Pages

Tuesday, January 11, 2011

demi sebuah jawapan..

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..
apa khabar hati? moga masih tunduk pada kebenaran yang hakiki..
apa khabar iman? moga terus istiqamah dan bertambahlah kebaikan..

kita ini ibarat musafir di sebuah perjalanan. kita akan terus berjalan,menuju ke sebuah destinasi ke negeri yang abadi. sungguh,perjalanan ini payah namun kita tak punya pilihan..diri harus dipaksa untuk terus berjalan biarpun kerap kali kita tersungkur. mujur ada tangan yang sudi membantu saat kita jatuh, memujuk saat kita hampir berputus asa kerana mahu atau tidak..perjalanan ini masih perlu dihabiskan.

bila saatnya kita jatuh..maka kuatkan diri kita untuk bangkit semula kerana itu tandanya tuhan sedang menguji kita. adakah kita ini insan lemah yang senang mengaku kalah atau insan istimewa yang dipilih tuhan untuk diuji keimanannya..

musafirnya kita ini kerana ingin mencari sebuah jawapan. buat bekalan ketika tiba di destinasi yang terakhir nanti. kerana harapan kita pastinya sama..
bila mana disoal tentang usia muda yang dihabiskan untuk apa,moga-moga ada jawapan yang mampu kita ucapkan.

biarlah mereka berkata apa saja..
apa yang dilakukan ini adalah kerana aku mahu berusaha..
kerana kelak aku akan ditanya di hadapan tuhan tentang usia mudaku ini..

ketika hari itu tiba, aku mahu memberi jawapan dan bukan hanya sekadar tertunduk kekesalan..

0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment