Pages

Friday, January 27, 2012

mutiara sepanjang jalan

Bismillah..


"Redha itu adalah BAHAGIA..
 bahagia itu adalah apa sahaja yang menuntun kita ke arah syurga"


Alhamdulillah.tak tahu lah nak gambarkan perasaan macam mana tapi rasa bersyukur sangat untuk setiap detik yang berlalu di dalam seminggu ni.

Alangkah besarnya kasih sayang Allah. perjalanan yang di rancang macam jadi-ke-tak-ni akhirnya menjadi perjalanan yang penuh ibrah dengan mutiara-mutiara bernilai yang berciciran di mana-mana sahaja untuk kami kutip buat bekalan diri menuju arah kehidupan yang lebih baik..:')

syukur sangat Allah permudahkan perjalanan kami sepanjang jaulah kali ini. dari johor ke kuala lumpur dan kemudian naik ke terengganu. sepanjang perjalanan yang penuh bermanfaat di dalam kereta yang pastinya perasaan nya akan berlainan jika bukan bersama akhawat. berkesempatan mengecas energy dakwah beberapa hari bersama akhawat KL dan terengganu yang membuatkan diri berkobar-kobar untuk berlari dengan lebih laju apabila kembali ke johor. [Ahh..di mana-mana sahaja yang sebenarnya.dakwah tidak pernah terikat dengan tempat!]

betul lah cakap tok guru, bila kita korbankan sesuatu dan bersusah payah sedikit untuk dakwah dan tarbiyyah, perasaan yang kita dapat akan berlainan walaupun kita dapat benda yang sama. lain rasanya bila pergi di saat rasa macam segalanya serba tak cukup baik dari segi material dan spiritual ni. tapi alhamdulillah, Allah yang yang mencukupkan segalanya kan? Bila kita serahkan segalnya pada Allah pasti Allah tidak akan menghampakan kita. Hmm..selama ni pun banyak je daurah yang dah pernah pergi di johor selama ni, tetapi bila berjalan jauh sikit semata-mata kerana mahu memenuhi keperluan tarbiyyah diri, perasaan nya memang akan berlainan.serius!

berjumpa pulak dengan orang-orang hebat dalam dakwah. mereka yang sudah berpuluh tahun bergelumang dengan dunia dakwah dan tarbiyyah menerbitkan kekaguman yang teramat buat diri ini. mereka masih tsabat. hati mereka masih kuat terpaut dengan janji syurgaNya. dan di dalam kesibukan mereka ke sana sini sempat pula meluangkan masa untuk berkongsi dengan kami. 
saya nak share satu pesan yang dikongsi seorang daripada syuyukh di terengganu tempoh hari. waktu kami bersama beliau tu genaplah usianya yang ke 63 tahun. masyaAllah..sepanjang usianya sudah dihabiskan untuk dakwah dan tarbiyyah. rasanya kalau di sebut sahaja namanya pasti kalian yang berada di jalan dakwah ini akan mengenali beliau. bila ditanya tentang bagaimana mahu kekal berada pada jalan ini, beliau kongsikan dua perkara.

pertama, jagalah hubungan kita dengan Allah. mereka yang berusaha sedaya upaya untuk mencari redhaNya pastilah tidak akan disia-siakan olehNya. dan keduanya, sentiasalah bersama dengan kelompok orang-orang soleh. walaupun time tu kita rasa iman kita sangat menurun, tapi janganlah biarkan diri duduk seorang diri kerana syaitan pasti akan mencucuk kita untuk perkara yang lain pula. carilah akhawat, insyaAllah dengan bersama mereka akan dapat membantu menampal kembali iman yang terkoyak itu.


Tiada Yang Sia-Sia, InsyaAllah..



i'm not alone..



Allahu Allah..
perjalanan kami memang memenatkan namun apa yang kami pelajari sebalik itu tiada nilai yang mampu membayarkan..
saya belajar kembali tentang ukhuwah. Allah memberikan semua jawapan yang bermain di fikiran saya sebelum perjalanan kami bermula. ukhuwah fillah..itu bukan hanya sekadar kata-kata..
dan ukhwah adalah perkara yang akan menguatkan kita selepas keimanan..
kesyukuran yang tidak terhingga kerana dipertemukan dengan kalian, moga kelak kita akan menjadi antara golongan yang mendapat naungan arasyNya..
bulatan gembira di tepi laut di hari terakhir jaulah saya bersama mereka sebelum balik ke kelantan menyentuh hati saya. Alangkah indah.. mengingati Allah dimana-mana sahaja, saling berpesan-pesan pada kebaikan dan juga iman. saya tak menemukan waktu seperti itu melainkan ketika bersama akhawat. baik ketika berada di dalam kereta mahupun ketika berjalan membeli air bersama. betul sangat-sangat, bersama orang-orang soleh akan menguatkan kita.carilah mereka, insyaAllah kita kan kuat!

Allahu Rabbi..
Bila teringat balik.usia saya mengenali terbiyyah ni barulah dalam setahun lebih sikit. tapi benar sangat-sangat yang tarbiyyah akan mengubah cara pandang kita terhadap kehidupan. terhadap semua perkara yang berlaku di dalam hidup kita.segalanya.. dan saya sangat bersyukur untuk setiap detik kehidupan sepanjang mengenali tarbiyyah ini. terima kasih ya Allah..:')

sebak bila teringat kembali pesan syuyukh hebat tu. kata-katanya di akhir pertemuan kami masih terngiang-ngiang di telinga saya.katanya..

"Selamat menempuhi perjalanan kehidupan yang panjang. semoga di akhirnya nanti kalian akan bertemu BAHAGIA.."

Allahu Allah.. tetapkan hati-hati kami di jalan ini..
hanya ada dua,mati syahid atau hidup mulia! 

4 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

Alhamdulillah... bestnyer nikmat3 dr Allah

::afni natasya:: said...

Alhamdulillah3..
[14:18]

::afni natasya:: said...

Eh,salah lah..bukn 14:18
tapi 16:18..T_T

Asif~

Anonymous said...

owhh.. leh plak salah3 ><

its ok.. jzkk

Post a Comment