kucing..anda memang comel.. tapi.. ::SI LULU:: |
Namanya Lulu..
adik saya kata yang kononnya kata dia membela kucing itu supaya dapat menjadi kawan baik dia di saat kami semua takde kat rumah..
Oh ya, semenjak kucing itu tinggal di rumah kami, hidup saya menjadi semakin
pada awal pertemuan kami, hampir satiap hari saya akan exercise dengan berlari dan meloncat-loncat
Tapi..hari ini saya sudah mampu tersenyum kerana Lulu sudah pandai memahami kata-kata saya untuk tidak menghampiri saya sesuka hati.
Baru-baru ini,berlaku satu kejadian yang sangat aneh.
Lulu telah jatuh cinta dengan seekor kucing gemuk kepunyaan jiran kami.
yang anehnya, adik saya berkata bahawa kucing gemuk itu juga adalah kucing jantan.
peliknya saya, adakah kucing juga mempunyai naluri songsang?? T_T
Yang menariknya..keesokan harinya Lulu telah hilang dari rumah!
Ohoho..saya berasa sangat
saya berpendapat bahawa Lulu mahu membina kehidupan berkeluarga yang lebih bahagia di luar sana bersama si kucing gemuk itu.
Dek kerana itu, saya berpesan kepada adik saya agar tidak mencari Lulu dan membiarkannya terus hidup dengan aman dan harmoni tanpa saya.
Dan alangkah gembiranya hidup saya selama seminggu tanpa perlu bergaduh dengan kucing setiap pagi..
namun begitu, kegembiraan saya tidak bertahan lama
balik sahaja dari program baru-baru ini, saya disambut oleh Lulu di hadapan pintu rumah
Grrrr..macam mana kucing ini boleh ada balik!
dunia saya terasa kelam semula..*_*
sekarang..
Lulu berada di luar rumah sebagai denda kerana dia telah membuang waste product nye di bawah katil di bilik saya..
Waaaa..geramnya!
ini adalah salah satu sebab utama kenapa saya sangat tidak menyukai adanya haiwan peliharaan di rumah kecik kami ini.
Saya bukan membenci, tapi mungkin antara saya dan kucing..kami memang tidak ditakdirkan untuk bersama~!
berbuat baiklah kepada kucing ya.. nabi dan para sahabat pun sayangkan kucing..T_T |
*hailaa..saya mahu menulis cerita lain sebenarnya, tetapi cerita ini pula yang keluar.=_="
mahu berkongsi pengalaman di PERSIS (Perkampungan Siswa Siswi) anjuran IKRAM tempoh hari, tapi..ceritanya sekarang masih berada di kotak draft..insyaAllah, nanti kalau 'rajin' saya akan kongsikan ya..huu..*
*oh ya..maaf kalau gaya tulisan saya untuk entri ni semacam pelik sedikit..*-*
2 orang yang dikasihi Allah..:
cerita ini sungguh3 sedih T_T . . haha
*da lama x komen . .
=_='
*tahniah, dah berjaya komen~~
Post a Comment