Pages

Wednesday, November 30, 2011

cepat cepat cepat


Bismillah.. *sambil tersenyum penuh bahagia

entah kenapa perkhidmatan broadband celcom yang saya pakai sejak dari dolu-dolu lagi ni tibe-tibe sangat teruk dalam seminggu ni
hoho..dan pastinya bagi orang-orang yang kurang kesabaran dalam menunggu (macam saya) fuh fuh
boleh membuatkan saya rasa macam nak (undefine feeling) je broadband ni.
ye la, sejak guna dari setahun lepas, kelip mata je terus jumpa apa yang dicari, 
tapi sekarang..

loading..

loading..

loading..

grrr..

adik..sabar eh.jgn buat muka mcm tu..=_='


hmm..
hari ini adalah hari mengadap jurnal
ada banyak lagi tak siap padahal esok pagi dah kena hantar..wuwu

dari padi tadi sudah bertapa di library dengan hati-yang-riang-gembira
ingatkan dah boleh terus buat jurnal review tapi.. "kenapa jurnal ni macam diragui ke'valid'an nye??"
dan sekarang..saya perlu mencari jurnal yang baru supaya tak terpesong dari tajuk sekaligus menyumbang markah kosong kepada saya..=.='
tolong doakan saya..supaya dapat lebih bersabar demi masa depan yang lebih cemerlang..


jap...kata sibuk sangat, ni boleh je buat entry baru ni?
ehh..kan dah bagitahu yang saya tengah tunggu page tu masih dok loading lagi~! T_T

*tasya..
jangan balik dan makan selagi kerja tak siap
jangan curik-curik pergi tengok imam muda yang datang kat MSI malam ni selagi kerja tak siap
sobs..

kesimpulannya, cepat siapkan sume!
oh ya..lagi satu..setiap perkara yang dilakukan bukan kerana Allah adalah sia-sia ya!!
cepat betulkan niat sebelum hanya dapat penat..

belajar lebih bersabar,
afni natasya..
PSZ UTM Skudai..



Sunday, November 27, 2011

Salam Tahun Baru...^^


Bismillah..

perjalanan ini jauh..
Ahad, 1 Muharam 1433H
Salam tahun baru hijrah buat semua muslimin dan muslimat..:)

Satu seruan
Ayuhlah berhijrah..
Kearah kehidupan yang lebih baik dan lebih bererti
Yang lepas itu biarkanlah..jadikan ia sebagai pengajaran untuk mendepani hari-hari yang mendatang
hijrah ini adalah permulaan kepada cerita kehidupan yang lebih hebat
itulah yang diajarkan oleh seerah
kita belajar darinya, kerana kita juga mengimpikan kehidupan yang sebegitu rupa..

berhijrahlah..
Agar bisa menjadi orang yang baik-baik
dan pilihan orang yang baik-baik
dalam kalangan orang yang baik-baik
demi mencapai syurga yang terbaik!


harus sebenar-benar hijrah,insyaAllah..
afni natasya..

Thursday, November 24, 2011

Tidak mudah..


bismillah..


..dan Allah akan benar-benar menapis
orang-orang yang akan berada di jalan ini..
kerna..
tempat ini hanyalah buat mereka yang punya jiwa besar
jiwa yang tidak mudah tergugah hanya kerana mehnah yang tidak seberapa..

jalan ini mahal..
bukan untuk mereka yang mudah merasa cukup
pada amal-amal yang terlihat dek mata manusia
kerana hati mereka sangat takut
andai amal itu kelak mungkin saja akan hangus terbakar
oleh api-api riak yang tidak kelihatan
meninggalkan hanya debu-debu yang berserakan..

sekali lagi..
peringatan buat diri ini
jalan ini bukan untuk mereka yang mudah mengeluh kepenatan
sedang langkahmu hanyalah umpama titik kecil yang masih jauh kebelakang untuk menggapai syurga..

aku ulangi lagi..
jalan ini akan sentiasa ada tapisan
dan engkau pasti akan mendapat apa yang engkau niatkan..



 "Dan apakah orang yang sudah mati (hatinya karena kekufuran) kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya?..."
(Al-An’am:122)




Wednesday, November 23, 2011

jangan marah hujan

bismillah..


Di luar sedang hujan..
Sekali sekala ada guruh yang kedengaran..
Teringat dulu time sekolah rendah
kalau hujan, mesti kayuh basikal perlahan-lahan sebab nak mandi hujan
Sampai rumah dah basah kuyup, sambung pulak berpusing-pusing kat tengah jalan..
Atau pun, cari hujung bumbung rumah..
Ada air yang mengalir di celah-celah bumbung tu..
Seronok! rasa macam mandi air terjun!

Hujan..
Ada kawan pernah pesan, jangan marah hujan..
Sebab hujan itukan kurniaan dari tuhan
Mungkin kat sini kita rasa hujan membataskan pergerakan seharian kita
tapi mungkin ditempat lain ada ramai orang yang menadah tangan kesyukuran kerana turunnya hujan ini
Mungkin juga, di saat-saat kita merungut turunnya hujan, ada orang yang sedang meraikan kegembiraan dengan turunnya hujan..
Kenapa mesti merungut?
Bukan ke hujan itu memberi ketenangan?

sekarang..kalau hujan..
terus lajukan kaki berjalan sebab tak nak terkena rintik-rintik hujan.
kerapkali terdetik dalam hati bahawa hujan yang turun itu memang boleh jadi menyukarkan pergerakan
kain baju yang dijemur pulak mesti akan kebasahan..
Ahh..banyak nya salah hujan..:(

sedangkan dulu..di waktu hujan
mesti hati akan menjerit 'yeay!hujan!!'
kalau tengah balik sekolah hujan turun lagi seronok dan jalan perlahan-lahan sebab nak basah kuyup
nanti kalau sampai rumah boleh lah sambung mandi 'air terjun' dan 'papan gelongsor' kat atas kereta..
tak ada apa yang salah dengan hujan
semua tentang hujan itu memang benar-benar menggembirakan..:)

hari ini..
melihat hujan yang sedang turun di sebalik tingkap bilik
saya sedar yang semakin menginjak dewasa ini
banyak sebenarnya perkara-perkara yang saya sudah kehilangan..
mungkin kita akan kata benda itu sangat remeh untuk dikenang
tapi percayalah.. satu ketika nanti kita mesti akan rindu
rindukan kenangan dulu-dulu..

alahai..rindunya nak main hujan..



Mr K



bismillah..


Demi kuda perang..

kenapa Allah dalam ayat ni pilih kuda?
sebab kuda perang itu hebat..
jauh lebih hebat dari kuda ternak dan kuda yang boleh menyanyi di shoping mall.

lepas tu?


[ akan bersambung...mood nak update dah hilang]




*banyak lagi tapi tak tertaip*
tak berapa sihat. Alhamdulillah..
..moga dipemudahkan semuanya..

Saturday, November 19, 2011

Y & M


did u know

..we complete each other. just like a puzzle..:)
may Allah bless us..



Thursday, November 17, 2011

Ini Circle K.I.T.A

Bismillah..
usrah tempat menghadirkan CINTA..
Usrah itu memang benar-benar menggembirakan..
Dan saya akan sentiasa mengakuinya
Usrah itu tempat menghadirkan RASA..
RASA hidup bertuhan
RASA kehambaan
dan RASA keindahan hidup di bawah naungan Al-Quran..

Bicara tok guru..
Usrah itu diibaratkan seperti kasut yang sedang dipakai disaat kaki sedang melecat Perjalanan masih jauh, mahu ditanggalkan kasut nanti hanya akan menambah sakit
Perjalanan itukan panjang, ada banyak benda yang bisa melukakan dan menambah derita kaki yang sudah sedia sakit
Mahu atau tidak, kita akan tetap bertahan dengan kasut itu
Kerana kita sedar, jika kita tanggalkan kasut, ia hanya akan menambah derita
Kita akan tetap setia dengan kasut itu
walaupun sakit..
tidak mengapa! itu lebih baik dari berjalan kaki ayam yang pastinya lebih mengundang seribu satu bencana..

Dan begitulah USRAH..
Dunia ini sedang sakit..dan kita tidak mahu menjadi salah seorang robot yang bergerak tanpa RASA
hanya usrah lah medan memperbaiki diri
dan walaupun ada orang mengatakan usrah nya tidak memberi kesan kepada dirinya,
saya akan tetap berkata "Jangan tinggalkan usrah!"
meninggalkan usrah bererti engkau sedang sengaja mencampakkan dirimu kearah kebinasaan..
Pastinya setiap langkahmu menghadiri usrah itu akan dikira Allah sebagai usaha..
percayalah yang suatu hari nanti kamu juga akan menjumpai RASA itu
Tidak kira cepat atau lambat
yang penting, berusaha! 

