Pages

Friday, December 23, 2011

jangan lupa baca Al-Kahfi..

Bismillah..

ce teka siape kakak siape adik?
Tiba-tiba teringatkan adik yang seorang ini..
 "Cuba la cakap tu lembut sikit, ni kasar macam lelaki~!"
selalu tegur dia macam tu sebab memang siyes nada suara yang dia gunakan tu tak macam perempuan..
jenuh jugak tegur sebab memang huduh sadis benar bunyinya bila orang perempuan cakap nada macam tu..
Kalah warden sekolah dulu..=='

dan sampai sekarang..
setiap kali saya bercakap telefon dengan dia, mesti kat akhirnya saya akan pesan..
"Ilya..cuba la cakap lembut sikit"
dan tahu sangat kat hujung talian tu mesti dia tersengih-sengih dan balas balik,
"Tak boleh lah kak lang, dah memang macam ni"
Hailaaa...=_='

Ilya..ilya..
selalu orang tak percaya yang dia ni baru tingkatan satu
sebab kalau dia berada di sebelah saya, nampak memang macam lagi besar dari saya
dan orang mesti akan buat muka terkejut, "Whatt?Form 1 baru??"
hohoho..><'

tapi..hari ni ada satu benda yang membuatkan saya tersentuh dengan dia semenjak kebelakangan ni
setiap malam jumaat dia akan mesej saya,
"kak lang, jangan lupa baca Al-Kahfi hari ni.."

terima kasih dikya..
kakak mu ini memang kadangkala mudah terlupa juga.
bila setiap minggu ada yang mengingatkan, rasa macam lebih gigih nak habiskan surah Al-Kahfi tu..^^

1 orang yang dikasihi Allah..:

Ad-Dien said...

Sunnah pada hari khamis sememangnya suratul kahfi dan bukan yasinan..jazakallah moga thiqah diatas manhaj sunnah..jemput ke WADi untuk menambah ilmu atau mengambil artikel..insyaAllah

Post a Comment