"Pandangan adalah anak panah beracun dari anak panah iblis. Siapapun yang menghindarkannya kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakan keimanan yang akan ia temui manisnya di dalam hati,"
Jadinya wahai kaum Hawa..
Jangan benarkan dirimu dimurahkan sesuka hati
Jika 'dirimu begitu berharga' maka labuhkanlah pakaianmu dengan seadanya
Kita berusaha memelihara, mereka juga berusaha menjaga..
Sampaikan tentang ini kepada lelaki-lelaki yang beriman..
" Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" ( 24:30 )
Dan pesan ini bukan hanya kepada kaum Adam, tetapi kepada saya dan anda juga wahai Hawa..
pesan yang sama dari Allah buat kita pada ayat yang seterusnya
Baiknya Allah..terperinci sekali pesanannya..
Rumusannya mudah , Allah sudah siap memberikan jawapan..
"..yang demikian itu agar mereka mudah untuk dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu..." (33:59)
Islam itu tidak hanya hadir dengan solusi
tapi berusaha mencegah dari punca yang datang dari akar umbi
Menundukkan pandangan itu solusi buat masalah hati
Supaya hati lebih terpelihara kesuciannya
Soal hati ini memang susah kan?
"I didn't mean it!"
Haih, jangan mudah memberi alasan, kita ini yang sebenarnya tidak menjaga..
Pandangan itu pun bukan hanya setakat pada mata
Saya tetap rasa HATI adalah tempat yang paling utama
Nabi kata, hati itukan umpama raja?
Tundukkanlah pandangan hati ..
Mungkin tidak nampak dek pandangan mata,
Tapi hati sedang tercalar luka
Mungkin juga saat kita bergelak ketawa, hati kita sebenarnya sedang menderita sakit
Iman tercarik-carik tanpa kita sedar..
Tundukkanlah pandangan mata..
itu lebih baik untuk hati kita..
saya dan anda..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Moga Allah mengampuni
Pada pandangan yang tidak terjaga
pada hati yang tidak terhijab..
****
* Bahagia sekali tak perlu memakai spek walaupun dunia agak kabur. Maaf kepada mereka yang memberikan senyuman dari jauh tetapi dibalas dengan kerutan di dahi kerana sedang memerah otak siapakah si pemberi senyuman..^^
*Selamat mencari kemanisan iman, kawan..
Sekali berpesan buat anda, berpuluh kali ingatan buat diri sendiri..
(sambil cubit pipi sendiri)
2 orang yang dikasihi Allah..:
andai lelaki yang pandang x lepas tu.. seyes mmg rase nak tikam mata die!!!!!!!!!!!! tyme tu kte akn rase nak kecutkan diri sendiri n sorok diri bwah meja!!!! Man with wild eyes! u make my life miserable and what shall i do for u?? its just i let u to Allah..
erk..
mungkin boleh cocok mata dia betul-betul supaya dia boleh sedar diri..T_T
husna sayang..
moga Allah memelihara kamu dari pandangan mata yang khianat..
(40:19)
Post a Comment