Ini Circle K.I.T.A



Ini amanah dari Allah buat saya
Membawa mereka bersama-sama untuk menghadirkan RASA di dalam circle kecil ini
Mengharapkan mereka juga akan merasai apa yang saya rasakan ketika ini..

Saat terserempak dengan adik-adik yang pernah bersama dengan saya dahulu
Betapa sedihnya rasa
Terasa benar yang diri ini tidak menjalankan amanah dengan baik
Circle kami hanyalah sekadar kehadiran jasad
yang saya semdiri tidak pasti ke mana hilangnya hati-hati mereka..
Natijahnya?
Saya sudah tidak bertemu lagi dengan mereka hingga ke hari ini
Astaghfirullah..moga Allah mengampuni kelemahan diri ini..:'(

Hari ini..
dengan semangat circle K.I.T.A yang baru
soal hati..
ya..soal HATI!
saya harus menyentuh hati mereka terlebih dahulu
barulah kita tidak seperti robot yang hanya bergerak
tunduk dan mengangguk-anggukan kepala
sedang sebenarnya kita sendiri tidak memahami apa yang kita perkatakan..

Wahai diri..
Berusahalah!



*circle = usrah ^^


Tuesday, November 15, 2011

Pray

Bismillah..
 


" Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit..
Diturunkan ke lubuk hati orang yang beriman..
Mereka itu tetap berhati teguh di kala orang lain kegoncangan.."

[ As-Syahid Syed Qutb ]


Monday, November 14, 2011

Preview

Bismillah..

Alhamdulillah,masih dapat bernafas lagi sampai ke saat ni..
keseorangan di bilik.. sunyi pulak rasa..=_='

kepada kak ecah yang berada di Korea..
mesti best kat sana, ada salji tak? (ha?)
cepat-cepat la balik..bosan tak de teman nak pokpekpokpek..

hmm..
esaiment bertimbun..
test banyakkk..
buku? tak habis study lagi..
dush.dush..


ini bukan kecewa. ini terlelap sebab baca banyak sangat jurnal

entah kenapa, serabut serabai semacam kebelakangan ni
buat jadual pun tak berape nak ikut sangat, last-last dok ikut mood sendiri je..
entahlah..T_T

tapi rasanya, bila dok fikir-fikir balik
banyak benda sebenarnya yang tuhan nak ajar kat diri ni
sejauh mana kebergantungan kita pada Dia..
dan setakat mana kita mampu buktikan apa yang kita pernah cakap kan kat orang lain..

"Allah akan uji kita dengan apa yang kita perkatakan"

memang senang sangat nak cakap,
"Jangan buruk sangka dengan Allah, apa yang Dia takdirkan kat kita mesti itulah yang terbaik."
selalu dok ulang-ulang..
again.. and again..

tapi sekali bila ada something yang kita tak sangka-sangka jadi kat diri kita
cepat pulak hati ni mengeluh..
" Ya tuhan..kenapa mesti jadi macam ni pulak?"
hati tak dapat terima..
"kenapa mesti itu, bukan ini??"
Banyak sangat mempersoalkan K.E.N.A.P.A..

Alahai.. mudah benar lupa..

La haula wala quwwata illa billah..

Ya Rabb..bantulah K.A.M.I (terutama diri sendiri) yang mudah lupa ini..




*p\s: blog ni fleksibel.boleh conteng3,tulis bunga3, luahan hati yang tak terluah dan macam-macam lagi mengikut ikut suka hati tuan punya blog. harap maklum..

Friday, November 11, 2011

Maaf..

 bismillah..


Ukhuwah kita..
masih terlalu rapuh..
jauh sekali andai mahu dibandingkan dengan kasih Abu Bakar saat meletakkan dirinya dalam bahaya semata-mata kerana mahu melindungi baginda Nabi..

mungkin juga..
tidak akan mampu menandingi cinta Salman Al-Farisi yang mengalir air mata kegembiraan sedangkan dirinya ditolak
"Allahu Akbar, Maha Suci Allah yang memilih teman saya sebagai pengganti,"
Abu Darda' kehibaan..
Ini benar-benar cinta seorang teman sejati..

hebatnya ukhuwah mereka
kata-kata mereka bukan dusta
"Aku mencintaimu kerana Allah", maka, ia benar-benar kerana Allah!
sedangkan diri ini masih terkial-kial
mempertahankan harga ukhuwah yang paling rendah
berlapang dada pada sahabat masih terasa payah..

