Pages

Friday, April 29, 2011

satu malam..



satu malam
saat memandang bulan
hati direnggut hiba tatkala teringat sabdanya  
"Sesungguhnya, kamu akan melihat tuhan kamu kelak dengan mata kepala sebagaimana kamu melihat rembulan di malam ini tanpa berebut-rebut dalam melihatnya"

menyoal dalam tangis
layakkah aku untuk itu?

[afni natasya]
[290411]
[0116]

Tuesday, April 26, 2011

Rasa

bismillah..

Alhamdulillah..
segala puji-pujian hanya selayaknya milik Allah..
Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..

Allahu Allah..
seakan terasa kasih sayangNya yang mengalir memenuhi seluruh urat nadi
walaupun terasa diri ini hakikatnya tidak layak langsung untuk berada di pandanganNya dek dosa-dosa yang menggunung tinggi..

merenungi kembali cerita-cerita semalam
masyaAllah..alangkah indahnya aturan tuhan buat mereka yang benar-benar mahu mencariNya
usaha diri terlalu sedikit,sebesar dzarah pun tidak mampu menandingi  
tetapi kerana kasih sayangNya itulah membuatkan saya punya RASA itu hari ini..
sungguh janjiNya benar
datanglah padaNya selangkah, beribu langkah Dia mendekat pada kita..
tak jemu saya mengulanginya
kerana hadis qudsi itu terasa terlalu dekat di hati saya
maka saya akan tidak lekang mengulanginya kepada sahabat-sahabat yang merasakan bahawa mereka tidak kuat untuk memulakan langkah pertama..
ayuh, mulakan langkahmu itu walaupun ia terasa sangat sedikit menujuNya..
dan percayalah..
satu hari nanti bilamana engkau sudah menemukan RASA itu
engkau hanya akan mampu menangis mengenangkan betapa besarnya kasih sayang Dia pada dirimu..



 Dari Umar bin al Khattab RA berkata:
“Bahwa beliau datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu ketika ia mendapatkan seorang anak di antara tawanan tersebut, dia langsung mengambil anak itu lalu memeluknya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada kami: 
Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? 
Kami menjawab: Tidak, demi ALLAH, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. 
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihi hamba-NYA daripada wanita ini terhadap anaknya.” 

( Hadis Sahih riwayat Muslim no.4947 )




Sunday, April 24, 2011

hobi baru : oh, study week!

:: ni hobi terbaru saya dikala penat membaca segala macam tok nenek teori :: 
(study kuat sangat la ni kononnye) 


jangan tiru perangai dia ni ok!


haa..sila contohi dia ni. pelajar contoh nih! hehe ^^


Friday, April 22, 2011

sanah helwah wahai diri..^^

bismilllah..


[22 April 2011]
[11.00 pm]


hadiah untuk diri sendiri..^___^
Yeay..dah 20 tahun!


MasyaAllah..i'm already 20..:)
jujur.saya tak sabar-sabar nak tunggu umo saya depannye no dua.hehe
sebab ape? sebab orang selalu tak percaya kalau saya beritahu umur saya masih belasan tahun..
adakah saya nampak terlalu tua matured? *__*


:: time bawak anak buah (si naufal comel) berjalan-jalan ::
eh, berapa dah umur ANAK tu?


:: beberapa kali di matrik ::
assalamualaikum cikgu! [kat matrik kami panggil lect. kami cikgu je..]


:: pegi event kat UTM ::
+ awak ni staff utm ke?
* eh, tak lah..student
+ oh, final year dah?
* tak jugak..baru first year.. =__="


dan banyakkk lagiii....=.="


erm..rasanye, punya tanggungjawab besar sebagai anak, isteri (dah boleh cakap pasal ini kah? :D) dan kakak  kepada adik yang ramai juga buat saya nampak lebih matang berbanding umur sebenar..
dan saya tak kisah pun orang nak assume umur saya berapa. layankan aje..X)
tapi..tapi..tapi..
tolonglah jangan tanya kat saya macam ni kalau nampak saya jalan sendiri di shoping mall..


" sorang je ke? suami tak teman?"


waaa..soalan tu boleh buat saya rasa macam nak lari menyorok belakang baju-baju kat kedai tu..~!
[pesanan buat makcik-makcik yang peramah di shoping mall] =.="


Kembar Lain Rupa..^^


sha & tasya


haa..kelakar juge ye bila besday sama dengan kawan baik ni..:D
sebab dua-dua macam blur..
nak buat suprise pukul dua belas pun tak berapa nak jadik ..haha. kesian kawan kat tengah-tengah tu..X)
pape pun..
cik shafiqah ahmad.. hepi besday too ya..
moga kita tetap menjadi teman sampai ke syurga sana..*wink3*


Indahnya Ketentuan Allah..


sungguh.
hari yang membahagiakan..:)
bersama "mereka-mereka" semua..
terima kasih untuk hadiah, kek, kad buatan tangan yang mengharukan dan doa yang ikhlas buat saya..
doa saya juga, moga doa itu juga kembali kepada kalian dan Allah balasi kalian dengan sebaik-baik ganjaran..


indahnya ukhuwah yang terbina keranaNya..
dan saya tak mampu nak gambarkan perasaan itu dengan kata-kata..*nangeh



Hakikat Bahawa Kematian  Itu Juga Dekat..

merenungi hadith ini..

 "..Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan.."  

bila mana usia semakin meningkat ni
tak dapat tidak saya kena mengakui yang walaupun ramai orang cakap "semoga panjang umur", tapi hakikatnya umur saya sudah semakin memendek.. 
kan Allah dah tetapkan tempoh hidup kita sejak di alam rahim lagi?
entah berapa lama lagi baki masa yang tinggal
mungkin kejap lagi, esok atau lusa dah sampai tarikh akhirnya..
siapa tahu?

jadi?
bersiap sedialah wahai diri!



Muhasabah Diri Di Hari Lahir..


siapa yang menyusun perjalanan hari ini?
Allah..


siapa yang menggerakkan hati-hati mereka untuk meraikan & mendoakan saya?
Allah..


siapa yang mengaturkan pertemuan antara kami?
Allah..


siapa yang meletakkan saya di sini bersama mereka?
Allah..


semua..semuanya kembali kepada Allah juga..
Tuhan yang Maha Baik dan tidak pernah mengecewakan hambaNya..


Kerana Kasih SayangMu..:')


wahai Allah..
terima kasih untuk kesempatan yang masih Engkau berikan
buat diri ini untuk terus bermuhasabah
pada setiap dosa dan salah..

wahai Allah..
terima kasih untuk kasih sayangMu
buat insan kerdil ini
sedang diri ini hakikatnya terlalu hina
penuh dengan dosa dan noda
tapi rahmat kasih sayang sungguh tiada penghujungnya..

Wahai Allah..
pilihlah saya untuk mencintaiMu..
lebih dari segala-galanya!



رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ  
  "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)".
(Al-imran:8)


Thursday, April 21, 2011

.:tanpa.tajuk:.

bismillah..

:: sharing ::



Rasulullah S.A.W bersabda:

“Orang mukmin memandang dosanya seperti sebuah bukit di atasnya yang dia bimbang akan menghempapnya, sedangkan orang munafik memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya lalu dihalaunya sehingga terbang.”

(Riwayat Al Bukhari daripada al Harith bin Suwaid)


buat orang yang tak faham bahase..

entah bahase ape yang perlu diguna
buat orang yang tak paham-paham bahase
bukan sekali dua bercakap benda yang sama
saya ni pun manusia biase
lame-lame nanti fed-up juge..

kenapalah masih tak paham bahase
saya cakap ni pun gune bahase melayu kite
susah sangat ke nak paham ape yang saya rase?
ke memang dok buat tak tahu je?

oh ye..
tolonglah bagi saya hidup bahagia
saya dah lame lupekan sumenye
lagipun kita ni kan bersaudare
jadi tolong hormati prinsip saya..

haa..
saya tahu awak ni pemurah orangnye
tapi pemurah tu biarlah kene pade tempat ye
lagipun saya ni bukannye sape-sape
masih tak paham lagi ke?

nah..yang ni pun saudare kite
dan rasenye kalau awak hulurkan duit awak yang banyak tu kat mereka pasti ianye akan lagi bermakne
dah tu dapat pahala juge
kan lebih baik dari awak dok kasi SETIAP BULAN kat saye..


nah..p derma kat palestin ni kn lg bgus. ni gatai sgt nak bg kt org!


*geram punye pasal, kan dah jadi cam pantun..~

Sunday, April 17, 2011

Hiduplah dengan harapan..

bismillah..


