Pages

Friday, May 29, 2015

#28052015

Bismillah..

Malam ini kami bicara tentang kehidupan
Tentang memperbaharui akad dan janji dengan Sang Pencipta
Dan selalu saja, setiap kata-kata itu meluruhkan apa yang ada di dalam jiwa..

Tentang lesu dan pudarnya warna di jalan dakwah ini adalah kerana keimanan yang masih compang-camping
Keyakinan yang sebenarnya juga masih malap
Sedang diri mengetahui bahawa kejayaan islam adalah satu kenyataan yang pasti..

Allah pasti akan menguji
Kita mahu tarbiyah? Nahh.. Allah akan hadirkan ujian sejauh apa kita akan tegar bersama halangannya
Kita mahu orang yang mahu bersama-sama? Nahh.. Allah akan hadirkan ujian sehingga akhirnya yang tinggal hanya mereka yang benar-benar mahu
Dan fasa kehidupan yang berubah.. Itu juga pasti akan di uji Allah. Sejauh apa kita berpegang kepada janji yang pernah dilafazkan dahulu..

Ramai..
Cintanya pada dakwah hanya seputar kehidupan di universiti
Ramai juga, seluruh hatinya hanya pada ketika dia masih seorang diri 
Tak kurang juga, perjalanan terhenti pada saat Allah menghadirkan kesibukan luar biasa kepada dunia saat bekerja atau punya keluarga..
Semua itu pasti akan diuji, siapa antara kita yang paling ahsanu a'mala!

Dan yang menulis ini juga jauh dari kepastian tentang apa yang akan terjadi pada masa hadapan
Yang ada cuma keazaman untuk terus berbuat
Dan memperbaharui akad yang telah lama dahulu dilafazkan kepada tuhan sekalian alam..

Formulanya hanya satu
Biar sekering apa
Dan di mana saja dikau berada
Teruslah bermujahadah dengan apa yang telah diyakini ini
Sehingga akhirnya biar Allah sahaja yang memberikan rasa dan mengakhiri kehidupan ini dengan taqdirnya yang terbaik.

 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Terima kasih ya Allah untuk malam ini! :')

2 orang yang dikasihi Allah..:

Hamba Allah said...

Assalamualaikum Afni
sangat berkesan dihati tulisan2 Afni hingga menitiskan airmata
Jazakumullah Khair Afni, semoga Allah merahmati hidupmu Amin :)

afnitasya said...

wslm wrbt :)

haza min fadhli robbi. saling berpesan pada kebenaran dan kesabaran.
jazakillah khairan atas doa. moga kembali pada diri saudari juga :)

Post a Comment