Pages

Saturday, March 10, 2012

Tiada siapa yang akan ditinggalkan..




Bismillah..


Bila semuanya menuntut pengorbanan
Yang paling sukar itu pastilah perasaan..
Bukanlah harta, masa atau tenaga..

Semakin aku sedar
mengapa hati itu yang diminta Rabbi..



Ohana..

Tiada siapa yang akan ditinggalkan..
Bukankah kita sudah berjanji bahawa kita akan saling menguatkan
Untaian Rabitah kita akan saling bersahutan
Walau jasad kita seakan jauh, tapi hati kita masih mengalunkan doa yang sama..

Di dalam gerabak dakwah ini
Kita TAKKAN menjadi orang yang ketinggalan JIKA kita memilih untuk berlari seiringan dengan mereka
tapi, andai kita masih terus berprasangka, terus meneka-neka tanpa mengetahui hakikat kebenaran
maka akan jatuhlah kita dalam lubang dalam yang kotor dengan umpatan dan bisikan syaitan yang mahu memusnahkan gerabak dakwah kita
percayalah, ia tidak akan mengambil masa yang lama melainkan kita akan melihat seorang demi seorang antara kita yang keciciran..

Kembalilah kita pada soal hati dan keimanan
pada apa dakwah menuntut diri kita yang sebenarnya?
pada masa terluang yang kita habiskan dengan berprasangka sesama kita atau kita semakin gigih mencetak manusia-manusia logam yang berada di sekeliling kita?
Buktikanlah kepada mereka!
Bercakap-cakap sahaja takkan mengubah apa-apa..


Saya sayang semua akhawat..~~

Friday, March 09, 2012

Do not leave me~



Oh Allah..

I told U   : Do not leave me


U told Me  : So, remember Me, I will remember u..(2:152)

..fazkuruni azkurkum..


~kita boleh kehilangan sesiapa sahaja, tapi kita tidak boleh kehilangan Dia~



Wednesday, March 07, 2012

Yang Pertama..



Bismillah..

..yang pertama itu memang susah nak lupa

sebab ia akan sentiasa hidup dalam kenangan kehidupan..

terima kasih kepada yang pertama
kerna yang pertama itulah yang mengajarkan banyak perkara
tentang comotnya hari semalam
dan terangnya hari-hariku kini..

saat kali pertama hidayah menyapa..
tak mungkin aku akan pernah melupakannya..


[afni natasya]

Tuesday, March 06, 2012

Tuhan..kenapa baik sangat?! :T_T:



Bismillah..

Allah baik sangat kan..
Selalu tegur kesalahan kita walaupun kita tak bertanya pun kepada orang bercakap dengan kita tu
Betapa banyak kali yang bila kita duduk dalam halaqah
Tiba-tiba kita terasa yang orang tu sedang bercakap tentang masalah kita
Padahal kita tak tanya pun melainkan kita simpan senyap-senyap je dalam hati
Rasa macam tak sanggup nak tanya sebab macam membuka keaiban sendiri pulak
tetapi..tiba-tiba terasa..

"Kenapa ayat yang akak ni cakap macam ditujukan kat aku je..T_T"

Tak pun..rasa nak terguling bila terasa contoh-contoh yang akak tu bagi macam kena pulak dengan situasi diri sendiri..

"Rasa macam aku je watak dalam cerita tu...!_!" tunduk pandang lantai

buka setakat tu..
bila online je..tengok status mukabuku atau bende-benda yang orang lain share..

"T_T..kenapa ni suma kena dengan diri aku..."

Bila Allah Nak Bagi Jawapan..

Allah boleh aje buat apa saja cara untuk bagi jawapan pada setiap persoalan kita
Tak kisahlah samaada persoalan tu kita bagitahu atau tidak
Allah tahu amat..takkan mampu kita nak sorok
Tapi nak cakapnya, betapa baiknya Allah kat kita
Allah tak bukak aib kita depan ramai orang, walhal kita tahu kalaulah orang lain tahu tentang betapa banyaknya maksiat dan dosa-dosa yang kita dah buat mereka boleh jadi hilang dah rasa hormat dengan kita
walaupun kita pakai tudung labuh sampai ke lutut bagai..

Sebab itu lah kita akan rasa tersentuh sangat
Bila kita rasa kusut atau perasaan yang entah apa-apa
Allah gerakkan kan kita untuk bukak quran dan baca ayat-ayat dariNya
Selalu sangat kita dapat ayat yang memang kita rasa Allah sedang bercakap sendiri dengan kita
yang mana akhirnya kita akan rasa malu sendiri bila mengenangkan betapa Allah sangat sayangkan hambaNya dan tak pernah meninggalkan kita
baik dalam keadaan kita sedih, kecewa gembira ataupun di saat kita rasa kita tak ada buat salah padahal ia sebenarnya salah (eh,faham ke?)

