Pages

Sunday, March 16, 2014

Tuhanku Al-Wadud





Hari ini terbaca satu kisah.
dan kisah itu masih teringat-ingat di kepala.
tentang Al-wadud. salah satu sifat kasih sayangNya buat si hamba hina.

Allah Al-Wadud..
yang menanam rasa kasih dan sayang di dalam hati manusia.
walaupun manusia itu selalu mengingkari arahanNya, walau manusia itu berulang kali berbuat dosa. 
namun Allah itu Al-Wadud.. 
masih mencintai hambaNya yang berdosa, walau dosa itu seakan tidak terampun rasanya. 

sungguh Allah itu Al-Wadud, 
mengampuni tanpa melihat sebesar apakah dosa, 
melainkan hanyalah sekuat apa hamba itu berusaha untuk keampunanNya.
maka, Allah akan memaafkan, sungguh Dia akan menyucikan. bahkan kerna Al-Wadud itulah maka balasannya adalah lebih baik dari apa yang disangka. 

Benar-benar Allah itu Al-Wadud..
Tuhan yang penuh cinta kepada hamba-hambaNya.
yang diminta bukanlah untuk kita semakin menjauh diri kerana berdosa, tetapi semakin mendekat di dalam setiap taubat yang ikhlas kerana Dia..

Dan sungguh..
berada di dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini adalah satu rahmat yang tidak ternilai buat diri
dan menjadi hamba berdosa di dalam celupan dakwah dan tarbiyah itu sebenarnya lebih menyeksakan hati..

merasa diri tidak layak untuk menjunjung panji dakwah dan tarbiyah
merasakan diri tidak pantas bersama mereka yang menyintai jalan ini setulus hati..
dan sungguh syaitan akan pantas mengambil peluang untuk mencucuk hati untuk menghiasi kefuturan yang datang..

tapi sungguh-sungguh tuhanku itu Al-Wadud

“Indeed, good deeds do away with misdeeds. That is a reminder for those who remember.” (Qur’an, 11:114)

kata tuhanku.. gantikanlah setiap keburukan dengan amal kebaikan, dan ketika itu tuhan itu akan mencukupkan dengan sesuatu yang jauh lebih baik. 

ya Allah..
ya Allah..
Alangkah besarnya kasih sayangmu..


wahai Duat..
kekurangan, kelemahan dan dosa kemaksiatan itu jangan sesekali membuatkan dirimu semakin melemah di jalan dakwah..
tetapi kerana semua itulah engkau seharusnya berlari lebih laju
agar dengan itu Allah kan menggantikan segala keburukan itu dengan pahala yang lebih baik dari segala-galanya..


wahai Duat..
Tuhanmu itu Al-Wadud
maka kerana itu maka tetaplah kuatkan langkah, walau kadang engkau terasa mahu menjerit kepada seisi dunia bahawa engkau juga sebenarnya hanyalah manusia biasa
yang kadangkala kalah dengan emosi, terusik dengan ujian dunia, terhiris dengan kata-kata manusia..
ketahuilah bahawa engkau tetaplah manusia biasa, yang tak akan lari dari berbuat dosa..

tetapi kerana tuhanmu itu Al-Wadud, maka nilaianmu tidak akan sama
dosa itu bahkan menguatkan hatimu untuk terus membuktikan kepada tuhan bahawa engkau bersungguh-sungguh mahu menjadi yang terbaik di pandanganNya..
sehingga akhirnya.. seluruh kehidupanmu benar-benar untuk Allah semata-mata..

mata..
telinga..
tangan..
kaki..

segalanya..
segala-galanya...

“Nothing endears My servant to Me than doing of what I have made obligatory upon him to do. And My servant continues to draw nearer to Me with the supererogatory (nawafil) so that I shall love him. When I love him, I shall be his hearing with which he shall hear, his sight with which he shall see, his hands with which he shall hold, and his feet with which he shall walk. And if he asks (something) of Me, I shall surely give it to him, and if he takes refuge in Me, I shall certainly grant him it.” (Bukhari)








0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment