Pages

Thursday, August 11, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah..

bismillah..






Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU..



Ya Rasulullah..aku mencintaimu..


Monday, August 08, 2011

Umrah : Catatan Seorang Hamba..

Bismillah..

" Seakan terasa lembut bicara
Memanggil aku datang padaNya.."



Payah rasanya mahu menyusun setiap baris kata untuk bercerita tentang pengalaman yang satu ini.
setiap patah perkataan itu sekadar berlegar di fikiran dan tangan kembali kaku pabila mahu menekan keyboard.
Entah kenapa..
tidak terluah setiap perasaan.semuanya bercampur baur yang hanya mampu dibalas dengan rasa sebak di dada..
indah..terlalu indah..

Saat Kali Pertama..

Penerbangan saya pada hari itu terus ke Jeddah. Jadi, kami akan terus memasuki Mekah dan menunaikan umrah dengan berniat ihram di dalam flight lagi. 
setibanya di Jeddah sekitar pukul 8.30 pagi tapi subhanAllah cuacanya sudah membuatkan saya berpeluh-peluh saat menunggu bas untuk bertolak ke Mekah..

Alhamdulillah..kami sampai ke Tanah Haram sebelum masuknya waktu Asar..
kalau diikutkan hotel tempat menginap saya tidaklah terlalu dekat dengan Masjidil Haram tetapi entah kenapa bila disemak nama saya dan adik, rupanya kami telah ditukar ke hotel yang lebih dekat. jaraknya hanya dalam 100 meter sahaja. dan mengejutkan lagi, daripada bilik berempat,kami bertukar kepada bilik berdua..

Dari tingkap bilik hotel,Masjidil Haram sudah boleh dilihat. 
Sayunya..hanya Tuhan saja yang tahu. Saya pula hari itu memang terlalu murah dengan air mata. rasa sebak tak dapat ditahan-tahan semenjak berniat ihram di Qarnul Manazil lagi. seakan tidak percaya. hanya itu yang mampu yang saya katakan..

Ketika itu juga mutawif mencadangkan kami untuk menyempunakan ibadah umrah pada malam hari selepas isya' sahaja untuk memberi peluang kepada kami berehat kerana memang terlihat kepenatan dek kerana perjalanan yang panjang. 
Bagi saya dan adik yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke sana, kami hanya menunaikan solat di dalam bilik sementara menunggu waktu dibawa ke melangkah ke Masjidil Haram selepas isya'. tak berani pula mahu  masuk tanpa ada mereka yang sudah berpengalaman. 
lagipun mutawif sudah berpesan untuk menunggu selepas isya' saja agar boleh terus menyempurnakan umrah yang masih belum selesai..
Berdebarnya..perasaan bercampur baur untuk menunggu malam..

Tepat pukul sepuluh, mutawif membawa kami bersama-sama menuju ke masjid diiringi talbiah.
Jujur..rasa debar di dada yang tak pernah saya alami dalam hidup saya. 
sebenarnya saya masih tidak percaya. umpama bermimpi.. seakan tidak mampu mengangkat wajah saat memasuki masjid.. hati seakan tidak keruan membayangkan bahawa di hadapan saya ada Baitullah yang mulia..
Hanya apabila terdengar bisikan takbir daripada seseorang disebelah barulah saya mengangkat wajah perlahan-lahan..
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..
Saya basah dengan linangan air mata..

Mereka semua berkata..Ya Rabb..




Berkali-kali saya memberitahu diri saya yang dihadapan saya ini benar-benar Baitullah yang saya rindukan selama ini..
Hebatnya keagunganMu Ya Allah.. 
melihatnya sahaja membuatkan hati diruntun hiba..

Antara satu waktu yang masih kuat terpahat di ingatan saya adalah saat bersolat di Hijir Ismail..
Orang berasak-asak mahu masuk ke dalamnya kerana ia merupakan salah satu tempat paling mustajab untuk berdoa.
saya tidak mahu bercerita tentang kesukaran yang dialami untuk menyelitkan diri masuk ke sana, bukan juga mahu bercerita tentang kepala yang menjadi mangsa 'sepakan' entah kaki siapa..
tetapi, tentang kesungguhan setiap orang yang berdoa di dalamnya yang sempat saya perhatikan sambil mencari-cari ruang kosong untuk menyelitkan diri.

Hibanya hati saya tatkala mendengar rintihan dan tangisan mereka..
pastinya saya tidak memahami apa yang mereka rintihkan dek kerana perbezaan bahasa antara kami.tetapi hati saya benar-benar hiba mendengar mereka menyebut..YA RABB..YA RABB..

saya tahu..kami semua sedang berbicara dengan tuhan yang sama
hebatnya esakan mereka menggetarkan lagi hati saya kerana membayangkan adakah tuhan masih sudi memandang saya dicelah-celah ribuan hambaNya yang juga sedang merintih menyebut namaNya..

"Kamu ini insan terpilih.."




“Satu Umrah ke satu Umrah merupakan penghapus dosa antara keduanya. Dan Haji yang mabrur itu pula, tidak ada balasan yang lebih setimpal melainkan syurga.” (H.R. al-Bukhari dan Muslim)


Teringat-ingat pesan ustaz ketika di sana. Tujuan utama menyambut panggilan ilahi ke Tanah Suci ini bukan sekadar suka-suka. 
Untuk menyucikan jiwa yang kotor..buat membasuh semua dosa-dosa yang berbekas di dalam diri.
Besar harapan agar diri yang kembali pulang nanti adalah diri yang sudah kembali suci. 
itulah matlamatnya.maka,jangan pernah sesekali mengeluh penat untuk menadah tangan dan sujud memohon keampunan.


Kata ustaz,"Kamu ini insan terpilih."
Allah yang pilih. Ramai orang yang punya harta yang banyak, tapi Allah masih tidak menjemput untuk menjadi tetamuNya.
Tetamu Allah..apa lagi yang lebih membahagiakan dari membayangkan bahawa Allah masih mahu memanggil diri yang penuh dengan dosa ini untuk menjejak ke rumahNya?


Ia Sebuah Janji..


Banyak lagi sebenarnya yang terbuku dalam hati ini andai bertanya tentang 'pengalaman' saat berada di sana.
setiap saat dirasakan penuh berkah. sehinggalah sampai ke hari terakhir saya menyempurnakan tawaf wada' untuk mengucapkan selamat tinggal..
Allahu Allah..
Moga pandangan ketika itu bukan kali yang terakhir.
Sudilah kiranya memanggil hambaMu ini kembali, kerana saya pasti akan sanggup melakukan apa saja untuk menyahut panggilan itu..


ketika berada di dalam flight untuk pulang, ada seorang pak cik ni bertanya kepada saya
"Apa yang kamu dapat sepanjang berada di Mekah dan Madinah?"
saya terdiam..tak tahu bagaimana mahu memulakan bicara.
pantas pak cik tersebut memberikan jawapan yang menyentak hati saya..


"Awak kena kata macam ni..Ya Allah, moga-moga aku pulang dengan hati yang sudah kembali suci umpama kain yang putih.maka aku berjanji Ya Allah, bahawa aku akan mencorakkan kain itu hanya mengikut apa yang diperintahkan olehMu.."


saya terdiam.kata-kata itu hakikatnya dari Dia..
teringat janji-janji saya saat berada di sana..
Allahu Allah..
Berilah diri ini kekuatan untuk mengikut segala perintahMu




Moga Allah mengampuni diri ini..
Ana Abdullahi,walan yudhi'ani..





Sunday, August 07, 2011

Marhaban Ya Ramadhan..^^

Bismillah..

Mari merebut piala TAQWA~!


anda mahu?

setiap saat di bulan ini penuh dengan berkah..
jangan sia-sia kannya..

walaupun dengan hanya dengan..



bersahur..

haa..kat bulan ni je ada solat terawih tau..
jadi..




pastikan anda tak lepaskan peluang ni tanpa alasan
yang munasabah ok~!

insyaAllah..^^
hadiah buat mereka yang berpuasa ikhlas kerana Allah..

tapi haruslah puasanya itu..
bukan setakat menahan lapar dan dahaga..
kerana Allah akan membalas dengan sesuatu yang tidak ternilai harganya..

dan ini..
adalah sebaik-baik ganjaran buat mereka yang berpuasa..
syurga..tak nak??

wah..bestnye!
i L.O.V.E ramadhan...^^

erk..
setakat cakap aje ke?
buktikanlah!


moga Ramadhan kita kali ini jauh lebih baik daripada
yang sebelumnya..

Allahumma Ameen..:))


*semua wallpaper yang comey2 ni di ambil dari SINI.. meh jenguk meh~! ^^

Thursday, July 21, 2011

Besarnya Kasih Sayang Allah: Sebuah Harapan & Ramadhan..:)

Bismillah..

waktu buat makan-makan dan bacaan doa semalam..
bersama emak,dikcik dan eby..

Di kesempatan yang ada ni.buat sahabat2 yang tak sempat saya khabarkan lagi. insyaAllah, hari ini saya akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Allahu Allah, perasaan saya masih bercampur baur. seakan masih percaya atau tidak dengan rentetan takdir yang tuhan tuliskan buat saya sehingga ke saat ini.

Sungguh..Allah sangat mengetahui hati hambaNya ini. teringat-ingat lagi kenangan ketika menjadi sukarelawan haji untuk jemaah negeri Johor di UTM tahun lepas [SINI]. melihat replika Ka'bah ketika itu benar-benar menyentuh hati saya. dan saat ini, ucapan apa lagi yang mampu saya ungkapkan melainkan seribu satu kesyukuran yang tidak terhingga di atas doa yang Allah dengari dari hambanya yang seorang ini..:')

Moga-moga hari ini masih ada buat saya agar sempat untuk saya memenuhi impian yang satu ini. Saya benar-benar merindukan tempat itu. bait-bait talbiah juga makin kerap berlegar di fikiran ini. terbayang-bayang saat diri mahu menatap ka'bah berada dihadapan mata sendiri. terasa syahdu andai benar mampu menuturkan salam buat junjungan mulia baginda Nabi di bumi Madinah..
Allahu Allah..izinkan saya untuk saat itu..

InsyaAllah..mengikut jadualnya saya akan pulang pada 5 ramadhan. berpeluang berpuasa selama beberapa hari di sana, insyaAllah..:)

Oh ya..ramai orang macam tak percaya bila saya kata yang saya hanya pergi berdua dengan adik saya (ikut travel agensi pastinya).huhu..tapi insyaAllah, Allah pasti akan menolong kita jika niat kita benar dan lurus keranaNya..saya yakin dan pasti untuk itu! Allah tidak akan memungkiri janji..

Besar sekali harapan saya. bahawa pemergian ini bukan nya sekadar suka-suka, apatah lagi jika hanya mahu melawat-lawat sahaja. besar impian disebalik perjalanan ini. doakan saya, andai masih di izinkan untuk kembali semula di sini, ada sesuatu yang berharga bersama saya untuk dibawa pulang ke tanah air..

Juga nak memohon kemaafan kepada semua sahabat yang mengenali diri ini andai ada kelakuan atau bicara saya yang mengguris hati anda tanpa saya sedari atau tidak. Mohon doakan saya agar dipermudahkan di sana nanti ya..:)

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Oh,pastinya saya tidak akan sempat meraikan hari pertama kehadiran kekasih yang dirindui di blog ini. 
Ya Ramadhan Kareem..datangmu membawa seribu rahmat. Di dalamnya penuh dengan berkah dan kemuliaan, jadi buat anda dan saya pastinya, moga-moga ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..


Fastabiqul khairat! Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan..terutamanya di dalam bulan penuh mulia ini yang kehadirannya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Jangan sia-siakan kehadiran bulan ini dengan perkara-perkara biasa yang sudah penat kita lakukan sebelas bulan yang lalu. Buat mereka yang yakin dan percaya, pastinya di akhirnya kita mengharapkan kedatangan ramadhan kali ini mampu menjadikan diri kita kembali kepada fitrah yang sebenarnya..insyaAllah..^^

Ramadhan..bermulanya suatu perubahan!
jom sokong page NI.. sangat bermanfaat,i'Allah~


                                                                    ::salam sayang::
nur afni natasya ismail



Tuesday, July 19, 2011

Yang Lebih Bermakna..

bismillah..






malam yang senyap sunyi.sedang duduk menghadap komputer dengan bertelekung sambil menunggu azan subuh.
semua orang di dalam rumah sedang lena dibuai mimpi..


tersenyum sendiri.teringat peristiwa tadi.


pukul 1.30 pagi.mak tiba-tiba bangun dari tido,"Ya Allah,lambat dah ni.mak nak pegi pasar dengan ayah kau ni"


"Ha nak pegi pasar? kak lang nak ikuttttttt...", saya masih belum tido waktu tu.tiba-tiba rasa nak menyebuk ikut pegi pasar.sedangkan selama ni punya lah tak suka pegi tempat tu. haa..ade muslihat lain sebenarnye..:D


dalam kereta.


"kita pergi chow kit.lepas tu pegi pasar borong.pegi NSK. banyak barang nak beli ni"


Waa..banyaknya tempat nak pegi.ingatkan nak pegi pasar borong je.menyesal pulak ikut tibe-tibe..T_T


tapi bila fikir-fikir balik, rasa nya saya sangat menghargai setiap detik berada dalam kereta bersama mereka. ye lah, bukannya senang untuk kami duduk bersama-sama dan berborak itu dan ini. kesibukan dunia kadangkala benar-benar menjarakkan saya dengan mereka. jadi, masa yang sedikit ini la tempat saya bercerita dan bertanya macam-macam. tambah lagi, mood mak dengan ayah nampak sangat baik malam ni..






"Mak, kenapa KLCC buruk eh waktu malam?"


"Ayah, macam mana nak tahu durian tu mahal ke murah?"


"Mak, nak tengok macam mana jering tu muda ke tua?"


"Ayah, kenapa kat sini ramai bangla?"

"Mak, kak lang konfius la nangka dengan cempedak. macam mana nak bezakan eh?"



macam-macam soalan saya tanya. daripada soalan yang tahap macam budak-budak dan orang tua, sampai lah soalan yang tak layak ditanya oleh seorang yang sudah berumur 20 tahun..><


time lalu kat area kl.mak sempat lagi tunjuk, "ha kat situ la orang dok buat BERSIH tu. bla bla bla (mak saya tak sokong BERSIH.so sad)

adeii..panas jugak telinga dengar kata-kata mak time tu. darah muda ni mula la terasa melonjak-lonjak nak potong cakap mak.



"mak..kak lang dah cakap jangan baca utusan o tengok berita tv3 tu..tengok..mak dah terpengaruh dengan cerita penipu tu."


"eh,tak kisah la utusan ke ape ke, negara kita ni dah aman.yang nak buat huru-hara lagi tu kenapa?"


"adoi laa..sape yang buat huru-hara. mak pecaye sangat la utusan tu tulis ape.pot pet pot pet.." wah, memang dua-dua tak nak kalah.  mak masih lagi dok cakap yang negara ni dah aman dan alasan-alasan yang ditulis kat dalam utusan tu.T_T


pum pang pum pang..letih dah cakap soal BERSIH yang macam nak mengKOTORkan mood baik mak malam tu.so, saya diam aje la..=.='


Sebenarnya, Saya Nak Durian..


Serius, mengidam durian sebenarnya. tu yang jadi sangat rajin nak ikut. lepas tu, kalau ikut mak dangan ayah pegi pasar, saya boleh mintak makanan yang saya nak. biasanya memang saya akan dapat lah makanan tu.. contoh macam ni, 


"mak, macam sedap la kueh tiaw tu. ha..pagi esok boleh buat."


"ko reti ke buat kueh tiaw?" mak tanya macam tu..T_T 


Huhu.Reti la mak (kot).campak-campak aje.buat dengan kasih sayang.insyaAllah jadik.wewewe..X)


Dan pastinya, sebelum balik..saya memang dapat apa yang saya nak.hehe
Durian, bahan2 buat kueh tiaw dan kuih pau yang gummok! 


Ada Yang Lebih Berharga Dari Makanan Itu






Hurm..pastinya makanan tidak akan mampu menandingi setiap masa yang diluangkan.
perkara yang kita jarang dapat,kita akan selalu menghargainya.
dan itulah perkara yang akan kita kenang dalam hidup kita..
Mungkin bagi orang lain waktu begini tersangatlah biasa
tapi untuk diri seorang Nur Afni Natasya, ia cukup untuk membuatkan saya terasa hiba..


Wahai Allah..
Sayangilah kedua ibu bapaku.
Rahmatilah kehidupan disepanjang usia mereka
Lindungilah mereka dengan limpahan cinta dan kasihMu..

Kerana Engkau pastinya lebih mengetahui apa yang terbaik untukku dan mereka
Maka dengan itu wahai tuhan..beri kekuatan padaku untuk terus menyubur kasih pada mereka
moga dihujungnya kami akan kembali bertemu di taman syurgaMu..:')

[190711]
[0545]


Monday, July 18, 2011

Sahabat Sejati

Alangkah Beruntungnya Seorang Sahabat Sejati..


Bismillah..


Alangkah indahnya seorang sahabat, yang ketika kita berbuat salah ia menegur dan menasihati, bukan kerana rasa benci, namun kerana begitu cintanya ia terhadap kita sehingga tak bosan-bosannya mengingatkan akan sebuah kebenaran. 


Terkadang kita terlupa, termakan oleh ego diri, merasa lebih baik, lebih banyak makan asam garam, sehingga menafikan sebuah kebenaran yang sebenarnya datang dari Allah SWT dan Rasul-Nya lewat lidahnya.


Alangkah indahnya seorang sahabat, yang mahu ikut menangis bersama, ketika melihat sahabat lainnya jatuh dalam kubang nista dan dosa, merasa kasihan, bukan kebencian hingga bergetar bibir menahan tangis dan kesedihan, terluka jiwa yang fitrah oleh tajamnya belati hawa nafsu.

Alangkah indahnya sebuah persahabatan jika didalamnya terdapat saling menasihati tentang iman, pentingnya mengingat mati, kepastian hari akhir dan segala hal tentang kebenaran hakiki termasuk segala kebaikan. Diri terasa dihibur dan juga digentarkan. Dihibur dengan cerita mengenai ganjaran kebaikan berupa surga, berlipatnya balasan Allah SWT atas sebuah kebaikan yang diperbuat di dunia dan digentarkan oleh cerita dahsyatnya siksa neraka, bukan hanya bagi orang yang ingkar terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya, namun juga bagi orang yang berbuat baik dengan niat yang sudah di kotori.





Alangkah indahnya petunjuk Rasulullah SAW perihal memilih sahabat. Beliau mengumpamakannya dengan penjual minyak wangi dan si tukang besi. Jika berteman dengan penjual minyak wangi,maka sedikit sebanyak kita pasti akan mendapat dan mencium wanginya. Sedangkan berteman dengan seorang pembuat besi, bisa-bisa percikan apinya mengenai tubuh kita dan juga bau busuknya.

Soalnya, adakah kita telah menjadi salah seorang yang layak digelar sahabat sejati?

p\s: kalau bukak facebook,jenguk2 la SINI..^^

Saturday, July 09, 2011

program: Misi Kemanusiaan & Program Anak Angkat

Bismillah..


Alhamdulillah..3hb sampai 6hb hari tu saya join program bersama USM dan Islamic Outreach ABIM ke perkampungan Orang Asli di Pos Mendrop Gua Musang..^^


Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. saya bertolak dari kl dan sampai di Kota Bharu dekat2 nak maghrib. agak lame jugak perjalanan tu, tapi disebabkan saya dah biase dok dalam bas lelama sejak zaman sekolah menengah lagi so setakat sakit2 urat belakang ke, pinggang ke..kire macam boleh buat2 pejam mata je la..T_T


Act, tujuan utama kami ke sana adalah untuk tujuan dakwah. sebabnya ada dalam 15 keluarga di sana yang menganut islam tetapi yang sedihnya mereka sekadar islam hanya pada nama sahaja..solatnya,puasanya..entah ke mana..
pengalaman selama empat hari itu benar-benar berharga buat saya.
banyak benda yang saya kira tak dapat saya belajar daripada kehidupan mereka yang pastinya berbeza dengan kehidupan saya di luar sana..


pemandangan kampung..

selama ni saya tengok dalam tv je rumah yang macam ni..


Di sana kami dibahagikan kepada keluarga-keluarga untuk dijadikan anak angkat..
waa..saya ketaq juga mula-mula, macam-macam perkara saya dok fikir,,
tapi alhamdulillah..amek (emak) dan apak (bapak) saya cukuppp baik dan sporting,,hehe


walaupun mereka berdua ni masih tidak mempercayai agama (atheis) dengan alasan mahu berpegang kepada adat nenek moyang mereka tetapi yang saya suka sebab amek cukup terbuka bila saya ajak dia bercakap tentang islam..
mereka juga tak kisah saya solat di rumah mereka dan ajak anak-anak mereka bersolat bersama saya..


