Pages

Monday, July 23, 2012

Jakarta & Ramadhan



"Apa yang kita cintai..itulah yang akan menyibukkan kita"

Bismillah..

Masih di sini, bumi Johor yang di cintai..hehe
menghabiskan sisa-sisa hari sebelum pulang ke rumah.
Alhamdulillah. selamat pergi dan pulang dari bumi Jakarta. 
menyelesaikan beberapa kerja sambil menziarahi sisters di sana. 
berbeza juga pemergian kali ini dengan pemergian kali pertama.
dahulu..ramai-ramai jaulah bersama.
kali ini..hanya berdua. oh ya, bersama tok guru dan seorang sister super saiya,

semakin jauh melangkah, semakin banyak juga perkara yang dipelajari.
dan insyaAllah, itu semua adalah tarbiyyah buat diri ini.
apa yang indah ye di sana?
entahlah..tak tahu nak nukilkan macam mana.tapi saya lihat masyarakat di sana kuat bekerja.
"Ini Indonesia, semuanya bisa!"
realitinya, memang jauh berbeza keadaan masyarakat di sana dengan negara kita, Malaysia.
terasa bertuah amatlah dilahirkan kat sini. huhu

terasa nak tergelak juga dengan pertanyaan beberapa orang,
"bukan baru pergi ke? nak pergi lagi?"
mungkin jawapannya mudah. hanya kerana tarbiyyah, semua nya akan berubah.
kalaulah kerana nak pergi berjalan-jalan pergi, baiklah saya kumpul duit tu dan pergi London ke.. New Zealand ke..
tapi.. kerana ia adalah sebuah tarbiyyah, maka ia bukanlah hanya kerana melancong semata-mata..
dan kalaupun pergi, ia bukanlah sebab nak melawat tempat-tempat cantik ataupun untuk bershoping saja.

dan bila tengok sisters yang study kat luar negara ni. rasa macam bestt sangat.
sebab tarbiyyah dan cara dakwah kat luar negara ni mestilah tak sama dengan cara orang kat malaysia ni kan?
hmm..contohnya kalau study kat Europe. sebab kat sana mana ada Islam 'kelabu' macam kat Malaysia. halalan bayyinun, wa innal haraman bayyinun! 
dah lama jugak terdetik kat hati ni nak study kat luar negara. bila tengok sisters yang back-for-good tu lagilah melonjak-lonjak perasaan ni. lepas tu, asyik dengar cerita tok guru je tentang pengalaman dakwah & tarbiyyah dia kat sana, lagilah rasa macam bestnya.hebatnya.osemnye. fuhh
InsyaAllah..insyaAllah..
ada rezeki akan sampai juga ke sana. yang penting habiskan lagi dua tahun degree ni dulu. ^_^

Ramadhan Kareem!



Alhamdulillah again. sampai juga ke Ramadhan tahun ni..:')
teringat setahun yang lepas. time ni ada kat Madinah, berpuasa di sana memang jauuuuh beza dengan kat sini. tak payah fikir nak makan apa berbuka nanti, tak selalu tengok jam bila nak masuk waktu berbuka. hmm..
dan paling ingat sekali, beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka tu ada ramai insan-insan mulia yang mengagih-agihkan makanan untuk berbuka di tepi-tepi jalan. ada yang bagi pikul roti, ada yang bawak lori penuh dengan air dan buah. berhentikan kenderaan kat tepi jalan dan bagi kat kereta dan orang yang lalu-lalang. Allahu Akbar! 
terasa yang kita ini bersaudara. meriah dan penuh berkah.
teringin nak tengok suasana macam tu kat Malaysia. Err..ada ke?

Apapun..
selamat menambah amal di bulan penuh mulia ini.
Ya, kita adalah hamba Allah. bukan hamba Ramadhan.
tapi bukan bermakna setiap detik yang penuh berkah ini boleh kita persiakan dengan mudah.
kalau kita rasa kita masih belum menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya, jadikanlah bulan ini sebagai medan amal yang terbaik.
Allah pasti menilai dan melihat hamba-hambaNya yang benar ikhlas mahu menjadi hamba yang sebenar-benarnya..

teringat satu sharing pasal Ramadhan time kat Jakarta hari tu,
katanya, time Ramadhan ni..yang tak boleh hanya makan,minum dan beberapa perkara yang membatalkan puasa. perkara macam ni semua sibuk nak ambil tahu, setiap tahun kena ulang padahal dari tadika dah belajar.
Ramadhan..bukan setakat apa yang boleh dan tak boleh saja
Orang selalu kata, "Eh, bulan puasa ni, tak boleh mengumpat.."
tapi bukan ke time bukan bulan puasa pun memang tak boleh mengumpat jugak??

Mari Sucikan Jiwa!



 Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[Al-Baqarah:183]

Yuk..kita ambil kesempatan di bulan ini untuk sucikan kembali jiwa kita.
ada banyak maksiat yang bersarang, jahiliyyah yang masih belum kita buang.
So, inilah masanya untuk kita kembalikan diri kita kepada fitrah
Hadiah Ramadhan ini bukan Allah beri saja-saja, ia datang merawat fitrah yang sakit
Kerana fitrah itu dari Allah, maka Allah berikan ubat untuk menyembuhkannya
Jadi jangan persiakan, manfaatkan ia dengan sebaiknya!

Ramadhan ini.. berjanjilah yang kita akan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik
Moga-moga di akhir nanti kita beroleh anugerah yang dijanjikan Allah..

TAQWA!




1 orang yang dikasihi Allah..:

Muhammad Qayyim Bin Suhaimi said...

trima kasih diatas nasihat..=)

Post a Comment