwaku kembali 
Menatap, memohon dan menghibaMu: “Allahu Rahim, Ilahi Rabbi, Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku”. 

 Ilahi Rabbi… 
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku 
Dengan segala kelemahanku ini… 
Aku tak sanggup mencintaiMu 
Dengan kesabaran menanggung derita Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa 
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu 
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu Atas derita batin dan jasadku 
Atas sakit dan ketakutanku 

Rabbi… Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar, 
Yang menyedekahkan seluruh hartanya 
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga. 
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad 
Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DeenMu 
Atau seperti Ali yg hebat semangat kepahlawanannya. 

Ilahi… Aku tak mampu mencintaiMu 
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu 
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya 
Kerana itu Ya Allah… 
Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu 
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak 
Meski ingatan kadang melayang ke pelbagai permasalahan dunia 

Rabbi.. Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib 
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu 
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku 
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu. 
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Ya Rahman… 
Aku tak mampu mencintaiMu 
Bagai para al hafiz dan hafizah 
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam 
Dari itu.. Perkenankanlah aku mencintaiMu 
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku 
Lewat lantunan seayat dua ayat hafazanku 

Ya Rahim… 
Izinkan aku mencintaiMu 
Dengan mencintai keluargaku 
Dengan mencintai sahabat-sahabatku 
Dengan mencintai manusia dan alam seluruhnya 

Ilahi Rabbi… 
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.. 
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa 
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku selamanya..

.:no name:.