bismillah..
"The First Duty Of Love Is To Listen"
|
erk..xjupe gambar telinga.ada gamba tangan je..wewewe |
Tugas pertama untuk buat orang suka dengan kita adalah dengan menjadi pendengar yang setia..
jujur.saya pun macam tu. selesa sekali untuk jatuh cinta suka dengan orang yang mampu mendengar luahan hati saya.
rasa dihargai..*wink3*
orang perempuan lagilah, kalau anda banyak bercakap..pastikan pasangan anda seorang yang suka mendengar.
Rasanya sebab itulah juga tuhan menjadikan orang lelaki kurang bercakap berbanding orang perempuan, supaya si lelaki lebih lebih banyak mendengar (mungkin)..
Jadi, barulah tangga di rumah anda akan kukuh dan tidak roboh sebelum masanya..:D
Oh ya..pastinya ia bukan hanya ditujukan untuk orang-orang yang mahu memikat hati orang lain, tetapi kepada semua orang yang mempunyai dua telinga untuk banyak mendengar dan satu mulut agar kurang bercakap..
Tetapi, tak semua orang mampu menjadi pendengar yang baik
Geramnya..bila kita sedang beria-ia meluahkan rasa hati kepada seorang teman, tiba-tiba si dia mencapai hp dan membalas mesej
ataupun, disaat kita sedang meluahkan kesedihan dengan penuh perasaan tetapi si dia sibuk memerhatikan orang yang sedang lalu lalang..
tambah menyakitkan hati,bila si dia berkata,"eh, lawalah baju perempuan tu! mana dia beli eh?"
Waa..geramnya~!
sebenarnya kan..
kita bukannya mahu orang tu memberikan penyelesaian kepada masalah kita pun
cukuplah sekadar orang itu mahu mendengar dengan sepenuh hati dan memberi perhatian terhadap apa yang kita cakap
itu sebenarnya sudah lebih membahagiakan..
Jadilah Pendengar Yang Baik..
Sepatutnya, semua orang harus belajar macammana nak jadi pendengar yang baik
sebab kita ni bukannya hidup seorang diri
dan fitrahnya juga, setiap orang mahu meluahkan perasaan dia kepada orang yang dipercayai
seharusnya juga kita kena rasa beruntung bila ada teman atau sesiapa sahaja yang mahu bercerita tentang hidupnya pada kita
sebab pastinya orang itu akan memilih orang yang betul-betul dia percayai dan dia rasa mampu menjadi pendengar yang setia
sedihlah kalau dia datang dengan penuh pengharapan pada kita tetapi kita balas dengan bersikap acuh tak acuh je pada dia..
dan betul sangat-sangat
bila mengharap pada manusia ni pasti tak kan seindah yang kita harapkan
beruntunglah bila kita ada Dia yang sangat sudi untuk mendengar luahan hati kita
Dia yang tidak akan jemu mendengar segala rintihan kita dan setia meluangkan masa bila-bila dan di mana-mana sahaja
siapa Dia?
anda tahu jawapannya..:))
p\s: jatuh cinta dan jatuh suka adalah dua perkara yang berbeza ya..^^
0 orang yang dikasihi Allah..:
Post a Comment