Matanya kelihatan berkaca-kaca
dia mengeluh perlahan
"Ya Allah, beratnya beban ni. rasa macam dah tiada makna lagi untuk hidup."


saya memandang matanya
ya..dia kelihatan seperti sudah berputus asa dengan segala apa yang terjadi 
saya tepuk bahunya perlahan-lahan
"Jangan begitu sayang..kita masih punya akhirat.."


Kepastian Pada Sebuah Harapan


always have faith in Allah!


saya tak ingat di mana saya dapat kata-kata itu
tapi bagi saya, kata-kata itu umpama satu kekuatan yang menggagahkan saya untuk terus berdiri sehingga ke hari ini
kita masih punya akhirat
dan di situlah terletaknya harapan kita terhadap segala ketidak-adilan yang kita terpaksa hadapi hari ini
ya..dunia ini selalu tidak adil
manusia lah yang menyebabkannya menjadi begitu
kita menilai segalanya dengan harta, pangkat dan gaya
yang berkuasa pasti bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka
tapi yakinilah kata saya, mereka hanya bebas ketika di dunia..hanya di dunia!


yang lemah dan miskin biasanya akan tertindas
mereka kadang di layan umpama orang yang tak punya perasaan
sedangkan hakikatnya mereka juga manusia sama seperti si orang kaya
punya hati..punya rasa..


dan Allah Yang Maha Adil itu takkan pernah menganayai hamba-hambaNya
kita ada akhirat
ianya sebaik-baik tempat pengadilan
hakimnya adalah Allah
peguamnya adalah rakib dan atid
saksinya adalah mata, telinga, hidung, kaki dan tangan
mulut yang dahulunya hebat berkata-kata menutup kesalahan sendiri tidak akan mampu berbicara lagi..


maka, teruskanlah kehidupanmu ini dengan satu harapan
bahawa di sebalik kegelapan sepanjang perjalanan hidup ini akan ada satu cahaya bersinar yang menanti
walau tiada siapa yang sudi mendengar keluhan kita
yakinilah kita masih punya Allah yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hambaNya..


jangan pernah lelah..
jangan pernah  merasa letih..
teruskanlah kehidupan ini dengan keyakinan
bahawa hidup kita ini tidak akan sia-sia selagi mana kita berpegang teguh pada tali-Nya

tersenyumlah..
La tahzan, innallaha ma' ana~! 
[jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita] 


Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” 
(QS.Ali ‘Imran:139)



Saturday, April 16, 2011

selamat pengantin baru~! ^^

bismillah..


[latar belakangnya adalah lagu Barakallah - Maher Zain] 


Semalam, sebelum pulang ke rumah..
saya sempatlah pergi majlis walimah Brother Jaysuman & Kak Fatin..:)
Alhamdulillah..mereka pilih hari jumaat yang penuh berkat dan keberkatan tu pun terasa sepanjang berada di dalam majlis tu..^_^


tahu tak, saya sebenarnya tak suka sangat pergi majlis kahwin ni kecualilah ia ni melibatkan ahli keluarga dan saudara - mara yang terdekat
selalunya kalau mak ayah ajak pergi kenduri kawan-kawan mereka atau siapa-siapa yang saya tak berapa nak kenal, mulalah saya mencari bermacam-macam alasan untuk tak nak pergi..
dan biasanya alasan tu adalah alasan yang boleh buat orang rasa nak sekeh-sekeh je saya ni..=.='


"malas nak iron baju.."
"malas nak pakai baju kurung.."
"takde kawan la nanti.."
"nanti tak tau nak borak dengan sape.." 
"takde baju sesuai yang nak pakai la.."


Keberkatan.itu.penting..


honestly, saya sangat kagum dengan majlis walimah Bro Jaysuman semalam
sebab apa? sebab saya tak pernah pergi majlis perkahwinan yang simple macam tu 
antara sebab kenapa saya saya ia sangat simple adalah sebab tetamu makan bersama dengan menggunakan talam..[ sape tak tau talam tu ape? mengikut kamus diri saya, talam adalah sejenis dulang besar berbentuk bulat yang biasa saya nampak nenek saya gunakan untuk meletakkan kuih seperti karipap yang belum digoreng]


waaa...part makan guna talam tu membuatkan saya sangat kagum la.
sebab selama ni saya pergi kenduri kahwin, mesti makanan banyak yang akan membazir
ye la, dapat makan free..so masa ambik makanan tu macam orang kebuluran tak makan seminggu..=.='


tapi semalam..
makan beberapa suap pun dah rasa kenyang [ni betul ok]
sungguh..jimat dan berkat kalau makan guna talam ni..
tak pernah cuba? try la..bukan takat dapat kenyang je, tapi dapat rapatkan ukhuwah jugak
selalunya time pergi program mesti makan macam ni tapi untuk kenduri kahwin, inilah kali pertama..:)


diiringi qasidah burdah yang menjadi kegemaran Bro Jaysuman sepanjang majlis tu
teringat pulak macam mana saya boleh kenal dengan beliau..


erm..saya kenal bro Jaysuman ni masa saya join kelab bawah Pusat Islam UTM yang mana ada program dakwah yang dilakukan untuk menarik minat non-muslim terhadap islam
penceramah utamanya, tak lain dan tak bukan adalah Bro Jaysuman ni sendiri..
saya pun kagum dengan beliau
kegigihan dan semangat beliau untuk berdakwah memang saya respek la..


beliau berdakwah menggunakan cara membuat perbandingan antara agama memang menarik
" Comperative Religion Sharing".. selalu juga diadakan kat kolej-kolej di UTM ni
menariknya sebab kita boleh belajar pasal agama yang lain juga di mana akhirnya kita akan dapat menilai sendiri antara banyak-banyak agama ni, pasti ada satu-satunya yang terbukti benar..
dulu, penah lah jugak saya pegi "Comperative Religion Sharing Training".. tujuan nye supaya nanti boleh lah cerita pasal islam kat kawan-kawan yang belum islam ni, tapi tu la,,pegi dua tiga kali je, lepas tu TER stop.. alahai..=.='


satu kata-kata yang saya tak boleh lupa adalah persoalan yang sering Bro Jaysuman ni tanya di akhir setiap ceramah beliau
" Why u choose to be a Muslim??"
[haa..jawab sendiri] 


Moga Berbahagia...


ucapan untuk Bro Jaysuman & Kak Fatin.. (walaupun tahu hampir mustahil mereka akan membaca ucapan ni] X)


Moga perkahwinan kalian berkekalan hingga ke syurga..


" Lets raise ur hand and make du'a
  like a prophet told us
  And with one voice let's us say..
  بارك الله لكما وبارك عليكما
  وجمع بينكما في خير "  :)


Budak yang macam-macam..


selepas habis makan dan berjumpa pengantin
saya pun nak gerak balik kolej bersama teman, cik shafiqah ahmad
yang kelakarnya..
saya pandang dia
dia pandang saya
dua-dua tersenyum-senyum..^^
haha...tau dah ape yang ada dalam hati masing-masing..


"bestnye kalau kawen macam ni" 
"nanti nak buat kenduri macam ni jugak la"


ok.cukup..tak boleh bagitau tu kata-kata dari mulut siapa..:D


perfecto! ^_^

Wednesday, April 13, 2011

chaiyok tasya! :)

bismillah..
13 April 2011
01:00 am

MasyaAllah..cepatnya masa berlalu. tanpa sedar dah hampir pertengahan bulan empat dah kan? oh,cepat sangat masa ni meninggalkan kita.
saya ni kalau time nak tulis tarikh pun kadang-kadang masih dok buat tahun 2010 lagi. huhu..
hari ni, just nak bercerita.. orang perempuan memang suka membebel berborak..X)

Makin Tembam = Makin Bahagia?

i love utm very much..ngee~

oh, bab yang ni memang sensitip kalau cakap kat orang perempuan
bila beberapa orang lawan kawan mula menegur..

"eh tasya.. kenapa nampak makin tembam ha? makin bahagia eh?"
"bla..bla.."

haha..mula-mula rasa macam nak kecik hati dengar, tapi bila sampai kat part "makin bahagia" tu terus buat saya rasa nak tergelak lah pulak..
ehem3..alhamdulillah, bahagia.kot..
insyaAllah,,apa yang tuhan takdirkan tu pasti yang terbaik buat hamba-hambaNya..
tuhan kan Maha Baik.. ye tak? :)

tapi, memang tak dapat nak dinafikan, sehari dua tiga minggu kebelakangan ni, selera makan saya dah macam orang pregnant tak terkawal.. saya sendiri pun takut menengoknye..huhu

tak tahu la sebab ape, tapi mulut ni rasa nak mengunyah aje..
dan rasa macam dah addicted dengan segala macam roti kat kedai tu
roti sardin, roti kacang, roti coklat, roti jagung..aha..sume jenis roti la senang cite..
tu belum lagi bila dengar orang jual makanan setiap petang kat kolej ni..
dia akan buat lagu.. "makanan..makanan.."
tak sedar pun, tibe-tibe saya dah tercegat kat depan pintu bilik
"karipap sardin ada tak?"
aiyo..makan lagi..=.="

makan..dan makan lagi..dan lagi..
adoi..macam mana la tak ..... (sila sambung sesuka hati anda)

ok.habis cite pasal makan..~

Kuliah terakhir..sedih la pulak..

hari ni, last kuliah untuk subjek Development Psikology, Personality Psikology & Creativity..
paling syok sebab sume assignment dan presentation dah selesai! (latar belakangnya bunga api di sana sini)
waaa...seronok sangat~!

tapi..tapi..tapi..
tibe-tibe rase sedih lah pulak, sebab saya rase macam baru je masuk sem 2 ni, tup tup dah habis..
macam tak percaye je..(gosok-gosok mata)
oh, percayalah! memang dah habis dah sem ni tasya oii..=.="

Final Exam is Coming...

ok.serius sekarang..
minggu depan dah start study week..
waaa...gembiranya ketaq lutut dok pikiaq aih..
ceh..apesal pulak nak takut, bukan penamat kehidupan ni..
study je lah, pastu jawab exam..SELESAI!
(ye..baikkk)

erm..bercakap pasal final exam ni..
(jom cakap guna iman sekali)
exam ni..bukan setakat kita nak dapat A aje..
ada sesuatu yang lebih berat daripada tu yang orang pandang kat kita
dan selalu saya ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat
yang kita ini "jangan jadi punca fitnah kepada agama"..
oh, tu yang paling saya takut sebenarnya..

"tu la, dok sibuk program islamik sana sini..bile masa nak study? "
"ko ni macam pentingkan progam dari study, padan lah dapat markah camtu"
"esok nak test, boleh lagi pegi ceramah kat sane eh?"

dan hati pun mula goyah..

"ish, kalo aku tak pegi program & study malam tu, mesti markah aku dapat tinggi jugak"
"bla..bla..bla"

Allahu Allah..
bila orang mula mempertikaikan markah exam kita dengan apa yang kita buat selama ini
takut-takut hati kita tak kuat untuk hadapinya
kadangkala, lebih rela kena cubit dari kena dengar kata-kata yang boleh buat tak tidur malam dua tiga hari sebab makan hati..

saya pun setiap kali nak pegi program 'tarbiyyah diri' kat mana-mana
kalau mesaj mak, mesti mak cakap..
" kau ni asyik nak pegi program je, bilenye masa nak study?kalau dapat teruk exam nanti, siaplah.."
wuhuuu..siap ugutan lagi tu..=.="

saya tak pernah kata yang akademik tu tak penting
sebab ia sangat-sangat lah penting. itu juga hakikat..
tapi, saya sangat tak boleh terima kalau orang mula menyalahkan program tarbiyyah yang saya pegi dan yang paling teruk lagi kalau saya juga berfikiran macam tu..
salah program kah kalau result saya teruk?
tak..tak..tak..
pastinya itu salah diri saya sendiri..
bukan ke Allah dah kata sendiri dalam Al-Quran yang kitalah yang harus mengubah nasib kita sendiri (13:11)..
jadi, program tu pastinya tak bersalah..
yang bersalah adalah diri sendiri yang malas tak bahagikan masa dengan betul..

dan saya selalu ingatkan diri saya sendiri
bahawa kalau benarlah saya faham jalan yang saya pilih hari ni, mesti result exam saya akan bertambah baik bukannya bertambah teruk
sebab apa? sebab islam mengajar kita untuk berusaha dan buat yang terbaik dalam semua perkara..
lagipun, cuba renungi firman Allah ni..

“Dan carilah pahala negeri akhirat yang telah dikurniakan Allah kepadamu dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.."
(28:77)

so tasya..
jangan jadi fitnah kepada agama
berusahalah untuk dapatkan result yang terbaik
supaya nanti ada banyak hati-hati yang akan jatuh cinta pada jalan ini
bukan masa yang banyak untuk study yang jadi taruhan
tapi, ia soal keberkatan..
bila Allah redha, masa yang singkat terasa penuh manfaat
baca sedikit, tapi terasa banyak
baca sekali, terus ingat sampai bila-bila
itulah berkat..

yakinlah..
bahawa Allah itu sangat sayang kepada hambaNya
dan takdir Allah merupakan ketentuan terbaik dari Dia buat kita..:)

"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." 
(Fussilat:46)




*chaiyok tasya..^_^

Friday, April 08, 2011

Allah sangat baik kan?

