Thursday, September 29, 2011
Cinta aku pada si dia..
mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa..
Cinta aku pada si dia
Membuatkan jiwaku resah
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal dan haramnya
Sungguh aku tahu
Azab dan siksanya..
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus membawaku dekat
ke kota pujaanku..syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus menjauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya...
"Kuatkan aku tuhan, untuk menenggelamkan kapal cinta manusia,
tetapku.. pinta ia karam..
jika belayar ia dilautan dosa..
Tolonglah aku tuhan, untuk mengisi bejana cintaku untukMu, agar aku tidak akan pernah dahagakan cinta dari dia yang tidak halal bagiku..
Teguhkan hatiku tuhan, agar aku tidak mudah dijajah cinta yang dusta, yang kelak menjadi hijab di antara kita.."
::anonymous::
Labels:
ingatan
Monday, September 26, 2011
Wanita Solehah Itu..
bismillah..
Wanita solehah itu..
Bukanlah dia yang tanpa cela
Bukanlah dia yang tanpa dosa
Bukan pula dia yang tidak pernah alpa
bahkan kadang dia juga hampir lemas dengan godaan dunia..
tetapi wanita solehah itu..
Dia selalu berusaha menjalankan perintah Rabbnya
Sentiasa bermuhasabah diri agar menjauhi larangan Khaliqnya
Mencintai dan mengikuti sunnah Rasulnya..
Wanita solehah itu..
Adalah dia yang berusaha untuk memperbaiki dirinya
dengan semampu dirinya
dengan sekuat hatinya
Agar dia bisa menjadi lebih baik..
..mencari solehah..
afni natasya
Friday, September 23, 2011
Kalau Nakkan Syurga..
bismillah..
assalamualaikum,apa khabar iman ya?
moga hati-hati kita masih berada pada jalan yang diredhaiNya dan kita masih menjadi di antara orang yang berlumba-lumba untuk mendapat tempat di pandangan Allah..
Alhamdulillah..
minggu ni banyak sangat buat sharing dengan kakak-kakak, adik-adik, sahabat-sahabat yang kadangkala menyebabkan saya rasa macam di tampar-tampar bila perkataan yang diucapkan tu terkena pada diri sendiri. Allahu Allah..masih banyak lagi karat-karat jahiliyah dalam diri yang pastinya memerlukan saya untuk lebih kuat dan bersungguh-sungguh meninggalkan karat-karat tu.
sampai bila nak biarkan karat-karat tu berada dalam diri kan?
bila saya sharing something dengan mereka
saya selalu berpesan kepada diri sendiri supaya biarlah setiap kata-kata lebih dekat dengan si empunya diri.
kadangkala kan, kita bercakap apa-apa sahaja bukanlah bermakna kita lebih tahu atau lebih pandai perkara itu, tetapi sebenarnya lebih untuk kita mengingatkan diri kita sendiri.betul tak??
lagipun, Allah benci kan kalau kita cakap sesuatu yang kita tak buat..
walaupun, kadangkala kita rasa kita sukaa sangat nak buat sesuatu, sedangkan kita tahu yang Allah tak suka kita buat perkara tu, dan akhirnya kita pun tewas dengan segala macam godaan dunia. tapi sampai bila ya kita mahu memenangkan nafsu yang selalu je nak menyeret kita berada hampir dengan api neraka?
masih belum terlewat untuk kita berubah kan, selagi masih bernafas ni selagi itulah Allah masih memberikan kita peluang seluas langit dan bumi untuk memohon keampunanNya.
Dan pastinya kita perlu mengorbankan sesuatu untuk itu, hatta benda yang paling kita sayang sekalipun, tapi bila itu yang Allah minta kita korbankan untuk redha Dia, pastinya kita perlu berkorban!
sebab..
Allah kan nak bagi kita syurga..
syurga..
syurga..:')
Labels:
bicara hati,
diri
Monday, September 19, 2011
Wahai Allah, saya mahu bertemuMu..
bismillah..
kita semua ada kisah semalam yang berbeza
tetapi..
pada akhirnya kita pasti akan setuju bahawa cerita semalam itulah yang meletakkan kita di sini
bersama-sama menggenggam satu janji
bersama-sama membentuk satu hati
menjernihkan kembali hati yang kelam dek dosa-dosa semalam..
sedarkah kalian
cerita kita sebenarnya seakan-akan hampir sama
Allah menguji dan menduga kita
kita pernah lemas dalam tipu daya dunia
kita pernah terjatuh dalam kebodohan cinta manusia
dan saat kita merasakan bahawa kita tak layak untuk berada di pandanganNya
Allah memujuk kita dengan bicara yang memberikan harapan..
"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas.."
Allah masih sudi memanggil kita..
"janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah"
Ada harapan pada setiap bait kata-kata itu..
"Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
Wahai diri, percayalah! Allah akan ampunkan biarpun dosamu seluas langit dan bumi. Allah akan ampunkan!
Ayuhlah bersujud kepadaNya, pohonlah keampunan dariNya..
Rahmat dan kasih sayangNya melangkaui kemurkaannya pada kita..
Dan saat itu juga..
Dia hadirkan suatu rasa di dalam hati ini
agar kita mencari dan mencari untuk bertemu dengan jalanNya..
pasti..
Allah mendengar setiap bisikan hati kita
betapa saat kita mengingati kembali cerita semalam itu
hati kita sangat tersentuh dengan rentetan takdir yang Dia telah aturkan..
Ini adalah sebuah cinta..
dan cinta ini memerlukan kita untuk berkorban dengan seluruh jiwa yang ada
dan di akhir perjalanan ini nanti..
yang tinggal pada kita hanyalah hati yang sejahtera
pada hari kita tersenyum saat melihat Dia di syurga sana..
wahai Allah,saya mahu bertemu denganMu
..afni natasya..
Labels:
bicara hati,
diri
Thursday, September 15, 2011
err..xpe lah!
Bismillah..
![]() |
| tengok cendoi ni..hilang sikit frust..T_T |
kecewa juga ye.bila semuanya menolak..
sedang di hati ini sebenarnya ada harapan yang menggunung tinggi.
haa..kan dah salah. pengharapan itukan selayaknya hanya disandarkan pada Allah..
patutlah kecewa..T_T
takpe lah tasya..
cuba lagi ye
mungkin usaha masih terlalu sedikit
mana mungkin boleh dijual beli dengan sesuatu yang sangat mahal nilainya..
tapi..
kalau tak mahu mencari, macam mana mahu berjumpa??
*maaf..saya manusia yang terlalu banyak cacat celanya..
Labels:
contEng
Wednesday, September 14, 2011
Bukan Milik Kita..
Bismillah..
tahu tak, apa yang ada pada kita hari ini bukanlah milik kita
semuanya..hanya pinjaman kan?
Allah bagi kita pinjam..agar kita dapat menjalani kehidupan kita ini dengan bahagia.
Allah bagi pinjam..
keluarga kita..harta benda kita..bahkan diri kita sendiri adalah milik Allah
pada akhirnya, pasti semuanya akan kembali kepada Tuan empunya kan?
siapalah kita untuk marah-marah bila benda itu diambil kembali oleh tuan empunya?
kita tak layak untuk marah!
jangan bersedih..
bila Allah ambil kembali apa yang ada pada kita.
kita kan hanya HAMBA..
jangan kecewa..
bila harapan dan impian kita tidak menjadi kenyataan
pastinya, Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik buat kita..
sesuatu yang kita sendiri tidak pernah menjangka kan nya
tidak ada yang mustahil bagi Allah kan?
semuanya..
bukanlah milik kita..
kita hanya menumpang di negeri ini, buat mencukupkan bekalan sebelum berangkat ke negeri abadi..
jadi, jangan marah bila yang kita rasakan milik kita itu di ambil kembali kerana ia hakikatnya bukan milik kita!
Jangan Sampai Kehilangan..
Ada banyak sangat perkara dalam hidup ni
Tapi, hanya ada satu perkara yang saya tak sanggup kehilangannya
Bila diri ini tersalah dan tiada siapa lagi yang Allah hadirkan untuk menegur
Bila diri ini putus asa dan tiada siapa lagi yang Allah hadirkan untuk kembali menguatkan
Saya risau sangat andai Allah sudah tidak mahu 'memandang' saya lantaran dosa-dosa yang menggunung tinggi
juga kerana kadangkala diri bersikap endah tak endah dengan teguran demi teguran yang Dia berikan..
Allah..:'(
sahabat akhawat..
jangan jemu untuk mengingatkan saya andai saya terleka..
saya amat memerlukan kalian..
kerana pada saya, nasihat kalian adalah amaran dari Dia buat saya..
kita boleh hilang segala-galanya yang ada di dunia ini
tapi, kita tidak boleh kehilangan Allah..
ya, hidayah itu milik Allah..
tetapi usaha untuk memperoleh hidayah itu berada di tangan kita..
jangan sampai kehilangan..
Labels:
bicara hati,
ingatan,
teman
Friday, September 09, 2011
N.L.H
Bila Allah tidak memberi apa yang kita mahu
Bukan bermaksud Allah tidak tahu
Sedang sebenarnya Allah itu lebih lagi tahu apa yang kita perlu melebihi apa yang kita mahu..
Pengharapan yang tertinggi itu
Selayaknya hanya milik Allah
Kerna engkau pasti akan kecewa andai engkau menggantikan tempat itu dengan manusia biasa
Engkau akan kecewa
Hatimu akan sakit sendiri
Dan saat itu engkau juga merasakan bahawa tiada siapa yang memahami dan sudi berkongsi..
Tempat itu hanya milik Allah..
Hanya Allah..
[ afni natasya ]
[ 090911 ]
[ 0051]
Labels:
bicara hati
Sunday, September 04, 2011
11:15
bismillah..
rasa macam lama pulak tak menconteng kat sini.
nak wish selamat hari raya kat sini pun tak sempat, ye la, saya beria bawak broadband ni balik kampung..
sekali takde line langsung jugak..=_='
so, di waktu yang ada ni,saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat..moga-moga kita masih kekal istiqamah dengan amal yang kita lakukan sepanjang Ramadhan yang lalu.insyaAllah..:)
hurm..seminggu ni mood saya tak betul sikit
maaf kepada orang sekeliling yang terkena tempias emo emo ni..
biasa la tu orang perempuan kan.nak nak pulak time raya ni, macam2 hal yang jadi..
susahnya nak jadi 'budak baik' di dunia akhir zaman ni kan?
payahnya juga nak istiqamah dengan apa yang sedang digenggam hari ini..
mungkin orang nampak macam senang..
tapi hakikatnya..
Impian Saya..
saya hanya mahu menjadi orang biasa
yang hidupnya hanya sederhana
sederhana segala-galanya..
saya benar-benar hanya mahu menjadi insan biasa
tetapi punya hati yang luar biasa
hati seorang manusia yang sebenar-benar manusia
yang memiliki jiwa seorang HAMBA..
Berilah diri ini kekuatan wahai Allah..
rasa macam lama pulak tak menconteng kat sini.
nak wish selamat hari raya kat sini pun tak sempat, ye la, saya beria bawak broadband ni balik kampung..
sekali takde line langsung jugak..=_='
so, di waktu yang ada ni,saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat..moga-moga kita masih kekal istiqamah dengan amal yang kita lakukan sepanjang Ramadhan yang lalu.insyaAllah..:)
hurm..seminggu ni mood saya tak betul sikit
maaf kepada orang sekeliling yang terkena tempias emo emo ni..
biasa la tu orang perempuan kan.nak nak pulak time raya ni, macam2 hal yang jadi..
susahnya nak jadi 'budak baik' di dunia akhir zaman ni kan?
payahnya juga nak istiqamah dengan apa yang sedang digenggam hari ini..
mungkin orang nampak macam senang..
tapi hakikatnya..
Impian Saya..
saya hanya mahu menjadi orang biasa
yang hidupnya hanya sederhana
sederhana segala-galanya..
saya benar-benar hanya mahu menjadi insan biasa
tetapi punya hati yang luar biasa
hati seorang manusia yang sebenar-benar manusia
yang memiliki jiwa seorang HAMBA..
Berilah diri ini kekuatan wahai Allah..
Monday, August 29, 2011
Ramadhan terakhir?
bismillah..
malam Ramadhan yang terakhir.mungkin.
kat luar hujan.macam memahami perasaan ni.
Wahai Allah..
terimalah segala amalan di hari-hari sepanjang Ramadhanku..
pintaku wahai Allah..
jadikan Ramadhanku kali ini sebagai salah satu penyebab
yang membenarkan daku untuk bertemu denganMu..
rintik-rintik hujan,
afni natasya
afni natasya
Labels:
bicara hati
Friday, August 26, 2011
haih!
pukul dua pagi.kenapa ade kat depan lap top lagi ni.entah.mata tak boleh lelap.serba tak kena.sedang memikirkan macam-macam perkara.tibe-tibe rasa macam banyak benda yang tidak berjalan dengan baik.omaigod.teruknya rasa.emosi tak keruan.kenapa tiba-tiba ada perasaan menggelabah untuk berdepan hari esok.omaigod.ape bende ni.haih!
Ya Allah,permudahkanlah..permudahkanlah..permudahkanlah..
Labels:
contEng
Thursday, August 25, 2011
Umrah : Kenangan Terindah (1)
bismillah..
Disebabkan ramai kawan-kawan yang cakap kat saya "tasya!ko pergi umrah ke hari tu? cerita la kat aku macam mana kat sana!"
Malangnya jawapan yang saya bagi sangatlah tak memuaskan hati,
"emm..best3.tak tau nak cakap macam mana, bestlah..best." =_='
Teruk.betul..T_T
Jadinya, pada hari yang penuh kerajinan ini meh la saya story mery pengalaman dan kenangan sepanjang 14 hari berada di sana,insyaAllah..:)
kenapa saya letak gambar ni? sebab saya nak bagitau yang benda besar ni telah mengalami masalah ape ntah sekaligus menyebabkan kami delay dua hari. (what??)
ye..itu lah hakikatnya, kita hanya mampu merancang dan Allah lah sebaik-baik penentunya kan? :)
Act, mula-mula macam agak terkilan jugak la, ye la..kami dah rugi dua hari kott. kalo delay kat mekah ke, bestlah jugak. tapi bak kata Nora, "baiklah rosak kat sini, tau jugak nak berhenti repair kat mana, kot rosak nye kat atas tu, nak berhenti kat tengah awan tu?"
ok3..alhamdulillah. kami semuanya redha saja. Apepun, Saudi Airlines ni 'belanja' kami semua duduk kat hotel kat Mekkah Somban tu ha. Somban? maaf, ni bahase orang kampung saya. ><
Kami menginap kat Seremban, dua hari asyik makan tido je..(mesti orang ingat dah sampai mekah time tu) =_='
dan Alhamdulillah,setelah dua hari asyik bermimpi dah ada kat Masjidil Haram, pada 23hb pukul 9.30 malam akhirnya kami berlepas ke Jeddah. Terima kasih Ya Allah..:)
![]() |
haa..sape kata makanan dlm flight xbest ha? rase nak tambah je..>< |
Awal-awal lagi pihak travel dah bagitau yang kena bersedia dengan cuaca panas yang tak pernah anda alami kat Malaysia. Dan memang sangat3 betul lah, walaupun baru pukul 8 pagi, tapi bahang dan terik nya macam pukul 12 tengah hari kat sini. tapi cuba tengok gambar ni..
![]() |
| kalau tengok suasana macam dingin dan sejuk je kan? sedangkan sebenarnya.. |
bila fikir balik dengan iman, ni baru panas kat dunia kan? nanti kat Padang Mahsyar bila matahari hanya jarak SEJENGKAL dari kepala macam mana la kan? ;'(
sebab tu la, kita kena berlumba-lumba untuk menjadi antara tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di 'sana' nanti. apa tujuh golongan tu? haa..boleh tanya pak cik Google ye.
eh, sempat pulak bagi tazkirah..=.='
![]() |
| tak pasti pulak ni pukul brape..=_=' |
tapi..memang keesokan harinya tu memang kepala saya terus rasa berat dan terasa macam nak demam. badan terkejut dengan cuaca yang tak pernah dialami sebelum tu kot. entah berapa banyak panadol saya telan pun saya tak tahu.
alhamdulillah,dalam tiga empat hari kat sana baru rasa macam badan dapat menyesuaikan diri dengan cuaca, kalau tak setiap kali balik hotel lepas zohor mesti berjalan sambil pejam mata (eh, macam mana nampak jalan?)
erk.saya bukak mata sikit je la.asal nampak cahaya sikit pun ok lah tu.