Bukan sekali,bukan dua kali..malah mungkin lebih berpuluh-puluh kali kita alami situasi macam ni
Allah tak jemu menegur kita, memberikan jawapan untuk setiap persoalan kita
sedang kita masih bermalas-malasan sebenarnya untuk tadah tangan adukan pada Dia
tapi..Allah tetap baik kepada kita
terlalu baik untuk seorang HAMBA yang banyak sangat dosanya..
Allah tutup dosa kita di mata manusia sebab Allah nak bagi kita peluang untuk perbaiki balik diri, sebab Allah tahu kita manusia yang lemah dan kita tak suka orang tahu kelemahan kita tu..
maka Allah tegur kita sendiri..itu bukan kebetulan.
bukan kebetulan untuk kakak tu bercakap perkara yang terasa ditujukan buat kita, bukan kebetulan bila kawan post kata-kata yang mampu membuatkan kita berjuraian air mata.
tiada yang kebetulan melainkan Allah mahu memberikan kita sesuatu pengajaran..

heyy..sedar tak betapa baiknya Allah dengan kita ni??!

T_T

teringat kata-kata seorang ulama'..

"kalaulah dosa itu berbau..pasti tiada siapa yang sudi duduk disebelahku.."


Mujurlah dosa itu tidak berbau!





*Rabbi..bila diriku tersalah, jangan biarkan daku sendiri..(air mata berlinangan)

Sunday, March 04, 2012

Kalau bukan hari ini, bila lagi?

masih berkira-kira?
Bismillah..

Belum sampaikah waktunya..
bagi orang-orang yang beriman itu..
untuk secara khusyuk mengingati Allah?
dan patuh pula pada kebenaran yang telah diperintahkan kepada mereka..
jangan jadi macam orang-orang terdahulu yang menangguh-nangguh
sehinggalah hati mereka itu menjadi keras!


Bila baca ayat dari surah Al-Hadid ni berulang-ulang, tiba-tiba rasa sebak
terfikir yang selama ini Allah sangat memberikan kita banyak peluang untuk kita kembali kepada Dia
tapi, dalam banyak-banyak peluang tu.. selalu sangat kita masih pejamkan mata untuk tak nak nampak kebenaran
kita tak rasa betapa bernilainya panggilan Allah tu..

Kita rasa Allah tak mahu pandang kita
tapi kita lupa yang setiap denyutan nadi yang Allah izinkan untuk terus berdegup ni sebenarnya tanda yang Allah masih berikan kita masa untuk mencari jalanNya..

Kita rasa biasa dengan nikmat anggota, tapi bukankah itu juga tanda yang Allah masih sudi untuk membenarkan kita melihat,mendengar,berjalan,bercakap..
supaya dengan semua kurniaan itu kita mampu mendekatkan diri lebih lagi denganNya?

Bukankah dah banyak kali Allah selamatkan kita dari dosa-dosa yang hampir menghumban kita dalam neraka
Berapa banyak kali bila kita leka Allah tetapi Allah tetap hadirkan kawan-kawan untuk ingatkan kita semula
Berapa lama dah masa yang Allah sanggup berikan kepada kita untuk kita perbaiki lagi diri kita yang compang camping dengan dosa ni

tapi kita?

masih tak terasa apa-apa dengan setiap peluang itu kah?

kita masih berkira-kira untuk meninggalkan dunia dan keselesaan yang kita ada

kita rasa kita sudah cukup gembira..sedangkan sebenarnya masih tiada bekalan apa pun yang kita bawa untuk ditunjukkan di hadapan Allah kelak..

hati kita masih ragu-ragu dengan janji Allah, sedangkan Allah kata nilaian dunia di sisi Allah ini pun sebenarnya tidak bernilai apapun, jauhh lagi besar harga sebelah sayap nyamuk!

Kepada Kamu Yang Sudah Mengenali Tarbiyyah..

Kita dah kenal usrah, halaqah dan nikmatnya ukhuwah..
Allah dah bagi kita teman-teman yang selalu ingatkan kita tentang kebenaran..
tapi adakah kita masih memilih untuk kehidupan yang biasa-biasa?

Bilakah lagi masanya untuk kita perjuangkan apa yang baginda nabi dahulu lakukan?
Adakah kita dah rasa selesa untuk jadi baik sorang diri walaupun kita tahu yang Allah pasti akan persoalkan balik tentang apa yang kita tahu hari ini?

Allah tanyakan pada kamu ni..

"Belum sampai masanya lagikah?"




Friday, March 02, 2012

Senyum! :)





Nak senyum saja kat sini..
Sebab tahu ada orang yang rajin menjenguk..
Jauh di mata, dekat di hati..wehuuu
[jauh la sangat]

p\s: doakan hujung minggu ni..*love3*


*jangan perasan sangat.. ><'

Wednesday, February 29, 2012

Aku takut kepada Allah!


Bismillah..

Sabda Baginda Nabi..
Ada tujuh golongan yang Allah janjikan naungan arasyNya di akhirat kelak
dimana ketika itu tidak ada lagi naungan melainkan dari Allah sahaja..

Dan ada satu golongan itu yang membuatkan saya berfikir lama
Bilamana seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita untuk melakukan zina,
lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah!,"

Pastinya apabila ia berkait dengan nafsu dan syahwat, ia bukanlah sesuatu yang mudah
apatah lagi jika sudah berada di depan mata
Tapi, apa lagi perisai yang ada pada diri seorang itu melainkan iman yang menjadi benteng terakhir sebelum terjatuh ke lubang neraka

"Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya.."
[Muttafaqun alaih]

Kerana itulah dia akan tersedar..

Aku takut kepada Allah!

Aku takut kepada Allah!

Aku takut kepada Allah!




p/s: bukankah dahulu Allah juga yang menyelamatkan dirimu dari jurang api neraka? :'|


Monday, February 27, 2012

Aaa..malasnya nak fikir! T_T



i'm thinking rite now..

Bismillah..


Berfikir. Dalam-dalam. Lama-lama..

Saya selalu dengar yang orang kata bangsa Melayu ni bangsa yang malas berfikir. sebab tu tak maju. masih di takuk lama. Ah..malulah saya nak tulis banyak-banyak. sebab saya pun orang Melayu juga.

Tapi..bangsa itu ada apa je kan? bangsa bukan tiket untuk masuk syurga. Jadi, letak tepi.
Islam? Orang islam yang malas berfikir? Ok..ini lebih parah sakitnya dari bangsa yang malas berfikir itu.

Sebab..

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

[Al-An'aam:32]


kalau orang islam tu tak nak berfikir..

Dia mesti akan hidup dalam kelalaian. kenapa? sebab godaan dunia ni memang terlalu kuat
akan sentiasa mengejar-ngejar kita untuk leka dengannya.

Samalah macam kalau kita nak exam. Apa jadi kalau kita tak fikir pun yang exam kita dah nak dekat? Kita mesti akan dok leka lagi pegi jalan sana jalan sini, tak teringin pun rasa nak menghadap buku lebih sejam. *pang* (tertampar diri pulak)

itu baru kalau fikirkan exam dunia. exam akhirat? pernah fikir???

Malang sangatlah kita ni, kalau dah hampir duapuluh tahun lebih hidup kat dunia ni, tak pernah sekali pun berfikir (secara serius) tentang exam hari akhirat nanti. Masih dok berpoye-poye, berangan-angan nak mengejar dunia ni seolah-olah kita akan hidup selamanya.

Pernah tak berfikir..

Bila kali terakhir aku solat dengan kusyuk?

Bila kali terakhir aku mengalirkan air mata kerana risaukan diri yang penuh dengan dosa-dosa?

Jarang sangat kita nak fikir tentang nasib kita di padang mahsyar nanti. mungkin sebab kita masih-tak-rasa serius dengan janji Allah tu. takutnya nak cakap, tapi mungkin ke yang kita ni masih ragu-ragu dengan hari akhirat?

kita sangat ambik serius dengan final exam kita. sanggup bersengkang mata nak baca buku sebab takut tak dapat jawab exam, tapi.. untuk akhirat?? kita selalu berfikir dua kali.
Nak puasa sunat ke tak eh esok? macam malas je. tak payahlah, minggu depan je la..
kita kan bagi banyak alasan. again and again..

Berfikir = Bermuhasabah diri



"Tasya rasa tasya kena muhasabah diri lah" kata saya memecah kesunyian di dalam kereta

"Mestilah. setiap hari kena muhasabah diri." balas seorang teman

"Ohh..tasya rasa tasya kena muhasabah diri dengan lebih spesifik, kenapa dalam minggu ni je dah lebih lima kali nak berlanggar dengan kereta orang,"

Serius.saya tiba-tiba sangat risau bila fikirkannya. Hampir lima kali mahu bertembung dengan kereta di hadapan agak membuatkan saya dilanda perasaan yang semacam bila mahu memegang stereng.

Saya kira yang saya memang bernasib baik kerana Allah mentakdirkan saya masih sempat menekan brek untuk kesemua kejadian tu. Ada yang memang sipi-sipi saja, ada yang memang sudah 'terjerit' sendiri di dalam kereta..yang mana semuanya membuatkan jantung saya hampir saja berhenti sendiri.

"Ya Allah..mujur lah aku baca mathurat hari ni."
saya memang sangat-sangat ingat kata-kata naqibah saya di matrix dulu, katanya kalau kita baca mathurat setiap hari, insyaAllah kita akan dilindungi dari musibah dan perkara yang tidak diingini. bila jadi perkara-perkara yang hampir-hampir meluruhkan jantung macam ni terasa sangat dengan pesan naqibah saya tu, terasa yang Allah masih melindungi diri ni dari peristiwa yang menakutkan macam ni.

Adakah saya terlalu cuai? malas nak tengok cermin kiri kanan depan belakang? memandu dengan bahaya?
Fikir! Fikir! Fikir!
Kalau malas nak fikir mesti saya akan mengulanginya lagi di hari yang lain pula..

Fuhh..tolonglah ingatkan saya selalu

"Tasya..hati-hati bila bawak kereta.."

Saya sangat menghargainya..:T_T:


Bukan seperti angin



..saya hanya ada satu cita-cita di atas segala apa yang saya lakukan selama ini..
Impian mahu menjejak syurga. Mahu bertemu baginda Nabi yang mulia dan Allah sudi memandang saya untuk mengakui bahawa saya ini adalah hambaNya.
Cita-cita tertinggi..
Hanya itu dan tak mungkin akan ada yang lainnya.

Impian saya
Bukan seperti angin..
Menyapa dan kemudian..menghilang..


Aslih nafsak,wad'u ghairak!

..Perbaiki dirimu dan serulah manusia kepada tuhan..

Friday, February 24, 2012

Doa Si Dia




Tuhan..
Temukan aku dengan dia

Yang mana saat dia berbicara tentangMu

Hatiku hancur luluh mendengarnya..

Tuhan..
Temukan aku dengan dia

Bilamana saat dia menyedarkan aku

Aku terpana membayangkan lautan kasih sayangMu..

Tuhan..
Temukan aku dengan dia

Yang mana setiap kali aku menatapnya

Hatiku membuak-buak mahu kekal bersama dia sehingga syurga..

~someone~

Thursday, February 23, 2012

SYRIA: Jangan Jadi Buta


Bismillah..

Video terbaik.
Bergetar hati mendengar laungan ikrar mereka.
Allahu Allah..
Kemenangan itu PASTI!
dan inilah harga yang perlu dibayar untuk kemenangan & syurga..

setiap kejahatan akan dibalas walaupun sebesar zarrah!!

Hebat ujian yang Allah timpakan buat saudara kita di Syria
Doakanlah.Doakanlah.Doakanlah..
Kita tak mampu untuk berada di sana, maka berusahalah dari sini.
Doa itu juga usaha yang pastinya.
Ambil tahu.
sekarang bukanlah 'zaman batu' yang layak untuk kita buat-buat tak tahu tentang apa yang terjadi di sekeliling kita..
  

 

Nilaian sebuah SYAHID..apakah yang lebih membahagiakan andai sudah terlihat bayangan bidadari yang menanti?
Wahai syuhada' dan seluruh muslimin yang mengimpikan syahid..Berbahagialah kalian.Walaupun di dunia kalian dihina-hina tetapi di sisi Allah kalian mulia!!





*p\s: kalau terjadi seperti ini negara kita rasanya bersedia tak?
tak layak nak jawab kalau masih ramai syabab nya yang leka dek benda seremeh Angry Bird atau K-Pop..


*syabab = pemuda



Tuesday, February 21, 2012

Tenang


Bismillah..

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (saguhati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya."
Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredhaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.
Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa..
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu, wahai ahlulbait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzaab: 28-35)

Tik..tik..tik

.....

Ada di sini..
Tak jumpa kerna tak mencari
Tak rasa kerna tak menghayati.
.

[afni natasya]
[210212]

[1250]



 


p\s: *Hepi Besday adikku, Alia Nadhira Ismail*

Saturday, February 18, 2012

Jatuh? Cepatlah bangun!




Bismillah..

InsyaAllah hari isnin ni dah start sem baru..
Cepat..dah masuk sem empat rupanya..
Toleh balik sem lepas punya cerita, ok..memang failed.
Huru-hara amat.padan lah dengan result yg jatuh gedebuk gedebak gara-gara time management yang teruk tu..T_T

Nak kata sedih pun tak de la sangat, sebab macam dah ready awal-awal..hoho

Tapi itu lah, baik sangat Allah ni.. still bagi result yang baik walaupun rasa macam tak padan dengan usaha yang last minute.huuu

Bila tengok result yang baru ni, baru rasa berharganya markah even 0.01 tu..

"Arggghhh..sikit je lagii!!" refresh.refresh.refresh page kat web tu mengharapkan ada miracle, kot-kot mata salah tengok..

Ahh..sekeping kertas kuning yang dikejar-kejar buat menyejukkan hati mak dengan ayah di kampung (kampung la sangat kat tengah bandar tu) T_T
tapi dah itu yang Allah takdirkan..nak buat camne kan..

But still..terima kasih Ya Allah atas apa yang Engkau kurniakan ni.sobs~

Belajar Dari Kesilapan




Kecemerlangan adalah satu perkara yang perlu bagi Da'ei!
Ingat.Faham.Hadam!

Banyak mata yang memandang.takut benar andai menjadi fitnah buat agama ni
Dakwah & tarbiyyah tak pernah menjadi sebab untuk kegagalan dalam exam
Yang salah adalah diri sendiri yang banyak main-main agaknya..T_T

Okeh..tak perlu nak emo-emo
Banyak lagi masa.ada lima sem lagi nak fighting supaya boleh grad dengan tak payah bayar PTPTN tu..hoho

Go tasya go! ^^



p\s: tak sabar nak habeh blaja..:D

Tuesday, February 14, 2012

Valentine versi Da'ie?

H
bunga bukan sekuntum..(tibe-tibe)

Bismillah..


Hari tu pergi beli barang kat jusco, terpandang lah satu benda ni, dia buat ala-ala pokok dengan ada banyak bentuk love gantung2.
Oh.kad rupanya yang tergantung.Cantik.
Ada tulisan kat kad tu, so saya bacalah..
Tiba-tiba terkeluar dari mulut, "Eh, sweetnye.."

Jappp..rasa sweet dengan dosa?!!
(..sambil sekeh diri sendiri)

See..kadang-kadang kita tak sedar yang dalam pada kita dok cakap yang kita menolak perkara tu, rupa-rupanya dalam hati kita masih ada sisa-sisa jahiliyyah yang tak tanggal lagi.

Contohnya, kita tengok facebook kawan-kawan sekolah dulu yang berstatus 'in a relationship with..',
bila tengok gambar mereka duduk berdua dengan mesra, tambah pulak dua-dua muka macam nak sama, hati kita tak pulak memberontak "Oitt..dosa ni.dosa.."
Tambah sedih bila kita pun kata., "Alahai..comelnye dorang berdua.sweet je tengok,"

siap sokong lagi..
"Semoga berkekalan ke jinjang pelamin.."

:T_T:

Tapi bila tengok pasangan tu macam 'beauty and the beast', kita pun komen, "Ya Allah, macam mana lah perempuan ni boleh couple dengan lelaki ni. Dah lah berdosa couple-couple ni. Ishh3.."

Cehh..pandai pulak rasa tak suka. tapi kenapa kita memilih untuk ada rasa yang mana satu perbuatan berdosa tu. sedangkan dua-duanya perbuatan yang sama..dua-dua berdosa~!


Hurmm..
kenapa kita bias dengan perbuatan dosa ni eh?
Bila perkara itu dosa, kena rasa benci dengan sepenuh hati.
Kemungkaran dan kebenaran itukan sangat jauh berbeza. satu di hujung sana, satu lagi di hujung sini. tiada pilih kasih dalam kemungkaran, bukan untuk sesetengah orang je kita rasa benda itu berdosa, tapi untuk yang lain kita rasa macam-ok-je..

Ofkos..kita tak benci si pelaku tu, tetapi kita benci dengan maksiat yang dia buat.
Nabi kata, yang halal itu jelas,yang haram itu jelas..

Hari Valentine hanya untuk Valentino Rossi..

Hari Valentine tu ape?tak pernah dengar punn..
(memang suci habis kalau orang macam ni)

Seseorang daie tu, sure lagi konfiden takkan menyokong hari-hari macam ni
HARAM kot.sape yang masih bertanya "eh,kenapa haram pulak?", saya cadangkan pergi lah google sendiri. siap ada fatwa lagi.

tapi..kalau dalam hati seorang daei tu masih ada terlintas macam contoh yang saya tuliskan tadi..ataupun..

"Alahai..bestnye dapat teddy bear sama besar dengan diri sendiri"
"Alololo..comelnye pakai baju sama warna.."
"..sukanya tengok gambar diaorang berdua ni.bagai pinang dibelah-belah.."

Kenalah muhasabah diri kita balik
sejauh mana kita dah benci kemungkaran tu, bukan setakat kemungkaran yang terang-terangan, tapi apa saja yang menghampiri kemungkaran pun kita kena rasa tak suka..


Jahiliyyah..tolong la jangan ikut saya..

Tendang la jahiliyyah tu jauh-jauh
Kena mujahadah bersungguh-sungguh!


 "...Sesungguhnya penglihatan,pendengaran dan hati, semuanya akan diminta untuk dipertanggungjawabkan,"

[Al-isra':36]

Friday, February 10, 2012

Ada Apa Dengan IKHLAS?



Bismillah..
Petang itu saya terlewat menghadiri usrah.Bukan sengaja.
Pantas mengambil tempat di dalam bulatan setelah bersalaman, sempat pulak nak menjeling apa yang ada di tengah-tengah bulatan..
macam biasa, ada makanan.hihi
Oh,itu bukan ceritanya. cuma mahu berkongsi antara soalan tok guru pada kami petang tu.

"Haa..tasya,macam mana nak tahu awak ikhlas ke tak?" semua mata memandang ke arah saya.
"Hmm..bila kita rasa senang dan tak terbeban nak buat benda itu. Rasa tak harapkan balasan, itulah ikhlas!"
"Ye ke? Sure?" Tok guru hanya tersenyum.
"Sebenarnya awak sendiri tak akan tahu sama ada awak ikhlas atau tak. Hanya Allah saja yang tahu,"
" Eh..?" mula menggaru kepala yang tak gatal.
Saya ingat ikhlas itu adalah di antara diri sendiri dengan tuhan. maknanya, kita akan tahu bilamana kita ikhlas..

Teettt..salah!
Sebab lepas tu jumpa satu Hadith Qudsi yang berbunyi

"Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia Aku, Aku letakkan ia di hati hamba yang Aku kasihi daripada hamba-hambaKu"


Ada Apa Dengan Ikhlas?

"Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengIKHLASkan agama kepadaNya"
[Al-Bayyinah:5]

Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, ikhlas itu ditafsirkan dengan kata-kata bilamana seorang muslim itu dengan perkataan, perbuatan dan perjuangannya tidak lain tujuannya hanyalah kerana mengharap redha dan balasan dari Allah semata-mata, tanpa melihat kepada keuntungan, kesenangan, kemegahan, kemunduran ataupun kemajuan.

Ia tidak mengkehendaki balasan mahupun ucapan terima kasih.

Anda kenal Saidina Khalid Al-Walid? Kisahnya di satu medan perang benar-benar menyentuh hati saya.
Hari itu Saidina Umar melucutkan jawatannya sebagai panglima tetapi esoknya kelibat beliau tetap kelihatan menentang musuh di medan perang tanpa ada riak kekesalan sedikitpun. Langsung tidak tercalar hatinya dek kerana kerana perlucutan jawatan itu bahkan saat ditanya beliau tanpa ragu-ragu menjawab, "Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar!"

Kejap..

Kenapa kena ikhlas?

Sebab Allah hanya akan mengira amal kita yang dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Tanpa ikhlas, sia-sialah semuanya. Pernah dengar satu hadith yang panjang tentang ikhlas ini?
Ketika segala amalan dibawa naik untuk dihadapkan kepada Allah tetapi ketika tiba di tingkatan langit, orang yang tidak ikhlas ini ditempelak oleh malaikat dengan kata-kata,
"Lemparkan amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia beramal kerana mengharapkan keduniaan,"

Rabbi..alangkah hinanya andai itu adalah diriku! :'(

Kalaulah bukan kerana IKHLAS..

Bila melihat semula seerah perjuangan golongan terdahulu, kerana keikhlasan merekalah islam itu tersebar sehingga ke hari ini.

Siapa yang tidak mengenali Bilal bin Rabah.Tanyakan sahaja kepada kanak-kanak sekalipun, pasti ceritanya dihempap batu ditengah terik matahari itu diketahui oleh sesiapa sahaja. Adakah beliau meminta agar ceritanya diseksa Umayyah itu di sebut-sebut sehingga ke hari ini sedangkan beliau hanyalah hamba berkulit hitam yang pada mulanya langsung tidak dipandang walaupun sebelah mata. tetapi lihatlah bagaimana keikhlasan beliau mengangkat namanya ke tempat yang tinggi di sisi Allah..

Kalaulah bukan kerana ikhlas juga, pasti Baginda Nabi sudah berputus asa dengan segala macam ujian yang diterimanya sepanjang menyebarkan risalah Islam ini. Saat Utbah meletakkan najis di atas kepala baginda, Ummu Jamil tanpa henti meletakkan sampah dan duri di sepanjang kawasan rumah baginda, dilempar dengan batu dan kata-kata kesat sehingga darah mengalir dari kaki baginda ketika berdakwah di Thaif dan segala macam penyeksaan yang tidak layak mengenai susuk tubuh manusia mulia itu. baginda tidak pernah berhenti bahkan semua keburukan di balas dengan kebaikan. Itulah buah daripada keikhlasan hati baginda yang terpancar dari setiap sisi kehidupannya. Jika setiap dugaan itu mencalarkan hati baginda, kita tak akan mampu menerima hembusan Ad Deen ini, jika pangkat dan sanjungan yang menjadi matlamat baginda, pastilah dakwah baginda sudah lama terhenti.

Keikhlasan yang ada di dalam hati seorang insan ini akan terpancar disetiap tabir kehidupannya
Keikhlasan hati seorang Daie akan terlihat pada lewat bicara dan setiap butir kata-katanya
Ketenangan,kebahagiaan dan ketulusan sekeping hati yang ikhlas itu akan memancar tanpa perlu dibuat-buat oleh si pelakunya..

Pastilah, ikhlas itukan rahsia dari Allah buat hamba yang dikasihinya

Bukankah Allah pernah berfirman bahawa hamba yang dicintaiNya itu akan ditebari cinta untuknya agar dicintai oleh seluruh manusia??

Pernah baca buku bertajuk Hati Sebening Mata Air?


anda kena baca buku ini!


Allahu Rabbi..moga Allah memberkati penulisnya untuk setiap patah perkataan yang beliau coretkan
Entah kenapa setiap bait kata-kata beliau seakan menampar saya untuk terduduk dan mengesat air mata yang berjuraian tanpa henti
Terasa keikhlasan si penulis saat menyampaikan setiap baris perkataannya biarpun pada pandangan mata ia hanyalah tulisan yang tidak bernyawa..

Begitulah jalan dakwah dan tarbiyyah ini

Jalan ini mengimpikan susuk-susuk tubuh yang tidak meminta-minta habuan dunia

Seperti mana hadith nabi yang diriwayatkan oleh At-Tarmidhi,

"Orang-orang baik yang bertakwa itu tidak dikenali, bila mereka tidak hadir tidak dicari-cari dan jika mereka hadir maka mereka tidak dikenal orang"  





Astaghfirullah.Astaghfirullah.Astaghfirullah..

Berat rasanya menghabiskan setiap baris ayat untuk tulisan ini

Takut bila mengenangkan sejauh manalah keikhlasan diri sendiri

Mungkin tulisan ini nampaknya seperti untuk anda yang membaca, tapi ketahuilah bahawa hati si penulis ini lebih-lebih lagi terasa~!



p\s: Yuk usaha baiki hati..

Thursday, February 09, 2012

Cuti.Conteng.Comot


hati berbunga.eh..

Bismillah..

Dari semalam saya dok mengedit satu entry baru,entah kenapa susah sangat nak habiskan entry tu. Macam biasa , saya biarkan dalam kotak draft,nanti kalau kerajinan tu datang balik,insyaAllah saya sambung.
Susah jugak rupanya nak menulis elok-elok ni. nak menconteng macam ni memang lah senang.

Adehh,sebenarnya nak cakap yang jeles dengan orang yang mampu menulis dengan baik ni. Bila tulisan dia mampu menyentuh hati orang lain dan meninggalkan kesan kat orang yang membaca tu. I wish to be like that too..T_T
(Usaha lah lagi tasya,kan ke semua benda boleh digilap..Aceehh) ><

Baca.Baca.Baca!

