Pages

Sunday, January 22, 2012

Hati..bersabarlah

Selalunya..
Bila kita bertemu dengan mereka yang kita sayangi keranaNya
Kita selalu berharap yang mereka akan dapat memahami kita..
Sehingga ada satu ketika dimana kita kecewa
Kita lupa dia juga hanyalah manusia biasa..

Ada kala kita tahu yang mungkin kata-katanya itu hanya gurauan semata
Dan kita cuba tersenyum walaupun ia hakikatnya melukakan hati kita..
Kita cuba berlapang dada
Atas nama kita menyayangi dia keranaNya..

Kadangkala kita sedar yang apa yang dilakukan itu mungkin kerana mahu menasihati kita
walaupun setiap bicara yang keluar itu umpama pisau tajam yang merobek-robek hati kita
kita masih cuba tersenyum di depannya
sedangkan disebalik itu hati kita sebenarnya sedang menangis hiba..

Kita sedaya upaya untuk melupakan dan tidak berkecil hati
anggaplah itu hanya gurauan
terimalah ia sebagai satu rencah di dalam ukhuwah
yang indah itu bukan selalunya manis, mungkin kepahitan itulah yang paling banyak menguntum kenangan..

Dibalik tabir itu..
walaupun kita sangat berusaha untuk berlapang dada
kita masih seorang manusia biasa yang bisa mengalirkan air mata
dan kita sangat percaya
air mata itu bukanlah tanda kelemahan..
bahkan ia sebenarnya mengajarkan kita kekuatan..



"Rabbi..Ajarkan diriku hakikat sabar dan ikhlas.."
::afni natasya::




0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment