Pages

Monday, October 04, 2010

tEntang sElipar mak cik, arak dan tapai...

bismillahirrahmanirrahim..


Pantasnya masa berlalu kan..
Dah bulan oktober! Rasa nya macam baru je jejak ke tahun 2010 ni. Itu la dunia akhir zaman, masa tu akan  meninggalkan kita tanpa kita sedari..tambah2 pulak kalau masa tu kita isi dengan benda2 yang tidak berfaedah.. “Demi masa..sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..kecuali bagi orang2 yang beriman dan beramal soleh..” 

Oh ya,hujung minggu lepas, saya berpeluang menjadi sukarelawan praktikal haji bagi jemaah haji negeri Johor.. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar walaupun pening jugak kepala pada mulanya..hehe
Mereka bakal tetamu Allah..alangkah beruntungnya..bukan semua orang dapat menjadi tetamu Allah ni.. ada orang memang duit banyak tapi hati nya sikit pun tak tergerak mahu ke Tanah Suci. Belum sampai seru katanya.. nk tunggu seru?? Sampai bila?? 

ni pun sama jugE, "bila nak pakai tudung?".. "Nantilah.. bila sampai seru, saya pakailah.." 
nah, seru lagi yang disalahkan.. agaknya nanti bila tuhan tanya balik kat akhirat, boleh ke bagi alasan macam tu..  kalau boleh di bagi alasan tu, mestilah ramai manusia yang akan bagi alasan yang sama. HARU!!

Dua hari semalam bersama mereka.. banyak pengalaman yang dapat dikutip.. majoritinya sEbaya atuk dan nenek saya.. alahai..  suaminya hilang, isterinya hilang, slipa hilang, beg hilang.. macam2 yang hilang.. biasa la. Orang tua2, mudah lupa.. jadi tugas kami la membantu apa yang patut, kalau boleh carikan selipar mereka, kami carik.. kalau boleh pimpin mereka berjalan, kami pimpin.. kalau dah tak larat sangat mak cik tu, kami duduk bersama2 mereka tunggu ambulan datang ambil.. sambil duduk2 mereka akan bercerita itu ini..  tentang anak..cucu..menantu..apa saja la yang boleh di cerita.. dan kami.. akan jadi pendengar yang setia..

Di tanah suci itu.. kita semua adalah sama.. walau apa sahaja pangkat anda..  anda menteri ke.. pensyarah yang ada PhD ke..semuanya sama.  Mungkin di sini, ada orang marah betul kalau panggil namanya tanpa pangkat yang dia ada, ah..manusia memang macam2..apalah sangat yang mahu dibanggakan dengan pangkat mahupun harta.. tiada apa2..  semua orang akan pakai pakaian yang sama ketika tawaf , walau anda seorang jutawan sekalipun, pakaian anda tetap juga sama dengan seorang pemandu lori yang anda pernah potong keretanya masa anda dalam perjalanan nak ke KLIA dulu, ye la..anda kan pandu kereta ferari..

Bumi barakah itu..alangkah rindunya.. entah sempat atau tidak menjejakkan kaki kesana..melihat replika kaabah yang mereka bina itu pun, hati ni da terasa sayu, apatah lagi apabila melihat sendiri di depan mata kan?? Tuhan.. izinkan saya ke sana walaupun hanya sekali dalam hidup saya ni!       
insyaAllah..buat pak cik dan mak cik yang bakal bErangkat kE tanah suci nanti, doa saya supaya Allah memudahkan segala urusan dan ibadah kalian.. dan semoga pulang dengan haji yang mabrur..:)

ha..alang-alang da menulis ni, saya nak jugak selit cerita yang berlaku dalam kuliah kami petang tadi.. isu halal atau haram tapai! wah..memang hangat bEtul dalam kElas tadi sebab kami dok mengatakan tapai tu halal tapi lecturer pulak cakap haram. aduhai..isu hukum ni.. bukan hanya boleh di cakap halal atau haram saja.. perlu dirujuk dalil-dalilnya dan bErmacam-macam lagi.. kalau haram, pasti ada dalil dan hujahnya. kalau halal, dalil dan hujah juga masih perlu di ambil kira.. 

masalahnya, ramai antara kita sekarang yang mEngambil sEtakat perkataan HALAL dan HARAM itu..  yang lainnya mereka tidak mahu ambil tahu. sama la macam isu hukum hudud bagi peminum arak, sebut jE sebat, ramai da orang mula mElaung-laung tanpa ilmu.. islam itu kejam, mendatangkan kemudaratan kEpada si peminum dan bla bla bla..
Ah.. macam-macam..
tu la manusia yang hanya tahu mEnyalak-nyalak dEngan lantangnya. sEdang hakikatnya, mereka ini tidak tahu apa-apa!!
jadi, balik jE kelas tadi..saya pun terus la minta tolong pak cik google ni bErkenaan isu tapai ni. walaupun saya ni bukanlah peminat tapai, tapi.. macam mushkil je bile kata kandungan alkohol dalam arak ni boleh di samakan dengan tapai?? hasilnya... anda boleh baca artikel ni, yang saya kira sudah dapat mEnjawab pErsoalan tapai dan arak ni..(klik sini)

ok..selesai isu tapai..
dalam panasnya isu tapai tu jugak, sempat juga saya mEmikirkan sesuatu "kepelikkan" dalam umat ni.
untuk pErkara yang banyak pendapat dan memerlukan kita berfikir secara saintifik dan bermacam-macam hal lagi ni.. kita memang suka la nak mEmpertahankan pendapat kita, kononnya kita ni betul dan orang itu salah. kalau benar kita bEtul, alhamdulillah.. tapi tak perlu lah sampai mEngumpat macam3 orang yang salah tu.. yang peliknya, dalam kita bErsungguh-sungguh mengatakan itu halal dan ini haram, ada perkara yang sudah tErang kehalalan atau keharamannya masih kita buat3 tak nampak pada diri kita..
bila sEorang wanita islam yang bErsungguh-sungguh mEngatakan itu haram! tak bolEh makan!
tapi, dia pula tEngah pakai baju kEtat dan seluar sEndat.. 
Ah.. alangkah malunya!!















0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment