Pages

Tuesday, January 18, 2011

lalu kita berada di mana?

bismillahirrahmanirrahim..


membaca tulisan itu membuatkan jiwa terasa sebak
terasa ianya ditujukan tepat buat aku
lantas memaksa aku lebih gigih berusaha untuk membasuh dosa semalam yang masih berbekas..


jujur..aku mahu kongsikan ia dengan kalian
moga kalian juga turut mengerti apa yang aku rasa


"jika seseorang bermaksiat kerana syahwatnya dan kemudian dia meminta ampun, maka harapannya masih tinggi agar  Allah mengampuni dosanya, tapi sedarilah ada juga manusia sombong yang berbuat dosa tapi merasa dirinya baik-baik sahaja..


mari aku ingatkan engkau dengan kisah adam dan hawa yang berdosa kerana syahwatnya,
tetapi Allah masih mengampuni dosa  mereka
sedang iblis yang berdosa dan durhaka masih bersikap sombong
lantas dilaknat Allah sehingga ke saat ini..


ketika itu dia menangis..
mengkhabarkan padaku tentang orang yang paling rugi amalnya
“yaitu orang yang telah sesat upayanya dalam kehidupan dunia,
lalu dia menyangka bahwa dia telah berbuat sebaik-baiknya.”


ketahuilah..
hukuman terbesar buat mereka yang bermaksiat ialah rasa tenangnya hati
tidak terasa berdosa pabila berbuat dosa
tidak menyedari bahawa setiap dosa itu akan mengundang bala
maka..berntunglah orang yang tatkala melakukan dosa jiwanya terasa gelisah
kerana..dalam hatinya masih punya sekelumit iman untuk dijadikan kekuatan memohon keampunan..


sahabat..mari menilai diri kita sendiri saat kita berbuat dosa.
adakah kita masih terasa seperti tiada apa-apa??
maka kita tempatnya berada di mana?


~inspirasi dari tulisan Salim A.Fillah
[afni natasya]
[1250]

0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment