Pages

Tuesday, February 14, 2012

Valentine versi Da'ie?

H
bunga bukan sekuntum..(tibe-tibe)

Bismillah..


Hari tu pergi beli barang kat jusco, terpandang lah satu benda ni, dia buat ala-ala pokok dengan ada banyak bentuk love gantung2.
Oh.kad rupanya yang tergantung.Cantik.
Ada tulisan kat kad tu, so saya bacalah..
Tiba-tiba terkeluar dari mulut, "Eh, sweetnye.."

Jappp..rasa sweet dengan dosa?!!
(..sambil sekeh diri sendiri)

See..kadang-kadang kita tak sedar yang dalam pada kita dok cakap yang kita menolak perkara tu, rupa-rupanya dalam hati kita masih ada sisa-sisa jahiliyyah yang tak tanggal lagi.

Contohnya, kita tengok facebook kawan-kawan sekolah dulu yang berstatus 'in a relationship with..',
bila tengok gambar mereka duduk berdua dengan mesra, tambah pulak dua-dua muka macam nak sama, hati kita tak pulak memberontak "Oitt..dosa ni.dosa.."
Tambah sedih bila kita pun kata., "Alahai..comelnye dorang berdua.sweet je tengok,"

siap sokong lagi..
"Semoga berkekalan ke jinjang pelamin.."

:T_T:

Tapi bila tengok pasangan tu macam 'beauty and the beast', kita pun komen, "Ya Allah, macam mana lah perempuan ni boleh couple dengan lelaki ni. Dah lah berdosa couple-couple ni. Ishh3.."

Cehh..pandai pulak rasa tak suka. tapi kenapa kita memilih untuk ada rasa yang mana satu perbuatan berdosa tu. sedangkan dua-duanya perbuatan yang sama..dua-dua berdosa~!


Hurmm..
kenapa kita bias dengan perbuatan dosa ni eh?
Bila perkara itu dosa, kena rasa benci dengan sepenuh hati.
Kemungkaran dan kebenaran itukan sangat jauh berbeza. satu di hujung sana, satu lagi di hujung sini. tiada pilih kasih dalam kemungkaran, bukan untuk sesetengah orang je kita rasa benda itu berdosa, tapi untuk yang lain kita rasa macam-ok-je..

Ofkos..kita tak benci si pelaku tu, tetapi kita benci dengan maksiat yang dia buat.
Nabi kata, yang halal itu jelas,yang haram itu jelas..

Hari Valentine hanya untuk Valentino Rossi..

Hari Valentine tu ape?tak pernah dengar punn..
(memang suci habis kalau orang macam ni)

Seseorang daie tu, sure lagi konfiden takkan menyokong hari-hari macam ni
HARAM kot.sape yang masih bertanya "eh,kenapa haram pulak?", saya cadangkan pergi lah google sendiri. siap ada fatwa lagi.

tapi..kalau dalam hati seorang daei tu masih ada terlintas macam contoh yang saya tuliskan tadi..ataupun..

"Alahai..bestnye dapat teddy bear sama besar dengan diri sendiri"
"Alololo..comelnye pakai baju sama warna.."
"..sukanya tengok gambar diaorang berdua ni.bagai pinang dibelah-belah.."

Kenalah muhasabah diri kita balik
sejauh mana kita dah benci kemungkaran tu, bukan setakat kemungkaran yang terang-terangan, tapi apa saja yang menghampiri kemungkaran pun kita kena rasa tak suka..


Jahiliyyah..tolong la jangan ikut saya..

Tendang la jahiliyyah tu jauh-jauh
Kena mujahadah bersungguh-sungguh!


 "...Sesungguhnya penglihatan,pendengaran dan hati, semuanya akan diminta untuk dipertanggungjawabkan,"

[Al-isra':36]

0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment