Pages

Sunday, November 28, 2010

buat mEreka yang kEcewa kErana cinta..

bismillahirrahmanirrahim..


cinta..


tak pErlu rasanya saya mEmberitahu..


anda tafsirkanlah sEndiri..kErana saya pErcaya sEtiap daripada kita punya tafsiran yang bErbeza.. tapi saya yakin bahawa jika bErbicara mEngenai cinta yang tErtinggi,maka kita akan punya jawapan yang sama..


kita tahu..tapi kita buat-buat tak tahu..


lalu,kita mudah bEnar mEnangisi cinta yang 'satu' itu..


mEmbaca luahan rakan-rakan yang kEcewa kerana cinta yang 'satu' itu mEmbuatkan saya bErfikir..


bEtapa cinta itu mEmberi kEsan hebat buat mEreka..


hidup sErba tak kEna..


tErasa sEperti sudah tidak punya siapa..


kEnapa mEmbiarkan diri sElemah itu kawan?


tEringat kata-kata Ustaz Pahrol..CINTA ITU BUKAN TUHAN!


saya nak bErkongsi..pEsan yang baru saya baca tadi..
pEsan dari sEseorang yang tidak saya kEnali..


khas buat mEreka yang mEnangisi cinta..
dan untuk diri saya yang mudah tErleka ini juga..






"Kau sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti engkau, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. Tidak salah jika aku mengatakan cinta yang engkau dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk kau jadikan role model? Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang kau kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah!"


"Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah engkau. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan engkau. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"


"Kau terlalu naif!" lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!" 


"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu?  Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!


"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya.


"Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."




dan..


saya akui kEbenaran kata-kata itu..

kadang kita mEnjadikan diri kita tErlalu murah untuk cinta..

sEdang cinta itu bukannya apa-apa..

bukalah matamu kawan..

patutnya engkau bErsyukur..

bukankah tuhan sEdang mEmanggil kamu kEmbali padaNya?


























Monday, November 15, 2010

usratiEy..

bismillahirrahmanirrahim..

saya nak bagitau sEsuatu..

yang saya SUKE SANGAT duduk utm!

ye..suke sangat sampai sumE orang dah balik tapi saya masih tinggal kat sini sorang..huhu

eh,mEmandangkan tajuk post ni "usratiEy", so saya nak bagitau yang salah satu sebab saya suka tinggal kat sini sebab saya ada usrah bersama-sama mereka yang bEst ni..:)

tErima kasih untuk sEmua ilmu yang dicurahkan, sEmua cErita yang dikongsi, sEmua makanan yang dibElanja, sEmua pEringatan yang dibEri dan sumE laaaa..

insyaAllah..panjang umur, sEm dEpan kita jumpa lagi ya...

untuk kakak naqibahku..
kak adah n kak shafa..anda mEmang bEst!
(maaf, saya spEechless nak buat ucapan sEcara tErang-terangan ni..ngEe..)



usrah dEngan kak shafa




p\s: maaf kak adah, saya baru sEdar yg kita TERlupa nak amik pict same-same.. sem depan ya! :)

Friday, November 12, 2010

kita ni sombong!

bismillahirrahmanirrahim..

timE musim exam ni,rajin la jugak saya pErgi study kt luar..
eh,bukan luar UTM ni yE..

maybe pergi library ke..tapi,kadang-kadang study kat library ni mEnyakitkan mata..
alah..pErangai biasa budak-budak mElayu..
jadi saya pun pErgi la duduk kat satu pondok dEkat dEngan masjid ni..

tenang..saya suka la duduk kat situ..
mata saya tak sakit..hati pun gEmbira jE..

Bak kata majalah Solusi..
bErsahabat lah dEngan alam..
alam akan mEmbuatkan kita tErasa dEkat dEngan tuhan..

tEringat pulak kata-kata ustaz Hasrizal..
kEnapa kalau orang yang bErlainan minat gEnre muzik kita tempatkan diaorang kat satu kawasan air terjun yang sunyi,kita bagi diaorang dEngar bunyi air tErjun,bunyi burung-burung dan bunyi-bunyi yang bukan buatan manusia..diaorang sEmua akan suka dan tEnang dEngan bunyi-bunyi tu sEdangkan hakikatnya jiwa diaorang tu minatnya bErlainan?

tak pErcaya?

cube bagi orang minat rock dEngar lagu dangdut?
mau tErcabut la tElinga diaorang campur dEngan bErguling-guling sEbab sEnak pErut..

tukar pulak..

bagi orang yang minat lagu jiwang meleleh-leleh tu dEngar lagu rock yang hEntak-hEntak kepala tu..
tak pasal-pasal 5 minit lEpas tu tErus dapat migrain..

tapi kenapa kalau 'muzik' dari alam ni..sEmua orang boleh terima?

sEbab..

" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih memujiNya, tetapi sekalian kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.." (17:44)

apa yang datang dari alam itu bukan sEbarangan 'muzik'..
alam itu sEdang memuji tuhan..bErtasbih..
sEbab tu la hati kita tEnang..hati kita boleh tErima dEngan mudah..
tapi kita ni sombong..
bila orang yang minat lagu Lady Gaga di suruh dEngar lagu nasyid yang mEmuji tuhan,
mereka akan cEpat-cEpat cakap..
"maaflah,bukan tastE aku nasyid-nasyid ni.."
tak ke bongkak bunyi ayat tu??

Erm...tadi saya terasa macam nak study kat masjid..
tak sampai 5 minit saya duduk kat satu tempat ni datanglah bEberapa orang mak cik duduk dEkat dEngan saya..
mElihat saya duduk sEorang jadi mEreka pun beramah-ramah la dEngan saya..
apa yang boleh jawab saya jawab la..
sambil mata dok pandang page yang sama je dari mula-mula buka buku tadi..

baru je nk khusyuk sikit..

tiba-tiba..

"leceh la nak pakai tudung ni..senget-senget..susah nak bEtulkan.." mak cik A mula mErungut.

"alah..ko beli je tudung yang boleh sarung terus tu..kan senang nak pakai.." mak cik B pulak jawab.

"x nak la,kalau aku pakai tu nanti muka aku nampak macam tua sangat la.." cakap mak cik A sambil dok mElilit-lilit tudung dia..

"eh, kalau kat luar ko pakai tudung ke?"

aiseh..saya dh mula hilang fokus lagi..
telinga ni degil nak dengar apa yang mak cik-mak cik ni bualkan..

" tak pun.. tapi kalau pergi kenduri ke,rumah saudara ke,aku pakai la..kalau keluar berjalan-jalan pegi shopping ke..tak pakai pun, biarlah orang nak cakap apa.." mak cik A jawab acuh tak acuh.

" betul tu..aku pun sama, biarlah orang nak cakap apa. kita yang tentukan diri kita sendiri. Orang nak cakap dah tua tak sedar diri ke, ah..lantak la diaorang.. kubur masing-masing.." mak cik B pulak menambah.

saya pulak terkulat-kulat di antara mereka..
mata masih mEnatap buku tapi mulut ni sudah terasa ingin mEmbetulkan 'fahaman' mak cik B..

Ah..lidah saya kelu..

saya hanya mampu bercakap di dalam hati..

bukan kita yang tentukan diri kita..

kita lupa yang tuhan sudah tentukan peranan kita sebagai apa di muka bumi ini..

kita hanya HAMBA..yang ditentukan untuk taat dan beribadah hanya kepadaNya..

kita sebagai KHALIFAH.. yang ditEntukan untuk memimpin diri dan orang lain menuju keredhaanNya..

sungguh..kita ni sombong!

lupa dan buat-buat tak tahu tujuan kita diciptakan untuk apa..

saya pantas mEngemas buku..

mElangkah keluar sambil mengeluh..

maaf..

selemah-lemah iman..
















Saturday, November 06, 2010

tEntang Nabi Muhammad saw..

 Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam sedang mEmaksa diri mEnghabiskan buku-buku yang saya kena baca untuk mEnghadapi final exam yang sEmakin hampir ni,sEmpat jugak la saya mEnghabiskan 1 buku karya Imam Al-Tarmizi..

Sebenarnya..dah lama jugak saya pErasan buku ni time pegi kEdai buku..tapi entah kenapa hati ni sEkadar mahu menyelak-nyElak sahaja.. sampailah..saya nampak buku ni lagi kat library.. baru tErasa hati ni mElonjak-lonjak untuk mEmbaca.. alahai..imanku..

bErcerita tEntang manusia agung ni pasti mEngundang rasa rindu kan?

Dan buku ni…mEmbuatkan manusia agung itu tErasa dEkat..


“sungguh,telah ada pada diri Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah (33:21)

tEntang Nabi Muhammad saw..

Anas ibnu Malik r.a mEriwayatkan:

“Rasullullah saw memiliki perawakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh beliau menarik. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak pula lurus tergerai. Warna kulit beliau coklat. Ketika berjalan,tubuh beliau tegap.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)

“Panjang rambut Rasullullah saw sampai ke setengah telinga beliau.”

(Riwayat Tirmizi, Muslim, Abu Dawud, Nasai dan Ahmad)

“Saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasullullah.”

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

“Cincin Rasullullah saw terbuat dari perak. Sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi.”

(Riwayat Timizi, Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

“Rasullullah saw mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau.”

(Riwayat Tirmizi , Nasa’I dan Abu Syaikh)

Al-Bara’ ibn Azib r.a meriwayatkan:

“Postur tubuh Rasullullah sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bahagian badan di antara kedua belakangnya lebar. Rambut beliau lebat, hujungnya menyentuh daun telinga bahagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna merah. Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Jabir ibn Samurah r.a mEriwayatkan:

“Saya melihat Rasullullah saw pada sebuah malam yang terang-benderangoleh cahaya bulan. Beliau mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap beliau dan memandang bulan. Sungguh,menurutku, beliau lebih indah daripada bulan.”

(Riwayat Tirmizi, Darimi, Abu Syaikh, Hakim dan Thabrani)

Abu Hurairah mEriwayatkan:

“(kulit) Rasullullah itu putih bersih seolah-olah beliau tercipta dari perak. Beliau juga memiliki rambut yang indah dan rapi.”

(Riwayat Tirmizi)

Ibrahim bin Muhammad meriwayatkan:

“Jika Ali bin Abi Thalib r.a menggambarkan karekter fizikal Rasullullah saw.—kemudian Ibrahim menyebutkan sebuah hadis yang panjang—ia berkata, ‘Di antara kedua belakang beliau ada tanda kenabian, dan beliau adalah penutup para nabi.”

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Sa’d dan Baihaqi)

Jabir bin Samurah r.a mEriwayatkan:

“Saya melihat tanda kenabian di antara kedua belakang Rasullullah saw, iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati.”

(Riwayat Tirmizi, Muslim dan Ahmad)

Saidatina Aisyah meriwayatkan:

“Rasullullah suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci, menyisir rambut dan menggunakan sandal.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa’I, ibn Majah dan Ahmad)

Ibnu Abbas meriwayatkan:

“Sebelum tidur Rasullullah saw (suka) memakai celak dengan menggunakan batu celak (al-itsmid), sebanyak tiga kali di tiap-tiap mata beliau.”

(Riwayat Tirmizi)

“Sandal Rasullullah saw menggunakan qibal yang tiap-tiap talinya terbahagi dua.”

(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Ummu Salamah mEriwayatkan:

“Pakaian yang paling disukai Rasullullah ialah pakaian gamis.”

(Riwayat Tirmizi dan Abu Dawud)

Abdullah bin Harits r.a mEriwayatkan:

“Saya tidak penah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum selain daripada Rasullullah saw.”

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

"Tawa Rasullullah saw adalah senyuman."

(Riwayat Tirmizi)

sEbenarnya banyak lagi hadis-hadis yang mEnceritakan mEngenai baginda Rasullullah dalam buku ni..
dan insyaAllah ia mampu mEmbuatkan kita tErasa dekat dengan baginda walaupun kita tidak pErnah menatap wajah baginda..

mengetahui bEtapa sEderhana nya kEhidupan baginda, dan betapa baginda sangat mErendah diri walaupun bErstatus Kekasih Allah mEmang mEnjadikan baginda manusia agung yang tiada tolok bandingnya..

cukuplah mEnjadikan artis-artis yang ntah apa-apa itu sEbagai idola..

baginda Nabi Muhammad saw adalah contoh tErbaik..buat SAYA..buat KITA

video ni..salah satu video kEgemaran saya.. dan jika RINDU,pasti akan ada air mata yang mEngalir saat mElihat video ini..

saya RINDU..anda?




video





"Katakanlah (Muhammad), 'Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku. nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu,Allah Maha pengampun, Maha Penyayang."

(Ali imran:31)





Thursday, November 04, 2010

engkau mEmang cantik..

bismillahirrahmanirrahim..

*kErana kamu tidak pErnah tahu bEtapa cantiknya dirimu..



engkau mEmang cantik..sElagi kau tidak mElulu,
engkau mEmang cantik..sElagi kau mEnutup malu,
engkau mEmang cantik..sElagi kau memElihara adab,
engkau mEmang cantik..sElagi kau mEnjaga aurat,
engkau mEmang cantik..sElagi kau mEnjaga batas,
engkau mEmang cantik..sElagi kau waras bErhias,
engkau mEmang cantik..sElagi kau bErsifat fitrah,
engkau mEmang cantik..sElagi kau pantang mEnyErah,
engkau mEmang cantik..sElagi kau tErus bErsolat,
engkau mEmang cantik..sElagi kau lurus bErtaubat,
engkau mEmang cantik..sElagi kau jujur bErilmu,
engkau mEmang cantik..sElagi kau membaca al-quran,
engkau mEmang cantik..sElagi kau bEradab sopan,
engkau mEmang cantik..sElagi kau kasih ibu bapa,
engkau mEmang cantik..sElagi kau sabar dan tEnang,
engkau mEmang cantik..sElagi kau tEgakkan islam,
engkau mEmang cantik..sElagi kau mEncegah kEmungkaran,
engkau mEmang cantik..sElagi kau bErkebajikan,
engkau mEmang cantik..sElagi kau berniatkan Tuhan,
engkau mEmang cantik..kErana kau sEindah islam.. 

engkau memang cantik..sElagi kau bErada dalam bingkai cErmin bErbunga dari kamar bErnama iman..

~dari buku Engkau Memang Cantik karya Burhan Sodiq..