Benar.suatu hari nanti kita akan sendiri
Ditinggalkan keseorangan.tak akan ada siapa pun yang sudi menemani
Mungkin di dunia ada orang yang paling banyak mengatakan sayang kepada kita, tetapi bila tiba waktunya nanti, dia juga akan membiarkan kita.sendiri.
Mungkin beberapa hari yang pertama, si dia itu masih setia mengunjungi pusara kita, tapi lama-kelamaan si dia juga pasti akan melupakan kita.dan dia meneruskan kehidupannya seperti biasa. tanpa mengingati kita lagi.mungkin juga dia masih akan tetap menziarahi kita, pada saat takbir hari raya bergema. membacakan yasin dan membersihkan rumput dan lalang yang tumbuh di pusara kita.dan kemudian, berlalu pergi bersama kecintaannya yang lain..
dan saya tersentuh sekali mendengar cerita Saidina Umar
dia gagah,tegas dan ditakuti oleh orang kafir Quraisy malah iblis juga turut takut akan beliau, tetapi lihatnya hatinya saat mendengarkan amaran dari tuhan..
Beliau terus jatuh tersungkur dan pengsan! Sedangkan pada waktu itu beliau hanyalah sedang berjalan-jalan, tetapi hatinya amat memahami ayat-ayat daripada Al-Quran yang didengarinya secara tidak sengaja itu. sebulan lamanya beliau terlantar di dalam rumah sehingga para sahabat berasa risau dan menyangka beliau sedang sakit teruk. sedangkan hakikatnya beliau tidak sakit apa-apa melainkan hatinya terlalu takut mengenangkan hari pembalasan yang pasti terjadi itu. itu Umar Al-Khattab.
sahabat yang dijanjikan syurga, tetapi itu langsung tidak membuatkan beliau berasa selesa dan duduk bersenang-senang. Ahh..hebatnya imanmu wahai Umar!
Mati Itu Pasti
Hari itu pasti terjadi..
Hari di mana kita akan ditinggalkan sendiri
Sudah cukupkah bekal yang mahu dibawa?
Ayuhlah bermuhasabah mengingati hari itu..
Anda.Saya.Kita..tidak akan ada sesiapa yang mampu menolaknya..
Bersedialah.boleh jadi esok,lusa..mungkin juga hanya sebentar lagi..
Membina impian menjulang-julang tentang hari esok yang belum tentu ada buat kita dan melupakan hari saat nyawa bakal ditarik itu adalah satu malapetaka buat diri..
Kita bakal graduan first-class? Bakal pengantin? Bakal pemilik kereta mewah & rumah besar?
Semua itu belum tentu sempat untuk kita rasai..
cuma ada satu gelaran yang pasti menjadi milik kita..
sudahkah kita memikirkannya wahai bakal jenazah?
0 orang yang dikasihi Allah..:
Post a Comment