Pages

Wednesday, January 11, 2012

Kalaulah bukan kerana dosa..

Bismillah..

"Ingatlah pada hari (ketika) kami bertanya kepada jahanam, 
"apakah kamu sudah penuh?", 
ia menjawab, "masih adakah tambahan?"
[50:30]

Kalaulah bukan kerana dosa yang menutupi kecelikan hati
pasti air mata kita sudah bercucuran laju tatkala mendengarkan ayat ini..

Kalaulah bukan kerana maksiat yang kita lakukan setiap hari
pasti hati kita sudah meraung-raung hiba saat mendengar jawapan neraka jahanam itu..

Kerana apa?
kerana kita membayangkan andai 'tambahan' yang neraka maksudkan itu mungkin adalah kita
kerana kita tidak pasti pengakhiran kita nanti bagaimana..

kita cakap kita mahukan syurga
namun amalan kita masih teragak-agak
langkah kita masih lambat
kita tak bersungguh!
sedangkan masa terus bergerak di saat kita masih terkebil-kebil
memandang langit sambil termenung mengharapkan hidayah Allah turun buat kita..

soalnya sampai bila?!

1 orang yang dikasihi Allah..:

z said...

:'(

Post a Comment