Pages

Monday, October 31, 2011

jika benar kerana Allah..


jika benar kerana Allah
pasti hati tidak akan tergugah
walau hakikat itu terasa pahit sekali untuk diterima..

jika benar kerana Allah
pasti segalanya tampak indah
mana mungkin Allah menzalimi hambaNya
tidak sekali Allah membiarkan diri yang mencari lemas terkapai-kapai sendiri..

jika benar kerana Allah
tidak akan diminta balasan dari manusia
tidak akan diharap pujian menggunung
tidak akan terluka dengan kata-kata nista..

jika benar kerana Allah
pasti bahagialah hatimu
dalam setiap janji dari RabbMu
walau tidak terlihat dek mata manusia

Andai ini benar kerana Allah..
tetaplah kuat..
tetaplah thabat..

:: muhasabah sendiri ::

0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment