Pages

Friday, December 24, 2010

saya hanya punya satu hati..

bismillahirrahmanirrahim..

hati ini satu

dan tidak boleh dibahagi dua

bila engkau mEletakkan sEsuatu yang tidak sEpatutnya di sana

maka,kau akan kehilangan yang lainnya..

Thursday, December 16, 2010

jadi bodoh kErana sibuk mEncari jodoh?

bismillahirrahmanirrahim..

kisah benar di suatu petang..
time tEngah duduk sambil mEnyelak-nyElak majalah..
tiba-tiba..

"sorang jE dik?" kEdengaran suara kasar di sEbelah saya.

adoi..siapa pulak yang mEngganggu kEtenangan ni..
saya toleh pErlahan-lahan.
oh..sorang PAK CIK rupanya.

saya sEnyum sEparuh ikhlas.
buat muka jujur yang saya tak sElesa bila dia duduk sEbelah saya.

"buat apa kat sini dik?"

"tunggu kawan", balas saya sambil garu kEpala yang tak gatal ( nak tunjuk yang saya tak bErminat nak bErborak dEngan dia)

"oo..ABANG pun tunggu kawan jugak, lambat betul.."

abang?? erk..

"kejap lagi sampai la kawan PAK CIK tu," balas saya

"adik ni bElajar lagi ke?" dia masih bErminat nak ajak saya bErbual, bosan barangkali.

" ha ah.."

"bElajar kat mana? tEngah cuti ye?"

"ha ah,tEngah cuti. study kat UTM," ujar saya sambil mEngharapkan dia faham nada yang saya gunakan menunjukkan yang saya tak bErminat nak menyambung perbualan ni.

"UTM?? bagus3.. adik ABANG pun dulu belajar kat UTM jugak. sEkarang dah kErja dah."

"oo..ye ke.."

" ABANG banyak kali jugak pErgi UTM tu, last sEkali pErgi timE konvo tahun lepas. suka jalan-jalan pEgi sana, Eh, konvo tahun ni dah sudah ke?"

"dah..hari tu,"
 jawapan saya tu macam la baru minggu lepas je konvo tu bErlangsung.hehe.. ahh..bantai la..

"sEtiap kali konvo ABANG tengok,kEbanyakannya studEnt cina yang nama atas-atas. budak melayu? huh..ada la sEkerat. yang lain sEmuanya nama kat bawah-bawah. betul tak?"

"betul la kot PAK CIK sEbab pensyarah saya pun pErnah cakap macam tu jugak",

"ha..awak tahu tak kEnapa jadi macam tu?!," soal dia pada saya

"err..kEnapa?" soal saya balik, saya rasa macam tahu je sebabnya tapi..

"heh..budak melayu,kalau duduk u bukan nak belajar tapi sibuk dok bercinta. baru tahun satu dah mula nak cari pasangan. Ye la, ABANG faham la kot kalau diaorang ni sibuk-sibuk cari pasangan sebab takut nanti habis belajar tak kahwin-kahwin tapi memang pErangai student mElayu ni kalau bercinta je, pasal pelajaran diaorang terus buat tak kisah. bila sibuk sangat dok bErcinta, terus yang lain diaorang abaikan. ABANG tengok budak cina pun bErcinta jugak tapi bila bab belajar diaorang belajar betul-betul. "

"awak ni.." eh,saya pulak yang kena..

"awak ni harapnya jangan lah jadi macam tu, duduk u mak bapak suruh belajar,jadi belajar je la. kalau nak bErcinta tu boleh tapi janganlah pelajaran tu jadi no dua. Ala..cuba awak tengok budak-budak melayu yang sibuk bercinta tu, nanti keluar u tengok-tengok kahwin dengan orang lain. ceh..buang masa je. belajar entah ke mana, si pasangan pun entah ke mana,"

"ha ah PAK CIK. memang buang masa, apa pun tak dapat," sampuk saya sambil tErsengih.

"tau pun, awak ingat lah pesan ABANG ni. belajar rajin-rajin kat u nanti,balas jasa mak bapak tu dulu.tak payahlah dok mEnggatal sana, mEnggatal sini,"

saya senyum je. ikhlas.



tasya : takE the good, leave the bad..=D

Tuesday, December 14, 2010

*#$!&^~#%$%

                                                    


GERAMNYA!!



    

Monday, December 13, 2010

mEncari bahagia yang hilang..

bismillahirrahmanirrahim..


"bahagia?kamu tahu apa erti bahagia?' soal dia pada saya.


saya pandang dia. tErasa kosong.






saya tahu erti bahagia..


saya tahu bahagia itu letaknya pada hati..
bukan pada harta bEnda..
bukan pada paras rupa..
bukan pada sanjungan manusia..


saya tahu bahagia itu subjEktif..
bahagia itu bErbeza mEngikut kEadaan kita..
bila sakit, sihat itu bahagia..
bila lapar, dapat makan yang sEdap-sEdap itu bahagia..
bila bErseorangan, waktu bErsama insan-insan yang tErsayang itulah bahagia..


saya juga tahu bahagia itu dEkat..
dan bahagia itu ada dalam diri sEtiap manusia..
manusia itu sEndirilah yang mEmilih untuk bahagia atau dErita..


saya pun tahu cErita garam dan air dalam cawan atau kolam
garam umpama masalah
cawan atau kolam umpama hati kita
garam yang diletakkan di dalam cawan, air akan terasa masin bila diminum
tapi garam yang diletakkan di dalam kolam, air akan tEtap tErasa tawar
pErumpamaannya..
jika kita mEnjadikan hati kita hanya sEbesar cawan, masalah yang datang akan tErasa sangat pahit
lalu kita akan tErasa sangat lemah..
namun kalau hati kita ibarat sEbesar kolam, kita masih akan mampu tErsenyum, kErana pEdihnya tidak tErasa..
kErana masalah itu bukan hadir untuk mEnyusahkan kita malah mEnjadikan kita manusia yang lebih kuat untuk mEngharungi hidup ini..
masalah itukan tarbiyah dari Allah?








saya tahu..


tapi sejauh mana saya mEmahami bahagia itu dan mEmaknakan ia dalam hidup saya..


saya akui ia tak sEmudah mEngucapkan dEngan kata-kata..
dan yang mElihat dan mEndengar juga tidak akan dapat mEmahami apa yang dirasa..
kerana kita punya hati yang bErbeza..


dan saya tahu sangat..
tuhan menguji hambaNya mEngikut kemampuan hambaNya itu..
maka..saya tidak boleh mengeluh..
DIA tahu apa yang saya tidak tahu..


saya tidak mahu kehilangan bahagia..













Saturday, December 11, 2010

saya bEnci cuti panjang~..

bismillahirrahmanirrahim..

saya mEmang tak suka kalau cuti panjang-panjang ni..
mEmang mEncabar kekuatan iman orang macam saya..
tambah lagi kalau duduk rumah jE n tak tahu nak buat apa..

mEmang la ada bEnda 'wajib' yang kena dibuat dalam cuti ni..
tapi still ada masa-masa tErluang yang saya tErkebil-kebil tak tahu nak buat apa..

and saya akan rasa bErsalah sEbab boleh cakap "eee..nak buat apa ni?!"
sEdangkan sEpatutnya.....

lagi satu sEbab saya tak suka duduk rumah lama-lama
ada banyak sangat godaan duniawi ni...
ni dah rasa nak 'tErgolek' je..uhuhu

kEsimpulannya..
saya nak balik UTM cEpat!

Thursday, December 09, 2010

saya punya TEMAN...

farzana,linda,tasya


bismillahirrahmanirrahim..

sekian lama mencari gambar ni..akhirnya jumpe jugak..
ni sume gara-gara berebut gambar yang sekeping ni..
ye la..rasanya saya ada sekeping ni je gambar pakai uniform sekolah time kt sambbst dulu..
tu la..dulu dok jual mahal nak ambil gambar, sekarang dah menyesal pulak takde banyak gambar kenangan time sekolah.. uhuhu

melihat gambar ni mengingatkan saya pada ukhwah yang terjalin di antara kami..
ni gambar time form 3..
dah dekat 5 tahun dah gambar ni..
sama dengan usia pErsahabatan yang tErjalin kami bertiga hingga ke hari ini..

saya akui..
saya susah untuk mEncari teman yang 'sekepala'..
sebab bila dah kenal ramai-ramai orang..
kita akan dapat bEzakan..
yang mana mahu bertEman sEkadar di dunia..
dan yang mana tEman yang benar-benar mahu menjadi teman hingga kE akhirat sana..

hari ni..

bila saya dan teman dah semakin membawa haluan masing-masing..
saya semakin menyedari betapa nilai pErsahabatan itu ada banyak sangat beza..
dan semuanya itu bErgantung kepada tujuan pErsahabatan itu sebenarnya..

jika berkawan kerana harta,rupa,gaya atau minat yang sama
ya..kita akan dapat apa yang kita mahukan..
tapi hanya sEkadar itu..
bila waktu kita punya masalah yang ingin dikongsi,kita hanya akan sendiri..
takkan ada teman  yang sanggup untuk mEminjamkan bahu..
dah itu yang kita mahukan tErhadap persahabatan yang dibina, maka kita akan dapat itu sahaja..
alangkah rugi dan sEsalnya..

hakikatnya..
saya pErlukan teman..
untuk saya jadikan tEmpat 'bErpegang' ketika saya mahu terjatuh..
supaya saya ada tempat bErcerita bila saya tErasa kekosongan..
dan mEngingatkan saya bahawa saya ni hidup bertuhan!

dan bagi saya, memang itulah sebabnya tuhan mEnghadirkan teman buat kita..
untuk mengingatkan kita bila kita lupa..
untuk mEnasihatkan kita bila kita leka..
dan untuk bErkongsi air mata dan tawa..

bila bErteman kEranaNya..ukhwahnya tErasa cukup indah..
kita bErteman kErana kita punya akidah yang sama..
dan yang paling pEnting..walaupun kita hari ni sEdang lalui jalan yang bErbeza, 
kita tetap akan saling ingat-mEngingati..
kErana apa? kErana kasih seorang tEman itu bukan hanya di dunia ini sahaja tEtapi harapnya tEman ini akan sama-sama mEmbawa kita kE syurga..

terima kasih..

buat kalian yang sudi mEnjadi tEman..
pEneman dalam mEniti hidup yang sEmentara ini..
dari zaman sEkolah,matrik dan sEkarang di universiti..
kalian akan sEntiasa ada dalam doa saya..
insyaAllah hingga kE akhir hayat ini..

saya juga nak bagitau..
yang teman dan kekasih itu tidak akan pErnah sama..
sebab saya sangat tErkilan pada pada mEreka yang mElupakan teman hanya kErana dah ada kekasih hati..
saya tak hairan pada kEkasih anda..
tapi..saya sangat hairan pada sikap anda yang yang tErlalu mudah mElupakan sEseorang yang engkau pErnah panggil sebagai tEman..




* saya 'rindukan' tudung yang saya pakai macam dalam gambar ni..doakan saya...:')
















Monday, December 06, 2010

yang tErindah dari tuhanku..

bismillahirrahmanirrahim..

lama pulak rasanya tak 'mEnconteng' di sini..
bila saya tEngok balik rupa-rupanya banyak tulisan saya yang siap sEparuh jE..
dan sEmua tulisan tu mEmenuhkan lagi draf saya kat blog ni..

entahlah..saya pun tak tahu kEnapa..
banyak sEbenarnya yang ingin dikongsi..
tapi..

nak mEnulis ni bukannya boleh dipaksa-paksa..
tulisan tu sEharusnya datang dari hati..
dan baru boleh ditErjemahkan di sini..

oh ya..saya baru balik dari mukhayyam..
satu ayat untuk gambarkan pErasaan saya di sana..

KENANGAN YANG TAK MUNGKIN SAYA DAPAT LUPAKAN..

banyak erti hidup yang dipElajari..
dan yang paling pEnting..
moga-moga saya tErus kuat untuk bErpegang dEngan apa yang telah saya azamkan di sana..

saya juga tErasa lebih mEnghargai alam ni..
kErana ianya yang tErindah dari tuhanku..

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (QS. 15:77)



Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahwa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-Nya; mudah-mudahan kamu bersyukur. (QS. 30:46)







Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (QS. 3:190)





Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu.Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami(nya), (QS. 16:12)


Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 10:6)




Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur. (QS. 7:58)




Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran). (QS. 16:65)




Katakanlah:"Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfa'at tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman". (QS. 10:101)




Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi nereka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai. (QS. 7:179)





Sunday, November 28, 2010

buat mEreka yang kEcewa kErana cinta..

bismillahirrahmanirrahim..


cinta..


tak pErlu rasanya saya mEmberitahu..


anda tafsirkanlah sEndiri..kErana saya pErcaya sEtiap daripada kita punya tafsiran yang bErbeza.. tapi saya yakin bahawa jika bErbicara mEngenai cinta yang tErtinggi,maka kita akan punya jawapan yang sama..


kita tahu..tapi kita buat-buat tak tahu..


lalu,kita mudah bEnar mEnangisi cinta yang 'satu' itu..


mEmbaca luahan rakan-rakan yang kEcewa kerana cinta yang 'satu' itu mEmbuatkan saya bErfikir..


bEtapa cinta itu mEmberi kEsan hebat buat mEreka..


hidup sErba tak kEna..


tErasa sEperti sudah tidak punya siapa..


kEnapa mEmbiarkan diri sElemah itu kawan?


tEringat kata-kata Ustaz Pahrol..CINTA ITU BUKAN TUHAN!


saya nak bErkongsi..pEsan yang baru saya baca tadi..
pEsan dari sEseorang yang tidak saya kEnali..


khas buat mEreka yang mEnangisi cinta..
dan untuk diri saya yang mudah tErleka ini juga..






"Kau sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti engkau, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. Tidak salah jika aku mengatakan cinta yang engkau dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk kau jadikan role model? Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang kau kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah!"


"Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah engkau. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan engkau. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"


"Kau terlalu naif!" lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!" 


"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu?  Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!


"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya.


"Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."




dan..


saya akui kEbenaran kata-kata itu..

kadang kita mEnjadikan diri kita tErlalu murah untuk cinta..

sEdang cinta itu bukannya apa-apa..

bukalah matamu kawan..

patutnya engkau bErsyukur..

bukankah tuhan sEdang mEmanggil kamu kEmbali padaNya?


























Monday, November 15, 2010

usratiEy..

bismillahirrahmanirrahim..

saya nak bagitau sEsuatu..

yang saya SUKE SANGAT duduk utm!

ye..suke sangat sampai sumE orang dah balik tapi saya masih tinggal kat sini sorang..huhu

eh,mEmandangkan tajuk post ni "usratiEy", so saya nak bagitau yang salah satu sebab saya suka tinggal kat sini sebab saya ada usrah bersama-sama mereka yang bEst ni..:)

tErima kasih untuk sEmua ilmu yang dicurahkan, sEmua cErita yang dikongsi, sEmua makanan yang dibElanja, sEmua pEringatan yang dibEri dan sumE laaaa..

insyaAllah..panjang umur, sEm dEpan kita jumpa lagi ya...

untuk kakak naqibahku..
kak adah n kak shafa..anda mEmang bEst!
(maaf, saya spEechless nak buat ucapan sEcara tErang-terangan ni..ngEe..)



usrah dEngan kak shafa




p\s: maaf kak adah, saya baru sEdar yg kita TERlupa nak amik pict same-same.. sem depan ya! :)

Friday, November 12, 2010

kita ni sombong!

bismillahirrahmanirrahim..

timE musim exam ni,rajin la jugak saya pErgi study kt luar..
eh,bukan luar UTM ni yE..

maybe pergi library ke..tapi,kadang-kadang study kat library ni mEnyakitkan mata..
alah..pErangai biasa budak-budak mElayu..
jadi saya pun pErgi la duduk kat satu pondok dEkat dEngan masjid ni..

tenang..saya suka la duduk kat situ..
mata saya tak sakit..hati pun gEmbira jE..

Bak kata majalah Solusi..
bErsahabat lah dEngan alam..
alam akan mEmbuatkan kita tErasa dEkat dEngan tuhan..

tEringat pulak kata-kata ustaz Hasrizal..
kEnapa kalau orang yang bErlainan minat gEnre muzik kita tempatkan diaorang kat satu kawasan air terjun yang sunyi,kita bagi diaorang dEngar bunyi air tErjun,bunyi burung-burung dan bunyi-bunyi yang bukan buatan manusia..diaorang sEmua akan suka dan tEnang dEngan bunyi-bunyi tu sEdangkan hakikatnya jiwa diaorang tu minatnya bErlainan?

tak pErcaya?

cube bagi orang minat rock dEngar lagu dangdut?
mau tErcabut la tElinga diaorang campur dEngan bErguling-guling sEbab sEnak pErut..

tukar pulak..

bagi orang yang minat lagu jiwang meleleh-leleh tu dEngar lagu rock yang hEntak-hEntak kepala tu..
tak pasal-pasal 5 minit lEpas tu tErus dapat migrain..

tapi kenapa kalau 'muzik' dari alam ni..sEmua orang boleh terima?

sEbab..

" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih memujiNya, tetapi sekalian kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.." (17:44)

apa yang datang dari alam itu bukan sEbarangan 'muzik'..
alam itu sEdang memuji tuhan..bErtasbih..
sEbab tu la hati kita tEnang..hati kita boleh tErima dEngan mudah..
tapi kita ni sombong..
bila orang yang minat lagu Lady Gaga di suruh dEngar lagu nasyid yang mEmuji tuhan,
mereka akan cEpat-cEpat cakap..
"maaflah,bukan tastE aku nasyid-nasyid ni.."
tak ke bongkak bunyi ayat tu??

Erm...tadi saya terasa macam nak study kat masjid..
tak sampai 5 minit saya duduk kat satu tempat ni datanglah bEberapa orang mak cik duduk dEkat dEngan saya..
mElihat saya duduk sEorang jadi mEreka pun beramah-ramah la dEngan saya..
apa yang boleh jawab saya jawab la..
sambil mata dok pandang page yang sama je dari mula-mula buka buku tadi..

baru je nk khusyuk sikit..

tiba-tiba..

"leceh la nak pakai tudung ni..senget-senget..susah nak bEtulkan.." mak cik A mula mErungut.

"alah..ko beli je tudung yang boleh sarung terus tu..kan senang nak pakai.." mak cik B pulak jawab.

"x nak la,kalau aku pakai tu nanti muka aku nampak macam tua sangat la.." cakap mak cik A sambil dok mElilit-lilit tudung dia..

"eh, kalau kat luar ko pakai tudung ke?"

aiseh..saya dh mula hilang fokus lagi..
telinga ni degil nak dengar apa yang mak cik-mak cik ni bualkan..

" tak pun.. tapi kalau pergi kenduri ke,rumah saudara ke,aku pakai la..kalau keluar berjalan-jalan pegi shopping ke..tak pakai pun, biarlah orang nak cakap apa.." mak cik A jawab acuh tak acuh.

" betul tu..aku pun sama, biarlah orang nak cakap apa. kita yang tentukan diri kita sendiri. Orang nak cakap dah tua tak sedar diri ke, ah..lantak la diaorang.. kubur masing-masing.." mak cik B pulak menambah.

saya pulak terkulat-kulat di antara mereka..
mata masih mEnatap buku tapi mulut ni sudah terasa ingin mEmbetulkan 'fahaman' mak cik B..

Ah..lidah saya kelu..

saya hanya mampu bercakap di dalam hati..

bukan kita yang tentukan diri kita..

kita lupa yang tuhan sudah tentukan peranan kita sebagai apa di muka bumi ini..

kita hanya HAMBA..yang ditentukan untuk taat dan beribadah hanya kepadaNya..

kita sebagai KHALIFAH.. yang ditEntukan untuk memimpin diri dan orang lain menuju keredhaanNya..

sungguh..kita ni sombong!

lupa dan buat-buat tak tahu tujuan kita diciptakan untuk apa..

saya pantas mEngemas buku..

mElangkah keluar sambil mengeluh..

maaf..

selemah-lemah iman..
















Saturday, November 06, 2010

tEntang Nabi Muhammad saw..

 Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam sedang mEmaksa diri mEnghabiskan buku-buku yang saya kena baca untuk mEnghadapi final exam yang sEmakin hampir ni,sEmpat jugak la saya mEnghabiskan 1 buku karya Imam Al-Tarmizi..

Sebenarnya..dah lama jugak saya pErasan buku ni time pegi kEdai buku..tapi entah kenapa hati ni sEkadar mahu menyelak-nyElak sahaja.. sampailah..saya nampak buku ni lagi kat library.. baru tErasa hati ni mElonjak-lonjak untuk mEmbaca.. alahai..imanku..

bErcerita tEntang manusia agung ni pasti mEngundang rasa rindu kan?

Dan buku ni…mEmbuatkan manusia agung itu tErasa dEkat..


“sungguh,telah ada pada diri Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah (33:21)

tEntang Nabi Muhammad saw..

Anas ibnu Malik r.a mEriwayatkan:

“Rasullullah saw memiliki perawakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh beliau menarik. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak pula lurus tergerai. Warna kulit beliau coklat. Ketika berjalan,tubuh beliau tegap.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)

“Panjang rambut Rasullullah saw sampai ke setengah telinga beliau.”

(Riwayat Tirmizi, Muslim, Abu Dawud, Nasai dan Ahmad)

“Saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasullullah.”

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

“Cincin Rasullullah saw terbuat dari perak. Sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi.”

(Riwayat Timizi, Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

“Rasullullah saw mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau.”

(Riwayat Tirmizi , Nasa’I dan Abu Syaikh)

Al-Bara’ ibn Azib r.a meriwayatkan:

“Postur tubuh Rasullullah sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bahagian badan di antara kedua belakangnya lebar. Rambut beliau lebat, hujungnya menyentuh daun telinga bahagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna merah. Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Jabir ibn Samurah r.a mEriwayatkan:

“Saya melihat Rasullullah saw pada sebuah malam yang terang-benderangoleh cahaya bulan. Beliau mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap beliau dan memandang bulan. Sungguh,menurutku, beliau lebih indah daripada bulan.”

(Riwayat Tirmizi, Darimi, Abu Syaikh, Hakim dan Thabrani)

Abu Hurairah mEriwayatkan:

“(kulit) Rasullullah itu putih bersih seolah-olah beliau tercipta dari perak. Beliau juga memiliki rambut yang indah dan rapi.”

(Riwayat Tirmizi)

Ibrahim bin Muhammad meriwayatkan:

“Jika Ali bin Abi Thalib r.a menggambarkan karekter fizikal Rasullullah saw.—kemudian Ibrahim menyebutkan sebuah hadis yang panjang—ia berkata, ‘Di antara kedua belakang beliau ada tanda kenabian, dan beliau adalah penutup para nabi.”

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Sa’d dan Baihaqi)

Jabir bin Samurah r.a mEriwayatkan:

“Saya melihat tanda kenabian di antara kedua belakang Rasullullah saw, iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati.”

(Riwayat Tirmizi, Muslim dan Ahmad)

Saidatina Aisyah meriwayatkan:

“Rasullullah suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci, menyisir rambut dan menggunakan sandal.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa’I, ibn Majah dan Ahmad)

Ibnu Abbas meriwayatkan:

“Sebelum tidur Rasullullah saw (suka) memakai celak dengan menggunakan batu celak (al-itsmid), sebanyak tiga kali di tiap-tiap mata beliau.”

(Riwayat Tirmizi)

“Sandal Rasullullah saw menggunakan qibal yang tiap-tiap talinya terbahagi dua.”

(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Ummu Salamah mEriwayatkan:

“Pakaian yang paling disukai Rasullullah ialah pakaian gamis.”

(Riwayat Tirmizi dan Abu Dawud)

Abdullah bin Harits r.a mEriwayatkan:

“Saya tidak penah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum selain daripada Rasullullah saw.”

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

"Tawa Rasullullah saw adalah senyuman."

(Riwayat Tirmizi)

sEbenarnya banyak lagi hadis-hadis yang mEnceritakan mEngenai baginda Rasullullah dalam buku ni..
dan insyaAllah ia mampu mEmbuatkan kita tErasa dekat dengan baginda walaupun kita tidak pErnah menatap wajah baginda..

mengetahui bEtapa sEderhana nya kEhidupan baginda, dan betapa baginda sangat mErendah diri walaupun bErstatus Kekasih Allah mEmang mEnjadikan baginda manusia agung yang tiada tolok bandingnya..

cukuplah mEnjadikan artis-artis yang ntah apa-apa itu sEbagai idola..

baginda Nabi Muhammad saw adalah contoh tErbaik..buat SAYA..buat KITA

video ni..salah satu video kEgemaran saya.. dan jika RINDU,pasti akan ada air mata yang mEngalir saat mElihat video ini..

saya RINDU..anda?









"Katakanlah (Muhammad), 'Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku. nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu,Allah Maha pengampun, Maha Penyayang."

(Ali imran:31)





Thursday, November 04, 2010

engkau mEmang cantik..

bismillahirrahmanirrahim..

*kErana kamu tidak pErnah tahu bEtapa cantiknya dirimu..



engkau mEmang cantik..sElagi kau tidak mElulu,
engkau mEmang cantik..sElagi kau mEnutup malu,
engkau mEmang cantik..sElagi kau memElihara adab,
engkau mEmang cantik..sElagi kau mEnjaga aurat,
engkau mEmang cantik..sElagi kau mEnjaga batas,
engkau mEmang cantik..sElagi kau waras bErhias,
engkau mEmang cantik..sElagi kau bErsifat fitrah,
engkau mEmang cantik..sElagi kau pantang mEnyErah,
engkau mEmang cantik..sElagi kau tErus bErsolat,
engkau mEmang cantik..sElagi kau lurus bErtaubat,
engkau mEmang cantik..sElagi kau jujur bErilmu,
engkau mEmang cantik..sElagi kau membaca al-quran,
engkau mEmang cantik..sElagi kau bEradab sopan,
engkau mEmang cantik..sElagi kau kasih ibu bapa,
engkau mEmang cantik..sElagi kau sabar dan tEnang,
engkau mEmang cantik..sElagi kau tEgakkan islam,
engkau mEmang cantik..sElagi kau mEncegah kEmungkaran,
engkau mEmang cantik..sElagi kau bErkebajikan,
engkau mEmang cantik..sElagi kau berniatkan Tuhan,
engkau mEmang cantik..kErana kau sEindah islam.. 

engkau memang cantik..sElagi kau bErada dalam bingkai cErmin bErbunga dari kamar bErnama iman..

~dari buku Engkau Memang Cantik karya Burhan Sodiq..

Sunday, October 31, 2010

apa yang anda pErlu tahu..

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dua tiga hari ni,saya isi masa saya dEngan pErgi bebErapa program yang insyaAllah manfaatnya ada buat diri ini..dan insyaAllah juga tugas saya juga untuk bErkongsi apa yang saya dapat kEpada mEreka yang  masih bElum mEngetahui..

tErima kasih buat akhawat yang  mEmpErkenalkan saya dEngan dEngan 'sEjarah'. bEtapa sejarah yang kita selalu anggap mEmbosankan ni sEbenarnya tErlalu indah untuk kita pElajari dan fahami. macam mana la tak bosan dan sElalu menjadi subjek favourite untuk tido dalam kelas, dah kita ni bElajar 'sEjarah' yang salah..
Ah..di dunia ni tErlalu banyak yang mEnipu.. mangsa nya siapa? siapa lagi kalau bukan kita..

bErmula dEngan program Ini Sejarah Kita (ISK), saya dipErkenalkan dEngan sEjarah yang sama sEkali bErbeza dengan apa yang saya pelajari di sekolah dahulu.. Alahai..dah namanya belajar sEkadar untuk melEngkapkan A di dalam sijil SPM, maka tak hairanlah kEnapa saya atau 'kita' tidak pernah mEmpersoalkannya walaupun saya pErnah juga tErlintas difikiran saya mengenainya apabila masuk bab sEjarah islam yang pErnah dipElajari sewaktu tingkatan 5 tu. dan akhirnya..saya dapat A sEperti yang mahukan dulu.. hanya sEkadar itu..kEsian..

silakan mElihat vidEo ini..yang menceritakan tentang sEjarah kita..bEtapa sElama ini kita ditipu dEngan sEjarah ciptaan manusia barat..



sEsudah program ISK..bErsambung pula dEngan program Ini Peranan Kita (IPK).. ye la..dah tahu kebenaran,tak kan hanya mahu mEmejamkan mata..apatah lagi apabila mEnceritakan tEntang dunia islam hari ini..tak pErlu pErgi sampai kE luar nEgara, cukuplah mElihat apa yang sEdang berlaku disEkeliling kita ini..

betapa hari ini ramainya kita yang ISLAM sekadar pada nama..dan mEreka berasa sEnang hanya pErkataan ISLAM yang tErcatat pada ic mEraka..merasakan bahawa perkataan ISLAM itu sudah cukup untuk mEmbayar harga sEbuah syurga.. saya silap kalau bErfikiran bEgitu..anda juga silap kalau mEngatakan bEgitu.. kErana hakikatnya syurga itu hanya milik orang yang bErsusah payah demi agamanya.. bErmimpi mahu kE syurga dan dan duduk bErsama Saidatina Fatimah,Saidatina Aisyah dan bErjumpa Rasullullah saw.. tapi hanya duduk bErgotang kaki melihat keruntuhan umat pada hari ini.. bangunlah,jangan pErnah mimpi untuk ke syurga hanya dEngan bEkal sepErti tu..

dan semalam..sambungan dari program sEbelum ini iaitu Syahadatul Haq. Syahadatul Haq ini merupakan ucapan dari Abu al-A'la al Maududiyy mengenai konsep syahadah yang perlu kita fahami.. sEharian mEndengar pEnErangan mEngenai ucapan 12 mukasurat ni mEnyebabkan saya terasa betapa bEratnya tanggungjawab yang dipikul sEbagai sEorang yang mEngakui syahadah ini..bukan hanya tanggungjawab saya..tapi tanggungjawab kita yang bEriman dEngan syahadah yang diucapkan ini.. apatah lagi kita sEdang bErdepan dEngan kEadaan dimana umat islam kElihatan sEperti dipijak-pijak musuh agama.. tanggungjawab siapa lagi untuk mEnyEdarkan mEreka yang hanyut diluar sana..  mahu atau tidak,inilah tanggungjawab kita..
tanggungjawab kita kErana kElak kita akan ditanya di hadapan tuhan tentang apa yang kita sudah lakukan apabila agama tuhan ini dihina..kalau tiada jawapan macam mana? masuk nEraka la jawabnya.. nauzubillahiminzalik..

saya pErnah bertanya..

"bagaimana la kita nak nasihatkan orang dan mEmberitahu kebEnaran ini kerana diri sEndiri pun tEruk lagi"
jawapannya mudah..
"pErbaikilah diri dan sErulah mEreka kEpada tuhan.."
untuk menunggu sEhingga mEnjadi manusia sEmpurna baru hEndak mEmberitahu kEbenaran itu salah kErana hakikatnya tiada manusia yang akan mEnjadi sEmpurna..
tEruslah mEmpErbaiki diri mEnjadi insan yang lebih baik dan jangan bErhenti dari mEngajak kEpada kEbenaran..yang paling penting,pastikan keduanya bErjalan sEiringan..


saya juga nak kongsikan sebuah lagi vidEo yang saya dapat sEwaktu program itu..dan saya agak tErkedu apabila mEngetahui hadis mEngenai 5 fasa akhir zaman manusia sEperti yang diceritakan nabi dalam vidEo ini..sEjujurnya juga, saya tidak pErnah tahu mEngenai hadis ni sEbelum ni. Mengetahui yang kita sEkarang bErada pada yang fasa kEempat dunia akhir zaman agak mEnakutkan saya sebenarnya.. mEmikirkan banyak nya dosa dan tanggungjawab yang belum tErtunai mEmbuatkan syurga itu tErasa sangat jauh untuk diri ini.. jadi..masih hanya mahu duduk bErgoyang kaki??