Pages

Friday, February 25, 2011

jika..^_^



Tuesday, February 22, 2011

nilaian untuk seorang gadis!


bismillahirrahmanirrahim..

Mengamati setiap baris ayat ini..


"Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, dan diakrabi oleh lelaki yang bukan mahramnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah.."

Di hadapan Allah.. 

Di hadapan Allah..


*********

takutnya..
andai saya diuji untuk termasuk dalam kalangan mereka

Allahu Allah..
apa ertinya kehidupan andai Allah tidak meredhai?
tanpa manusia, kita masih akan kuat untuk berdiri
tapi tanpa Allah?

pesan Saidatina Aisyah kembali terngiang-ngiang di telinga..
"Sebaik-baik perempuan adalah yang tidak memandang dan dipandang oleh lelaki"



  

Monday, February 21, 2011

program: Kursus Intensif Al-Quran (KITAQ)

bismillahirrahmanirrahim..


" Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang,"

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.”

“Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil.

Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini?

Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?”

“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. 

Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? 

Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?.......”

~petikan dari Mukaddimah Tafsir Fi Zilal : Sayyid Qutb

Setiap Detik Nafas Di Bawah Lembayung Al-Quran


Alhamdulillah..
hari ni masa saya tak terbuang sia-sia
program KITAQ sangat best! dan yang paling penting, ada sesuatu yang saya bawa pulang bersama hati saya hari ini..

Allahu Allah..setelah sekian lama saya mengkaratkan otak saya mengenai bab tajwid (last saya belajar ketika di sekolah men, tu pun seminggu sekali), hari ini saya me'refresh' balik segala hukum-hukum tajwid yang saya fikir saya dah pandai tu..
sebaknya rasa bila terkebil-kebil cuba mengingatkan balik hukum-hukum tajwid ni..
"eh..pernah belajar la dulu, tapi ape ha?"
"ha ah la..time sek rendah ada ustaz ajar!"
bla..bla..bla..(bermacam alasan buat menenangkan hati yang dihambat rasa bersalah)

Jika Benar Mencintai Al-Quran..

sungguh, saya rasa malu kepada diri sendiri
kenapa?
kerana saya membaca Al-Quran setiap hari
kerana saya mengharapkan Al-Quran itu akan menemani saya di akhirat nanti
kerana saya berkata yang saya akan mencintai Al-Quran sepenuh hati
tapi..
saya masih tak mampu lagi memahami setiap bait-bait perkataannya
saya masih tidak lancar mengingati semua hukum tajwid dan makhrajnya
lalu, adakah Al-Quran itu akan setia menjadi penghadang kepada api neraka buat saya?

merenungi pesan Asy-Syahid Sayyid Qutb di atas menambah rasa  kehinaan diri, betapa Al-Quran itu merupakan kurniaan tuhan yang sangat berharga. tapi hanya pada jiwa-jiwa yang mencintainya, hanya pada diri yang beramal dengannya..maka, di situ akan ada kenikmatan hidup disamping Al-Quran. lalu.. bicara, penglihatan, pendengaran dan seluruh kehidupan mereka pastinya akan mengikut apa yang telah ditetapkan Al-Quran!

betapa ramai orang yang hari ini berlumba-lumba mengkhatamkan Al-Quran, tetapi mereka tidak mengambil satu pun pengajaran darinya. bahkan hidup mereka lebih sesat lagi, kerana mereka hakikatnya TAHU tetapi mereka memandang hanya dengan sebelah mata sahaja segala isi kandungan Al-Quran itu. peringatan azab hanya umpama tiupan angin di telinga, syurga? ya..mereka berkata mereka mahukannya, tapi tingkah laku mereka hanya semakin menjauhkan mereka dari syurga. Aduhai..malangnya!

Hanya Kerana Syurga..


orang yang bijak
tidak memandang kehidupan setakat di dunia ini sahaja
tetapi matlamat mereka adalah kehidupan yang abadi di negeri akhirat
oleh sebab itulah, apa saja perlakuan mereka pasti akan dikaitkan dengan kehidupan akhirat kerana mereka FAHAM, segala perbuatan ini akan diperhitungkan. takkan ada satu pun yang akan terlepas dari pengadilan hatta sebesar dzarah sekalipun.

mereka FAHAM..
kehidupan ini hanyalah senda gurau yang melalaikan
buat menguji siapakah di antara kita yang paling tinggi amalannya
bukan siapa kah yang paling jelita ataupun kaya, tetapi siapa yang paling  bertakwa!
dan mereka juga mengakui
orang yang merindui syurga pasti akan berusaha bersungguh-sungguh kerananya
waima terpaksa dibalas dengan mengorbankan diri sendiri
seperti Sayyid Qutb yang masih mampu tersenyum saat dirinya dihadapkan ke tali gantung..









Saturday, February 19, 2011

buat yang bertanya




Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, 
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. 
Aku mengabulkan permohonan 
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, 
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) 
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, 
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]


cerita semalam itu kenangan


jangan di ingat lagi
tentang cerita semalam
kerana mengingatinya hanya menggugat ketenangan hati

sungguh aku khuatir
andai diri mudah benar rapuh
 melupakan ia takut aku tersungkur lagi

  "Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya, tapi barangsiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik- baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang- orang yang berlaku zalim." 

(Asy-Syura:40)

 tuhan yang maha baik itu tak pernah meninggalkan hambaNya
mengirim bicaraNya yang entah daripada siapa
buat mengubat iman yang sedang terluka..


"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : 21)


[afni natasya]
[190211]
[1217]
   


Thursday, February 17, 2011

buat saya..buat kita

bismillahirrahmanirrahim..

“Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampuni 
dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Al-Ahqaf:31)



hati itu
jangan biar ia kosong tanpa tuhan
kelak nanti kita terseksa
kelak nanti kita binasa..

Wahai orang-orang yang beriman,
 bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, 
pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: ” Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu “.


(At-Tahrim : 8)




Tuesday, February 15, 2011

sollu a'la nabi!


bismillahirrahmanirrahim..

saya mahu kongsikan video ini dengan kalian
moga-moga ada hati yang menangis mengenangkan kekerdilan diri..


video



matamu itu, 
hidupkanlah ia dengan kehidupan mata baginda
maka janganlah engkau melihat perkara yang haram

telingamu itu, 
hidupkanlah ia dengan kehidupan telinga baginda
maka janganlah engkau mendengar dengannya dari yang haram

janganlah engkau tuturkan dengan lidahmu 
melainkan ianya menyebabkan engkau bertemu dengan Rasulullah


jikalau nabi itu hidup di dalam hatimu, maka engkau akan membiasakan diri dengan sunah-sunahnya
jikalau nabi itu hidup di dalam hatimu, kamu merindukannya dengan berakhlak dengan akhlaknya
jikalau benar nabi itu hidup di dalam hatimu, nescaya engkau tidak boleh memutuskan silaturrahim yang baginda laranginya




jikalau nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak mengutamakan yang binasa daripada yang kekal dan
nescaya engkau tidak mencemarkan hatimu yang hidup dengan Rasulullah dengan maki hamun ataupun sikap membenci walaupun terhadap orang yang mencacimu dan menyakitimu..
Jikalau nabi itu hidup pada hatimu, masa itu tidak akan berlalu melainkan engkau akan memohon rahsia kehidupan dengan hanya mengingati Allah Taala..

hidupkan pengertian sebegini, nescaya engkau hidup dengan kehidupan yang tidak akan musnah dan berakhir selama-lamanya
Sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan yang sebenarnya di dalam alam barzakhmu
kemudian di hari kiamat bersama Nabi Muhammad
kemudiannya di syurga Firdaus yang tertinggi!

Ya Allah..hidupkan kami dengan kehidupan kekasihMu! 

*******
saya menulisnya dalam tangis
moga kerinduan ini bukan pura-pura
moga kecintaan ini bukan hanya di bibir sahaja
dan..
moga tulisan ini lebih dekat di hati saya kerana sayalah penulis yang perlu lebih memahaminya
[salam maulidur rasul]







Sunday, February 13, 2011

ketiadaannya dicari, kehilangannya ditangisi


bismillahirrahmanirrahim..

 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan (nama) Allah maka bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada tuhanlah mereka bertawakal.”
 ( al-Anfal : 2)


MasyaAllah..
saat di sebut nama Allah, maka hati mereka bergetar
kerana apa?
kerana mereka CINTA..



minggu ni banyak sangat program pasal cinta
disebabkan cita-cita saya mahu menjadi perempuan yang suci dalam debu di akhir zaman ni, 
maka saya pun merajinkan diri pergi mana-mana program yang ada

jadi, izinkan saya berkongsi
ilmu yang saya perolehi dari program yang saya hadiri
kerana saya dipesan
"orang yang mencintai sesuatu, maka dia akan selalu menceritakan tentang cintanya itu"

macam orang yang sedang bercinta
dia nak sebut pasal orang yang suka tu je
walaupun kawan-kawan kat sekeliling dia dah buat muka menyampah
dia tetap buat tak kisah sambil paksa kawan-kawan dia dengar
lepas tu, kawan-kawan dia tulis pulak status yang perli dia kat facebook
dia tetap buat tak tahu
malah dia tetap menceritakan tentang orang yang dicintainya tu..
tragik kan?

Erti Kejayaan Itu Hanyalah Apabila...

semua orang mahukan kejayaan bukan?
tapi betapa ramainya orang yang hanya menilai kejayaan pada harta
sedari kecik lagi kita sudah ditanam dengan fahaman macam ni

"dik..dah besar nanti nak jadi apa?"
"nak jadi doktor,"
"oo..baguslah. sebab apa nak jadi doktor?"
" sebab doktor ada gaji banyak,"

"nak amik cos apa ye nanti kat u?"
"amik la cos sains, nanti senang nak dapat keje"
"tapi aku minat sastera,"
"tak payah la wei..nanti ko tanam anggur je lepas gred,"

"ee..bestnya dia. anak orang kaya, boleh dapat apa je yang dia nak, mesti hidup dia gembira je kan?"
"tapi, kebahagiaan tak boleh dibeli dengan duit,"
"eh, ngko ni.. kalau takde duit boleh ke nak bahagia? masuk tandas pun sekarang dah 30 sen tau!"

pada mereka..kejayaan itu pada harta benda
bila sudah punya rumah dan kereta yang besar automatik orang akan cakap yang mereka itu orang yang berjaya
walaupun harta-harta yang mereka perolehi itu daripada cara yang salah
mereka akan tetap memejamkan mata, bagi mereka itulah kejayaan!

tapi..bagi orang yang mengtakan bahawa mereka beriman
kejayaan itu hanya ada apabila ia disandarkan sepenuhnya kepada agama
siapakah orang-orang yang berjaya?
surah Al-Ahzab ayat 71 hadir memberikan jawapan.. 

 " Dan ingatlah sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mencapai sebesar-besar kejayaan."

Allahu Allah..
sebesar-besar kejayaan?mahu apa lagi?
namun berapa ramai di antara kita yang menyedarinya?
jika sudah menyedari, berapa ramai pula yang memahaminya?

Cinta Kepada Yang Menghadirkan Cinta

cinta itu milik Allah
maka selayaknya kita mencintaiNya di tempat yang tertinggi di dalam hati kita
tak mungkin kita akan lebih menyayangi hadiah berbanding dengan si pemberi hadiah

jika kita benar-benar memahami
apakah kita mampu mendustakan segala apa yang tuhan hadiahkan buat kita
lalu kenapa kita mudah benar menggantikan tempat milik tuhan dengan sesuatu yang tidak selayaknya?
Dia yang kita sayangi itu milik tuhan, maka kecintaan kita kepadaNya seharusnya berkali ganda berbanding dia. kerana apa? kerana dengan izin tuhan lah dia hadir dalam hidup kita

masih segar dalam ingatan saya
pertemuan pertama dengan naqibah saya di matrik
ayatnya meresap jauh dalam hati saya
menyebabkan saya tidak pernah melupakan ayat itu sehingga ke hari ini

"orang yang bercinta sebelum bernikah ni, sebenarnya hati mereka kosong. dan percayalah, di saat awak meletakkan dia di hati awak, bererti awak telah meletakkannya di tempat yang sepatutnya hanya milik tuhan, bila tempat itu diganti, maka saat itu tuhan seakan tiada tempat di hati awak"

alangkah hinanya rasa saat itu
membuang tuhan dari hati semata-mata untuk seseorang yang entah siapa-siapa
jika tuhan itu sudah tiada dalam hati, apa ertinya hidup melainkan menanti untuk binasa
sungguh..saya tak mampu membayangkannya

dan semenjak saya mendengar ayat itulah saya terasa sesuatu yang tak mampu saya gambarkan dengan kata-kata
doa yang tidak pernah lekang dari bibir saya sejak itu..
"tuhan..jangan tinggalkan saya"

sungguh..tuhan benar-benar menunjukkan jalan buat saya
tanpa meninggalkan saya sedikit pun walau kadang saya tersasar 
tuhan masih memberi peluang yang bukan sedikit
meletakkan saya di sini, bersama sahabat-sahabat yang juga mencari cintaNya
Allahu Allah..nikmat manakah lagi yang mahu saya dustakan?


Buat Kalian Yang Bercinta..


cinta kepada manusia itu tak bersalah
yang salah adalah cara kamu menzahirkannya
andai benar kamu cinta..
maka, pimpin eratlah tangan dia menuju syurga..

jika sebelum masanya maka belajarlah untuk melupakan
memang tak mudah tapi andai kamu benar-benar mahu meletakkan tuhan di hatimu, maka perlukah alasan?




percayalah..
couple adalah mukaddimah kepada dosa yang bertimpa-timpa!
nikmatnya ketika itu sahaja, tetapi azab yang maha hebat menanti kamu di sana
sedarilah, kalian bercinta kerana hati kalian kosong tanpa tuhan
jangan biarkan ia kekal begitu.. tanpa tuhan hidup kita tiada apa-apa makna!

saya..
cukup tersentuh dengan hadis qudsi ini


"Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu.
 Apabila dia mengingatiKu di dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya di dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. 
Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”



Allah..sangat menyayangi kita..
kitalah yang memilih untuk menjauhkan diri.. 
pulanglah..Allah sentiasa mahu menerima kita semula..:')