Pages

Sunday, January 01, 2012

Mush'ab, sudi duduk dengan saya?

Bismillah..
Hari ini saya semakin faham walaupun saya selalu ulang-ulang dari dulu
yang kalau kita buat sesuatu kerana Allah semata-mata pasti kita tidak akan kecewa..
kita tak kisah orang lain cakap apa..sebab kita tahu Allah lebih mengetahui segalanya
kita tak akan peduli dengan semua kata-kata yang melemahkan.. sebab kita yakin Allah mengira setiap langkah dan usaha
kita tidak akan terasa hati dengan pandangan orang.. sebab kita yakin pandangan Allah itu lebih utama..

tapi..
kalau buat kerana manusia atau ukuran dunia?
kita akan kecewa bilamana yang kita harapkan tidak sama dengan apa yang manusia berikan
kita akan kecewa..
hati kita akan mudah terasa..
yang ada selepas itu hanyalah kesedihan yang melemahkan..

jadinya..janganlah berharap dan melakukan sesuatu kerana manusia. walaupun sedikit!
mereka itu sama lemahnya seperti kita
gantungkan seluruh pengharapan dan penilaian itu kepada Allah yang Maha Berkuasa
kita tidak akan kecewa.pasti!

Yuk..ambil semangat Mush'ab Bin Umair!
menyoroti kisahmu wahai Mush'ab membuatkan diriku tertunduk malu
alangkah indah perjalanan kehidupanmu
di saat usia kita rasanya seperti tidak banyak beza
namun engkau jauh sudah membuktikan kecintaan dirimu kepadaNya..
membandingkan diriku ini wahai Mush'ab
tiada lagi darah yang mengalir untuk deen ini, sedangkan goresan luka juga belum ada..

mengambil semangatmu wahai Mush'ab
kaki ini akan aku paksa berjalan
walau yang ku kutip hanyalah sekelumit cuma dari semangat dirimu..

mengimpikan duduk bersebelahan denganmu wahai Mush'ab
pasti bukanlah untuk mereka yang biasa-biasa
selayaknya aku ini
harus punya cerita sehebat dirimu
agar engkau juga sudi mahu bertemu denganku..




p\s: saya baru sedar jugak yang penantian itu bukanlah satu penyeksaan pun. ya, ia menyeksakan, tapi bagi orang yang tidak membawa tuhan bersama. penantian itu membuahkan kemanisan, andai bersama penantian itu ada tuhan bersama kita. SubhanAllah..alangkah indah!

0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment