Kita Akan Dibangkitkan Di Hari Kiamat Bersama Orang Yang Kita Cintai..
Saya tatap lama kertas yang terselit dicelah lembaran Al-Quran itu.
"Wahai Tuhan Yang Maha Baik..
Sahabatku yang satu ini amat aku cintai, kerana Engkau yang memberi anugerah ini
Dia cerminan untuk aku membetulkan diri
Ujian yang datang padanya,adalah teguran tidak langsung seorang hamba dari Penciptanya.."
"Tiap patah bicaranya umpama mendengar Engkau yang berkata-kata kepadaku
Tidak lekang namamu dibibirnya,lantas aku turut sama merasa kehadiranmu dalam setiap helaan nafas.."
"Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar..
Engkau telah mendengar segala sangkaan dan rintihan hati kami
Tautkan hati kami ini, Kau pimpinlah kami mengikut percaturanMu kerana kami akan tetap cuba berbaik sangka.."
"Satu ketika Dia temukan kita, Dia pisahkan kita dan kemudian Dia ketemukan kita semula.
semua itu dengan izinNya
Nanti..kita akan tunggu dan menunggu untuk ditemukan semula
Kalau nanti masa itu tidak tiba, maka akhiratlah masa penungguan seterusnya.."
Teman Sampai Syurga, insyaAllah.. :)
Sahabat yang satu ini benar-benar menguatkan hati saya
menghembuskan kembali semangat yang hampir hilang
mengingatkan saya bahwa hidup ini bukannya apa-apa untuk terlalu bersedih dengan segala ujian yang menimpa
kita masih punya akhirat..
masih punya harapan..
Bersyukurlah kerana masih diuji
Tuhan menguji tanda Dia cinta..
buat menghapuskan segala dosa-dosa kita..
Ingat janji kita ya sahabat..
Cita-cita tertinggi kita bukan hanya pada syurga
tetapi mengharapkan pertemuan dengan Dia yang menyatukan hati kita seerat ini..
Allahu Allah..indahnya cinta ini andai lurus keranaMu!
5 orang yang dikasihi Allah..:
alfu mabruk!! telah berjaya mendapat cinta didunia(sahabat),insya Allah akhirat akan ikut bersama..maaflah,aku xsehebat dia..hehe:)
semoga persahabatan itu terus kekal hingga akhirnya, InsyaAllah :)
anonymous: erk..=_="
insyaAllah,semua sahabat yg tasya kenal hebat2 orgnye.(sahabat & kawan tu berbeza)
anonymous jge seorang sahabat kan? bleh la perkenalkan diri, nnt tasya buat entry khas utk anda..ehehe ^^
jiha: insyaAllah..:)
jazakillah khair ukhti..^^
salam 'alaik uhkti yg dberkati Allah insya Allah. salam ta'aruf. tersentuh membacanya. izin share ukhti :)
Post a Comment