Pernah tak, ada satu ketika tu kita terasa sesuatu yang tak mampu kita ucap dengan kata-kata?
Kita terasa sunyi walaupun di sekeliling kita ada ramai orang bergelak ketawa..
lalu, kita paksa kaki kita berjalan
Berjalan..berjalan..berjalan..
dan kita berhenti di satu tempat yang tiada orang
di mana di situ hanya ada langit, pokok dan burung-burung yang terbang di awan..
bila kita bukak Al-Quran dan baca satu persatu ayatNya, hati kita seakan terpujuk dengan semua kelelahan yang kita pendamkan
Maha Suci Allah Yang Mengetahui segala isi hati manusia..

Hidup Itu Perjuangan..

Percayalah..
bahawa hidup ini adalah satu medan perjuangan
buat menguji siapa di antara kita yang terbaik amalnya..
kerana itulah, setiap apa sahaja yang telah Allah takdirkan buat kita
pasti ada pengajaran yang Allah mahu kita ambil darinya
tak kira ianya kedukaan atau kegembiraan
pasti di sebaliknya ada 'sesuatu' yang Allah mahu kita lihat dengan pandangan mata hati
biar kita miskin harta, tapi jangan kita miskin jiwa!

indahnya tarbiyyah dari Allah
buat mereka yang benar-benar melihatnya dengan mata yang ada di dalam jiwa
biarpun sakit, dianggapnya sebagai ubat yang mampu menyembuhkan
biarpun pahit, dianggapnya sebagai nikmat yang menggembirakan
itulah akhlak mukmin sejati..
yang datang dari Allah itu segalanya baik
segalanya indah.. kerana hati sangat yakin bahawa itulah didikan dari Allah
agar hati tetap kuat biarpun diasak dengan segala macam ujian..
hati mereka damai dengan janjinya, bahawa Allah tidak akan memberati hambaNya dengan sesuatu yang tidak terdaya oleh hambaNya
Maha Suci Allah Yang Mengasihi seluruh ciptaanNya.. 

Mintalah dengan Allah..
agar cinta kita pada jalan ini terus mekar mewangi
jalan orang yang bertemu kerana mahu memburu cintaNya
jalan orang yang saling mengingati kerana mengharap akan redhoNya
benar..jalan ini tak mudah..
kerana hati ini terlalu mudah berbolak-balik
kadang perlakuan diri tak seiring dengan bicara
tapi yakinlah bahawa Allah akan menilai setiap usaha
dan Allah takkan pernah menghampakan harapan hambaNya
Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang..

Teruslah berbaik sangka dengan Allah..
Di situ ada ketenangan..
Di situ ada kebahagiaan..

Wednesday, April 06, 2011

bukan hanya kerana syurga..

"Apabila seorang hamba beribadah pada Allah kerana ingin mendapat balasan dan menjauhi maksiat kerana takut akan mendapat seksa,
 itu tidak lain tidak bukan cara golongan ibadah para peniaga.
 Sebabnya, dia masih mengambil kira akan untung dan rugi.
 Apabila seorang hamba beribadah kerana takut akan seksaan-Nya,
 maka tidak lain adalah cara ibadah para hamba. 
Dan, ada segolongan kecil hamba yang beribadah kerana cinta suci pada-Nya, itulah ibadah mukmin sejati.."

~ Saidina Ali b Abi Talib


kita beribadah..bukan kerana kita terpaksa
kita mengikut semua perintahnya..bukan kerana kita sekadar mahukan syurga
kita tinggalkan larangannya..bukan hanya kerana kita takutkan neraka
tapi..
kita sanggup lakukan semuanya kerana kita cintakan DIA
mana mungkin kita tak cinta..
pada namaNya yang kedengaran kali pertama saat kita menjejak ke dunia
pada setiap hembusan nafas yang berlalu dengan izinNya
pada setiap nikmat yang DIA beri tanpa kita minta
pada setiap hati yang DIA sangat mengatahui apa yang tersembunyi di dalamnya
mana mungkin kita tak cinta..

cinta kita mungkin tak sehebat cinta Rabi'ah Adawiyah
tapi tak mahukah kita cuba meneladaninya?

sungguh..bila kita punya Allah.. kita ada segala-galanya..:')

[afni natasya]
[0701]
[060411]