Pages

Saturday, April 28, 2012

tulisan di kala mata tak mengantuk..







Bismillah..

Mata terkebil-kebil. tak mahu lelap.


Bulan ni rasa macam kurang dah update blog.
huu..laptop tengah sakit. pegi klinik laptop katanya harga mencecah ratusan ringgit jugak nak sembuhkan laptop tu


Bila kira-kira.. hmm.. hold dulu lah. utamakan apa yang lagi penting, lagipun boleh aje exercise pegi library hari-hari siapkan esaimen. 



paling penting, takde laptop atas meja ni buat hidup saya lebih 'bermakna'.


haha..tak de lah buang masa merayau-rayau kat alam maya ni sampai terbabas hingga ke pagi. *dush*


Iman..awak sihat??


Hmm.. biasalah. iman macam roller-coster. kejap naik, kejap turun.
kalau rasa macam iman menjunam turun tu, cepat-cepat la pergi cari akhawat.
sekurang-kurangnya bila tengok orang bangun awal untuk qiam, kita pun rasa motivated jugak untuk bangun..
cubalah kalau duduk sorang dalam bilik tu.. adudu.. kadang-kadang rasa macam nak bersilat memaksa diri bangun. * dush dush*


Hmm.. *asik hmm hmm je*


Sekarang ni macam sibuk sikit (alahh..sibuk lah sangat) dengan program kelas yang tak dapat tidak memang kena join. 
haa.. hari tu baru je berniaga depan fakulti. ok laa jugak *ayat tak memberansangkan*.. =_='


seronok jugak laa..ramai orang datang ^^,


walaupun kaki-macam-rasa-nak-tercabut jugak, tapi bila dapat pengalaman tu jadi sedar..

"susah oii rupanya nak berniaga ni"



ehh..tapi dulu-dulu time sekolah rendah saya pun penah berniaga jugak 
jual kacang, askerim milo (sekarang milo kena boikot okeh), tisu.. ~_~

haha.. kelakar pulak bila teringat

gigih amat cari duit poket lebih padahal bukannya guna banyak sangat duit pun time tu
sanggup bersengkang mata setiap malam peketkan kacang-kacang dalam plastik kecik, lepas tu bakar guna lilin nak bagi plastik tu tutup..


esoknya..
saya heret la satu plastik tu pegi jalan keliling sekolah
"korang nak beli kerepek? murah je tiga posen je ni"
peramah habis.. satu sekolah saya tegur. 


paling best bila terserempak cikgu2..
sebab cikgu akan beli dan tak nak amik duit baki.. hohoo
"simpanlah duit baki tu. buat duit belanja"  
yeay! haha :D



eh..melalut dah cite pasal kenangan dulu-dulu ~_~

hmm..*lagi*


esok kena pergi training development (subject cos) kat melaka pulak
moga ada hikmah yang mampu dikutip sepanjang jalan dan program kat sana nanti


minggu ni ada daurah
even sangat berbeza sharing dalam daurah dengan aktiviti kat sana nanti
tapi rasanya itu bukanlah bermakna kita menganggap  ia bukan program yang membawa kita dekat dengan Allah


bukan ke tarbiyyah dah ajar kita semua benda tu?


carilah akhirat, tapi bukan bermakna tinggalkan bahagian kita di dunia
boleh tengok surah al-qasas ayat 77


tarbiyyah kan mengubah pandangan kita terhadap semua perkara?
kalau tak dapat join daurah, bererti ada yang lebih baik Allah mahu aturkan 
carilah hikmah di mana-mana je yang kita pergi
insyaAllah pasti ada sesuatu yang mahu Allah ajarkan kepada kita..


 moga Allah redha..


setiap langkah. setiap hembusan nafas..


hanya keranaNya..





0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment