Pages

Thursday, June 26, 2014

Mutarabbi





Bismillah..

"Akak, betul lah. Bila kita rasa macam longlai, cuba kita tengok adik-adik kita. Rasa macam dapat kekuatan tu balik.." kata dia.

Kakak tersengih je. "Awak ni kenapa?"

******

Bilamana kita ada mutarabbi, wallahi perasaan kita pada dakwah dan tarbiyah ini akan berbeza dengan perasaan tanpa mereka
Saya sungguh-sungguh merasakannya. betapa setiap mutarabbi kita adalah tarbiyah Allah yang besar buat diri ini sendiri
Tambah lagi kalau kita nampak hamasah dan himmah adik-adik ni jauh lebih baik dari kita
Kadang-kadang terasa kelat nak sampaikan taujihat, bila merasakan setiap mata yang memandang kita sebagai murabbi mereka yang mana mereka membuka dada seluasnya untk menerima tarbiyah
dan muhasabah mereka setiap kali halaqah bukan calang-calang, gerak amal mereka sesudah Al-Asr bukan sekadar teori di dalam halaqah semata, dan wallahi semua itu bila direnung kembali pasti membuat bergenang air mata..

Sungguh Allah benar-benar memilih mereka untuk memegang panji dakwah ini
dan Allah menghadirkan adik-adik ini sebagai cerminan terbaik untuk diri sendiri
Sejauh mana aku dah berusaha menjadi murabbi yang baik, sekuat apa aku dah berusaha untuk memperbaiki amal dakwah dan tarbiyah diri? Allahu Allah..
Mana mungkin teko yang kosong mampu menuangkan isi..

Kadang-kadang adik-adik kita membuatkan kita bermuhasabah panjang

Ada banyak sisi yang kita mungkin tak perasan, tetapi kita belajar dari mereka tanpa disedari, walaupun mungkin usia tarbiyah mereka lebih muda dari kita, tapi selalu itulah yang membuat kita rasa sentap dan membuatkan air mata keluar bercucuran.
Allahu Allah.. besarnya tarbiyah Allah dari seorang mutarabbi :')


Dan percayalah.
Melihat hari ini adik-adik kita bercakap dalam bahasa yang sama seperti kita, melihat mereka membesar dalam dakapan dakwah dan tarbiyah, semuanya itu benar-benar satu kegembiraan yang tak mampu dituliskan dengan kata-kata. perasaan itu hanyalah bilamana kita menjadi murabbi, dan hanya murabbi sahaja yang akan mampu memahami..


Sebab itulah, berat atau ringan. mudah atau susah.
Pilihlah untuk menjadi murabbi buat umat ini. pilihlah untuk membina manusia dengan tangan dan usaha kita sendiri. Benar sangat-sangat, hidayah itu memang milik Allah yang akan diberi kepada sesiapa yang dia kehendaki, tapi..pilihan itu pada kita. Pilihan untuk membina ummat atau tidak, pilihan untuk mewarisi kerja para rasul dan sahabat itu terletak pada kita untuk memilihnya.. Kebahagiaan itu kita sendiri yang memilih untuk memaknainya dengan corak seperti apa.

Dan setiap kali melihat adik-adik yang saya cintai
Hati ini akan sentiasa teringat-ingat peringatan Allah dalam surah Muhammad ini..

Dan jika kalian berpaling, niscaya Dia akan mengganti (kalian) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kalian (ini). [ QS. Muhammad : 38 ]

Percayalah.
Akan ada orang lain yang akan menggantikan kita jika kita tak bersungguh-sungguh di jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Adik-adik kita. mungkin dahulu kitalah murabbinya, tetapi jika niat kita tersalah, maka boleh jadi Allah akan menggantikan kita dengan mereka. sedang mereka itu akan jauh lebih baik dari kita.

Maka berusahalah! Buktikanlah bahawa kita ini benar-benar mmapu menjadi qudwah buat mereka, sehingga akhirnya halaqah kita akan kekal sehingga ke syurga.

****

Rabbi.
Aku mahu terus menjadi murabbi!
Dalam segala susah payah dan mujahadah!
tetaplah memilih aku untuk menjadi murabbi!

Allahumma Ameen! Ameen! Ameen!


Wednesday, June 25, 2014

The End?

Bismillah..

Dah lama rasanya tak mengupdate blog dengan konsisten. huhu
Tadi pandang belah kanan blog ni, baru perasan bilangan entry dari tahun ke tahun semakin menyusut :(
Bila muhasabah balik, betul lah. nak istiqamah tu payah. Seriously perlu banyak mujahadah.
Sama la macam menulis di blog ni.
Idea bukan tak ada, kadang-kadang banyak je rasa point tu nak share kan, tapi.. haha
Nak bukak tu kemain payah, nak mula taip apatah lagi. Walaupun kadang-kadang tak tahu siapa yang sudi baca, tapi diri sendiri adalah pengunjung yang paling setia.

Scrool balik yang lepas-lepas. awal-awal punya entry.
Tergelak rasa baca tulisan sendiri, ada tu rasa nak menangis pun ada.
Dulu, campak semua perasaan kat sini, terutama sekali awal-awal tarbiyah. haha
Loni.. alahai.. :(

Tibe-tibe teringat pulak kata-kata seorang syeikh ini,
Kata dia,
"Kefuturan pada pertengahan jalan adalah kerana salah langkah bermula"
Haha. ada kaitan ke? Ye la kot eh, dulu sebab semangat nak bercerita macam-macam, tapi memang kalau buat sebab semangat je memang tak lama la kan.

****
Masa berlalu pantas
Usia pun dah 23 dah time ni
Soalan untuk diri, apa je yang engkau dah buat untuk ummah? bermula dari sebuah blok comot ni.. Hurmm...

Yang Sedang Bermuhasabah,
Afni Natasya


Tuesday, June 17, 2014

Dengan Nama Allah..





Aku akan terus berjuang,

sehingga setiap gadis menyimpan impian hanya untuk mengahwini pemuda beriman yang hatinya hanya mencintai islam,

sehingga setiap ibu yang mengandung bercita-cita untuk melahirkan para syuhada’ untuk islam,

sehingga setiap bapa mentarbiyyah anak-anaknya seolah-olah esok dia akan menghantar mereka ke medan jihad fisabilillah,

sehingga setiap kali ditanyakan kepada zuriat-zuriat ku ‘apakah cita-cita kalian wahai anakku?’,

lantas tidak ada jawapan lain kecuali ‘untuk syahid, wahai ibuku’.


Monday, June 02, 2014

Mari tajdid niat



Bismillah..

Menapaki jalan dakwah dan tarbiyah ini, 
semakin lama jika tidak berhenti sejenak dan mentajdid kembali niat, 
sebenarnya tanpa sedar bisa menjadikan kita robot dakwah sahaja..

kita mungkin masih lagi tilawah, tapi tilawah kita tak cukup menggetarkan jiwa
kita masih solat pada waktunya, tapi solat kita tidak cukup menjadikan kita jauh dari fahsya dan mungkar sepenuhnya
kita masih berada dalam halaqah, tapi halaqah kita terasa suram dan hadirnya kita sekadar kehadiran jasad sahaja
kita kering
kita longlai
langkah kita terasa berat
tetapi kerana mengimani infiru khifafan wa tsiqolan, maka kita gagahi juga kaki kita
sehingga..
akhirnya kita sedar
langkah kita tak lagi terasa cinta seperti kali pertama kita berkenalan dengan jalan dakwah dan tarbiyah ini..

sakit. 
sangat menyakitkan.
berbuat sesuatu tanpa rasa cinta yang benarnya sungguh hanya akan mengundang pedih di jiwa
mungkin kita akan mampu bertahan sebulan dua, tapi untuk sampai ke akhirnya?

begini juga jalan dakwah dan tarbiyah ini
dulu..
mungkin kita bersama jalan ini kerana kita terpana dengan tanggungjawab shahadatul haq yang baru kita fahami
atau mungkin kerana kita memang meyakini bahawa hanya ini jalan yang bisa membawa kita ke syurga tertinggi
atau mungkin kerana kita bahagia dengan ikatan ukhuwah yang manis sesama kita

tapi ketahuilah
bahawa Allah akan benar-benar menyucikan kita di jalan dakwah dan tarbiyah ini
dengan segala niat yang kita ada, maka Allah akan terus terusan menguji
sehingga akhirnya kita tunduk dengan sebenar-benarnya bahawa segala apa yang kita lakukan ini hanya semata-mata kerana Dia

bukan hanya kerana tanggungjawab
bukan juga sekadar ukhuwah sesama kita
apatah lagi jika muntalaq kita itu masih samar-samar antara kepentingan diri dan kecintaan yang benar kepada ilahi.

mari tajdid niat kita semula
keberadaan kita di jalan dakwah ini hakikatnya kerana apa..

"Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya." (Al-Kahfi: 17)