Pages

Saturday, January 15, 2011

program:hidup untuk memberi

bismillahirrahmanirrahim..

"tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
 menolong orang jangan harap balasannya
 biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
 tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui"




saya ingat lagi lagu ni,lagu yang penah kami nyanyikan sewaktu mengikuti kem kepimpinan pelajar semasa di tingkatan lima..

sebenarnya saya mahu berkongsi, apa yang saya dapat dalam program HEWI semalam..
buat saya untuk lebih mengingati, dan buat anda untuk merenungi..

kerana tuhan itu Maha Pemberi..maka,kita sebagai hambaNya juga punya sifat yang sama
Allah memberi kita berbagai-bagai nikmat untuk kita memberi kepada manusia yang lain juga
kebaikan itu harus dibalas dengan kebaikan yang lebih baik
memberi bukan hanya pada wang ringgit atau segala macam benda
tapi memberi itu juga pada apa yang tak terlihat dek mata kita..

ikhlas!
sesuatu yang nampak sedikit tetapi diberi dengan ikhlas itu jauh lebih baik daripada memberi sesuatu yang banyak tetapi pemberian itu diselimuti dengan bangga diri dan riak..
memberi untuk mendapat sanjungan,itu tidak memberi apa-apa makna..
memberi untuk menunjuk kelebihan diri,itu juga tiada nilaian di sisi tuhan
sudahlah pahalanya tiada,dapat dosa pula!

bukan semua orang mampu memberi
dan bukan semua orang yang memberi mampu memberi dengan seikhlas hati..
saya definasikan ikhlas bila kita mampu memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan terhadap pemberian itu waima ucapan terima kasih sekalipun
maka di situ ada ikhlas..
harapannya hanya untuk mengharapkan ganjaran dari Allah semata-mata..
Allahu Allah..saya juga kadang tak mampu begitu
diri ini kadang memberi kerana mengharapkan sesuatu kembali
naifnya kamu wahai diri!

BERILAH KEMAAFAN

orang yang sukar memberi maaf hidupnya pasti sukar
tanda pemberian selama ini tidak seikhlas jiwa maka mudahlah kebencian datang bersarang di dalam hati bila janji tak ditepati
sukarnya hidup bila hati asyik berkata benci
hatimu tidak akan tenteram..
maka maafkanlah mereka yang melukai hatimu kerana mereka juga hanya manusia biasa
jangan diharap apa-apa balasan terhadap segala kebaikan yang pernah engkau lakukan
lagipun..
besar sangatkah dosanya pada engkau berbanding dosa dirimu kepada Allah??

Allahu Allah..maafkanlah
moga-moga Allah mengampuni dosamu juga..:')

0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment