Pages

Sunday, October 31, 2010

apa yang anda pErlu tahu..

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dua tiga hari ni,saya isi masa saya dEngan pErgi bebErapa program yang insyaAllah manfaatnya ada buat diri ini..dan insyaAllah juga tugas saya juga untuk bErkongsi apa yang saya dapat kEpada mEreka yang  masih bElum mEngetahui..

tErima kasih buat akhawat yang  mEmpErkenalkan saya dEngan dEngan 'sEjarah'. bEtapa sejarah yang kita selalu anggap mEmbosankan ni sEbenarnya tErlalu indah untuk kita pElajari dan fahami. macam mana la tak bosan dan sElalu menjadi subjek favourite untuk tido dalam kelas, dah kita ni bElajar 'sEjarah' yang salah..
Ah..di dunia ni tErlalu banyak yang mEnipu.. mangsa nya siapa? siapa lagi kalau bukan kita..

bErmula dEngan program Ini Sejarah Kita (ISK), saya dipErkenalkan dEngan sEjarah yang sama sEkali bErbeza dengan apa yang saya pelajari di sekolah dahulu.. Alahai..dah namanya belajar sEkadar untuk melEngkapkan A di dalam sijil SPM, maka tak hairanlah kEnapa saya atau 'kita' tidak pernah mEmpersoalkannya walaupun saya pErnah juga tErlintas difikiran saya mengenainya apabila masuk bab sEjarah islam yang pErnah dipElajari sewaktu tingkatan 5 tu. dan akhirnya..saya dapat A sEperti yang mahukan dulu.. hanya sEkadar itu..kEsian..

silakan mElihat vidEo ini..yang menceritakan tentang sEjarah kita..bEtapa sElama ini kita ditipu dEngan sEjarah ciptaan manusia barat..

video


sEsudah program ISK..bErsambung pula dEngan program Ini Peranan Kita (IPK).. ye la..dah tahu kebenaran,tak kan hanya mahu mEmejamkan mata..apatah lagi apabila mEnceritakan tEntang dunia islam hari ini..tak pErlu pErgi sampai kE luar nEgara, cukuplah mElihat apa yang sEdang berlaku disEkeliling kita ini..

betapa hari ini ramainya kita yang ISLAM sekadar pada nama..dan mEreka berasa sEnang hanya pErkataan ISLAM yang tErcatat pada ic mEraka..merasakan bahawa perkataan ISLAM itu sudah cukup untuk mEmbayar harga sEbuah syurga.. saya silap kalau bErfikiran bEgitu..anda juga silap kalau mEngatakan bEgitu.. kErana hakikatnya syurga itu hanya milik orang yang bErsusah payah demi agamanya.. bErmimpi mahu kE syurga dan dan duduk bErsama Saidatina Fatimah,Saidatina Aisyah dan bErjumpa Rasullullah saw.. tapi hanya duduk bErgotang kaki melihat keruntuhan umat pada hari ini.. bangunlah,jangan pErnah mimpi untuk ke syurga hanya dEngan bEkal sepErti tu..

dan semalam..sambungan dari program sEbelum ini iaitu Syahadatul Haq. Syahadatul Haq ini merupakan ucapan dari Abu al-A'la al Maududiyy mengenai konsep syahadah yang perlu kita fahami.. sEharian mEndengar pEnErangan mEngenai ucapan 12 mukasurat ni mEnyebabkan saya terasa betapa bEratnya tanggungjawab yang dipikul sEbagai sEorang yang mEngakui syahadah ini..bukan hanya tanggungjawab saya..tapi tanggungjawab kita yang bEriman dEngan syahadah yang diucapkan ini.. apatah lagi kita sEdang bErdepan dEngan kEadaan dimana umat islam kElihatan sEperti dipijak-pijak musuh agama.. tanggungjawab siapa lagi untuk mEnyEdarkan mEreka yang hanyut diluar sana..  mahu atau tidak,inilah tanggungjawab kita..
tanggungjawab kita kErana kElak kita akan ditanya di hadapan tuhan tentang apa yang kita sudah lakukan apabila agama tuhan ini dihina..kalau tiada jawapan macam mana? masuk nEraka la jawabnya.. nauzubillahiminzalik..

saya pErnah bertanya..

"bagaimana la kita nak nasihatkan orang dan mEmberitahu kebEnaran ini kerana diri sEndiri pun tEruk lagi"
jawapannya mudah..
"pErbaikilah diri dan sErulah mEreka kEpada tuhan.."
untuk menunggu sEhingga mEnjadi manusia sEmpurna baru hEndak mEmberitahu kEbenaran itu salah kErana hakikatnya tiada manusia yang akan mEnjadi sEmpurna..
tEruslah mEmpErbaiki diri mEnjadi insan yang lebih baik dan jangan bErhenti dari mEngajak kEpada kEbenaran..yang paling penting,pastikan keduanya bErjalan sEiringan..


saya juga nak kongsikan sebuah lagi vidEo yang saya dapat sEwaktu program itu..dan saya agak tErkedu apabila mEngetahui hadis mEngenai 5 fasa akhir zaman manusia sEperti yang diceritakan nabi dalam vidEo ini..sEjujurnya juga, saya tidak pErnah tahu mEngenai hadis ni sEbelum ni. Mengetahui yang kita sEkarang bErada pada yang fasa kEempat dunia akhir zaman agak mEnakutkan saya sebenarnya.. mEmikirkan banyak nya dosa dan tanggungjawab yang belum tErtunai mEmbuatkan syurga itu tErasa sangat jauh untuk diri ini.. jadi..masih hanya mahu duduk bErgoyang kaki??

video

Friday, October 29, 2010

jawapan yang sElalu ada..

bismillahirrahmanirrahim..


HonEstly..saya sElalu mErasakan bahawa saya ni bEruntung..


bEruntung kErana cEpat atau lambat, saya pasti bErtemu jawapan pada sEtiap pErsoalan saya ..


kadang-kadang dalam kEadaan yang saya tak pErnah jangka..


di saat saya mErasa pahitnya ujian..tuhan akan singkapkan kEmanisan ujian itu dihujungnya..


di saat saya rasakan sEperti tidak kuat untuk mEnggenggam iman..tuhan mEnyEntuh hati saya dEngan ayat-ayatNya..


di saat saya sEperti mahu tErleka dEngan dunia..tuhan hadirkan mEreka yang mEmbawa saya pada cintaNya..


indahnya takdir tuhan buat saya..


walaupun saya selalu lupakan DIA..


sEjak kebelakangan ni..saya sEperti selalu mahu menyalahkan diri..


tErasa MALU mEngingatkan kEbodohan diri sEndiri..


dan..tadi untuk entah yang kE berapa kalinya..


tuhan masih mEmberikan saya jawapan..


ayat pErtama yang saya baca..mEresap jauh ke dalam hati..


"wahai diriku! janganlah engkau bErputus asa dari kEsalahan walaupun bEsar, kErana dosa-dosa bEsar itu sEbenarnya kecil jika dibandingkan dEngan kEampunan Allah.."


ya tuhan..bEtapa bEsarnya kasih sayangMu buat diri ini..                        











Monday, October 25, 2010

buat diri yang bErdosa..

bismillahirrahmanirrahim..

tuhan..
masih adakah kEampunan?

" wahai hamba-hambaKu yang mElampaui batas terhadap diri mereka sEndiri! janganlah kamu bErputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mEngampuni dosa-dosa sEmuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.."( 39:53)

lalu..apa yang harusku lakukan?

" dan kembalilah kamu kEpada Tuhanmu, dan bErserah dirilah kEpadaNya sEbelum datang azab kEpadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.." (39:54)

Jadi..bagaimana caranya untukku kembali padaMu?

" Dan ikutilah sEbaik-baik apa yang telah diturunkan kEpadamu (Al-Quran) dari tuhanmu sEbelum datang azab kEpadamu sEcara mEndadak, sEdang kamu tidak menyEdarinya.." (39:55)

Tuesday, October 19, 2010

bErsabarlah..

bismillahirrahmanirrahim..

bErsabarlah..di atas sEtiap kEpayahan yang engkau rasakan..
kErana engkau harus yakin dEngan sEbenar-bEnar kEyakinan..bahawa DIA akan mEngira sEtiap lelah dah kEpahitan yang engkau pErtahankan..

bErsabarlah..di atas sEtiap titisan air mata yang engkau korbankan..
kErana engkau harus ingat..bahawa pErjuangan ini bukan mudah..
bErapa ramai orang yang lemas dan karam di dalamnya.. maka, kuatkanlah hatimu, agar engkau tidak lagi mEnjadi salah seorang mangsanya..

bErsabarlah..dEngan secEbis iman yang hampir lunyai ini..
jika hanya itu yang engkau masih ada..maka, genggamlah ia sEkuat-kuatnya..
jangan biarkan ia tErlepas lagi..takut nanti engkau sudah tidak mampu mEnemukannya lagi..

bErsabarlah..usahamu ini bukan sia-sia..
cuma..kadang kemEnangan itu yang lewat tiba..






