Pages

Monday, February 21, 2011

program: Kursus Intensif Al-Quran (KITAQ)

bismillahirrahmanirrahim..


" Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang,"

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.”

“Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil.

Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini?

Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?”

“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. 

Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? 

Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?.......”

~petikan dari Mukaddimah Tafsir Fi Zilal : Sayyid Qutb

Setiap Detik Nafas Di Bawah Lembayung Al-Quran


Alhamdulillah..
hari ni masa saya tak terbuang sia-sia
program KITAQ sangat best! dan yang paling penting, ada sesuatu yang saya bawa pulang bersama hati saya hari ini..

Allahu Allah..setelah sekian lama saya mengkaratkan otak saya mengenai bab tajwid (last saya belajar ketika di sekolah men, tu pun seminggu sekali), hari ini saya me'refresh' balik segala hukum-hukum tajwid yang saya fikir saya dah pandai tu..
sebaknya rasa bila terkebil-kebil cuba mengingatkan balik hukum-hukum tajwid ni..
"eh..pernah belajar la dulu, tapi ape ha?"
"ha ah la..time sek rendah ada ustaz ajar!"
bla..bla..bla..(bermacam alasan buat menenangkan hati yang dihambat rasa bersalah)

Jika Benar Mencintai Al-Quran..

sungguh, saya rasa malu kepada diri sendiri
kenapa?
kerana saya membaca Al-Quran setiap hari
kerana saya mengharapkan Al-Quran itu akan menemani saya di akhirat nanti
kerana saya berkata yang saya akan mencintai Al-Quran sepenuh hati
tapi..
saya masih tak mampu lagi memahami setiap bait-bait perkataannya
saya masih tidak lancar mengingati semua hukum tajwid dan makhrajnya
lalu, adakah Al-Quran itu akan setia menjadi penghadang kepada api neraka buat saya?

merenungi pesan Asy-Syahid Sayyid Qutb di atas menambah rasa  kehinaan diri, betapa Al-Quran itu merupakan kurniaan tuhan yang sangat berharga. tapi hanya pada jiwa-jiwa yang mencintainya, hanya pada diri yang beramal dengannya..maka, di situ akan ada kenikmatan hidup disamping Al-Quran. lalu.. bicara, penglihatan, pendengaran dan seluruh kehidupan mereka pastinya akan mengikut apa yang telah ditetapkan Al-Quran!

betapa ramai orang yang hari ini berlumba-lumba mengkhatamkan Al-Quran, tetapi mereka tidak mengambil satu pun pengajaran darinya. bahkan hidup mereka lebih sesat lagi, kerana mereka hakikatnya TAHU tetapi mereka memandang hanya dengan sebelah mata sahaja segala isi kandungan Al-Quran itu. peringatan azab hanya umpama tiupan angin di telinga, syurga? ya..mereka berkata mereka mahukannya, tapi tingkah laku mereka hanya semakin menjauhkan mereka dari syurga. Aduhai..malangnya!

Hanya Kerana Syurga..


orang yang bijak
tidak memandang kehidupan setakat di dunia ini sahaja
tetapi matlamat mereka adalah kehidupan yang abadi di negeri akhirat
oleh sebab itulah, apa saja perlakuan mereka pasti akan dikaitkan dengan kehidupan akhirat kerana mereka FAHAM, segala perbuatan ini akan diperhitungkan. takkan ada satu pun yang akan terlepas dari pengadilan hatta sebesar dzarah sekalipun.

mereka FAHAM..
kehidupan ini hanyalah senda gurau yang melalaikan
buat menguji siapakah di antara kita yang paling tinggi amalannya
bukan siapa kah yang paling jelita ataupun kaya, tetapi siapa yang paling  bertakwa!
dan mereka juga mengakui
orang yang merindui syurga pasti akan berusaha bersungguh-sungguh kerananya
waima terpaksa dibalas dengan mengorbankan diri sendiri
seperti Sayyid Qutb yang masih mampu tersenyum saat dirinya dihadapkan ke tali gantung..









2 orang yang dikasihi Allah..:

Nurul Iman said...

akak masa mula2 dgr MZ ni,mmg tersentuh sgt2.tp dapat dgr separuh..skrg pon..kena buat next ni biar dpt dgr smua

afni natasya said...

tu la pasal..mukaddimah pun x habis smalam.
buat la program yg talaqqi kitab ni je. sure best! :)

Post a Comment