Seminggu lebih dah saya dok rumah ni. Haa..adakah iman semakin bertambah ataupun tengah ada rasa macam nak hantuk je kepala kat dinding sebab macam tak buat apa-apa??
Kalau nak tahu sebenarnya cuti ni penuh dengan keazaman untuk menghabiskan segala macam buku yang ada kat sekeliling ni. Tambahan pula, lepas dapat Baucer Buku Free dari Uncle N ,so memang excited habis la dok membeli buku sana sini. Memang seronok kan dapat beli buku-buku ni, tapi bila time part nak baca tu (terutama sekali buku-buku fikrah), tak sedar bila masa boleh terlelap.=_='
Eh, tapi yang ajaibnya, kalau novel boleh pulak habiskan dengan penuh perasaan tepat pada masanya.
Aaaa..(jerit sambil tumbuk-tumbuk diri sendiri)

Ni nak list buku-buku yang berada dalam senarai untuk dibaca sepanjang cuti (tak termasuk buku-buku yang hanya baru disentuh kulitnya)

1) Tarbiyyah Islamiyyah & Madrasah Al-Banna
2) Nafahat Al-Jumaah : 12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman
3) Raheeq Makhtum (yang ni memang over.saya start baca dari tahun lepas lagi tak habeh2.Grr..)
4) Malam Pertama Di Syurga
5) 101 Akhlak Nabi (ehh,ni buku kartun bergambar yang saya belikan untuk Naufal hari tu.Out.out.out)

Sumenye dah start baca sikit-sikit.Bila rasa macam 'mengantuk' saya tukar-tukar.Huu
Mungkin bila baca buku-buku yang agak berat ni, syaitan yang lebih besar dok kacau lagi gigih bagi kita ngantuk.kalau baca novel? Err..entahlah.
Tapi serius.nak tak nak memang kita kena baca buku-buku fikrah terutama sekali kalau kita kata yang kita ni orang dapat tarbiyyah dan join usrah. Bila baca buku-buku macam tu barulah celik mata hati kita tentang jalan dakwah dan tarbiyyah ni. Tak kan dah join usrah pun masih nak baca novel macam Ombak Rindu tu kan? Ataupun hanya memilih untuk baca karya-karya penulis macam Hlovate je?
Come on..sekarang memang kena paksa diri baca tulisan orang-orang hebat macam Imam Hasan Al-Banna, Syed Qutb,Al-Qardhawiy...(dan banyakkk lagi)
Fuhh..kan ke memang takde masa kalau nak kata cuti ni hanya nak dok sesaje tu??

Saya & Kereta

Saya sebenarnya tak berapa rajin nak ambil tahu pasal kereta ni. tapi ape kes kalau nak isi air kat mana pun tak tahu kan? Bak kata tok guru, "Kesian kat kereta tu.Mati kehausan sebab air pun takde". Selain daripada tahu membawa kereta dan tahu melanggar devider dengan jayanya, orang perempuan pun kenalah tahu sikit-sikit (banyak lagi bagus) pasal kereta.

Sebab dah insaf sekarang, daripada hari pertama saya sampai rumah sehingga lah malam tadi, saya dok ingatkan ayah, "Ayaahh, sebelum kak lang balik johor ayah kena ajar kak lang pasal kereta tu tau," saya dok ulang-ulang sampai ayah pun macam tension je dengar..

Lepas tu siapa tahu macam mana nak mengingat jalan dengan dengan cepat? Teruk sangat rasa sebab hari tu ambil masa dekat TIGA JAM nak balik dari Bangi ke Kepong ( campur dengan jalan jem jugak). agak stress di situ bila perjalanan sejam jadi tiga jam (ye laa, jalan jem la.jalan jem..memang lah lame) T_T
tapi yang paling melampau adalah kenapa saya boleh lalu sampai 6 tol untuk sampai rumah. ENAM tau tak?Huhu..tak pernah-pernah dibuat orang, padahal jalan tu lah yang saya dok ulang alik time sekolah kat Sepang dulu.
Mujurlah Nora (my adik) sangat positif time tu.
"Tak pe kak lang, nanti kita ingat lah jalan ni kita pernah lalu",
Ye la tu..kalau tanya sekarang memang terkebil-kebil lah saya tak ingat jugak..

Kan..
Banyak bebeno kelemahannye tu..:P




p\s: rindu UTM. dan orang-orang di UTM..^^

Wednesday, February 08, 2012

Bulan




Bismillah..

Bulan yang dilihat cantik dari kejauhan itu
Tidaklah sebegitu indah seperti yang engkau bayangkan..

Bulan itu cantik kerana cahayanya
sedang cahaya itu sebenarnya milik si matahari
yang tidak pernah jemu berkongsi
walau pujian hanya pergi kepada bulan..

Belajar dari matahari
Kehidupan ini adalah untuk memberi
tanpa mengharapkan apa-apa balasan..

Saatnya matahari berkata,
"Aku dan bulan adalah satu. Kehadiranku adalah kerananya.
seperti apa tuhan ciptakan kita"

::afni natasya::