Aku menemukan ini..
Bicara seorang akhi yang benar-benar menggugah jiwa
Ukhuwah itu tidak perlu diperjuangkan!
Yang tercalar itu bukanlah perasaan tetapi iman..

*menangis*


:: Firman Persaudaraan ::

Ketika kubaca firmanNya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku tahu, ukhuwah tak perlu diperjuangkan
tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita,
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan

itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
meski belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

ya, kubaca lagi firmanNya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku makin tahu, persaudaraan tak perlu diperjuangkan

karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, dan saat kebaikan justru melukai

aku tahu, yang rombeng bukanlah ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau menjerit
mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping

kubaca firman persaudaraan itu,
dan aku makin tahu,mengapa di kala lain diancamkan;
“para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain..
kecuali orang-orang yang bertaqwa”

-Salim A. Fillah-

*tulisan ini khas buat seorang teman..
maaf atas segalanya..


Pilihan



Allah..
Menunjukkan kasih sayangnya dengan cara yang berbeza
buat setiap daripada KITA..

terpulang..
mahu memandang ia sebagai seruan kasihNya
atau umpama bala yang datang bertimpa-timpa..

 
[afni natasya ismail]
[111111]
[1231]

Thursday, November 10, 2011

Hey, tundukkan pandangan




"Pandangan adalah anak panah beracun dari anak panah iblis. Siapapun yang menghindarkannya kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakan keimanan yang akan ia temui manisnya di dalam hati,"
(HR Al-Hakim)

Kata Ibnu Abbas, syaitan berada di tiga tempat di dalam diri seseorang lelaki, pada pandangan, hati dan ingatan. Manakala bagi wanita pula, ada pada lirikan matanya, hati dan kelemahannya.

Hati marahkan mata, "Jangan pandang lah!"
Mata salahkan hati, "Eh, engkau yang buat aku rasa nak pandang!"

Tragik..

Memang fitrah, kita suka pada perkara yang cantik,comel dan bla bla bla. tapi..itu bukan bermaksud mata kita boleh melilau-lilau sesuka hati kan?
Kaum Adam terutamanya, kadangkala pandangannya dari hujung ke hujung, atas ke bawah..
"oii..pandang ape ha?!"
(jap, ini bukan perasan cantik atau comel)

tapi memang kalau ditanya kepada mana-mana perempuan mesti pernah rasa dipandang macam tu.
takut kan? rasa macam nak lari je time tu. 

"Sya..hati-hati la kalau berjalan dekat kawasan yang ada lelaki ni. Diaorang ni pandang boleh tembus pakaian," kata seorang kawan.
Waa...nak pengsan dengar!

Jadinya wahai kaum Hawa..
Jangan benarkan dirimu dimurahkan sesuka hati
Jika 'dirimu begitu berharga' maka labuhkanlah pakaianmu dengan seadanya
Kita berusaha memelihara, mereka juga berusaha menjaga..

Sampaikan tentang ini kepada lelaki-lelaki yang beriman..

" Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" ( 24:30 )

Dan pesan ini bukan hanya kepada kaum Adam, tetapi kepada saya dan anda juga wahai Hawa..
pesan yang sama dari Allah buat kita pada ayat yang seterusnya
Baiknya Allah..terperinci sekali pesanannya..

Rumusannya mudah , Allah sudah siap memberikan jawapan..

"..yang demikian itu agar mereka mudah untuk dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu..." (33:59)

Islam itu tidak hanya hadir dengan solusi
tapi berusaha mencegah dari punca yang datang dari akar umbi

Menundukkan pandangan itu solusi buat masalah hati
Supaya hati lebih terpelihara kesuciannya
Soal hati ini memang susah kan?
"Kita tak hendak tapi ia datang dengan sendiri.."
"I didn't mean it!"
Haih, jangan mudah memberi alasan, kita ini yang sebenarnya tidak menjaga..

Pandangan itu pun bukan hanya setakat pada mata
Saya tetap rasa HATI adalah tempat yang paling utama
selagi hati tak settle, anggota yang lain juga akan turut bermasalah
Nabi kata, hati itukan umpama raja?

Tundukkanlah pandangan hati ..
Mungkin tidak nampak dek pandangan mata,
Tapi hati sedang tercalar luka
Mungkin juga saat kita bergelak ketawa, hati kita sebenarnya sedang menderita sakit
Iman tercarik-carik tanpa kita sedar..

Tundukkanlah pandangan mata..
itu lebih baik untuk hati kita..
saya dan anda..

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

Moga Allah mengampuni
Pada pandangan yang tidak terjaga
pada hati yang tidak terhijab..



****

* Bahagia sekali tak perlu memakai spek walaupun dunia agak kabur. Maaf kepada mereka yang memberikan senyuman dari jauh tetapi dibalas dengan kerutan di dahi kerana sedang memerah otak siapakah si pemberi senyuman..^^

*Selamat mencari kemanisan iman, kawan..
Sekali berpesan buat anda, berpuluh kali ingatan buat diri sendiri..
(sambil cubit pipi sendiri)


Tuesday, November 08, 2011

sepuluh bintang untuk ini!


 


ahha..ini memang super duper kelakar ! seriyes boleh buat orang gelak tanpa henti brother ni..><
but he is telling the truth ok!
saya memang dah lama rasa lagu-lagu melayu kat radio tu memang boleh buat neuron di otak terputus sebab terhibur stress bila dengar..
ntah-hape-hape-sungguh..

macam mana la orang melayu (baca: orang muda) nak maju kalau asyik dok dengar lagu macam ni? rase cuwet cangat (geli) ke?? haih..tak paham..T_T



Saturday, November 05, 2011

salam aidiladha..

Bismillah..

Omak        : Balik tak raya ni?
Anak Baik : hmm..tak kot. takde duit la. nak saving..
Omak        : Kalau tak balik ada kawan tak? jangan duduk sorang-sorang
Anak Baik : Ada la jugak. nanti kak lang duduk dengan diaorang kalau tak balik..

...
...

 
lebih kurang gitulah mesej nye dengan omak hari tu. kesimpulannya, tak payah balik la raya ni. T_T

so, di malam raya yang syahdu ni.. saya menyebuk la di rumah tok guru sebab utm pun cuti lebih kurang seminggu gitu.
tak kan nak duduk kat kolej sengsorang kan?

eheh..pertama kali berhari raya  di perantauan tanpa family.
aidiladha ok la kot, kalau aidilfitri memang saya akan mengalir air mata tanpa henti lah malam ni..ngee ><

petang tadi dah buat rendang, esok boleh buat lontong pulak ( waaa..sodap ehh)
tok guru tengah sibuk menganyam ketupat, saya? dari sekolah rendah lagi nak belajar buat benda tu tapi sampai sekarang tak pandai-pandai melainkan tangan jadi terbelit-belit adalah..hoho

btw, nak ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua muslimin dan muslimat..^^
buat family ku yang tercinta,,
mesti korang akan bosan tanpa kakakmu yang pendiam bising ni..wewewe
panjang umur insyaAllah akan ku pulang pada cuti panjang tahun depan..
insyaAllah..

semoga semua orang bahagia dan berada dalam redha Allah sentiasa..
tata,,:)

contengan di rumah tok guru,
hati-riang-gembira..

tacha!

Friday, November 04, 2011

Awak tak faham,dik..


Bismillah..
Buat kakak yang baik hati..

..HE loves us..
"Sekarang bolehlah awak cakap macam ni, awak muda lagi dan awak tak berada ditempat akak,"

"Kenapalah Allah buat akak macam ni? Akak tak layak untuk bahagia macam orang lain kah?" kecewa sekali dia dengan takdirnya.

"Akak.." tarik nafas dalam-dalam..
"Allah tak pernah dan tidak akan menzalimi kita," saya menyambung.

"Ahh..Awak tak akan faham dik," lirih suaranya.

Saya diam.kehilangan kata-kata untuk menyusun ayat yang seterusnya.
Mungkin saya tidak layak untuk berkata-kata tentang perasaannya kerana saya tidak berada di tempatnya.
Tambahan pula, saya kalah pada angka dek kerana perbezaan usia antara kami..
makanya saya tidak faham dan tidak mungkin dapat memahami perasaan dia saat itu..

Tapi kak..
Bolehkah saya berkongsi sesuatu?

Sendiri itu tidak bahagia?

"Bolehlah awak cakap macam ni, awak baru 20," pintas si kakak sebelum sempat saya membuka mulut.