                         

Friday, October 15, 2010

takut nak naik bas??

bismillahirrahmanirrahim..

mati.itu.pasti...                                                                              
kEnapa tiba-tiba cakap pasal mati??
sebab tadi saya baru jE tgk vidEo kEmalangan bas ekspress 10.10.10 tu buat kali yang ketiga..

kali pErtama..saya tErgamam..ya tuhan..
kali kedua...air mata sudah bErjurai-jurai kEluar..
kali kEtiga..sungguh..mati itu dEkat

sElak paper esoknya..
sEbak rasa mElihat gambar-gambar ahli kEluarga mangsa..                  
tak dapat nak mEmbayangkan jikalau saya yang yang berada ditempat mEreka..
bagaimana la rasanya mElihat jEnazah anak-anak yang tak sEmpurna..ada tanpa kEpala, tanpa tangan..
Allah..pahitnya hakikat tu..
apa la yang mampu saya cakap buat mEreka mElainkan..bErsabarlah!tuhan lebih mEngetahui apa yang DIA takdirkan buat kita..                              

kEbanyakan mangsa juga masih muda..                                        
rata-ratanya dEkat nak sEbaya dEngan saya..
kalau nak ikut kiraan.. patutnya umur mEreka tu masih panjang lagi
tapi..ada apa pada angka..
kalau tuhan dah tetapkan bEgitu.. maka jadilah..

ada yang saya kesalkan tentang vidEo tu..
masyarakat kita sEmakin kurang atau mungkin takdE sEnsitiviti rasanya..
bila membaca luahan ahli keluarga mangsa yang kesal dan marah dEngan penyebaran yang berleluasa di intErnet olEh si perakam..
ya..mEreka bErhak untuk marah..

si pErakam kata.." buat pengajaran"
tapi..mElihat balik apa yang mereka rakam tu.. memang mereka patut dipersalahkan..
apalah salahnya yang bErada di tEmpat tu tolong tutup mayat yang bErgelimpangan tu dEngan kertas ke..kain ke.. ada mayat yang bErada dalam kEadaan mEngaibkan.. tolong la tutup!
mereka bukan nya patung yang bErsepah di jalan.. ada video yang menunjukkan si perakam zoom wajah mayat yang hancur..
Allah..mana pErgi kEmanusiaan?? tak fikir kE yang mangsa juga punya ahli keluarga..
kalau mereka tEngok dan tahu itu ahli keluarga mEreka..apa perasaan mEreka rasanya?

ya..mEmang pErkara itu boleh jadi pengajaran..
tapi..bukan sEmua bEnda kita boleh rakam dan pErtontonkan di khalayak ramai!

saya baca juga komEn mereka yang tengok video tu..
mereka juga..takut,sedih,takziah,kesian..
tapi..sEjauh mana kita mEngambil pEngajaran..
adakah pEngajaran nya sEtakat suruh pEmandu bas lebih bErhati-hati or ketatkan lagi undang-undang untuk pEmandu tu jE??
pEngajaran buat pEnumpang??

bila pErtama kali tgk vidEo tu..
saya kata.. " takutnya nak naik bas.."
lepas tu..ada orang cakap.." kalau dah ajal, kat mana-mana pun boleh tasya.."
D.I.A.M

bila saya fikir-fikir balik..
saya bukan nya nak cakap.." takutnya naik bas.."
tapi.." takutnya nak mati!"
bas tu tak bErsalah..tapi kita kata kita takut..
sEbenarnya, kita takut bila tEngok ada banyak darah, mayat yang bErgelimpangan tu, tangan putus, kepala takdE..kita takutkan yang tu..
dan sEmua yang ada ciri-ciri tu..sEmuanya MATI..
hakikatnya,,kita takutkan mati..

eh,kenapa takut nak mati??                                                              
jawapannya mudah..kErana masih banyak dosa-dosa yang mElekat pada diri..
jadi..buat mEreka yang cakap takut naik bas bila tEngok vidEo tu..
betulkan balik ayat anda,,
" takutnya kalau ditakdirkan mati timE naik bas tu.."


p\s: al-fatihah untuk sEmua mangsa yg bEragama islam. sEmoga di tEmpatkan bErsama org yg bEriman..

Sunday, October 10, 2010

R.I.N.D.U

bismillahirrahmanirrahim..

saat ni tErasa rindu.. rindu bErjalan sEorang diri tawaf keliling matrik. sambil pEgang cokElat cadbury yang saye beli kat kEdai pak cik 4 flat. pak cik 4 flat?? pak cik tu dapat nama tu sEbab dia sElalu kata kalau kami bEli papE barang kat kEdai dia, insyaAllah boleh dapat 4 flat.. hehe..[ tapi, saya x dpt pn pak cik?? ]        

saya akan bjalan sorang2 sampai la cokElat saya tu habis. kEnapa yE?? sebab.. bagi saya, kadang-kadang kita pErlukan masa sEorang diri..dan untuk waktu macam tu saya x pErnah rancang. lagipun..banyak benda kita bolEh fikir sorang diri tanpa ada orang kacau even kalau ada tErserempak dEngan kawan-kawan time bEjalan tu dorang akan cakap..

" eh..tasya, sorang je? knp x ajak yang lain??"
" tasya..awat aku tgk hang macm org putus cinta jah dok jln sorang ni?"
" amboi sya..ko mkn cokelat sorang2 ye.."

saya pulak.. akan balas semua kata-kata tu dEngan sEnyuman je la atau offer dorg dengan cadbury yang saya pegang tu..:)

rindu jugak kt ikan kt tasik yang banyak2 tu. jgn main-main, ikan tu ikan zaman modEn, ktorg bg makan roti butterskot lagi..hehe

apa lagi yE..
ha..saya rindukan jugak makanan kat cafE D.. kt situ ada ayam goreng KFC!

tapi..apalah makna sEmua tu kalau xdE mEreka2 yg mewarnai kehidupan kt situ kan..
mEreka tu..

kakak bainun..rindu nk dgr lagu rock kapak ang. ang satu dlm sejuta boleh nyanyi mcm tu..
mira.. kawan timE makan yg paling sEtia..hehe
wani..da lamE x kjut kn ko bgun tdo..heee
H6p3.. korang mEmang bEst, crita cindErella kt, xkan dpt nk lupa smpai bila-bila lah!
kuliah H6.. rindu ble tgk gambar kt pkai bju warna sm tu!                                         
sumE kwn2 yg kEnal kt matrik..kirah espEcially..thanks for everything..
lecturer KMPP.. tErima kasih cikgu!! [ speechless ]

ada lagi yang saya rindu..
rindukan usrah yang saya kEnal kat matrik..
kakak2 PEMBINA yang baik sgt..
mana mungkin saya lupa pErtemuan dEmi pertemuan tu.. sebab kat situ la saya rasa saya bElajar kEnal diri sEndiri..dan belajar untuk mEngenali DIA yang memberikan rasa rindu ni..

rindunya kat suasana tu..
walaupun ramai org ckp matrik ni khdupan nye sibuk la, susah la..
tapi bagi saya.. kehidupan kat matrik tu la yang paling best!

tapi..
semua tu da jadi kenangan..
dan insyaAllah..kEnangan tu akan sEntiasa sEgar dalam ingatan..
sampai bila??
sampai bila-bila...=)

Monday, October 04, 2010

tEntang sElipar mak cik, arak dan tapai...

bismillahirrahmanirrahim..


Pantasnya masa berlalu kan..
Dah bulan oktober! Rasa nya macam baru je jejak ke tahun 2010 ni. Itu la dunia akhir zaman, masa tu akan  meninggalkan kita tanpa kita sedari..tambah2 pulak kalau masa tu kita isi dengan benda2 yang tidak berfaedah.. “Demi masa..sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..kecuali bagi orang2 yang beriman dan beramal soleh..” 

Oh ya,hujung minggu lepas, saya berpeluang menjadi sukarelawan praktikal haji bagi jemaah haji negeri Johor.. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar walaupun pening jugak kepala pada mulanya..hehe
Mereka bakal tetamu Allah..alangkah beruntungnya..bukan semua orang dapat menjadi tetamu Allah ni.. ada orang memang duit banyak tapi hati nya sikit pun tak tergerak mahu ke Tanah Suci. Belum sampai seru katanya.. nk tunggu seru?? Sampai bila?? 

ni pun sama jugE, "bila nak pakai tudung?".. "Nantilah.. bila sampai seru, saya pakailah.." 
nah, seru lagi yang disalahkan.. agaknya nanti bila tuhan tanya balik kat akhirat, boleh ke bagi alasan macam tu..  kalau boleh di bagi alasan tu, mestilah ramai manusia yang akan bagi alasan yang sama. HARU!!

Dua hari semalam bersama mereka.. banyak pengalaman yang dapat dikutip.. majoritinya sEbaya atuk dan nenek saya.. alahai..  suaminya hilang, isterinya hilang, slipa hilang, beg hilang.. macam2 yang hilang.. biasa la. Orang tua2, mudah lupa.. jadi tugas kami la membantu apa yang patut, kalau boleh carikan selipar mereka, kami carik.. kalau boleh pimpin mereka berjalan, kami pimpin.. kalau dah tak larat sangat mak cik tu, kami duduk bersama2 mereka tunggu ambulan datang ambil.. sambil duduk2 mereka akan bercerita itu ini..  tentang anak..cucu..menantu..apa saja la yang boleh di cerita.. dan kami.. akan jadi pendengar yang setia..

Di tanah suci itu.. kita semua adalah sama.. walau apa sahaja pangkat anda..  anda menteri ke.. pensyarah yang ada PhD ke..semuanya sama.  Mungkin di sini, ada orang marah betul kalau panggil namanya tanpa pangkat yang dia ada, ah..manusia memang macam2..apalah sangat yang mahu dibanggakan dengan pangkat mahupun harta.. tiada apa2..  semua orang akan pakai pakaian yang sama ketika tawaf , walau anda seorang jutawan sekalipun, pakaian anda tetap juga sama dengan seorang pemandu lori yang anda pernah potong keretanya masa anda dalam perjalanan nak ke KLIA dulu, ye la..anda kan pandu kereta ferari..

Bumi barakah itu..alangkah rindunya.. entah sempat atau tidak menjejakkan kaki kesana..melihat replika kaabah yang mereka bina itu pun, hati ni da terasa sayu, apatah lagi apabila melihat sendiri di depan mata kan?? Tuhan.. izinkan saya ke sana walaupun hanya sekali dalam hidup saya ni!       
insyaAllah..buat pak cik dan mak cik yang bakal bErangkat kE tanah suci nanti, doa saya supaya Allah memudahkan segala urusan dan ibadah kalian.. dan semoga pulang dengan haji yang mabrur..:)

ha..alang-alang da menulis ni, saya nak jugak selit cerita yang berlaku dalam kuliah kami petang tadi.. isu halal atau haram tapai! wah..memang hangat bEtul dalam kElas tadi sebab kami dok mengatakan tapai tu halal tapi lecturer pulak cakap haram. aduhai..isu hukum ni.. bukan hanya boleh di cakap halal atau haram saja.. perlu dirujuk dalil-dalilnya dan bErmacam-macam lagi.. kalau haram, pasti ada dalil dan hujahnya. kalau halal, dalil dan hujah juga masih perlu di ambil kira.. 

masalahnya, ramai antara kita sekarang yang mEngambil sEtakat perkataan HALAL dan HARAM itu..  yang lainnya mereka tidak mahu ambil tahu. sama la macam isu hukum hudud bagi peminum arak, sebut jE sebat, ramai da orang mula mElaung-laung tanpa ilmu.. islam itu kejam, mendatangkan kemudaratan kEpada si peminum dan bla bla bla..
Ah.. macam-macam..
tu la manusia yang hanya tahu mEnyalak-nyalak dEngan lantangnya. sEdang hakikatnya, mereka ini tidak tahu apa-apa!!
jadi, balik jE kelas tadi..saya pun terus la minta tolong pak cik google ni bErkenaan isu tapai ni. walaupun saya ni bukanlah peminat tapai, tapi.. macam mushkil je bile kata kandungan alkohol dalam arak ni boleh di samakan dengan tapai?? hasilnya... anda boleh baca artikel ni, yang saya kira sudah dapat mEnjawab pErsoalan tapai dan arak ni..(klik sini)

ok..selesai isu tapai..
dalam panasnya isu tapai tu jugak, sempat juga saya mEmikirkan sesuatu "kepelikkan" dalam umat ni.
untuk pErkara yang banyak pendapat dan memerlukan kita berfikir secara saintifik dan bermacam-macam hal lagi ni.. kita memang suka la nak mEmpertahankan pendapat kita, kononnya kita ni betul dan orang itu salah. kalau benar kita bEtul, alhamdulillah.. tapi tak perlu lah sampai mEngumpat macam3 orang yang salah tu.. yang peliknya, dalam kita bErsungguh-sungguh mengatakan itu halal dan ini haram, ada perkara yang sudah tErang kehalalan atau keharamannya masih kita buat3 tak nampak pada diri kita..
bila sEorang wanita islam yang bErsungguh-sungguh mEngatakan itu haram! tak bolEh makan!
tapi, dia pula tEngah pakai baju kEtat dan seluar sEndat.. 
Ah.. alangkah malunya!!