Pages

Monday, January 09, 2012

I'm not alien~~

Bismillah..

Alkisahnya..
"Ohh..ni kena operate je ni," ucap En.Dr sebaik saja memandang wajah saya.
"Haa? operate??" muka terasa panas tiba-tiba
"Ye la,lepas operate.nanti awak akan jadi macam pirate sekejap.lepas tu nanti ok lah!"
Haa??
Rasa macam nak terguling kat situ jugak. saya pandang muka Dr tu lama-lama.
Sekali pandang Dr macam serius, tapi bila saya tengok dua kali rasa macam dia main-main pulak..=='

Apepun, perkataan O.P.E.R.A.T.E tu sangat menakutkan saya.huhu
Sudah lah pertama kali pergi ke pusat kesihatan di UTM ni semenjak setahun bertapa kat sini
Memang jenis saya yang maleh sangat aih nak jumpa Dr. ni pun setelah berbalas-balas mesej dengan omak dan mengadu nasib diri yang serba kasihan dalam minggu ni.
Akak roomate pun dah berbuih mulut advice suruh pegi klinik tapi buat 'dek' je mula-mula.
Haa.. esoknya time bangun pagi tiba-tiba rasa macam nak pengsan bila tengok cermin dah nampak mata semakin membengkak sampai naik ke pipi..
Akur je la.tak kan nak berdoa je tanpa usaha kan?

Tak tahu lah kenapa, tapi saya sedar yang mata ni semakin sensitif sejak saya terhantuk kuat dalam bas time balik mukhayam sem lepas.
Ingatkan biasa je, tapi malam tu terus hujung mata bengkak dan ada darah dalam mata..
Dengan dipaksa akhawat, malam tu jugak pergi klinik dan Dr letak apa entah dalam mata, Alhamdulillah beberapa hati lepas tu mata pun sembuh.
sejak dari itu la saya sedar yang kalau saya menenyeh gosok mata dengan extreme sikit mesti lepas tu akan bengkak. Ya la, kadang-kadang mata kita masuk habuk, tangan pun automatik la tenyeh-tenyeh mata tu nak bagi lega. Biasanya dalam sehari dua je akan ok, so sebabkan saya ingatkan kali pun jadi macam tu, makanya saya pun biarkan aje la. tak sangka pulak jadi sampai macam ni.sobs.

Malam ni dan masuk hari ketiga dah dengan mata yang bengkak sebelah.
Hari pertama dan kedua dulu sakit sangat rasa terutama sekali time sujud dalam solat.
Rasa macam nak tercabut la biji mata. huhu
Baru lah rasa macam "Ya Allah besarnya nikmat dapat bersujud ni!!" :'(
Tapi alhamdulillah, hari ni macam dah ok sikit, boleh sujud dengan tenang berbanding semalam.
Dr bagi saya ubat untuk tiga hari je. so, tinggal esok je la harinye nak tengok mata semakin baik atau tak, kalau tak kenalah datang lagi. Huu..takut nak jumpa Dr tu lagi!
Kalau tengok hari ni, macam akan ambil masa yang lama jugak je nak sembuh.
Harapnya boleh la sembuh sebelum exam selasa ni (eh,esok!), kalau tak kenalah bergaya pakai spek hitam? err..geli pulak rasa.hoho.kena lah cover-cover sikit, kalau tak nanti mesti rasa macam orang pandang saya macam makhluk asing je..T_T

Mujurlah dapat orang sekeliling yang sangat positif ni,
"Selamat mengutip pahala,tasya"
"Allah ingat kat tasya tu.."

Sobs.. sedih sangat bila dengar. jadi, tutup mulut dan sabar..

Doakan lah saya eh..
Hope cepat sembuh dan dapat pergi exam dengan hati yang tenang
Ada lima paper psychology yang menanti dan tiga daripadanya hari yang berturut-turut.
Seriously, bila mata sakit ni memang macam effect satu badan la.
Rasa nak demam, kepala jadi berat.. dok membaca & menghafal pulak tu, memang menguji sungguh-sungguh la rasa diri yang serba lemah ni..:T_T:

Do pray for me yaa..
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha~!
“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan  buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”  [2:155]


6 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

lain kali rajin2 jaga kesihatan ya cik kak..!! dengar cakap omak nun.. alahai..
i akan doakan kamu supaya kamu di permudahan urusan..

::afni natasya:: said...

*kenapa macam xde perasaan bace komen anonymous ni*

btw, time kasih kalau mendoakan. moga Allah balasi kamu dgn sebaik-baik ganjaran~~

Anonymous said...

2:155

+ 2:156-157

[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

::afni natasya:: said...

syukran for the remainder..~~

z said...

pandang hijau hari2.hehehe *tibe2*

Anonymous said...

afwan. beruntung diuji oleh Allah

p/s: jga kesihatan ^^

Post a Comment