Pages

Thursday, January 13, 2011

BUNGA





adakah kamu ingat lagi 
kita pernah bercita-cita untuk punya ladang bunga
dan kita berjanji untuk menjaganya bersama

adakah kamu ingat lagi
ladang bunga kita pernah rosak dilanda ribut
saat itu, aku bersungguh-sungguh membajainya kembali 
kerana aku tidak mahu ladang bunga yang kita pertahankan setelah sekian lama itu musnahnya sia-sia

adakah kamu ingat lagi
bunga-bunga yang kita bajai itu pernah berbunga wangi
aku senang sekali melihatnya mekar memenuhi ladang kita
katamu..kamu akan membantuku menjaga ladang ini
dan aku masih mengingati kata-kata yang yang kamu ucapkan itu







semalam
aku pergi menjengah ladang kita
tapi aku melihat merah bunga kita sudah semakin menguning
 dan disebalik bunga yang layu itu aku terlihat kelibat kamu sedang menyembur racun pada bunga-bunga yang pernah aku bajai dahulu
bila aku bertanya, kamu katakan yang kamu sudah lelah menjaga ladang bunga kita lantas kamu mahu bunga itu mati sahaja

hari ini
aku datang ke ladang bunga kita lagi
aku lihat bunga merah kita sudah banyak menyembah ke bumi
Aduhai..
sayangku pada bunga sudah bertukar benci kerana warnanya sudah tidak berona merah
aku juga sudah penat untuk terus membajainya seperti dahulu
mungkin benar kata kamu..sayang kita pada bunga tak mungkin selamanya.. 


[afni natasya]
[13012011]
[1046]

2 orang yang dikasihi Allah..:

Theye said...

setuju!!!!!
bunga umpama simbolik...
sya...naper faz rs kan2..
andai kt pon mengikut KAMU
turut menabur racun
kt umpama menyerah kalah??

Theye said...

wow!!!okkkk..faz give uplah klu dh sastera2 nih..
heheheh

Post a Comment