Pages

Friday, November 04, 2011

Awak tak faham,dik..


Bismillah..
Buat kakak yang baik hati..

..HE loves us..
"Sekarang bolehlah awak cakap macam ni, awak muda lagi dan awak tak berada ditempat akak,"

"Kenapalah Allah buat akak macam ni? Akak tak layak untuk bahagia macam orang lain kah?" kecewa sekali dia dengan takdirnya.

"Akak.." tarik nafas dalam-dalam..
"Allah tak pernah dan tidak akan menzalimi kita," saya menyambung.

"Ahh..Awak tak akan faham dik," lirih suaranya.

Saya diam.kehilangan kata-kata untuk menyusun ayat yang seterusnya.
Mungkin saya tidak layak untuk berkata-kata tentang perasaannya kerana saya tidak berada di tempatnya.
Tambahan pula, saya kalah pada angka dek kerana perbezaan usia antara kami..
makanya saya tidak faham dan tidak mungkin dapat memahami perasaan dia saat itu..

Tapi kak..
Bolehkah saya berkongsi sesuatu?

Sendiri itu tidak bahagia?

"Bolehlah awak cakap macam ni, awak baru 20," pintas si kakak sebelum sempat saya membuka mulut.

Saya hanya tersenyum.
Mungkin bercakap soal ini dengan teman-teman yang bersama-sama mengenal tarbiyyah tidak akan sama apabila bercakap dengan mereka yang masih tercari-cari erti hidup
Tarbiyyah mengubah pandangan saya tentang kehidupan
Bahagia bukan hanya pada hidup 'berdua', pada kereta atau rumah yang besar
Bukan pada kerja yang gah dan mampu bershoping apa-apa saja yang kita suka..
itu bukan bahagia yang sebenar..
itu hanyalah suka..kita suka perkara itu namun ia belum bermakud yang kita akan bahagia dengan perkara yang kita suka
boleh jadi, yang kita suka itulah membawa bencana untuk diri kita
mungkin juga, yang kita suka itulah semakin menyeret kita menghampiri neraka yang maha dasyat..
nau'zu billah..

kenapa tuhan masih membiarkan akak sendiri?
tuhan itu zalimkah?
tuhan tak memahami hati akak kah?

Mustahil tuhan tidak tahu setiap bisikan hati kita
Bahkan tuhan lebih lagi mengenali kita berbanding teman baik kita..
kejamkah tuhan bila tidak mengendahkan perasaan kita yang terusik melihat rakan lain menghampiri hari bahagia?

Kakak, tuhan sedang memanggilmu..

Tuhan sebenarnya sangat mengasihi kamu wahai kakak
masih menanti waktu kakak menyintaiNya dahulu sebelum menyerahkan hati kepada orang lain
kerana itu tuhan masih membiarkan akak sendiri
agar akak mahu membuka hati akak untuk Dia dahulu
mungkin Allah tahu jika akak juga sama seperti teman-teman akak yang lain, maka akak akan melupakan Dia
sedangkan mencintaiNya adalah cinta yang terindah
tidak akan terbanding dengan cinta mereka yang biasa-biasa..

mungkin juga Allah sedang mempersiapkan seseorang yang sangat istimewa untuk akak
jadi, pasti ia perlu dibayar dengan sesuatu yang mahal harga
penantian..pengorbanan..sebelum ia nya menjadi kenyataan yang indah

"Eh, akak pernah dengar ada orang cakap dalam Al-Quran ada sebut yang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik kan?," soal akak pada saya

saya mengangguk-angguk

benarlah kak..itukan janji Allah..:)

Segalanya indah..

Hati kita sebenarnya kosong
lalu, kita penuhi ia dengan segala macam tuntutan nafsu dunia
kita sangka kita akan bahagia
sedangkan sebenarnya yang kita dapat hanyalah lelah yang berpanjangan..

Kita tidak sendiri kak
" Fa inni Qarib.."
Sesungguhnya Allah itu dekat, kitalah yang seringkali menjauhkan diri..
'Berdua' seperti mereka belum tentu menjanjikan bahagia yang hakiki
Bahagia yang mereka impikan itu sebenarnya masih jauh andai mereka meninggalkan Allah dibelakang
Mata yang melihat mungkin boleh menipu, tetapi tanyalah kepada mereka yang cinta nya hanya berpaksikan 'suka-sama-suka', sejauh mana mereka masih mampu mempertahankan bahagia lima tahun selepas itu?
Adakah perasaan itu masih sama seperti di saat akak melihat mereka bergelak ketawa di tahun pertama?



Mahukah akak menyambut tangan saya?
kita bersama-sama berlari mencari cintaNya..
dan akak pasti tidak akan bersedih lagi dengan takdir yang Allah tetapkan ini..


insyaAllah..
tuhan akan bagi apa yang kita perlu itu tepat dan indah pada waktuNya..
jika sekarang masih bukan masanya maka biarlah Allah yang mengaturkan mengikut ketetapanNya
disebalik semua takdirnya ada hikmah untuk kita renungi..
Allah kan sangat sayang pada kita? :)

Akak..
Beginilah tarbiyyah mendidik saya..
Apabila memandang segalanya dari tuhan
Semuanya baik..
Segalanya indah..


ikhlas,
kanak-kanak tak berapa ribena..;)

2 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

sambut tanganku..:')

::afni natasya:: said...

yuk!^^

Post a Comment