Pages

Thursday, February 10, 2011

yang memegang khinzir itu lebih baik!


“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. 
(Surah Zumar: 9)



ini lebih mulia
berbanding dua manusia yang kononnya berkata cinta mereka akan sampai ke syurga..

ini jauh lebih mulia
daripada dua manusia yang terang-terangan berbuat dosa lantas mengharap Allah meredhai perbuatan mereka..


hawa..
ketahuilah..lelaki bermulut manis itu cuma menginginkan tubuhmu sahaja
dan kemudian engkau akan ditinggalkan keseorangan..


nah..engkau masih mahu membela?
katamu kalian mampu mempertahankan ia sehingga ke gerbang perkahwinan?
maaf..tapi aku memahami bahawa cinta berbungakan palitan dosa itu tidak mungkin akan membuahkan bahagia


saatnya suatu hari nanti mahligai kalian ditimpa bencana
maka hati engkau akan berbicara
"dahulu, sebelum kami bernikah dia mudah saja melakukan itu dan ini kepada aku. jadi hari ini, apakah yang mampu menghalangnya dari melakukan benda yang sama kepada perempuan yang lain pula?"


hati engkau akan menderita
prasangka itu akan berterusan menghantui hidupmu
sekarang, beritahu padaku
ketika itu masih adakah bahagia??


hawa..
sayangilah dirimu
dan percayailah kata-kataku ini


lelaki yang berpura-pura di luar sana itu terlalu ramai
sungguh..terlalu ramai!


couple..mukaddimah yang membawa kepada banyaknya dosa !




"..seharusnya kemuliaan cinta itu dapat menerbangkan kita menuju kemuliaan terindah di surga-Nya, bukan terperosok jauh dalam kehinaan di dasar neraka.."


ya tuhan..jauhkanlah..jauhkanlah..~!



Monday, February 07, 2011

cinta yang menggugurkan dosa




“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih dilautan”

 (H.R. Tabrani)


cinta ini..
mampu menggugurkan dosa-dosa
kerana aku mendengarkan

 “pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai karena Aku, saling kunjung mengunjungi karena Aku dan saling memberi karena Aku”

saat itu juga..
aku menemukan pesan ini

" sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya juga"
[Mustafa Masyur]

Sunday, February 06, 2011

seadanya saja..



“Cintailah sesuatu dengan seadanya saja, karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci,dan bencilah sesuatu yang tidak kamu sukai dengan biasa-biasa saja,karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu cintai.” 


(HR.BUKHARI,ABU DAWUD,TIRMIDZI,DAN IBNU MAJAH,DARI ABU HURAIRAH).



Binnabil Huda


falling in lovE with this..




Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya


p\s: best sangat nasyid ni~!

Friday, February 04, 2011

Kamu tak tahu, tapi Allah tahu..



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” 
(Al-Baqarah: 216)




+ Allah..tidak akan menganaiya hambaNya.. bahkan hambaNya itulah yang sebenarnya sedang menganayai dirinya sendiri..
+ Allah..  tidak akan berlaku zalim pada hambaNya.. bahkan hambaNya itulah yang sebenarnya sedang menzalimi dirinya sendiri..
+ Allah..lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. jadi, berbaik sangkalah kepada Allah walaupun pada takdir yang  tidak kamu sukai.. ubat memang selalunya pahit, teman..



Thursday, February 03, 2011

sisi gelap yang engkau benci itu..



pesan seorang teman
" bencilah kesalahannya,tapi jangan kau benci pelakunya"

dia hanya manusia biasa
sama seperti dirimu jua
maka, kadang dia akan terkhilaf dengan perlakuannya
maafkanlah
kerana engkau juga bukan manusia sempurna
yang seringkali melukai tanpa engkau sedari

berbaik sangka pada setiap salah
pujuklah hatimu.."dia tidak tahu"
dan jangan pernah berhenti untuk mendoakan dirinya
kerana dia dan dirimu itu bersaudara
punya aqidah yang sama
lalu layakkah engkau terus membenci dirinya?

teruslah berdoa dalam diam
moga suatu hari nanti dia akan menyedari segala kekhilafannya
dan tuhan itu, akan selalu mengira
setiap rintihan yang engkau panjatkan
setiap sisi hitam yang engkau pendamkan
kerana hati seorang mukmin itu tidak seharusnya sama dengan orang biasa

dan ketahuilah..
sisi gelap itu sebenarnya akan menyakiti dirinya sendiri
tak perlulah engkau menambahkannya lagi
kerana kita hakikatnya manusia yang tidak jauh berbeza..

[afni natasya]
[030211]
[0717]

hukum menikahi perempuan yang sedang mengandung hasil penzinaan?


Bismillahirrahmanirrahim..



kebelakangan ni memang banyak sangat la orang dok post artikel kat facebook pasal hukum-hukum ni. salah satunya adalah mengenai hukum mengahwini perempuan yang sedang mengandung anak hasil dari penzinaan.. jawapan yang ditulis dalam post tu mudah, HARAM berdasarkan kata-kata seorang ustaz yang tidak diketahui siapa dan yang paling penting saya tahu apakah penyebar utama yang menyebarkan hukum yang tak betul ni..

tak lain dan tak bukan.. penyebarnya adalah BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5..

saya bukan bercakap kosong sebab saya adalah salah seorang pelajar yang time tu berkerut-kerut dahi bila baca buku teks tu. bukan saya saja, tapi kawan-kawan saya juga..  paling teruk soalan tu menghantui fikiran saya sebab saya dok memikirkan betapa ramainya orang sekarang yang buat macam ni sebab nak tutup malu apabila sudah berzina. 

betapa tragiknya fikiran saya time tu yang berfikir apa akan jadi kalau perkahwinan mereka tu sebenarnya tidak sah tapi mereka terus hidup bersama dan kemudian mengandung lagi..dan lagi..dan lagi.. yang teruknya bila dah tak sah maka mereka itu sebenarnya berzina lagi..dan lagi..dan lagi..oh!

bukan saya tidak menanyakan kepada guru yang mengajar ketika itu, tetapi jawapannya masih ke arah ke 'haram' an dan tak mampu menghilangkan kepeningan saya time tu. bila saya tanya orang lain, ada jugak yang kata "eh..sah la" tapi bila saya tunjuk buku teks tu, orang tu pun terus terdiam tak terkata..

akhirnya, dekat nak setahun saya memendam perasaan dan kepeningan untuk persoalan ni, barulah saya jumpa jawapannya dari kakak usrah saya di matrix..

kalau di tanya kepada saya adakah buku teks itu bersalah? maka jawapannya ya (ofkos la sebenarnya orang yang menulis hukum dalam buku tu lah) kerana telah mengkonfiuskan otak saya untuk jangka masa yang panjang. tapi apa yang paling penting bagi saya, peranan ustaz atau ustazah yang mengajar tu lah.. mereka sepatutnya kena tahu dan faham untuk menghuraikan tentang isu tu, tambah-tambah lagi permasalahan tu dah sangat berleluasa dah sekarang.

 kalau tak boleh memberi penerangan maka jadilah seperti saya time tu dan yang lebih sadis lagi, fahaman tu terus diguna pakai oleh pelajar tadi dan menyebarkan pulak kat orang lain macam yang berlaku di fb sekarang.. ya tuhan..harunya!

kat sini, saya letakkan sekali persoalan dan jawapan yang saya kira cukup baik untuk menjelaskan mengenai hukum pernikahan ketika sedang hamil anak luar nikah. 

bila ditanya kenapa hukum macam ni agak memeningkan kepala, maka ustaz saya pernah cakap yang islam sangat memandang berat isu zina kerana permasalahan yang akan timbul bukannya sedikit. sebab tu lah mendekatinya pun Allah dah larang..  bila dah jadi, islam tetap ada solusinya, tapi kan dah menyusahkan semua orang..!






Soalan: Saya ada kemusykilan tentang sah atau tidak perkahwinan seorang perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan. Mengikut buku teks agama tingkatan 5 dan hujah ustazah saya, perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan dikategorikan sebagai perempuan yang haram dikahwini sementara.

Betulkah sekiranya mereka berkahwin, lafaz nikah tersebut adalah tidak sah dan persetubuhan di antara pasangan mereka adalah zina? Kerana perkahwinan sebegini semakin menjadi-jadi dan kisah hidup pasangan seperti ini sering dipaparkan di dada umum, tetapi tidak ada yang menegur tentang sah atau tidak ikatan perkahwinan mereka. 


Jadi, adakah saya terlepas sesuatu? Adakah hadis dan dalil yang boleh menerangkan dengan terperinci tentang situasi tersebut?

– Remaja ingin tahu, Melaka.

Jawapan: Saudara, perkahwinan adalah benih kepada wujudnya masyarakat. Dunia tersusun daripada perkahwinan dan berumah tangga. Perkahwinan penuh dengan kasih sayang dan bekerjasama untuk membina kehidupan.

Imam al-Syaukani mengatakan, orang yang terkenal sebagai penzina sama ada lelaki atau perempuan tidak boleh berkahwin dengan pasangan yang bukan penzina. Ini berdasarkan keterangan ayat 3 surah al-Nur. Di mana diharamkan orang mukmin berkahwin dengan penzina atau musyrik. Mereka hanya layak dikahwinkan dengan sesama penzina dan musyrik.

Namun ada satu pengecualian, bahawa jika kedua-duanya sudah bertaubat sebelum berkahwin (maksud surah al-Ma`idah ayat 5), mereka dibenarkan berkahwin. Dengan syarat taubat itu adalah taubat yang bersungguh- sungguh (nasuha). Taubat sebenar dalam maksud beristighfar, menyesal dan memang tidak lagi melakukan perbuatan keji itu.

Pendapat ini diberikan oleh Ibnu Umar seperti dinukilkan oleh Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah Jilid 2. Pandangan begini dipersetujui sama oleh beberapa imam lain seperti Ahmad, Ibn Hazam, serta diperakui oleh Ibnu Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim.

Imam Ahmad menambahkan satu lagi syarat iaitu boleh berkahwin apabila wanita itu habis tempoh edah. Ertinya, jika mengandung selepas dia bersalin.

Walau bagaimanapun ada mazhab yang lebih memberi kemudahan seperti mazhab Syafii, Hanafi dan Maliki yang mengharuskan perkahwinan si penzina lelaki dengan penzina perempuan, justeru perzinaan tidak menjadi halangan kepada berlakunya akad nikah.

Pendapat ini mentafsirkan maksud ayat dilarang berkahwin, bukan larangan pengharaman tetapi mencela perbuatan zina.

Namun mazhab Malik mahu supaya ada edah agar tidak bercampur nasab keturunan anak haram dengan anak halal nanti. Berbeza dengan mazhab Hanafi dan Syafii yang tidak mensyaratkan soal edah itu.

Murid Abu Hanifah bernama Abu Yusuf pula tetap mahu mensyaratkan edah, iaitu selepas bersalin atas alasan jangan bercampur benih daripada perzinaan. Ada pula pendapat mengatakan boleh berkahwin, tetapi tidak boleh bersetubuh kecuali selepas bersalin anak hasil zina itu.

Walau apa pun, perbuatan zina adalah perbuatan terkutuk yang menjadi dosa besar. Allah mahukan orang Islam memakan makanan yang baik dan beristeri atau bersuami dengan pasangan yang suci.

sila jadi bijak..
Berdasarkan soalan saudara, sah atau tidak perkahwinan mereka yang berzina dan mengandung, ia adalah sah jika menurut mazhab Syafii seperti dinukilkan oleh Syed Sabiq.


Namun dengan penzina lelaki atau perempuan, tidak patut berlaku perkahwinan dengan mereka yang masih suci kerana tidak patut lelaki suci itu menjadi mangsa kepada penzina wanita dan sebaliknya wanita suci tidak patut menjadi mangsa penzina lelaki.

Penzina sama ada lelaki atau perempuan mempunyai jiwa yang sakit dan hodoh. Tidak sepatutnya melumurkan penyakit kejinya kepada pasangan yang bersih.


 Di dalam Islam, hukum perkahwinan adalah ingin memberikan kebahagiaan kepada manusia.


Bagaimana para penzina dapat membahagiakan orang lain justeru mereka menjadi punca penyakit berbahaya? Mereka mungkin membawa HIV dan penyakit kelamin yang kronik yang akan menjangkiti pihak pasangannya yang sihat itu.

Lebih daripada itu mungkin mereka menurunkan kepada anaknya nanti akhlak yang jahat atau jasmani yang rosak dan cacat kerana pembawaan penyakit jasmani atau jiwanya.

Oleh itu, lelaki atau perempuan yang beradab dan mengikut ajaran nabi Muhammad s.a.w. tidak boleh hidup senang dan bahagia bersama penzina atau mereka yang hidup menyimpang daripada ajaran murni.

Perkahwinan sepatutnya menimbulkan kasih sayang, mawadah dan rahmat. Apakah boleh muncul kesemua itu daripada pasangan yang jahat, atau fasiq?


Wallahualam.

- Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid ialah Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.


p\s: cinta itu suci, tak perlukan bukti, tak perlu serah diri...

Monday, January 31, 2011

alahai..budak bertuah~!


alahai..
macam-macam budak bertuah ni..
honestly, dulu saya kurang minat melayan budak-budak ni, tapi sejak ada anak buah yang kelakar macam ni barulah saya terasa sifat penyayang tu rupanya ada kat dalam diri saya..hehe

here,the latest picture my first anak buah..:D


eleleh..:D


sape yang ajar buat macam ni??!



ohohoho..budak botak!



macam-macam naufal ni..:)
Muhammad Zafran Naufal..
Moga-moga dikau akan membesar menjadi rijal yang cemerlang..
dan menjadi 'seseorang' untuk agama ini..

 “Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) seperti kain putih, ibu-bapalah yang mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”

Rakan Pusat Islam?

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..baru balik dari khusus induksi selama 3 hari kat ulu tiram village.
act, entry ni ditulis sebab nak kenalkan kat sahabat-sahabat UTM tentang Rakan Pusat Islam (RPI) di UTM.
tak pernah dengar? hehe..memang lah sebab persatuan ni baru je ditubuhkan tahun ni untuk menggantikan Kelab Saudara Kita dan Rakan Masjid..:)

sama je macam persatuan islam yang lain, matlamat utama yang kita perjuangkan itu serupa
untuk mencari redha Allah demi beroleh sebuah syurga, insyaAllah..

dipilih Allah sebagai salah seorang di antara tenaga penggerak persatuan ini rasanya macam agak 'menakutkan' ye..huhu
ye la, bila bercakap tentang amanah..risau juga andai diri tak mampu menjalankan dengan sebaiknya.
tapi mengingatkan kata-kata ustaz mahyudin yang menyuruh kita menganggap amanah itu sebagai satu cabaran untuk kita laksanakan dengan sebaiknya dan bukan memandangnya sebagai satu kesusahan. selagi kita menganggapnya susah,selagi itu kita tidak akan berubah!

oh ya,sahabat-sahabat UTM dialu-alukan sangat untuk sertai kami kat sini
insyaAllah..kita akan saling bantu-membantu untuk memperbaiki diri ke arah menjadi muslim yang hebat bukan setakat di dunia, tapi di akhirat juga..:)

Masjid Sultan Ismail,UTM skudai


paling penting, ingatan buat saya dan anda..
perbaiki diri dan serulah orang di sekeliling kamu kepada tuhan
keduanya harus berjalan seiringan ya!

hmm..lagu tema khusus tadi masih terngiang-ngiang lagi kat telinga ni..

"Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan
 beruntung bagi yang mensucikannya
 merugi bagi yang mengotorinya.."






Thursday, January 27, 2011

do you really love me?




One early morning, I opened my eyes and the shimmering light from the sun rise captured my attention. I was stunned..Wow! The beauty of His creation is truly beyond comparison. While enjoying the view, I praised Allah for all the beauty He has allowed me to experience all this while. Slowly, I stood up and I could feel His presence.

He asked me, "Do you love me?"

I quickly answered, "Of course! You are my creator, why shouldn't I love You!"

Then, He asked again, " If you were fated to be handicapped, would you still love Me?"

I was a bit startled. Slowly, my sight swept across my hands, feet and the whole body. I was aware of how difficult it would be for me to move around without them. I never thought about that before this.

With a soft-tone voice, I replied, " It would be very hard for me but that wouldn't be an excuse for me not to love you"

He continued, "If you were blind, would you still love all my creations?"

I swallowed hard. How could it be possible for me to love and appreciate anything if I were unable to see? Suddenly I heard a voice inside me, " There are a lot of blind people out there who are unable to see but they still love ALLAH and His creation."

A surge of strength sipped through me. " It is unimaginable to live in such condition, O ALLAH but I have no doubt that You will still be in my heart."

Again, I heard a question, " If you were fated to be deaf, would you still listen to and obey Me?"

I was speechless. How would it be possible for me to hear if I were deaf? Slowly, I nodded. To listen doesn't necessarily mean we have to use our ears. hearts can listen too , right?

With that, I confidently replied " Even though that fate would be very tough for me, I would still love You,of course"

"If you were numb, would you still praise Me?"

How could I praise Him if I were unable to speak? Hmm..what important is,the praises come from the bottom of our hearts.

" Even though I wouldn't be able to vocalise my praises to you, that wouldn't stop me from praising You, my Lord"

And He continued to ask, "Are you sure that you love Me?"

Unequivocally, I answered, "Yes!You are right, Allah. I love You because You are my only and the truly God,".

I thought that answer was good enough but He asked again, " Why do you still commit sin if you believe that you are always being observed by Me?"

I dropped my head slowly. I kept silent.

" Why do you always forget Me when you are happy and delightful? Why do you run away from Me when you are free of problems and only remember me when you are in misery or in need of help??why???"

I was so ashamed that I was unable to even think of the answer. Responsively, tears oozed down my cheeks and I had no strength to stop them.

He asked again, " why do you, at one time prostrate before Me but at other times turn away from Me and neglect Me?"

 Tears flowed down my cheek faster and I was stammered.

" Why do you refuse to spread My messages and the teaching of Islam? When you are in sorrow and trouble,why do you always moan and complain to other than Me when I Am always there, willing to listen to all your complaints and problems? Why do you always make excuses when I give you the chance to serve fi sabilillah (on His path)?"

I forced myself to open my mouth but no voice came out. My tongue was frozen. It felt like I had never learned how to speak. My legs turned jelly.

He added, " you are given a life, I have given you specialty and uniqueness,compared to other people, in order for you to strive and serve fi sabilillah but you still turn away and wander from My path. I give you my Words as a guidance for you in your life, but you refuse to take benefit from it."

" I always talk to you but you always turn your back to Me. I sent My messenger to you but you are negligent to his Sunnah . I listen to all your complaints and always grant your wishes in many ways."

He continued, "now, do you love me?"


I was too weak to answer Him. How could I answer Him? I'm ashamed of what I've done all this while. I have no more excuses to protect myself. While my heart was grieving in sorrow and regret, I replied, " O Allah, please forgive me for all my sin and misdeed. I am an ungrateful servant, my Lord"

He responded, " My character is forgiving.. whoever asks for my forgiveness, for sure I will give him my forgiveness. And for you, I forgive you, My servant"

Suddenly my feet felt too weak to support my body. I fell to the ground and sobbed.

Sobbing, I asked, "Why are still willing to forgive me even when I continuously commit sin and then ask for your forgiveness? Is your love that strong towards me, O Allah?"

His reply was, " because you are My creation. I will never neglect you. Whenever you cry, I will symphatise with you and listen to all your complaints. Whenever you are lonely and in misery, I will give you strength and spirit. Whenever you are weak, I will help you. I will always be with you and I will always love you,"

As far as I can remember, I have never cried that hard before..I couldn't fathom why my heart was so hard all this while; unable to feel sorry for all my misdeed and sin. On that day, for the first time in my entire life, I prayed with all my heart and I still do that until today. O Allah, how beautiful and serene it is to be able to feel Your presence all the time...



p\s : credit to someone..:)

Wednesday, January 26, 2011

muslimah identity~!!


jika engkau mengaku muslimah..maka..



















legging?? yuckkss~!!




NO MORE!






ah..rasa CANTIK di dunia tapi balasan SEKSA di akhirat apa guna?






harusnya begini..




"ini yang terbaik..agar engkau lebih dikenali sebagai perempuan yang baik-baik dan tidak diganggu oleh orang yang berpenyakit hatinya"




p\s: gambar dari pak cik google..:)



Sunday, January 23, 2011

kErlipan cinta




Hidayah ..
 Kerlipan Cipta Cintaku

Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis cita keseorangan..

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jembala mentari
Dan di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan bahagia abadi
ku impikan sentosa naungannya
selamanya..


p\s : song by Rabbani..:)