Pages

Wednesday, November 23, 2011

jangan marah hujan

bismillah..


Di luar sedang hujan..
Sekali sekala ada guruh yang kedengaran..
Teringat dulu time sekolah rendah
kalau hujan, mesti kayuh basikal perlahan-lahan sebab nak mandi hujan
Sampai rumah dah basah kuyup, sambung pulak berpusing-pusing kat tengah jalan..
Atau pun, cari hujung bumbung rumah..
Ada air yang mengalir di celah-celah bumbung tu..
Seronok! rasa macam mandi air terjun!

Hujan..
Ada kawan pernah pesan, jangan marah hujan..
Sebab hujan itukan kurniaan dari tuhan
Mungkin kat sini kita rasa hujan membataskan pergerakan seharian kita
tapi mungkin ditempat lain ada ramai orang yang menadah tangan kesyukuran kerana turunnya hujan ini
Mungkin juga, di saat-saat kita merungut turunnya hujan, ada orang yang sedang meraikan kegembiraan dengan turunnya hujan..
Kenapa mesti merungut?
Bukan ke hujan itu memberi ketenangan?

sekarang..kalau hujan..
terus lajukan kaki berjalan sebab tak nak terkena rintik-rintik hujan.
kerapkali terdetik dalam hati bahawa hujan yang turun itu memang boleh jadi menyukarkan pergerakan
kain baju yang dijemur pulak mesti akan kebasahan..
Ahh..banyak nya salah hujan..:(

sedangkan dulu..di waktu hujan
mesti hati akan menjerit 'yeay!hujan!!'
kalau tengah balik sekolah hujan turun lagi seronok dan jalan perlahan-lahan sebab nak basah kuyup
nanti kalau sampai rumah boleh lah sambung mandi 'air terjun' dan 'papan gelongsor' kat atas kereta..
tak ada apa yang salah dengan hujan
semua tentang hujan itu memang benar-benar menggembirakan..:)

hari ini..
melihat hujan yang sedang turun di sebalik tingkap bilik
saya sedar yang semakin menginjak dewasa ini
banyak sebenarnya perkara-perkara yang saya sudah kehilangan..
mungkin kita akan kata benda itu sangat remeh untuk dikenang
tapi percayalah.. satu ketika nanti kita mesti akan rindu
rindukan kenangan dulu-dulu..

alahai..rindunya nak main hujan..



3 orang yang dikasihi Allah..:

L said...

L pun rindu time kecek2.. huhu.. men ujan samapi kene marah ngn mak. hahaha

nurul said...

keadaan kita sama la.. huhu.. waktu hujan lbat, tgk kat tangga umah.. sbb nak turun tkt kna mrah ngn ayah.. ayah x de je, turun n main hujan.. mak jerit pon dah x kesah.. pergi kat bucu umah sebelah.. mandi air terjun... sambil gelak2 ngn mengggil...

::afni natasya:: said...

:)

Post a Comment