Macam-macam aktiviti yang disusun sepanjang empat hari di sana..
Antaranya..


sukaneka!
(tapi gambar ni tak macam sukaneka pun) =_="




macam-macam perangai dapat tengok time ni..
orang psychology kan..
hoho




time ni tengah berkumpul untuk acara sukaneka untuk kaum wanita
acara..kupas timun dan bawang!! weee..




pada waktu malam ada pengisian kepada penduduk kampung usai solat maghrib..
ada banyak lagi aktiviti yang lain yang kami lakukan lagi. 
contoh lain, mobile clinic untuk penduduk kampung..


jap..nampak tak rumah batu kat belakang tu?
itu rumah yang dah siap dibina oleh kerajaan untuk mereka, tapi masih ada sebahagian lagi yang rumah mereka masih dalam proses pembinaan
contohnya, rumah keluarga angkat saya~




menurut apak, bila rumah batu tu dah siap maka rumah yang lama ni kena lah dirobohkan..
huhu..bagi saya rasa sayang pulak 
ye la, apak kata rumah tu dah berusia enam tahun tau
tambah lagi, apak bina rumah ni seorang diri selama dua bulan..
sayang la..macam ade sentimental value. aceehh..~!




yang baju biru ni adik angkat saya kat sana,fardela.
comel kan dia? ^_^
sebelahnya tu, juriah..
teringat-ingat lagi kata-kata juriah kat saya time petang saya dok mengajar mereka ni,
katanya "besar nanti saya mahu pakai macam kakak lah"
oh...terharunya dengar..~




inilah apak..^_^
haha..ce tengok plastik besar tu
yang tu buah tangan untuk saya dan sorang lagi kawan untuk kami bawak balik.
macam-macam ada kat dalam tu..wee
waktu ni hari last kami berkumpul satu family sebelum bergerak balik..




saya suka sangat kat dia ni..
namanye liza
sebaya saya tapi dia istimewa..
menurut keluarganya, dia diserang demam panas sewaktu kecil..
kenapa saya suka dia?
sebab dia sangat suka senyum..
walaupun dia tak mampu nak menjawab setiap pertanyaan saya, tapi dia faham apa yang saya cakap dan akan balas setiap pertanyaan saya dengan senyuman..
melihat dirinya membuatkan saya terasa kerdil sangat
kerana kekurangan nya itu seakan sudah memastikan tempat dia di syurga..
sedangkan saya yang sempurna anggota dan akal fikiran ni masih tak pasti pengakhirannya bagaimana..
hurm..




kasut 'kerok' kesayangan yang sudah lunyai..
tapi masih berada di kaki untuk membantu saya berlari-lari mencari makna hidup..


sungguh..
banyak benda yang saya belajar di sana
terima kasih di atas tarbiyyah ini ya Allah..


saya tinggalkan kampung ini dengan air mata yang tak boleh berhenti mengalir sewaktu kami bersalaman buat kali terakhir..
malu jugak bila perasan ada orang yang ambil gambar time tengah tacing2 tu.huhu
tapi entahlah.. memikirkan yang saya masih tak mampu meyakinkan amek dan apak tentang fitrah kehidupan kita yang sebenarnya betul-betul membuatkan saya rasa hiba..
tapi..jika Allah tidak izinkan maka apalah daya saya..
sedangkan baginda nabi sendiri tidak mampu membuatkan bapa saudaranya menerima islam sebagai agama yang satu..
pastinya hidayah itu milik Allah
dan saya hanya mampu menyampaikan..


doa saya..moga suatu hari nanti Allah akan membukakan pintu hati mereka untuk menerima deen ini..
I.S.L.A.M


Allahumma Ameen..



Friday, July 01, 2011

A.Y.A.H

Bismillah..

Walaupun ada ramai-ramai orang dalam hidup kita pun
Yang namanya A.Y.A.H hanya tetap satu..



Ayah..
kak lang nak cakap ni..


::selamat hari lahir yang ke-50::

moga Allah memberkati seluruh kehidupan ayah..:')

anak yang banyak songeh,
kak lang..