Pages

Wednesday, June 01, 2011

Qalbun Salim..

Bismillah..




Qalbun Salim?
bermaksud hati yang sejahtera..


Halawatul iman?
bermaksud kemanisan iman..


kaitan keduanya?
mereka yang mempunyai 'qalbun salim' pastinya sudah merasai 'halawatul iman'..
memandang dunia dari kaca mata akhirat.dunia terasa sangat kecil.
bersyukur dengan apa yang ada.tidak mengeluh dengan apa yang tiada.
semuanya terasa serba sempurna.benar-benar merasai diri mereka hanyalah seorang hamba..
takkan menangis lantaran kehilangan harta.kerana mereka lebih mengharap kepada syurga..
Allahu Allah.. indahnya hidup mereka!


Mencari Qalbun Salim..


misi mencari qalbun salim..
bermula dari dalam diri.
bukan sekadar kata-kata, tetapi harus punya tekad yang kuat di dalam hati.
carilah kekuatan jiwa itu pada sisa-sisa malam di saat orang lain lena dibuai mimpi.
percayalah bahawa dengan solat malam itu mampu menguatkan hati-hati kita.


ya..harus bermula dengan solat malam yang kerap. bukannya hanya di saat-saat kita terasa seperti mahu meminta sesuatu dariNya.
nah..ini cabaran untuk saya. dan untuk anda yang sedang membaca ini juga.
tambahan pula, di saat-saat sedang bercuti ini..
tapi, tiada alasan jika kita benar-benar menginginkannya bukan?




Daripada Abi Hurairah , beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, sehinggalah terbit fajar.” 
(Hadith riwayat Muslim).






selamat bermujahadah (kepada diri sendiri terutamanya)
moga istiqamah dalam mujahadah ini..
dan teruslah berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan kerana hanya Dia yang berkuasa memegang hati-hati kita..
Allahu Rabbi..bantulah hambaMu ini..



4 orang yang dikasihi Allah..:

Sarah Ibrahim said...

Waaaa...

I like!

"Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (iaitu) pada hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan qalbu salim (hati sejahtera)," (Al-Quran, Surah Asy Syu'araa [26]: 87-89).

::afni natasya:: said...

maceh utk sharing tu kak nowfara..hee ^________________^

Nazihah@Jiha said...

nice one..

selamat bermujahadah

::afni natasya:: said...

insyaAllah ukhti..:)
jazakillah khair..

Post a Comment