Pages

Sunday, August 17, 2014

Jalan




Bismillah..

Di jalan dakwah dan tarbiyah
ku temui manisnya ukhuwah kerana Allah..

Di jalan dakwah dan tarbiyah
ku rasai bahagianya bersusah-susah dalam memberi..

Di jalan dakwah dan tarbiyah
ku semakin memahami hakikat sebenar kehidupan dan diri..

Di jalan dakwah dan tarbiyah
semua yang di rasa tidak mudah terasa indah dan penuh barakah..

Di jalan dakwah dan tarbiyah
ku belajar membuang semua kemahuan nafs dalam diri..

Di jalan dakwah dan tarbiyah
setiap saat adalah kebahagiaan
yang membersihkan usia dahulu dan hari ini
yang meluhurkan segala yang ada di jiwa dan hati
yang mengeluarkan diri dari kegelapan kepada cahaya yang gemilang terang..

Lalu hari ini..
setelah Allah memberikan semua kegembiraan dan nikmat yang tidak ternilai ini
adakah aku punya alasan lagi untuk melarikan diri dari jalan dakwah dan tarbiyah?

tsabbit qalbi ya Allah! :')


0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment