Pages

Thursday, June 30, 2011

program : PERSIS' 11

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..program PERSIS'11 (Perkampungan Siswa Siswi) anjuran IKRAM di UNISEL sekurang-kurangnya menyalakan balik semangat dakwah saya yang hampir longlai disebabkan cuti yang panjang ni..


Oh ya,mungkin gambar juga mampu bercerita tentang kenangan selama lima hari itu..^^


Nahnu Ansorullah!


time sampai nih..

jarak antara hostel dengan masjid & tempat ceramah program agak jauh.
jadi..memang kena jalan..jalan dan jalan..

time ta'aruf..:)
time slot..


macam biasa..
peserta ikhwah mesti akan lagi kurang dari peserta akhawat..

masa-masa terluang..
menuju ke tempat ceramah..
ngee..part ni sume orang suke..
so, nak tunjuk jugak..:D
resolusi?
eh..pak cik RM..^^


Teringat kata-kata pak cik RM masa majlis penutup program tu tempoh hari.
Katanya, islam itu pasti akan menang.Daulah islamiyyah pasti akan tertegak.
Soalnya sekarang, adakah kita mahu menjadi salah seorang yang mengerah tenaga ke arah kemenangan yang pasti itu. atau kita hanya memilih untuk menjadi penonton.
lebih malang lagi, kalau kita memilih untuk hanya mendiamkan diri..
mungkin hati seakan ragu-ragu bahawa kemenangan milik islam itu pasti.


Lalu, ingatan saya kembali kepada cerita 1400 tahun yang lalu.
saat di mana ketika baginda Nabi Muhammad saw mengkhabarkan bahawa tentera islam pasti akan menawan kota Kostantinopel.
Ditangan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera.
maka ketika itu, semangat seluruh umat islam berkobar-kobar dengan sebuah keyakinan yang dituturkan nabi walhal ketika itu kota Konstantinopel ibarat sebuah tembok yang terlalu kukuh untuk diroboh oleh tentera islam.
Dan akhirnya..setelah 800 tahun berlalu, maka hadith itu menjadi kenyataan dibawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.
800 tahun! masya Allah..bukan tempoh yang sekejap..
tetapi kerana keyakinan terhadap apa yang pernah dituturkan nabi, mereka tidak pernah berputus asa,
bermula dengan Saidina Ali,Muayyiwah b Abu Suffian, Sultan Sulaiman, Khalifah Harun Al-Rasyid dan Sultan Beyazid yang melakukan tiga kali cubaan tanpa mengenal erti berputus asa..


hari ini..ibarat cerita yang sama juga
islam akan kembali tertegak di muka bumi ini.itu janji Allah.
tetapi adakah keyakinan kita juga sama seperti mereka yang terdahulu?


Bak kata pak cik RM lagi, janganlah kita ni jadi orang yang sedar dek untung!
buktikanlah yang kita ni memang adalah insan-insan yang terpilih kerana hidup atas nama seorang Muslim yang beruntung kerana memiliki islam sebagai deen..


Agama ini menuntut pengorbanan..
pengorbanan pada jalan dakwah,tarbiyyah dan jihad.
Agama ini juga mendidik kita erti keyakinan pada janjinya
tolong agama ini dahulu, kemudian barulah datang bantuan Allah
sedekahkan harta kita dahulu, kemudian barulah rezeki kita akan diluaskan
ya..logiknya juga begitu kan?
kena kerja dahulu, kemudian barulah akan diberi gaji..


pastinya juga syurga itu..
bukan untuk orang yang hanya hidup bersenang-lenang di dunia..






“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka..."
[9:111]



Wednesday, June 29, 2011

sehari dua ni..

bismillah..


moga Allah menunjukkan jalanNya buat kamu..


hurm..sehari dua ni
tiba-tiba asyik teringat..
kenapa entah..

*emo*

Forgive me..

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful..



And He gave you from all you asked of Him. And if you should count the favor of Allah , you could not enumerate them. Indeed, mankind is [generally] most unjust and ungrateful.
[14:34]



Life is so much full of blessings..
but sometimes we are just too blind to appreciate it..

"Allahumma innaka affuwwun kareem, tuhibbul afwa fa' fu anni"
 O Allah You are The One Who pardons greatly, and loves to pardon, so pardon me.


.. full of shame.. 



Tuesday, June 28, 2011

hikayat seekor Lulu..

kucing..anda memang comel..
tapi..

::SI LULU::
Di rumah saya ada seekor kucing  lelaki  jantan berwarna putih.
Namanya Lulu.. 
adik saya kata yang kononnya kata dia membela kucing itu supaya dapat menjadi kawan baik dia di saat kami semua takde kat rumah..


Oh ya, semenjak kucing itu tinggal di rumah kami, hidup saya menjadi semakin tenang  huru-hara.
pada awal pertemuan kami, hampir satiap hari saya akan exercise dengan berlari dan meloncat-loncat kegembiraan ketakutan akibat daripada reaksi ganas  manja Lulu yang suka menyendeng dan menggigit jari tangan dan kaki manusia di skelilingnya.
Tapi..hari ini saya sudah mampu tersenyum kerana Lulu sudah pandai memahami kata-kata saya untuk tidak menghampiri saya sesuka hati.


Baru-baru ini,berlaku satu kejadian yang sangat aneh.
Lulu telah jatuh cinta dengan seekor kucing gemuk kepunyaan jiran kami.
yang anehnya, adik saya berkata bahawa kucing gemuk itu juga adalah kucing jantan.
peliknya saya, adakah kucing juga mempunyai naluri songsang?? T_T


Yang menariknya..keesokan harinya Lulu telah hilang dari rumah!
Ohoho..saya berasa sangat sedih gembira!!
saya berpendapat bahawa Lulu mahu membina kehidupan berkeluarga yang lebih bahagia di luar sana bersama si kucing gemuk itu.
Dek kerana itu, saya berpesan kepada adik saya agar tidak mencari Lulu dan membiarkannya terus hidup dengan aman dan harmoni tanpa saya.
Dan alangkah gembiranya hidup saya selama seminggu tanpa perlu bergaduh dengan kucing setiap pagi..


namun begitu, kegembiraan saya tidak bertahan lama
balik sahaja dari program baru-baru ini, saya disambut oleh Lulu di hadapan pintu rumah
Grrrr..macam mana kucing ini boleh ada balik! 
dunia saya terasa kelam semula..*_*


sekarang..
Lulu berada di luar rumah sebagai denda kerana dia telah membuang waste product nye di bawah katil di bilik saya..
Waaaa..geramnya!
ini adalah salah satu sebab utama kenapa saya sangat tidak menyukai adanya haiwan peliharaan di rumah kecik kami ini.
Saya bukan membenci, tapi mungkin antara saya dan kucing..kami memang tidak ditakdirkan untuk bersama~!


berbuat baiklah kepada kucing ya..
nabi  dan para sahabat pun sayangkan kucing..T_T


*hailaa..saya mahu menulis cerita lain sebenarnya, tetapi cerita ini pula yang keluar.=_="
mahu berkongsi pengalaman di PERSIS (Perkampungan Siswa Siswi) anjuran IKRAM tempoh hari, tapi..ceritanya sekarang masih berada di kotak draft..insyaAllah, nanti kalau 'rajin' saya akan kongsikan ya..huu..*


*oh ya..maaf kalau gaya tulisan saya untuk entri ni semacam pelik sedikit..*-*

Tuesday, June 21, 2011

hari ini..


bismillah..

stay strong..

Hari ini dan hari-hari seterusnya
pasti ada air mata dan ketawa,
ada mudah dan payah,
ada patah dan tumbuh,
modal kita cuma satu,
hadapilah segalanya sebagai hamba Allah.
Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya,
mengaku jahil untuk diberikan ilmu,
mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya.

Kita berusaha melurus segala tadbir,
agar mampu menerima setulus segala takdir.
Sentiasa mengharapkan yang terbaik, 
tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk..
[Ustaz Pahrol]

Monday, June 20, 2011

diam..

bismillah..

sedang mendengar ini..
subhanAllah..anugerah pada suaranya yang mampu melembutkan jiwa-jiwa..

Ahh..fikiran masih bercelaru..
soal keluarga..

benar-benar menggugah hati saya..



Friday, June 17, 2011

kebesaranMu..

bismillah..

Kau cinta pertama dalam hidup..^^
KebesaranMu : ST12

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan..

kebesaran-Mu Tuhan..


bila terasa jauh
marilah dekat-dekat
selangkah engkau jalan menghampiri, seribu langkah Dia datang berlari..

wahai sayang
cinta bukan hanya pada kata-kata
sedang amal itulah yang membuktikan cinta..

:: afni natasya :: 

Thursday, June 16, 2011

tudung oh tudung..T_T


tudung oh tudung
janganlah uji kesabaran saya
masuk kali ni sudah entah kali ke berapa
huhu..awak tak nak ke sumbang pahala kat saya?

tudung oh tudung
saya kan dah bentuk awak dengan sangat baik
tapi..
kenapa tiba-tiba awak jadi sebelah panjang sebelah pendek?

tudung oh tudung
tolonglah saya untuk ikut syariatNya
saya tak nak banyak mengeluh
Allah dengar tau tak apa yang saya sedang bebelkan ni..=_='

wahai tudung coklat yang cantik..
marilah kita berkawan baik..

*menangis tanpa bunyi..T_T


Wednesday, June 15, 2011

dengarlah!

bismillah..

"The First Duty Of Love Is To Listen"

erk..xjupe gambar telinga.ada gamba tangan je..wewewe
Tugas pertama untuk buat orang suka dengan kita adalah dengan menjadi pendengar yang setia..
jujur.saya pun macam tu. selesa sekali untuk jatuh cinta suka dengan orang yang mampu mendengar luahan hati saya.
rasa dihargai..*wink3*
orang perempuan lagilah, kalau anda banyak bercakap..pastikan pasangan anda seorang yang suka mendengar.
Rasanya sebab itulah juga tuhan menjadikan orang lelaki kurang bercakap berbanding orang perempuan, supaya si lelaki lebih lebih banyak mendengar (mungkin)..
Jadi, barulah tangga di rumah anda akan kukuh dan tidak roboh sebelum masanya..:D

Oh ya..pastinya ia bukan hanya ditujukan untuk orang-orang yang mahu memikat hati orang lain, tetapi kepada semua orang yang mempunyai dua telinga untuk banyak mendengar dan  satu mulut agar kurang bercakap..

Tetapi, tak semua orang mampu menjadi pendengar yang baik
Geramnya..bila kita sedang beria-ia meluahkan rasa hati kepada seorang teman, tiba-tiba si dia mencapai hp dan membalas mesej
ataupun, disaat kita sedang meluahkan kesedihan  dengan penuh perasaan tetapi  si dia sibuk memerhatikan orang yang sedang lalu lalang..
tambah menyakitkan hati,bila si dia  berkata,"eh, lawalah baju perempuan tu! mana dia beli eh?"
Waa..geramnya~!

sebenarnya kan..
kita bukannya mahu orang tu memberikan penyelesaian kepada masalah kita pun
cukuplah sekadar orang itu mahu mendengar dengan sepenuh hati dan memberi perhatian terhadap apa yang kita cakap
itu sebenarnya sudah lebih membahagiakan..

Jadilah Pendengar Yang Baik..


Sepatutnya, semua orang harus belajar macammana nak jadi pendengar yang baik
sebab kita ni bukannya hidup seorang diri
dan fitrahnya juga, setiap orang mahu meluahkan perasaan dia kepada orang yang dipercayai
seharusnya juga kita kena rasa beruntung bila ada teman atau sesiapa sahaja yang mahu bercerita tentang hidupnya pada kita
sebab pastinya orang itu akan memilih orang yang betul-betul dia percayai dan dia rasa mampu menjadi pendengar yang setia
sedihlah kalau dia datang dengan penuh pengharapan pada kita tetapi kita balas dengan bersikap acuh tak acuh je pada dia..

