Pages

Friday, January 06, 2012

Belajar menjadi dewasa.

Bismillah..

terima kasih buat mereka yang sudi mewarnai kehidupan ini

Pengalaman memang benar-benar mendewasakan kita
Kita belajar erti kehidupan yang sebenarnya
Kita mengenali ramai orang dengan bermacam-macam perangai
Ada yang kita mulai perkenalan dengan senyuman tapi akhirnya kita lepaskan dengan deraian air mata
Ada yang  kita mulai dengan muka yang masam tapi sehingga ke saat ini akhirnya menjadi insan menumbuhkan bahagia dalam hati kita
Ada yang kita tak sedar pun kehadirannya tapi dia sebenarnya mengambil tahu tentang diri kita
Kita pula mungkin juga sedang mengagumi seseorang tetapi pada dia nama kita ini seakan tiada tercatat pun di dalam episod kehidupannya
Begitulah kehidupan.
Insan datang dan pergi mengajarkan kita banyak perkara
Dia yang melukai kita bukanlah datang untuk menjatuhkan kita sebenarnya, tetapi mengajarkan kita sisi pandang kehidupan yang lebih bermakna
erti sabar, erti ikhlas dan memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan..

Dia yang memberikan harapan, tetapi diakhirnya memusnahkan harapan yang sangat-sangat kita impikan
Bukan dia itu sebenarnya yang kejam tetapi begitulah cara tuhan mendidik kita
bahawa yang ada pada kita ini hanyalah selayaknya seorang hamba
Pada aturan tuhan itu tak sepatutnya kita persoalkan
Tuhan mengajarkan kita, bahawa hanya Dialah yang berhak mengaturkan segala-galanya..
Bukan kita.. Bukan!
Disitulah tuhan mentarbiyyah kita bahawa segala harapan kita seharusnya disandarkan padaNya
dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara..

Bahagiakan Dirimu

Carilah kebahagiaan itu dengan memandang segalanya melalui kacamata akhirat
Pernah kecewa dengan manusia? pasti pernah.
tapi bukankah kita juga pernah melukai orang lain juga. mungkin juga tanpa kita sedari.
hanya memandang dengan pandangan dunia tidak akan membuahkan apa-apa. yang ada hanyalah rasa sakit hati yang berpanjangan. tetapi, memandang dengan nilaian akhirat?
hati kita akan tenang. kita akan tetap berbaik sangka kepada semua orang. bahawa begitulah cara tuhan mendidik kita, melaui insan-insan yang mengguriskan hati kita..
kita belajar darinya. dan kita tidak akan pernah merasa kesal kerana dipertemukan dengan mereka..

Oh ya, terima kasih untuk mereka yang pernah menjadi tetamu di dalam diari kehidupan saya
Masa lalu dan hari ini..
Anda mengajarkan saya untuk menjadi dewasa..






1 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

sgt best :) luahan hati sy sama mcm awk :)

Post a Comment