Pages

Friday, November 12, 2010

kita ni sombong!

bismillahirrahmanirrahim..

timE musim exam ni,rajin la jugak saya pErgi study kt luar..
eh,bukan luar UTM ni yE..

maybe pergi library ke..tapi,kadang-kadang study kat library ni mEnyakitkan mata..
alah..pErangai biasa budak-budak mElayu..
jadi saya pun pErgi la duduk kat satu pondok dEkat dEngan masjid ni..

tenang..saya suka la duduk kat situ..
mata saya tak sakit..hati pun gEmbira jE..

Bak kata majalah Solusi..
bErsahabat lah dEngan alam..
alam akan mEmbuatkan kita tErasa dEkat dEngan tuhan..

tEringat pulak kata-kata ustaz Hasrizal..
kEnapa kalau orang yang bErlainan minat gEnre muzik kita tempatkan diaorang kat satu kawasan air terjun yang sunyi,kita bagi diaorang dEngar bunyi air tErjun,bunyi burung-burung dan bunyi-bunyi yang bukan buatan manusia..diaorang sEmua akan suka dan tEnang dEngan bunyi-bunyi tu sEdangkan hakikatnya jiwa diaorang tu minatnya bErlainan?

tak pErcaya?

cube bagi orang minat rock dEngar lagu dangdut?
mau tErcabut la tElinga diaorang campur dEngan bErguling-guling sEbab sEnak pErut..

tukar pulak..

bagi orang yang minat lagu jiwang meleleh-leleh tu dEngar lagu rock yang hEntak-hEntak kepala tu..
tak pasal-pasal 5 minit lEpas tu tErus dapat migrain..

tapi kenapa kalau 'muzik' dari alam ni..sEmua orang boleh terima?

sEbab..

" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih memujiNya, tetapi sekalian kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.." (17:44)

apa yang datang dari alam itu bukan sEbarangan 'muzik'..
alam itu sEdang memuji tuhan..bErtasbih..
sEbab tu la hati kita tEnang..hati kita boleh tErima dEngan mudah..
tapi kita ni sombong..
bila orang yang minat lagu Lady Gaga di suruh dEngar lagu nasyid yang mEmuji tuhan,
mereka akan cEpat-cEpat cakap..
"maaflah,bukan tastE aku nasyid-nasyid ni.."
tak ke bongkak bunyi ayat tu??

Erm...tadi saya terasa macam nak study kat masjid..
tak sampai 5 minit saya duduk kat satu tempat ni datanglah bEberapa orang mak cik duduk dEkat dEngan saya..
mElihat saya duduk sEorang jadi mEreka pun beramah-ramah la dEngan saya..
apa yang boleh jawab saya jawab la..
sambil mata dok pandang page yang sama je dari mula-mula buka buku tadi..

baru je nk khusyuk sikit..

tiba-tiba..

"leceh la nak pakai tudung ni..senget-senget..susah nak bEtulkan.." mak cik A mula mErungut.

"alah..ko beli je tudung yang boleh sarung terus tu..kan senang nak pakai.." mak cik B pulak jawab.

"x nak la,kalau aku pakai tu nanti muka aku nampak macam tua sangat la.." cakap mak cik A sambil dok mElilit-lilit tudung dia..

"eh, kalau kat luar ko pakai tudung ke?"

aiseh..saya dh mula hilang fokus lagi..
telinga ni degil nak dengar apa yang mak cik-mak cik ni bualkan..

" tak pun.. tapi kalau pergi kenduri ke,rumah saudara ke,aku pakai la..kalau keluar berjalan-jalan pegi shopping ke..tak pakai pun, biarlah orang nak cakap apa.." mak cik A jawab acuh tak acuh.

" betul tu..aku pun sama, biarlah orang nak cakap apa. kita yang tentukan diri kita sendiri. Orang nak cakap dah tua tak sedar diri ke, ah..lantak la diaorang.. kubur masing-masing.." mak cik B pulak menambah.

saya pulak terkulat-kulat di antara mereka..
mata masih mEnatap buku tapi mulut ni sudah terasa ingin mEmbetulkan 'fahaman' mak cik B..

Ah..lidah saya kelu..

saya hanya mampu bercakap di dalam hati..

bukan kita yang tentukan diri kita..

kita lupa yang tuhan sudah tentukan peranan kita sebagai apa di muka bumi ini..

kita hanya HAMBA..yang ditentukan untuk taat dan beribadah hanya kepadaNya..

kita sebagai KHALIFAH.. yang ditEntukan untuk memimpin diri dan orang lain menuju keredhaanNya..

sungguh..kita ni sombong!

lupa dan buat-buat tak tahu tujuan kita diciptakan untuk apa..

saya pantas mEngemas buku..

mElangkah keluar sambil mengeluh..

maaf..

selemah-lemah iman..
















2 orang yang dikasihi Allah..:

Theye said...

selemah2 iman adalah mencegah dgn hati..
itu je ryg terdaya....
wat insan mcm faz jugak tau2!!!!

afni natasya said...

smE la kita..huhu
tp xbleh asyik gni jE.
pErlu latih dri untuk x sElemah-lemah iman ni je k..sme3 la kita..:)

Post a Comment