![]() |
| tempat penginapan di Mekah.. best tau hotel ni! kalau korang pegi Mekah, duduk la kat sini tau ..tau..tau.. apa yang best sangat? makanan! ini serius! |
tadaaa..memperkenalkan, ini lah mutawif kami sepanjang berada di Mekah dan Madinah.
namanya Ustaz Affandi ya ibuk dan bapak sekalian. Baikkk sekali orangnya.
(apesal ayat jadi macam nih?)
saja amek mood sebab ustaz ni orang Indonesia..:D
![]() |
| ustaz suka eh..ke bersyair? saya pun tak pasti, tapi suka 'menyanyi' la senang cite.. hoho |
![]() |
| kaabah..:') |
memandangkan time saya pergi ni dekat nak Ramadhan dah, jadi memang ramai la sangat orangnya.
makin malam, makin ramai orang masuk ke dalam masjid untuk bertawaf sebab cuaca waktu siang yang panas. tapi ramai jugak yang buat waktu siang..=-='
senang cerita setiap waktu memang ramai la (tapi nak jugak bagitahu yang malam lagi ramai).
Bila saya tengok suasana macam tu kan, saya terfikir yang ada ramai lagi orang kat luar sana tu yang berkejar-kejar untuk beribadah kepada Allah.
Betapa sebenarnya Allah memang tak rugi sedikit habuk pun kalau kita ni malas nak beribadah kat dia. sebab ramai lagi hamba Dia yang bersungguh-sungguh mahukan syurgaNya.
Bayangkan sepanjang bertawaf tu ternampak ramai orang yang bersungguh-sungguh berdoa sambil menangis-nangis..
dan percayalah bahawa tiada siapa akan kisah atau pandang pelik kat kita kalau kita menangis sampai tudung kita basah dan mata sembab di tengah khalayak ramai tu..
![]() |
| ni time balik dari solat subuh.. |
![]() |
| ramainya orang beriman... |
jalan ke masjid tak pernah tak sesak tanpa orang. setiap masa memang berduyun-duyun orang ke masjid. kalau time solat lagi lah.. kena cari ruang nak selit-selitkan diri kalau nak cepat sampai masjid sebab imam kadang-kadang mula solat cepat sangat, tapi ada waktu tu lambat pulak sampai 15 minit baru iqamat..saya pun komfius..=_='
kat sana tuhan uji saya dengan istihadhah. (kalau tak tahu boleh tanya pakcik google lagi).
sedih jugak mulanya sebab istihadhah akan menyebabkan saya perlu mengambil wudhu' yang baru hanya selepas azan. yang sedihnya, mestilah saya tak dapat nak duduk dalam masjid awal-awal untuk tunggu masuk waktu solat sebab kalau anda nak duduk dalam masjid, sekurang-kurangnya kena datang setengah jam awal (itu pun kat tempat3 yang tak berapa nak selesa) dan mula-mula tu memang kelam kabut jugak saya dibuatnya.
memang banyak kali jugak lah kena ulang alik keluar masuk masjid, kalau imam cepat mula solat lagi lah rasa menggelabah sebab rasa rugi sangat kalau tertinggal satu rakaat bersama imam.
tapi saya yakin dan percaya, bila Allah yang tentukan semua itu pasti ada hikmah untuk diri saya ni. dan pastinya Allah nak menguji kesabaran saya jugak untuk tak mengeluh dengan takdirNya. ;)
| perkarangan masjid..^^ |
bila dah lewat tu, maka tempat saya bersolat kat perkarangan masjid aje. tapi biasanya untuk solat zohor dan asar, imam mula agak lewat sikit, jadi sempatlah saya berlari ke tingkat atas masjid. ada rezeki dapat lah masuk, kalau tak sempat dekat tangga atau depan pintu masuk pun jadilah..^^
nak ubat kesedihan tu, kena lah rajin-rajin kan diri buat solat sunat kalau nak solat depan ka'bah atau di tingkat bawah masjid. apepun, semuanya..alhamdulillah..:))
**********************
*wah,panjangnye.ni ke yang takde ceritanya? huu
sebab saya takut anda pening baca panjang3, nanti saya buat part 2 pulak nah..hoho
ni baru pengenalan ni..ngee~~ :D
Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Dakwah Adalah Cinta..
Bismillah..
“ Barangsiapa menyeru kepada hidayah (petunjuk) maka ia mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa sebagaimana dosa yang mengerjakannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun”
[Hadith Riwayat Muslim]
Dakwah Itu...
Dakwah bukan kerja ustaz atau ustazah sahaja
Tapi dakwah itu milik semua orang yang mengaku beriman dengan sebenar-benarnya..
Dakwah bukan untuk orang yang tidak mahu bersusah dan manja
Bukan untuk orang yang asyik memberi alasan itu ini begitu begini
Bukan untuk orang yang merungut kenapa macam tu kenapa macam ni..
Tapi dakwah untuk orang yang tidak kisah masanya tiada untuk berseronok macam orang lain
Sebab dia yakin benar yang masa berehat itu bukanlah di dunia tetapi hanya apabila dia sudah bertemu dengan tuhannya..
Tapi..
Dakwah ini susah..
Banyak mata yang memandang..
Banyak mulut yang bercakap..
"Eleh..nak tegur orang.diri sendiri pun teruk lagi,"
"Dia ingat tudung dia dah labuh dia bagus sangat?"
Mereka tidak tahukah yang dia itu juga hanya manusia biasa?
Mesti ada juga salah dan cacat celanya..
Pastinya..
Tak semua orang sanggup nak buat dakwah
tapi semua orang yang mengimpikan syurga pasti sanggup menggalasnya!
*Saya.mahu.jadi.D.A.I.E
Saturday, August 20, 2011
Pulangkan..:'(
bismillah.. ![]() |
| harap orang 'tu' baca entry ni.. |
saya tidak tahu siapakah yang akan sudi membuka dan membaca blog ni..
tapi saya tetap nak luahkan kat sini..huhu
saya ini jenis yang suka membeli buku dan biasanya saya tak kisah pun untuk memberi orang pinjam
tapi, dengan satu syarat..
pulangkan kembali buku-buku saya sepertimana saya memberikannya kepada kalian..
sebab saya sangat-sangat-sangat menyayangi buku-buku saya..
biasanya buku-buku bukan akademik la (erk.saya sayang jugak.) ..=_='
buku motivasikah, islamik kah, novel kah..macam-macam lagi laa..
tapi..semakin lama saya rasa buku-buku kesayangan saya itu semakin ghaib..:'(
entah dimanakah..*nangeh*
saya bukan jenis yang akan membuat buku catatan kepada siapa yang mahu meminjam buku-buku saya kerana saya percaya yang meminjam itu pastinya sudah besar panjang dan akan ada rasa tanggungjawab untuk memulangkannya kembali bila tiba waktunya..
dalam banyak-banyak buku yang saya sedar kehilangannya..
saya paling terasa dengan ke'tidakjumpa'an saya terhadap buku ini..
![]() |
| buku..dimanakah?? :'( |
mungkin ada sahabat yang meminjam dan terlupa nak pulangkan balik..
takpe, saya tak marah..
boleh lah mesej saya dan bagitahu yang buku ini berada dalam keadaan selamat dan sihat di tangan anda..
huhu
"Ala..beli je la baru tasya oii," terdengar satu suara ngeri
![]() |
| kalau ada terjumpa, pulang balik kat saya eh.. |
Oh tidak akan sama..:'(
Buku ini ada nilai dan kenangannya yang tersendiri kepada saya..
Sob sob sob..
Anda fahamkah perasaan itu??





























