Pages

Saturday, January 22, 2011

nanti akak jangan lupa call saya ye!

bismillahirahmanirrahim..

lin,sarah,sha,tasya..wana? err,,jurukamera!

alhamdulillah..tuhan mempermudahkan segalanya..:)
akhirnya kami berlima (sarah,lin,wana,sha,tasya) dengan jayanya berjaya sampai ke sekolah pendidikan khas untuk pelajar buta kat johor bharu ni sebab nak siapkan keje khusus untuk subjek development psikology sem ni..

sangat best bila dapat kenal dengan adik-adik tu tadi. jujurnya..kagum sangat dengan diaorang. walaupun dunia mereka gelap tapi masih boleh berlari-lari ke sana ke mari, mudah nak diajak berbual dan senang diajak bila time nak bergambar..:D



ada jugak adik-adik tu yang masih boleh melihat,tapi semuanya dah sampai tahap rabun teruk.. kesian? mungkin pada mulanya..tapi melihatkan semangat mereka, rasanya mereka lebih perlukan sokongan untuk belajar berdikari dalam hidup mereka. kalau setakat kasihan,sampai bila ya kita mampu berasa kasihan? mereka juga manusia biasa, ajar mereka untuk berdikari dan  bukan sekadar dikasihani! teringat kalau jalan-jalan kat jalan tuanku abd rahman or masjid india, selalu nampak pak cik dan mak cik yang buta ni duduk kat tepi-tepi kedai sambil jual kerepek,tisu atau main alat muzik sambil menyanyi. itu kan lebih baik dan mulia berbanding melihat seorang lelaki yang berpakaian comot tapi sempurna anggota fizikal yang sedang menadah tangan bawah jambatan?

jujurnya..
ada banyak perkara yang saya belajar bila melihat mereka
membayangkan andainya saya berada ditempat mereka? oho..tak tahu lah nak cakap macam mana. tak terbayang rasanya! sebab bukan semuanya yang tak mampu melihat sejak dari lahir.

tapi bersyukur tak kita dengan nikmat mata yang tuhan beri ni? adakah kita betul-betul menghargai nikmat penglihatan ni? tak..kita jarang bersyukur. sebab apa? sebab kita tak pernah nak berfikir untuk berada ditempat adik-adik ni tadi. kita rasa mata ni kita yang punya, kita lupa yang tuhan bagi pinjam je. kalau tuhan nak,bila-bila masa saja dunia kita akan bertukar warna. hakikatnya, memang manusia hanya akan tahu menghargai bila sudah kehilangan.

kalau kita kata yang kita betul-betul menghargai nikmat mata ni?
maka..mata kita takkan tengok perkara-perkara maksiat
mata kita ni kita akan jaga sebaiknya daripada jadi anak panah syaitan untuk merosakkan hati kita
mata kita akan selalu menangis mengenangkan dosa-dosa yang kita pernah buat
mata kita akan dijaga untuk tengok benda-benda yang baik je
kalau cukup suma syarat-syarat ni,maka kita memang betul lah sudah menghargai nikmat mata ni, tapi kalau belum?? maksudnya..kita ni belum benar-benar menghargai lah tu..

berbalik pada cerita kat sekolah tadi
time kitaorang nak nalik tu pegilah round-round kejap tengok adik-adik ni sambil ambil gambar apa yang patut..

"akak..akak ada no hp? nanti akak telefon lah saya. raya cina nanti saya balik.."
dan lepas tu seorang demi seorang datang mengerumuni saya dengan niat suci untuk bagi no telefon dan berharap saya akan kol diaorang time cuti nanti.
"akak..jangan lupa kol saya tau.tapi nanti mak saya ke, kakak saya ke, abang saya ke yang angkat. akak cakap la nak cakap dengan saya.akak jangan lupa tau.."
ye..ye..saya mengangguk entah kali yang ke berapa

tapiiii...
tadi bila saya check balik hp saya..
ya tuhan!
rupe-rupanya satu no hp pun saya tak save n saya just tekan je no tu kat skrin hp bila adik-adik ni cakap no diaorang [mungkin saya terlalu gelabah bila sume nak cakap no hp serentak so saya tekan ntah kat mana-mana]
haish..tua sudaaa..~!!






 








1 orang yang dikasihi Allah..:

Muhammad Qayyim Bin Suhaimi said...

=)rmai sgt mntak no, sampai terlupa nk save..=)

Post a Comment