Pages

Monday, March 28, 2011

warkah buat sahabat..


sahabat..
biasanya aku hanya memerhati
tapi entah kenapa lain benar rasanya hari ini
tangis ini tidak mampu aku tahan-tahan
senyuman yang aku lihat seakan belati tajam yang terus menyiat-nyiat rasa hati
lama aku memandang wajah itu
cuba mencari andai senyuman yang engkau lemparkan itu adakah datang dari hatimu yang penuh 'kebahagiaan'
atau engkau tidak mahu mengaku bahawa engkau terpaksa senyum dalam tangisan..

sahabat..
ingat lagikah engkau waktu dulu?
kita sama-sama duduk di tepi longkang asrama pada waktu malam
bercerita segala-galanya
tentang diri,kehidupan dan masa depan yang kita impikan
"nanti kau yang akan kahwin dahulu,"
"oh,aku tak kan langkah bendul.engkau dahulu!"
mana mungkin aku lupa pada setiap kata-kata
kerana kau lah sahabat yang sering menggembirakan hati
ingatkah lagi yang di tepi longkang itu kita bergelak ketawa sambil mengukir janji
yang kita akan jadi teman yang sejati semenjak dari detik itu..

sahabat..
masih ingatkah engkau pada hari terakhir aku meninggalkan sekolah itu?
"weh..aku buat kan kau kad besar-besar ni. kau jangan lupakan aku tau!"
sungguh hatiku membalas bahawa aku tak akan memungkiri janji
meletakkan namamu sahabat di antara orang yang aku kasihi..

lalu, saat ini..izinkan aku menulis
tentang apa yang bersarang di dalam hatiku
tentang duka yang entah datang dari mana
tatkala aku melihat 'kebahagiaan' mu hari ini
ya..aku bukan perempuan sempurna yang layak untuk engkau contohi
kerana aku juga masih bertatih mencari hakikat diri
tapi renungilah apa yang sedang aku nukilkan ini..

sahabat..
bukan aku cemburu tatkala melihat 'kebahagiaan' engkau
tapi sayu benar rasa hati
walau bukan aku melihat di depan mata
air mata entah kenapa tidak mampu ditahan lagi
mengenangkan engkau sahabat yang sahabat yang sangat aku kasihi..

sahabat..
jujur..
aku benci melihat gambar kalian berdua
lupakah engkau pada cerita aku dahulu?
tak jemu-jemu aku mengulangi cerita yang sama buatmu
harapanku moga engkau mengambil pengajaran
"jangan ulangi kesilapan aku sahabat!"

sahabat..
mungkin kau akan berkata
"tak..dia lelaki baik.tak sama dengan lelaki lain di luar sana. dan aku akan menjadi yang sah buatnya"
Ah..aku jelik dengan kata-kata itu
mana mungkin dia lelaki baik sedang dia merosakkan hatimu denganNya?
mana mungkin dia lelaki baik sedang dia semakin menjauhkan hatimu denganNya?
mana mungkin dia lelaki baik sedang dia tanpa rasa bersalah menyentuh engkau yang haram buatnya?
mana mungkin dia lelaki baik sedang dia tanpa rasa ragu memberi janji-janji manis kepadamu?
mana mungkin dia lelaki baik sedang dia mengajak engkau keluar berdua yang padanya ada fitnah dunia?jawab soalan ku sahabat. adakah engkau benar-benar yakin lelaki itu mampu memimpin tanganmu ke syurga??

sahabat..
bencikah engkau dengan kata-kataku ini?
"Ah..engkau cemburu melihat kabahagiaanku bukan?"
tidak..sama sekali tidak..
tulisanku ini tak lain hanyalah luahan hatiku kepada seorang sahabat yang amat aku kasihi
yang harapanku agar engkau tidak terus menjauhkan dirimu dariNya
mengotori hati kepada manusia yang tidak sepatutnya
kerana ketahuilah sahabat..
Allah tak akan ada pada hati yang sudah dikotori
hati itu satu dan tak akan boleh dibahagi dua
Andai engkau sudah meletakkan yang tidak sepatutnya di tempat itu, maka engkau akan kehilangan yang lainnya..

sahabat..
tanpa Allah kita akan jadi terlalu hina
tak bergunalah hidup kita walau kita punya segala-galanya
biarlah kita terasa tak punya apa di dunia, tapi jangan sampai kita kehilangan Allah
biarlah kita terseksa sedikit dek membuang perasaan yang salah, asalkan kita masih ada Allah..

lalu, engkau berkata
"Aku tidak mampu.aku terlalu sayang.."
jangan berkata begitu sahabat..
dia hanya manusia biasa
engkau hanya akan lemah tanpa Allah
apakah tegar kau gantikan tempat Allah dengan dia yang juga manusia yang tak punya apa-apa?
biar dibenci seluruh manusia sekalipun kita masih akan kuat..jika kita punya Allah!


"Aku tak mampu menjadi seperti engkau.."
sahabat..aku juga kadang terjatuh dalam perjalanan ini
tapi yakinlah dengan janjiNya sahabat
datanglah padaNya hanya selangkah, Dia akan datang seribu langkah kepadamu
mari berpimpin tangan dengan aku sahabat
kita sama-sama saling menguatkan
aku pasti akan sudi membantu kerana aku tahu engkau juga akan turut menguatkan langkahku ini
aku masih di sini sahabat
masih setia menghulurkan tangan menanti engkau menyambut tanganku..

"Aku terlalu sayangkan dia.."
jika itu jawapanmu, maka pintaku percepatkanlah urusan kalian
aku pasti akan datang ke hari bahagiamu dengan senyuman
itu lebih membahagiakan aku sahabat
dari melihat kalian berdua bergelak ketawa dalam kegelapan dosa..

"weh..ko bukannya baik sangat nak nasihatkan aku macam-macam"
aku tak mampu mambayangkan, andai ini jawapan yang engkau berikan
tapi..kau tidak akan berkata begini kan wahai sahabat?
mungkin cukuplah aku memberikan ini sebagai jawapan..
bahawa aku menyayangimu keranaNya, dek kerana itu aku tidak tergamak melihat engkau masih lemas dengan tipu daya dunia..
sahabat..andai suatu hari nanti engkau datang sambil menangis kepadaku, jangan cakap yang aku tidak pernah memberitahu..


Rapuh


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan..

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup..

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu..

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta..

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu..

video


seorang hamba
memang layak untuk di uji
tak perlu tanya mengapa kerana kita ini hanyalah seorang hamba

saya.percaya dan yakin dengan satu janji
bahawa Dia tidak akan memberati hambaNya diluar kemampuan  hambaNya itu

Harapan Pada Sebuah Keyakinan..

pinta saya wahai tuhan.
biarlah ujian itu mampu menambah kecintaan ini padaMu
kerana saya takut sangat
ujian yang datang menyebabkan hati saya berpaling dari jalan dan cinta ini
sungguh..hidup itu tak akan punya erti lagi..

saya tidak akan pernah jemu mengulangi janjiNya..
"..sesiapa yang datang kepadaKu dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari.." 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


*credit to opick..lagu yang sangat menyentuh hati..

Sunday, March 27, 2011

semakin gembira semakin cantik


" semakin gembira anda menjalani kehidupan anda, maka semakin cantik anda akan kelihatan.."

baik.cantik itu subjektif.
semua orang ada definisi cantik yang berbeza-beza.
dan bagi saya, definasi cantik adalah sesuatu yang membuatkan saya rasa gembira melihatnya
tak kisah lah sama ada ia manusia atau pun benda
bila saya rasa gembira melihat sesuatu tu, maka saya akan kata benda tu cantik!

contoh.. bende ni..klik ['cantik sangat!']
*komen membina sangat dialu-alukan tapi sila jangan kutuk..itu cantik di mata saya..:D

sila gembirakan diri anda!


orang yang gembira mesti akan selalu tersenyum
jadi, sebab itulah dia akan kelihatan cantik. ye tak?
dan kita juga hanya akan gembira bila buat benda yang kita suka
kalau kena paksa untuk buat perkara yang kita tak suka?
oh..belajarlah untuk ikhlas.
sebab hati yang ikhlas adalah hati yang gembira.
hati yang terpaksa adalah hati yang terseksa.

sebenarnya, petua nak gembira ni mudah aje
gembirakanlah orang lain, maka orang lain pun akan gembirakan anda.
berilah kasih sayang, maka anda juga akan mendapat kasih sayang.
simple.what u give, u get back..:)


Wednesday, March 23, 2011

Ya Allah,kenapa susah sangat?

bismillahirrahmanirrahim..





kata orang, kita akan sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang kita cinta. hatta, kita terpaksa mengorbankan nyawa kita sekalipun. orang bercinta, hati resah jika lama tak berjumpa.
andai ada surat yang dikirim, pasti akan diulang baca berkali-kali tanpa jemu. takkan tergamak melukakan hati orang yang dicintai walaupun hati sendiri terluka..


oh,kan bagus kalau perasaan itu begitu ada dalam diri setiap dari kita untuk Allah. pasti kita akan ringan sahaja untuk melakukan perintahnya. tak perlu disuruh..kita pasti sanggup melakukan apa saja..
demi DIA yang kita cinta itu.


tapi kenapa sukar sangat nak menghadirkan perasaan itu ye? solat sudah cukup.. puasa pun cukup..baca Al-quran pun hari-hari.. sedekah itu pasti setiap kali melihat ada orang yang kesusahan..yang sunat juga selalu kita laksanakan..
apa lagi yang kurang? kenapa cinta itu terasa begitu susah untuk lekat di dalam hati ini??


KITA HANYA BERI SISA-SISA




kita kata yang kita sudah solat cukup lima waktu
tapi kita tak sedar yang kita solat sekadar nak mencukupkan lima waktu saja
kita tak memahami apa yang kita baca, jauh sekali untuk menghayatinya
kita hanya beri sisa-sisa..
waktu solat kita hanya dihujung-hujung
cukup rakaatnya..maka kita kira tanggungjawab solat itu sudah sempurna kita lakukan..


kita kata yang kita cukup puasa
tapi kita lupa yang banyak juga hari puasa kita yang mungkin hanya setakat dapat lapar dan dahaga
kita masih mencaci maki, hati kita masih penuh dengan hasad dengki
bila tiba waktu berbuka, kita kira tanggungjawab puasa kita hari itu sudah selesai
kita hanya beri sisa-sisa..
puasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga
sedang kita tahu bahawa puasa itu seharusnya lebih daripada itu
bukan setakat tak makan dan minum tetapi mendidik hati kita untuk lebih tunduk kepada Yang Maha Mencipta.. tapi kita tak kisah, asalkan tak makan dan minum..kira selesai lah tu




kita kata yang kita juga selalu bersedekah
tapi  kita tak sedar yang kita sedekah juga hanya yang sisa-sisa
kita beri lebihan duit yang ada di tangan kita, bukan duit kertas yang masih ada dalam dompet kita
bila bersedekah kita hanya beri duit kertas biru atau syiling yang kita campak dalam beg kita, jarang sekali kita sanggup pergi keluarkan duit kat bank semata-mata nak bersedekah berbanding dari kita sanggup beratur panjang kat mesin atm untuk guna pergi shopping kat jusco
kita memberi hanya lebihan duit yang kita ada, lalu kita merasa yang kita sudah bersedekah sebanyak-banyaknya..


kita kata yang kita baca Al-Quran hari-hari
tapi kita langsung tak faham apa yang kita baca
kita baca laju-laju sebab nak cepat khatam, kita tak cuba pun nak baca terjemahannya
yang kita tahu, satu bulan dalam bulan ramadhan kita mesti nak khatam
lalu kita rasa yang kita dah cukup akrab dengan Al-Quran di akhir bulan ramadhan tu


kita kata yang kita selalu dah buat amalan sunat
tapi kita juga hanya memberi yang sisa-sisa
kita hanya puasa sunat bila duit belanja kita dah nak habis atau kita rasa berat badan kita semakin bertambah dan kita nak diet
kita hanya rajin nak buat solat sunat bila result exam kita semakin hampir
kita hanya lamakan sujud kita untuk berdoa bila esok ada final exam atau kita macam terasa nak minta macam-macam kat Allah


Lalu, adakah cinta Allah buat kita?






kita hanya memberi sisa-sisa kepada Allah
sedangkan dengan manusia yang kita cinta itu pun kita tak tergamak membeli barang yang dijual di pasar malam. kerana apa? kerana kita tahu, untuk membuatkan cinta itu berbalas kita harus memberi yang terbaik dari diri kita..hadiah yang diberi harus terbaik, jika tidak mampu membeli hadiah yang mahal sekalipun pasti kita akan kita bungkus elok-elok dengan kertas warna yang masih baru dan bukannya lebihan daripada kertas warna yang sudah kita gunting atau koyakkan..


itu nisbah untuk cinta manusia
tapi untuk Allah? untuk membuatkan cinta itu bercambah di dalam hati kita adakah nilaiannya lebih murah lagi dari nilaian kita untuk manusia?
kita mengharapkan cintaNya..
tapi kita hanya sanggup beri yang sisa-sisa..

Monday, March 21, 2011

Albi Nadak~




Leek, ana milk leek 
ta'ala arrab dommeni, makhtag 

eleek, o rokhi feek 
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek 

hawak howa el khaya, 
wenta elly ana, ba'ashek hawa 
kan albi monaah 
agmal malak, yekoon ma'ah 

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya 
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya 
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek 
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek 
wa 'omri fadak 

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya 
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya 
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek 
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek 
wa 'omri fadak 

Eh, akhtag le eh 
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh 
ya dana min zaman 
makhtag le alb yehess beya o ahess beek 

hawak howa el haya, 
wenta elly ana, ba'ashek hawa 
kan albi mona 
agmal malak, yekoon ma'a 

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya 
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya 
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek 
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek 
wa 'omri fadak 


yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya 
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya 
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek 
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek 
wa 'omri fadak.. 



Hanya padaMu...
Diri ini hanya milikMu.... 


Friday, March 18, 2011

tahniah tasya..tahniah! :D


bismillah..

cinta pertama..:D

err..layak tak nak masuk Sinar Iqra'??

masyaAllah..
hebatnye! hehehe
bahagianya..bila tengok hasil tangan kita sendiri, walaupun rupenye macam ni..:D


tu la..kadang-kadang kita boleh je nak gembirakan hati kita sendiri tanpa perlu menunggu orang lain..
[sebab saya asyik nak tersenyum je tengok bende ni..haish!]

sebenarnya..saya nak buat mickey mouse, tapi..entah kenapa jadi rupa ni pulak. takpe3.. ni 'sepupu' dia..:D

[ceh..ni adik aku pun reti,tasya]
cakap la ape pun..saya tak kisah. sebab ni hasil pertama saya guna adobe photoshop [bangga] haha
hari tu, time pegi bengkel adobe ni pun sampai hang pc tu saya buat [teruk betul], so saya macam agak terkilan la sebab tak dapat nak siapkan gambar yang saya buat tu..tu yang bila dah siap ni, rasa 'bahagia' semacam tu..:D

haishh..rasa nak senyum lagi..haha :D




Tuesday, March 15, 2011

menjadi vs mencari


jazakillah khairan..
buat sahabat yang tak jemu-jemu mengingatkan..
'menjadi' itu lebih utama..
selamat bermujahadah teman~! 


teman hingga ke syurga : fatma syairah zakaria..:')
 

Monday, March 14, 2011

family day akhawat: i love them!

bismillahirrahmanirrahim..

ukhwah fillah abadan abada

SUKANEKA!


jazakillah akhawat kelab iqra' sebab buat sukaneka yang best petang tadi..:)
dah lame sangat tak berlari sepenuh hati, so ape lagi..belasah aje la..hoho
tak kesah la berguling, bergolek, berhimpit, berlari, 'ber'loncat..[rosak bahasa]
yang pasti sangat best! hehe

sejujurnya, saya gembira..terpilih berada dalam kalangan mereka
sebab apa?
sebab mereka membuatkan saya merasakan bahawa saya hidup 'bertuhan'
bukan hidup sebab sekadar nak berseronok, ketawa, makan, borak-borak
tapi di hujung setiap apa yang yang saya lakukan bersama mereka, saya rasakan yang islam itu sangat indah..
yang apa sahaja yang saya lakukan dalam kehidupan ini matlamatnya hanyalah satu..
iaitu KEREDHAAN ALLAH..

terima kasih tuhan..
sebab letakkan saya kat sini
bersama mereka..
yang ikhlas menolong saya untuk terus istiqamah dengan apa yang saya pilih hari ini..

DOA DAN HARAPAN


saat saya membacakan doa rabitah
terdengar suara-suara mereka yang mengaminkan bacaan saya
pasti harapan mereka juga sama seperti saya
moga doa itu menjadi penguat hati-hati kami untuk terus bermujahadah di jalan ini..


Ya Allah,
 Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
 bertemu untuk mematuhi perintahMu,
 bersatu memikul beban dakwahMu,
 hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
 maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
 kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, 
penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu,
 hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, 
jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
 Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Allahumma Ameen..:)





Thursday, March 10, 2011

kuang hajo punye ...!

 bismillahirrahmanirrahim..

petang tadi..

"cik..sila buat pembayaran dengan segera sebelum nama cik di blacklist!"
hey..what the duck?! [emo la ni]
blacklist? ingat i ni jutawan ke nak blacklist3??

mood: terkejut + tergamam


blur..
tiba-tiba je ada orang call & cakap suruh bayar 'hutang'..
hutang??!! apekah?!
sumpah..ceq tak penah pinjam duit orang beratus-ratus, apatah lagi nak pinjam Along
pinjam kat Kak Long pun tak penah, sebab kalau kat Kak Long ceq mintak je terus..huhu
tapi..ni bukan pinjam, orang tu kata ni bil telefon
sumpah [again]..ceq tak pernah guna bil, sebab bil kan untuk orang kaya je, ceq bukan orang kaya.. huhu


oh, mana nak cekau duit?
turun dari langit kah?
cari bawah bantal?
deyy..cocok kat mesin atm je la!
oh! *pitam!

mood: tiba-tiba..


[setelah sedar dari pitam]

tasya..bukan ke apa yang Allah takdirkan tu pasti akan terjadi? kalau kita marah, tandanya kita sedang marahkan Allah yang mentakdirkan ia terjadi.. kalau kita cakap "what the duck!" sambil emo , tandanya kita tengah buat muka tak puas hati kat Allah..

walaupun bende tu bukan salah kita..anggap lah itu tarbiyah dari Allah untuk uji kesabaran kita terhadap sesuatu yang kita tak jangka dan datang dengan tiba-tiba.. nah,Allah sedang mengajarkanmu erti sabar..

bersyukurlah..kan Allah yang takdirkan orang tu call sebelum 'hutang' tu mencecah beribu-ribu..
[hah?? beribu-ribu? ahh..kalau sampai tahap tu, ceq p bakar tempat tu!!]

tasya..sabar lah..
kan dah cakap tadi..bersyukur..
tengok..tuhan baik sangat..orang tu dah call hari ni kan, kalau orang tu call tahun depan macam mana?
dah la..jangan marah-marah..
orang yang beriman akan redha dengan apa yang telah Allah takdirkan
kata nak jadi beriman kan?kan?kan?

dah...senyum! :']



Tuesday, March 08, 2011

beritahu padaku erti cinta

bismillah..




“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meski kau tak melihat-Nya. Engkau tidak mencium-Nya atau memegang-Nya, tapi engkau patuh karena engkau merasa akan hadir-Nya. Sebab CINTA bukan indera, tapi adalah rasa.”

“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Ia meninggalkanmu. Takut jika Ia tak menyukaimu lagi. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya.."

“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan pada-Nya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi budak suruhan-Nya, yang engkau hidup untuk-Nya dan mati untuk kesukaan-Nya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai budak suruhan, sebagai hamba.”

“Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain pada-Nya. Engkau rindu akan hadir-Nya dan melihat-Nya. Engkau suka apa yang Ia sukai dan benci apa yang Ia benci, engkau merasakan segala ada pada-Nya dan melakukan semua atas nama-Nya..”



Saturday, March 05, 2011

dunia yang lelah!


bila suatu hari kita sedang berlelah-lelah
mengejar segala macam tipu daya dunia
hati ditebak rasa kosong
entah kenapa
kita rasa kita tak punya jawapannya..


hakikatnya..
hati itu sedang dijentik Allah
tanda Allah sedang memanggil kita kembali
membersihkan semula hati yang penuh dengan daki-daki dunia
agar kita boleh bertatih semula
menuju ke syurga yang hakiki..

[afni natasya]
[050311]
[0107]

Thursday, March 03, 2011

Kelab Iqra' UTM : JPDP team..:)


bismillahirrahmanirrahim..

moga Allah meredhai..
setiap apa yang kita lakukan..

sinar iqra' yang comel..

JOM KEMBALI KEPADA AL-QURAN!




alaa..xnampak tulisan! xpe, click je image tu untuk baca~!

Tuesday, March 01, 2011

Ah..kenapa susah sangat nak memaafkan?!


bismillahirrahmanirrahim..

Saya mengutip bait-bait ayat di dalam buku itu.. renungan buat diri sendiri..dan kamu juga..

sila baca..buku ni sangat best~

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci..

Wahai diri..ingatlah..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata..maka, Allah sedang mendidikmu dengan sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘asbab’, lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’. Jika kau di sakiti oleh dia, maka Allah sedang mengajarmu erti redha.

Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenangkan perbuatan mereka.Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu. Sedarilah,  yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Jangan bimbang jika tidak dihargai tetapi bimbanglah jika kita benar-benar tidak berharga. Di mata siapa? Di mata diri kita sendiri. Namun, ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.

Wahai diriku..

Mulakan langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah memberi maaf. Namun, terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar dari meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan maruah diri. Ahh..apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah?

Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh di dalam diri..ada suara lain yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan.. lupakan… berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakanku. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, sama seperti memaafkan diri sendiri.  Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang ‘baqa’..

Lagipun.siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Hidup ini terlalu singkat untuk membenci..

[Ustaz Pahrol Mohd Juoi]


Tak Mudah..

Sungguh, hidup terasa payah andai masih ada sisa-sisa dendam yang tersemat di hati. Benci! Hanya dengan mendengar apa saja yang berkaitan dengan nya mampu membuatkan tangan dikepal menahan marah. Andai terpandang nama nya saja seakan-akan ada api marah yang seakan-akan mahu melonjak keluar dari dalam dada. Belum lagi melihat susuk tubuh si empunya diri, mahu saja dirodok dengan penyapu sehingga longlai.

Tapi.. selepas itu apa? Hati puaskah? Kemudian? Ah..takkan ada penghabisan melainkan kebencian yang akan terus menerus membakar diri sehingga diri juga turut tersungkur dalam api yang diciptakan sendiri..

Wahai diri.. dendam dan benci itu tidak akan berada pada jiwa seorang mukmin yang sejati. Andai engkau masih tidak memahami, ulangi lagi membaca pesan yang baru kau tulis tadi..






 *Ana Abdullahi, walan yu dhi'ani!