Pages

Wednesday, October 31, 2012

Malam yang sedih



Allahu Rabbi..
Ku mohon ketetapan hati. keteguhan jiwa. kecekalan diri

untuk terus bersama jalan dakwah dan tarbiyyah ini
bersama jiwa-jiwa yang mengimani sepenuh diri apa yang mereka lakukan
walau dugaan datang bertubi-tubi tanpa belas.
mengguris perasaan, seakan memusnahkan semua impian..

Allahu Rabbi..
Kerna ku yakin bahwa Engkau ada di sisi kami

maka kuatkanlah kaki ini untuk terus berjalan
tekadkan hati-hati kami untuk terus mencari dan menyuburkan jiwa-jiwa itu
dengan cara kami. dengan apa yang kami fahami.
sepenuh jiwa kami. seluas lautan cinta kami hanya kernaMu

kerna jika untukMu maka kami tidak akan sekali pernah berhenti
dengan apa yang kami fahami. dengan cara yang kami imani.

moga semua ini hanya kernaMu ya Rabbi.
Hanya kernaMu~! 



*membaca tulisan itu membuat air mata bergenang. Sungguh, 'jalan' ini tidak mudah, bahkan jauh sekali dari kemudahan yang pernah ku angankan.
* Ya Rabb, thabbit qulubana a'la deenik wa a'la tho a'tik..












Tuesday, October 16, 2012

Bestnya Dah Konvo..^^


Bismillah..

Minggu lepas adalah musim konvokesyen di UTM. Honestly, dah dua tahun duduk kat UTM ni, bila tengok senior-senior konvo,perasan tu macam biasa je. Tak adalah rasa macam excited ke apa sebab tahu bukannya diri sendiri yang nak konvo tu.

tapi kan kali ni, perasaan tu dah tak biasa lagi dah. ahaha
Rasa macam.. arghh~!


Bila melihat mereka..


Hari sabtu lepas adalah hari pertama upacara konvokesyen kalau tak silap, nak jadikan cerita pada hari tu pulak saya ada case study dekat fakulti. Punyalah ramai orang, jalan pun sesak sebab kiri kanan penuh dengan kereta. Saya pulak entah kenapa tak teringat pulak time tu nak ikut jalan lain yang boleh lari dari kesesakan tu. so, apa lagi, bila duduk dalam kereta yang gerak tapi macam tak gerak tu, mulalah bising, "Adoi laa, kenapa lah aku ikut jalan ni.dush dush"

tapi..bila pandang kiri kanan, ehh..ramainya orang bawak bunga. Pakai jubah konvo. Satu keluarga duduk bawah pokok ramai-ramai..dan paling tak tahan sampai rasa eh eh..kenapa mata rasa berair pulak ni..bila tengok emak ayah mereka yang saya kira pasti datang dari jauh semata-mata kerana nak tengok anak mereka naik pentas. mestilah bukan selalu mereka nak datang macam ni, mungkin itu adalah kali kedua selepas kali pertama hantar anak mereka masa pendaftaran tahun pertama belajar. 


Terus rasa sebak..T_T
sebab memandang wajah-wajah yang dah tua tu.

sanggup datang dari jauh demi memenuhi kehandak anak mereka, dan saya pasti jauh di sudut hati mereka, mereka pasti berbangga dengan anak-anak  mereka itu.
terus teringat kat mak dengan ayah.
pasti saya kira harapan mereka pada saya juga sama. mahu saya memegang ijazah pada tempat yang terbaik.  sebab mak ayah saya sendiri pun tak pernah datang selepas kali pertama hantar saya waktu pendaftaran kali pertama, dan saya benar-benar mahu kali terakhir mereka datang ke UTM semula adalah dengan perasaan berbangga dengan saya. 

Setinggi harapan mereka itu, saya mahu jadi anak yang tidak menghampakan. sebab kalau cakap dengan emak dekat telefon, emak memang tak pernah tinggal dua perkataan ni.. "Belajar rajin-rajin"
dan sekarang tugas saya, untuk menggembirakan hati mereka, berusaha sekuat tenaga dan pastilah Allah sebaik-baik penentu segalanya.

hope to be here one day..*guess where?* ;)

Impian saya yang menggunung juga, mahu menyambung pelajaran ke luar negara. rasa macam dah jatuh cinta dengan tarbiyyah yang diceritakan oleh akhawat yang back-for-God tu, teringin nak rasa sendiri kehebatan tarbiyyah di tanah yang lebih jaug disamping memang bercita-cita nak sambung belajar psikologi di Europe sana.
Allahu Akbar. Allah jugalah sebaik-baik perancang. pada diri sendiri, ada usaha yang tetap perlu diperkuatkan dan saya yakin amat, Allah tidak akan pernah mengecewakan harapan hambaNya.



*Biiznillah. 2014. saya mahu naik ke pentas Dewan Sultan Iskandar, UTM dengan membawa balik medal First Class Honour. Doakan!*







Friday, October 12, 2012

I Love Usrah




Alangkah indah
Saat bertentang mata dengan mutarabbi
Duduk merapat dangan erat
Lantas bercerita tentang rahmat kasihNya
Betapa Allah jualah yang mempertemukan kita
Menggerakkan hati ini untuk kembali memperbaiki diri..

Alangkah syahdu
Saat terlihat air bergenang dikelopak mata
Dan dikau mula bercerita tentang jahil dan kotornya dirimu
tentang harapan yang dikau dambakan
sesalan masa lalu dan impian masa hadapan..
Sungguh, kata-kata itu menggugah hatiku
betapa teringat bahwa ku juga dahulu begitu
sama seperti kamu..

Alangkah gembira
melihat kalian mahu berpimpin tangan bersama
mencari syurga yang kita idamkan
dan ku ulang lagi..bukan hanya kerana syurga
tetapi sehingga kita mampu menatap 'wajahNya'..

Wahai adik
Sungguh ku mahu engkau juga merasai
Alangkah indahnya perasaan ini..:')



Kakakmu,
Afni Natasya

Tuesday, October 09, 2012

Aku juga rindu






Friday, October 05, 2012

Muhasabah





Letak di sini.
Biar tuan empunya diri lebih terasa setiap kali membacanya.
Biar diri lebih kuat bekerja, lebih sungguh-sungguh menyeru manusia kepada Dia!

"Bila kita tengok adik-adik semakin laju berlari mengejar pahala seluas langit dan bumi
kita terus terkesima. memandang diri kita sendiri
Adakah aku ini..
Masih sibuk memberi alasan, masih berkira-kira, masih belum mengorbankan sepenuh jiwa..
Seolah kita mahu memberi isyarat kepada Allah taala bahawa "kami sedia digantikan dengan suatu kaum, mereka mencintaiMu dan Engkau mencintai mereka....

Mereka bersikap lembut terhadap mukmin...
Berjihad di jalan Allah..."
Al-maidah ayat 54 kini bermain di kepala.."

"Dan mungkin jika Allah punyai akaun FB, mesej FB kita kepada Yang Maha Cinta ialah "biarlah kami dengan diri kami sendiri, berilah kami masa untuk diri kami, kami ada kesedihan kami sendiri, masalah kami sendiri, pelajaran kami sendiri dan semuanya tentang kami harus kami fikir dahulu, melebihi segala tentang perjuangan untuk ummah ini..." lantas ummah akan terus menangis, rumah2 terus dirompak, wanita2 terus dirogol, kanak2 terus didera, diperkosa, dibunuh, zina sana dan sini terus mendekati kita dan keturunan kita seinci demi seinci..
Lalu... Jangan menangis kalau satu masa nanti, anak cucu kita, yg maybe lahir dari rahim kita sendiri, yang maybe darah daging dan asal usul senenek semoyang kita semuanya menjadi mangsa keadaan ini.. Jangan menangis, kalau rumah kita dicerobohi, dan diri kita sendiri pula dijadikan mangsa..."

"Nanti... Mungkin jawaban kita dengan yang Maha Esa, "wahai Tuhan, inilah saja yang aku mampu persembahkan untukmu demi sebuah syurga."

Sunday, September 30, 2012

Pesanan Kakak




Pesanan  seorang kakak
Adakalanya menghunus tajam di dasar hati
Ada masa menguntum gelak tawa
dan yang pasti, kukira semua pesanannya itu benar belaka..

************************************************************************

"Duhai adik, pasti adik tahu malah yakin benar
bahawa islam tak ajar begitu..
walaupun orang membodoh-bodohkan hidayah yang adik rasa dan nikmati
walaupun orang persendakan nur yg sirami hati adik
walaupun mereka meperlekeh-lekehkan perubahan kecil yang cuba adik buat dalam hidup adik,
tetapi ingatlah,
apabila semuanya kerana Allah
segalanya ditolak ketepi.
hanya satu tujuan perjalanan inqilab adik.
Allah semata.
Semata-mata dia.

maka pandang kecillah pada umpat keji orang
juga padang remehlah pada puji-puji orang
kerana pada keduanya ada sesuatu yang merosakkan!
ia membakar amal seperti api membaham ganas dedaunan kering,
menyala-nyala apinya, marak membahang nyalaannya..

ingatlah wahai adik,
ikhlaslah bila berubah
buatlah kerana Allah
bukan kerana naqibah
bukan kerana murobbi
bukan kerana masulah
bukan kerana ustaz-ustazah
bukan kerana akhwat
apetah lagi kerana ikhwah...
buatlah demi menggapai redho Allah
inshaAllah Dia akan tuntuni langkahmu..

akak telah hidup tidaklah terlalu lama
tetapi hidup mengajarkan akak sesuatu
bahwa apabila seseorang itu meniatkan sesuatu itu
dia PASTI akan mendapat apa yang diniatkannya..

yang merubah diri kerana calon suaminya,
akhirnya mendapat suami dan itu sahaja
yang merubah diri kerana masulah, murobbi atau naqibah
akhirnya melarut apabila tidak lagi bersama-sama
yang merubah diri kerana akhwat
akhirnya dapatlah akhwat sebagai teman baiknya
tetapi apabila tidak berada dalam lingkungan akhwat
tiadalah beza antara dirinya dengan orang awam...

jadi,
ikhlaslah wahai adik...
dan jagalah keikhlasanmu itu
kerana niatmu akan terzahir di penghujungnya nanti..."

*kakak S*




Friday, September 28, 2012

Kerna ku suka bulan


"Bulan itu cantikkan?" dia bertanya

"Sangat. Melihatnya saja hati bisa gembira," saya hanya mampu tersenyum. Indahnya bulan. pasti Penciptanya lebih lagi indah.

"Entah nanti bagaimanalah, saat melihat tuhan dengan mata ini sendiri," matanya kelihatan berkaca-kaca

"Apakah tuhan sudi memandang diriku?"



Wahai tuhan yang maha mencintai,
Izinkan mataku ini menatapMu..
Walau diriku penuh dengan debu-debu dosa
Namun kerna rahmatMu aku akan tetap berbaik sangka..




Sunday, September 23, 2012

Harapan PadaMu Subur Kembali..:')




Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa

Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghaffar-Mu

Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan dijiwa

Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Wahai tuhanku Yang Esa

Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa

Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang rahmat-Mu

Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku

Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini..

*************

"Siapa yang bersungguh-sungguh mencari Dia, pasti dia akan bertemuNya..
tak ada bezanya antara kita
kerna kita semua manusia berdosa
yang menilai itu hanyalah Allah
dan yang akan membezakan kita hanyalah taqwa.."



Allahumma innaka affuwun kareem..
tuhibbul afwa fa'fuanna..:'(


Friday, September 21, 2012

Ini bukan masanya untuk berhenti



Walau ditolak..
Kita tidak akan pernah berputus asa
Kerana kita selalu yakin dan percaya
Yang dinilai Allah itu adalah usaha..

Andai kita terasa lemah
layankanlah perasaan itu sebentar
tapi ingat..hanya sebentar sahaja ya..
biar kita selalu ingat bahawa kita ini cuma hamba
pergantungan kita harus sepenuhnya kepada Dia..

Kemudian, bangunlah..
Teruskanlah perjalananmu itu
Jangan biar diri kita tertinggal
menjadi orang-orang yang hanya duduk menunggu
termenung tidak berguna
lemah tiada daya..

Ingatkah kalian
Di medan Tabuk dahulu, para sahabat itu bercucuran air mata 
bukan kerana menyesali dosa mereka
tetapi kerana rasa kekecewaan yang mendalam
lantaran tidak bisa ikut berperang
bukan kerna mereka tidak mahu
tetapi tiada apa lagi harta yang mampu digadaikan buat bekal perjalanan..

Alangkah
jauh sekali berbeza mereka dengan kita
sedang kemampuan fizikal kita banyak sekali
jadi, mana mungkin kita bisa mengalah terlalu cepat..

Ayuh..teruslah berlari..
sehingga tiba saat yang Allah janji..
"..Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”
[57:12]
 
.:Afni Natasya:.
 210912.1213
 


Thursday, September 13, 2012

Doakan




i'm purple lover..:)

Bismillah.
Dua minggu kebelakangan ni, rasa tak sedap je.
Tak sedap hati.badan.fikiran.
Pening kepala. sakit urat belakang. terasa macam orang yang dah tua. T.T
Dan mood untuk mengupdate blog juga semakin tiada
Perasaan itu ada tetapi entahlah..mungkin perasaan yang masih berbasi-basi saja..

Oh ya, Terima kasih kepada mereka yang sudi menjengah kalam bisu ini
walaupun mungkin tersesat masuk atau hanya berkenan dengan nama tuan empunya :P
Moga adalah kebaikan yang diambil dari tulisan yang tak seberapa
kalau yang ada tidak menambah apa-apa, silakan cepat-cepat tekan tanda X kat atas sana..

walaupun begitu
saya tak pernah melupakan impian saya yang satu ini
mahu menjadi penulis berwibawa.. supaya ada yang membaca dan mengambil pengajaran
biarpun kadangkala contengan itu nampak tak kena ayatnya..hihi
tak mengapalah, diri ini akan terus belajar insyaAllah..

mohon doanya
moga Allah tidak meniggalkan kita saat kita melupakanNya
bersabarlah dalam menghadapi hari-hari yang entah bila akan tiba penghujungnya
kita tidak tahu, tetapi ketidak ketahuan terhadap penghujung itu adalah kepastian yang nyata..

sesungguhnya..
tempat kita bukan di sini..
di sini hanya tempat menyemai benih-benih syurga
supaya nanti hasilnya dapat dituai di 'negeri' sana..

benar-benar mengharap doa kalian
moga Allah redhai kita
sampai saat kita bertemuNya..:') 

http://www.youtube.com/watch?v=RoYg1_MOVCI
bermakna.. [klik]

 .:0536.130912.kerana Tuhan untuk manusia:.
| bahagia melihat mereka yang tetap bekerja untuk agamaNya. tunggu aku..aku juga mahu! |

Saturday, September 08, 2012

Seorang hamba yang disayangi



Seseorang yang mengenalkan kita kepada Dia, mana mungkin kita tak cinta..

Ada seorang hambaNya
Allah hadirkan dia untuk kita
supaya kita semakin mengenal dan menyintai Dia
lebih dari segala-galanya..

Ada seorang hambaNya
Tidak lelah menasihati
Tidak bosan memberi erti
Membuat diri tersedar, masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki..

HambaNya itu mengajariku
Indahnya tarbiyyah
Hebatnya jalan dakwah
Manisnya ukhuwah..

Jazakillah khair wahai murobbi..
moga suatu hari nanti Allah makbulkan doa kita
menemukan kita kembali di taman firdausi bersama cinta kita yang tertinggi..

:')


Monday, September 03, 2012

Rabbi, ajarkan daku ikhlas..



“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).” 

(QS Al Ahzab : 23)

Berbahagialah..
Du'at yang tetap berpegang pada janjiNya
Walau susah
Walaupun payah
Janji itu takkan pernah tergugah..


Dakwah ini..
merindukan sosok tubuh yang tidak mengharapkan penghargaan mahupun sanjungan

Bukanlah jalan dakwah ini ditempuhi hanya semata-mata kerana amanah dari jawatan yang kita perolehi, tetapi kita memilih jalan dakwah kerana kita sangat memahami shahadah yang datang dengan sebuah janji kepadaNya..

Satu masa dahulu.. Saat bermusafir, saya melihat beberapa jiwa yang benar-benar menginfakkan dirinya untuk dakwah
Akhi dan ukhti itu benar-benar mencabar diri saya
bahawa saya juga harus seperti mereka. bahkan perlu belajar untuk menjadi lebih baik.

betapa mereka mengimani dakwah yang mereka fahami
lantas ia mendarah daging dalam segenap pelusuk kehidupan mereka..

Para du'at itu..
Bukan sekadar aktivisma yang menggerakkan program-program
Bukan sekadar jasad yang bermesyuarat untuk mengumpulkan manusia
dan merasa cukup atas jumlah-jumlah yang hakikatnya hanyalah angka semata..

Du'at itu membangunkan jiwa yang lena
Membina manusia menggerakkan panji shahadah yang di imani
Du'at mengerahkan seluruh kudrat mereka ada ada. semua. semuanya!


Hati mereka tak tergores dengan kata-kata manusia
Tidak sedikit pun sangkaan itu melemahkan kaki mereka untuk terus berlari laju
Sedang hanya Allah lah yang tahu luka di hati mereka
saat akhi dan ukhti sendiri menyalah tafsir bicara..


Impian mereka hanya mahu membina umat ini.

dan mereka membuktikan dengan jerih payah dan pengorbanan yang bukan sedikit
Mereka bukan para du'at yang hanya hebat bercakap, bahkan seluruh amal kehidupan mereka membuktikan apa yang mereka sering tuturkan
Allahu Akbar..
mata yang melihat ini takkan mampu menipu,dan sungguh saya sangat terkesan dengan itu!

Mohon doa..
Saya.Kita dan mereka..
Agar Allah terus pilih kita untuk tsabat di jalan ini..


****************

Dah start semester baru.
Ayuh berlari lebih laju!



Saturday, August 18, 2012

Perutusan Di Malam Raya..



 

Bismillah..

Allahu Akbar..Allahu Akbar..
Cepatnya masa berlalu, pejam celik dah sebulan Ramadhan kita hadapi.
Moga-moga amal dan doa sungguh3 kita dalam sebulan itu akan menjadi perisai buat kita dalam mendepani sebelas bulan yang akan datang..

Teringat pesan seseorang, katanya nilai taqwa yang kita kejarkan sepanjang sebulan yang lalu akan diuji selepas ini
masih istiqamahkah sedekah?
masih bersemangatkah bangun qiamulail?
masih menjaga setiap tutur kata kah?
Oh..semua itu akan menentukan tahap taqwa diri kita yang sebenarnya..

moga moga kita tidak hanya menjadi hamba Ramadhan
bahkan kita di mana-mana sahaja tetap hamba tuhan..
Biarpun Ramadhan berlalu meninggalkan kita, kita tak akan pernah culas dalam amalan kita selepas ini
kerna kita yakin, Yang maha Melihat itu masih ada..kita masih tetap hambaNya.

Eid Mubarak!

 
Alhamdulillah. 
Esok insyaAllah akan bergerak pulang ke kampung halaman..
Ahaa..bersedialah untuk jem ye. biasanya ambil masa dua jam setengah je, tapi insyaAllah esok berkemungkinan besar waktu itu akan menjadi double waktunya.
teringat time raya tahun lepas, excited la time tu nak drive kereta. first time tu nak bawak kereta manual..haa..berpeluh satu badan bila kereta terpaksa bergerak macam siput sedut.
At last, ayah yang duduk sebelah tension sebab enjin mati lebih sepuluh kali di samping di selangi dengan alunan merdu hon-hon dari kereta belakang.
seriously, itu memang waktu yang salah untuk belajar memandu..=_='
entah berapa bakul pujian orang belakang bagi agaknya, dah tak tahan sangat ayah pun keluar kat tengah jalan tu nak tukar driver. wahahaha..

apapun..ingat ni
hati-hati bila memandu..
sedih rasa bila tengok berita ada banyak kemalangan time raya ni..
biar lah lambat macam siput sedut pun, janji selamat sampai. ye tak?
pesan kat diri jugak, memandu jangan ikut perasaan.
kalau kereta depan asyik mati enjin, doakan lah dia dipermudahkan..
kot-kot dia tengah nervous bawak kereta ayah dia..T.T

selamat menyambut aidilfitri bersama yang tersayang
jangan malas-malas ziarah sanak saudara..
(konon anak dara lagi molek duduk rumah je) *cehh..ye la tu.

biasanya, nanti kalau jumpa pak cik mak cik yang dah lama tak jumpa tu mesti diaorang akan kata, "ehh..dah besar dah ekau yo. dulu jumpo raso macam berhingus yo laie".. 
haha..betul lah kan? kalau jumpa anak-anak sedara tu, dulu cam baby lagi, tengok3 dah boleh berlari dah. kan ke terkejut tu..>.<

buat teman yang mengenali,
jemput lah datang rumah di negeri sembilan ni, biasanya memang habiskan mood hari raya kat sana.
bila balik kl dah tak ada dah mood tu, kuih raya pun biasanya tak pernah ada nak jamu..
ehehe..tahun lepas macam segan nak ajak ke rumah di kampung sebab rumah kosong lagi tak ada pape, tapi tahun ni insyaAllah kalau datang dah boleh duduk atas kerusi.. kuikui

Dari hati nur afni natasya ismail,
mohon maaf kepada teman-teman yang mengenali diri ini andai ada kesalahan dan kelemahan sepanjang perkenalan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
moga segala amalan kita diterima..:)
تقبل الله منا ومنكم
كل عام وأنتم بخير



Tuesday, August 14, 2012

Semoga milik kita..






Ramadhan ini sudah hampir tiba ke penghujungnya..

Moga Allah mengampuni diriku dan dirimu..


.:afni natasya:.







Monday, August 06, 2012

Semoga jadi budak baik wahai anak-anak..





Setiap kali call, ayat yang satu ni memang tak pernah miss..
"Mak lang, datanglah sini,ajak mak teh,mak uda,pak cik, mak su,atok mail, uwan.."
Aha..ni kak long lah yang ajar dari budak ni kecik, tapi sekarang dah payah ajar dah. dah pandai.. X)

Seronok tengok diaorang dah besar..
Jarang je jumpa diaorang, tu pun kalau ada cuti panjang.

Ustaz kata, ada beza suka kanak-kanak dengan anak-anak.
Kalau suka kanak-kanak, kita suka time dia buat perangai comel je,
nanti bila dia buat perangai sebenar dia, terus tak suka dah..
Tapi kalau anak-anak, comel ke..comot ke.. hingus meleleh ke..terbaraikan henpon kita ke..
kita tetap suka. tetap sayang.. sebabnya, itu kan anak..*ewahh*

Moga Allah rahmati kalian wahai anak-anak..
Semoga jadi budak yang baik. yang ikut skema Allah dan Rasul. :)



thaqif & naufal

Thursday, August 02, 2012






Entah kenapa, terasa sayu pula.
Mengenangkan hari-hari Ramadhan yang dah berlalu 
dan saya masih tercari-cari lagi 'rasa' pada setiap malam-malam itu..

Allahu Allah..
Sudilah pandang diriku..:'(



Sunday, July 29, 2012

Hakikatnya..kita adalah sama.


Bismillah..


Semua orang ada kisah yang berbeza dalam hidupnya kan?
Dan kalaupun kisah itu buruk di pandangan mata kita, bukanlah itu bermaksud kita berhak untuk merasakan diri kita lebih mulia dari dia.
Mungkin di mata kita, dia nampak jelek.
Maksiat yang dilakukan seakan tak terampun.
tapi.. siapa kita untuk terus mengatakan bahawa dia tidak berhak memiliki syurga??


Allahu Rabbi..
Moga kita dijauhkan dari perasaan seperti ini.
Merasa diri lebih bagus, lebih mulia dan lebih segala-galanya.
Kita tidak pasti lagi pengakhiran kita bagaimana, boleh saja takdir Allah mengatasi segala keinginan kita.
Selagi kaki ini belum menjejak syurga, kita tidak layak untuk 'menerakakan' sesiapa pun di luar sana..

Saya.Dia.Kita..
Semuanya adalah sama.
Yang membezakan kita hanyalah taqwa yang ada pada diri.



“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di hadapan Allah adalah orang yang paling bertaqwa.”
 (Al-Hujurat, 49:13)

Kerana yang menilai itu hanyalah Allah, maka berhentilah merasa diri kita lebih baik berbanding orang lain.

mungkin, kerana kesilapan yang pernah dia lakukan dulu itu,
hatinya lebih tulus dari kita saat beribadah,
air matanya lebih banyak mengalir dek mengenangkan dosa-dosanya,
dan dia sebenarnya jauh lebih mulia dari kita di sisi penghuni langit sana!

"..Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami.." [3: 147]