Saya hanya tersenyum.
Mungkin bercakap soal ini dengan teman-teman yang bersama-sama mengenal tarbiyyah tidak akan sama apabila bercakap dengan mereka yang masih tercari-cari erti hidup
Tarbiyyah mengubah pandangan saya tentang kehidupan
Bahagia bukan hanya pada hidup 'berdua', pada kereta atau rumah yang besar
Bukan pada kerja yang gah dan mampu bershoping apa-apa saja yang kita suka..
itu bukan bahagia yang sebenar..
itu hanyalah suka..kita suka perkara itu namun ia belum bermakud yang kita akan bahagia dengan perkara yang kita suka
boleh jadi, yang kita suka itulah membawa bencana untuk diri kita
mungkin juga, yang kita suka itulah semakin menyeret kita menghampiri neraka yang maha dasyat..
nau'zu billah..

kenapa tuhan masih membiarkan akak sendiri?
tuhan itu zalimkah?
tuhan tak memahami hati akak kah?

Mustahil tuhan tidak tahu setiap bisikan hati kita
Bahkan tuhan lebih lagi mengenali kita berbanding teman baik kita..
kejamkah tuhan bila tidak mengendahkan perasaan kita yang terusik melihat rakan lain menghampiri hari bahagia?

Kakak, tuhan sedang memanggilmu..

Tuhan sebenarnya sangat mengasihi kamu wahai kakak
masih menanti waktu kakak menyintaiNya dahulu sebelum menyerahkan hati kepada orang lain
kerana itu tuhan masih membiarkan akak sendiri
agar akak mahu membuka hati akak untuk Dia dahulu
mungkin Allah tahu jika akak juga sama seperti teman-teman akak yang lain, maka akak akan melupakan Dia
sedangkan mencintaiNya adalah cinta yang terindah
tidak akan terbanding dengan cinta mereka yang biasa-biasa..

mungkin juga Allah sedang mempersiapkan seseorang yang sangat istimewa untuk akak
jadi, pasti ia perlu dibayar dengan sesuatu yang mahal harga
penantian..pengorbanan..sebelum ia nya menjadi kenyataan yang indah

"Eh, akak pernah dengar ada orang cakap dalam Al-Quran ada sebut yang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik kan?," soal akak pada saya

saya mengangguk-angguk

benarlah kak..itukan janji Allah..:)

Segalanya indah..

Hati kita sebenarnya kosong
lalu, kita penuhi ia dengan segala macam tuntutan nafsu dunia
kita sangka kita akan bahagia
sedangkan sebenarnya yang kita dapat hanyalah lelah yang berpanjangan..

Kita tidak sendiri kak
" Fa inni Qarib.."
Sesungguhnya Allah itu dekat, kitalah yang seringkali menjauhkan diri..
'Berdua' seperti mereka belum tentu menjanjikan bahagia yang hakiki
Bahagia yang mereka impikan itu sebenarnya masih jauh andai mereka meninggalkan Allah dibelakang
Mata yang melihat mungkin boleh menipu, tetapi tanyalah kepada mereka yang cinta nya hanya berpaksikan 'suka-sama-suka', sejauh mana mereka masih mampu mempertahankan bahagia lima tahun selepas itu?
Adakah perasaan itu masih sama seperti di saat akak melihat mereka bergelak ketawa di tahun pertama?



Mahukah akak menyambut tangan saya?
kita bersama-sama berlari mencari cintaNya..
dan akak pasti tidak akan bersedih lagi dengan takdir yang Allah tetapkan ini..


insyaAllah..
tuhan akan bagi apa yang kita perlu itu tepat dan indah pada waktuNya..
jika sekarang masih bukan masanya maka biarlah Allah yang mengaturkan mengikut ketetapanNya
disebalik semua takdirnya ada hikmah untuk kita renungi..
Allah kan sangat sayang pada kita? :)

Akak..
Beginilah tarbiyyah mendidik saya..
Apabila memandang segalanya dari tuhan
Semuanya baik..
Segalanya indah..


ikhlas,
kanak-kanak tak berapa ribena..;)

Thursday, November 03, 2011

yosh!

bismillah..
walaupun kerjaku menimbun..
tetaplah :)

Apa yang kita pelajari itu..
bukanlah pada ayat-ayat yang kita hafal
Tetapi..
pada kehidupan yang kita mampu terjemahkan..^^