Pages

Monday, May 09, 2011

tiga tahun lagi dik..

" kak lang, kak lang berapa lama lagi nak habis belajar?" soal adik bongsu saya
" tiga tahun lagi dik," balas saya perlahan
" lamanya..kak lang, boleh tak bila kak lang dah kerja dengan ada rumah sendiri nanti, adik nak duduk dengan kak lang?" soalnya lagi
" boleh dik..boleh.." hati saya dihambat sayu.
 saya pantas bangun menuju ke bilik sebelah meninggalkan adik sendiri. mengesat air mata yang tak mampu ditahan-tahan.



Hati Seorang Anak


saya kira adik masih kecil dan tak mampu memahami
tapi kata-katanya hari itu benar-benar meruntun hati saya
hati seorang kakak
juga hati seorang anak..

janji saya
tiga tahun lagi ye dik
bahagia saya ada pada bahagia mereka
sedih mereka maka deritanya kembali pada saya juga..

hati seorang anak
mana mungkin mahu menipu
walau nampak keras pada kata-kata
namun hatinya masih hati seorang anak
saat melihat orang lain
saya juga mahu mengucapkannya..

"Selamat Hari Ibu, emak.."



4 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

yang xde adik pon bleh terasa dengan rangkap3 awai tuh

T_T

afni_natasya~! said...

xpe..masih punya kakak atau abang.alhamdulillah..:)

::kita hanya akan bahagia bila melihat orang yang kita sayang bahagia::

Anonymous said...

alhamdulillah. . .^_^

agree. semoga berbahagia bersama3 keluarga. . .

insyaALLAH. . KEEP PRAYING TO ALLAH ^_^

afni_natasya~! said...

insyaAllah..:)

Post a Comment