dan betul sangat-sangat
bila mengharap pada manusia ni pasti tak kan seindah yang kita harapkan
beruntunglah bila kita ada Dia yang sangat sudi untuk mendengar luahan hati kita
Dia yang tidak akan jemu mendengar segala rintihan kita dan setia meluangkan masa bila-bila dan di mana-mana sahaja
siapa Dia?
anda tahu jawapannya..:))

p\s: jatuh cinta dan jatuh suka adalah dua perkara yang berbeza ya..^^

Tuesday, June 14, 2011

kenalkah engkau pada diriku?

bismillah..

saya tidak mengenalinya,apatah lagi pernah bersua muka
tetapi saya jatuh suka pada setiap bait kata-katanya
pada tulisannya yang mendamaikan jiwa saya
pada bahasa seorang hamba yang juga diuji dengan segala macam ujian dunia..

saya hanya peminat bisu dialam maya
yang kadangkala membaca berulang kali setiap bicaranya
pantas saya merasakan banyak yang terkena pada diri saya
mungkin juga saya jatuh suka pada bicaranya yang lembut menyentuh hati
pada pintalan bunga-bunga bahasa yang tampak indah
yang pastinya harus dikarang dengan hati yang penuh keikhlasan..

hari ini saya menjengah ke kalam bisu miliknya lagi
'mabruk ya akhi!'
tulisannya kali ini benar-benar menyentuh hati saya
pertama kali..
ada air mata yang mengalir usai membaca bait-bait tulisannya
saya cemburu!

Allah memilih dia..
mempertemukan dia dengan sosok tubuh yang dia rindukan
bertemu di alam mimpi itu sudah nyata satu kesyukuran yang tidak terhingga
alangkah beruntungnya mampu menatap wajah suci yang pernah menyebut 'ummati..ummati..'
manusia mulia itu mengenali dan sudi bertemu dengan dia..
saya cemburu!

tamparan kuat untuk diri saya
adakah saya benar-benar mencintai baginda sehingga melayakkan saya bertemu dengan baginda seperti dia?
atau ia sekadar kata-kata dimulut sahaja sedang amal tidak pernah membuktikan cinta?

menyoal dalam sendu..

Ya Rasulullah..
kenalkah engkau pada diriku? :'(


Friday, June 10, 2011

cinta seorang sahabat..

Bismillah..




"Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagiaan yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa" 
(43:67)

Hebat seorang sahabat..
Wajahnya bisa menarik hati kepangkuan ilahi
lantas teringat aku pada Rabbi..

Hebat seorang sahabat..
Tuturnya yang damai bisa menggetarkan jiwa-jiwa yang mati bangun kembali
mengejar kembali akhirat untuk hidup tatkala mati..

Hebat seorang sahabat..
Jasadnya bekerja umpama angin ribut salju
senyap,tegap,pantas,kemas
yang menatap turut bangkit dengan ruh dan jasad..

Hebat seorang sahabat..
Cintanya pada Allah lebih dari yang lain
termasuk aku sahabatnya ini..

Hebatnya diriMu Ya Allah..
Ada dikalangan hambaMu sehebat ini..


Kita Akan Dibangkitkan Di Hari Kiamat Bersama Orang Yang Kita Cintai..


Saya tatap lama kertas yang terselit dicelah lembaran Al-Quran itu.

Tahulah saya pasti surat ini dari dia.
Aduhai..cintanya saya pada sahabat yang seorang ini..

Sahabat..
Ketahuilah bahawa setiap bicara kamu pada saya, selayaknya bicara yang sama dari saya untuk kamu juga..



"Wahai Tuhan Yang Maha Baik..
Sahabatku yang satu ini amat aku cintai, kerana Engkau yang memberi anugerah ini
Dia cerminan untuk aku membetulkan diri
Ujian yang datang padanya,adalah teguran tidak langsung seorang hamba dari Penciptanya.."


"Tiap patah bicaranya umpama mendengar Engkau yang berkata-kata kepadaku
Tidak lekang namamu dibibirnya,lantas aku turut sama merasa kehadiranmu dalam setiap helaan nafas.."


"Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar..
Engkau telah mendengar segala sangkaan dan rintihan hati kami
Tautkan hati kami ini, Kau pimpinlah kami mengikut percaturanMu kerana kami akan tetap cuba berbaik sangka.."


"Satu ketika Dia temukan kita, Dia pisahkan kita dan kemudian Dia ketemukan kita semula.
semua itu dengan izinNya
Nanti..kita akan tunggu dan menunggu untuk ditemukan semula
Kalau nanti masa itu tidak tiba, maka akhiratlah masa penungguan seterusnya.."

:: Fatma Syairah Zakaria::


Teman Sampai Syurga, insyaAllah.. :)






Sahabat yang satu ini benar-benar menguatkan hati saya
menghembuskan kembali semangat yang hampir hilang
mengingatkan saya bahwa hidup ini bukannya apa-apa untuk terlalu bersedih dengan segala ujian yang menimpa
kita masih punya akhirat..
masih punya harapan..


Bersyukurlah kerana masih diuji
Tuhan menguji tanda Dia cinta..
buat menghapuskan segala dosa-dosa kita..


Ingat janji kita ya sahabat..
Cita-cita tertinggi kita bukan hanya pada syurga
tetapi mengharapkan pertemuan dengan Dia yang menyatukan hati kita seerat ini..
Allahu Allah..indahnya cinta ini andai lurus keranaMu!






dari tasya buat mara..:')
sungguh..Allah bersama kita..

Wednesday, June 08, 2011

Wahai Anak Adam..

bismillah..

bicara dariNya
selalu pantas mengusik hati
di tempat yang paling dalam..




"Wahai anak Adam..
Aku ciptakan kamu, maka jangan kamu bermain-main,
Dan Aku jamin rezekimu, maka jangan kamu merasa letih,
Wahai anak Adam..
Carilah Aku..maka engkau akan menemuiku
Dan sekiranya engkau menemuiku,
Engkau akan mendapat sesuatu,
Sedang Aku mencintaimu lebih daripada segalanya.."

[Hadith Qudsi]


Sunday, June 05, 2011

teruslah berbaik sangka padaNya..:')

bismillah..


apa lagi yang mampu saya katakan
melainkan sentiasa bermuhasabah diri bahawa takdir tuhan itu adalah yang terbaik buat hamba-hambaNya
itu pasti! walaupun pada sesuatu yang tidak kita sukai..


passport sudah siap, berita pemergiaan pun sudah diberitahu sesama sahabat
tapi, apakan daya saya..
saya hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukannya..


saya tak mampu berpura-pura..
hati saya bukan berada di sana ketika ini
di saat merasakan bahawa pemergiaan ke sana pasti menjanjikan seribu satu kenangan dan pengajaran
saya tak mampu menipu hati sendiri..
keadaan tidak mendesak saya untuk berada di sana, lalu saya memilih untuk kekal di sini..




maaf dari diri yang lemah ini
buat mereka yang mungkin kecewa kerana saya mensia-siakan peluang ke sana
tapi percayalah, ia bukanlah sekadar cerita yang diada-adakan
hakikatnya, diri ini dan Allah lebih tahu..




Moga esok masih ada..


Allahu Allah..
hanya berbekalkan beberapa helai pakaian dan Al-Quran
saya berdoa agar perjalanan saya esok hari dipermudahkan
dan besar harapan saya..
agar pertemuan saya dengan sahabat yang seorang ini mampu mengembalikan kekuatan diri


mengutip kembali semangat yang hampir padam
menghentak kembali diri saya yang terasa seakan hampir mati..



kadang kita mampu berpura-pura ketawa
sedangkan kita sebenarnya menangis di dalam hati..


doakan saya ya..

Saturday, June 04, 2011

sesak!

mencari si YOU..
rasa down..
hate this feeling..hiyakkkk..dush3!!

harap dapat berjumpa akhawat malam ni
mencari semula 'diri yang hilang'..

Allah..teruknya rasa~



Friday, June 03, 2011

harapan..

bismillah..



hari ini masih ada
kerana adanya harapan
tentang hari ini dan hari akan datang
yang belum tentu menjanjikan satu kepastian..

kalau kita sangka kitalah orang yang paling banyak masalah
kita silap..
kerana ada ramai lagi orang di luar sana yang lebih menderita
tak punya apa yang kita ada
tak pernah bermimpi untuk mengecapi apa yang kita rasa
tapi kadangkala mereka itu nampak lebih bahagia dari kita..

sungguh..
hati ini rindu..

[afni natasya]
[030611]
[1144]

oh,cantiknya dia..^^

bismillah..


tadi, time berjalan-jalan di alam maya terjumpa la seorang 'dia'..
waaaa..cantiknya! (jujur, saya susah nak puji orang cantik depan-depan)
tapi..serius, memang sangat cantik!
selama ni pun saya perasan yang dia dan kawan-kawan dia yang macam dia tu memang cantikkkk sangat..
entah apa la yang membuatkan mereka nampak cantik,
pakaian mereka satu warna je, corak pun takde..
tapi..boleh membuatkan mata ni tak berkelip tengok..


kadang-kadang, time berjalan-jalan (di alam nyata pulak)
ade jugak saya terserempak dengan dia..
subhanallah..tak tahu nak cakap apa..
melainkan rasa kekaguman di dalam hati..


kepada dia dan kawan-kawannya..
moga kalian kekal istiqamah ya macam tu..
saya cemburu sangat dengan kalian sebenarnya sebab saya tahu saya masih tak mampu untuk menjadi seperti kalian..


haaa..tapi..jangan ingat saya akan tengok aje sebab saya juga akan berusaha ke arah itu..!!
bukan sebab saya nak orang kata saya ni hebat ke, jelita comel ke..
tapi, sebab saya rasa disebalik kain yang tersarung ditubuh kalian tu ada kebahagiaan yang tak mampu untuk di gambarkan dengan kata-kata
rasa dilindungi, rasa dihormati, dan rasa berada dalam pemerhatian Allah sentiasa..
masyaAllah, indahnya! ^_^


eh, nak tengok tak dia?


cantik kan dia?? ^^,
oho,jelesssss...



Wednesday, June 01, 2011

Qalbun Salim..

Bismillah..




Qalbun Salim?
bermaksud hati yang sejahtera..


Halawatul iman?
bermaksud kemanisan iman..


kaitan keduanya?
mereka yang mempunyai 'qalbun salim' pastinya sudah merasai 'halawatul iman'..
memandang dunia dari kaca mata akhirat.dunia terasa sangat kecil.
bersyukur dengan apa yang ada.tidak mengeluh dengan apa yang tiada.
semuanya terasa serba sempurna.benar-benar merasai diri mereka hanyalah seorang hamba..
takkan menangis lantaran kehilangan harta.kerana mereka lebih mengharap kepada syurga..
Allahu Allah.. indahnya hidup mereka!


Mencari Qalbun Salim..


misi mencari qalbun salim..
bermula dari dalam diri.
bukan sekadar kata-kata, tetapi harus punya tekad yang kuat di dalam hati.
carilah kekuatan jiwa itu pada sisa-sisa malam di saat orang lain lena dibuai mimpi.
percayalah bahawa dengan solat malam itu mampu menguatkan hati-hati kita.


ya..harus bermula dengan solat malam yang kerap. bukannya hanya di saat-saat kita terasa seperti mahu meminta sesuatu dariNya.
nah..ini cabaran untuk saya. dan untuk anda yang sedang membaca ini juga.
tambahan pula, di saat-saat sedang bercuti ini..
tapi, tiada alasan jika kita benar-benar menginginkannya bukan?




Daripada Abi Hurairah , beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, sehinggalah terbit fajar.” 
(Hadith riwayat Muslim).






selamat bermujahadah (kepada diri sendiri terutamanya)
moga istiqamah dalam mujahadah ini..
dan teruslah berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan kerana hanya Dia yang berkuasa memegang hati-hati kita..
Allahu Rabbi..bantulah hambaMu ini..