Pages

Monday, February 27, 2012

Aaa..malasnya nak fikir! T_T



i'm thinking rite now..

Bismillah..


Berfikir. Dalam-dalam. Lama-lama..

Saya selalu dengar yang orang kata bangsa Melayu ni bangsa yang malas berfikir. sebab tu tak maju. masih di takuk lama. Ah..malulah saya nak tulis banyak-banyak. sebab saya pun orang Melayu juga.

Tapi..bangsa itu ada apa je kan? bangsa bukan tiket untuk masuk syurga. Jadi, letak tepi.
Islam? Orang islam yang malas berfikir? Ok..ini lebih parah sakitnya dari bangsa yang malas berfikir itu.

Sebab..

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

[Al-An'aam:32]


kalau orang islam tu tak nak berfikir..

Dia mesti akan hidup dalam kelalaian. kenapa? sebab godaan dunia ni memang terlalu kuat
akan sentiasa mengejar-ngejar kita untuk leka dengannya.

Samalah macam kalau kita nak exam. Apa jadi kalau kita tak fikir pun yang exam kita dah nak dekat? Kita mesti akan dok leka lagi pegi jalan sana jalan sini, tak teringin pun rasa nak menghadap buku lebih sejam. *pang* (tertampar diri pulak)

itu baru kalau fikirkan exam dunia. exam akhirat? pernah fikir???

Malang sangatlah kita ni, kalau dah hampir duapuluh tahun lebih hidup kat dunia ni, tak pernah sekali pun berfikir (secara serius) tentang exam hari akhirat nanti. Masih dok berpoye-poye, berangan-angan nak mengejar dunia ni seolah-olah kita akan hidup selamanya.

Pernah tak berfikir..

Bila kali terakhir aku solat dengan kusyuk?

Bila kali terakhir aku mengalirkan air mata kerana risaukan diri yang penuh dengan dosa-dosa?

Jarang sangat kita nak fikir tentang nasib kita di padang mahsyar nanti. mungkin sebab kita masih-tak-rasa serius dengan janji Allah tu. takutnya nak cakap, tapi mungkin ke yang kita ni masih ragu-ragu dengan hari akhirat?

kita sangat ambik serius dengan final exam kita. sanggup bersengkang mata nak baca buku sebab takut tak dapat jawab exam, tapi.. untuk akhirat?? kita selalu berfikir dua kali.
Nak puasa sunat ke tak eh esok? macam malas je. tak payahlah, minggu depan je la..
kita kan bagi banyak alasan. again and again..

Berfikir = Bermuhasabah diri



"Tasya rasa tasya kena muhasabah diri lah" kata saya memecah kesunyian di dalam kereta

"Mestilah. setiap hari kena muhasabah diri." balas seorang teman

"Ohh..tasya rasa tasya kena muhasabah diri dengan lebih spesifik, kenapa dalam minggu ni je dah lebih lima kali nak berlanggar dengan kereta orang,"

Serius.saya tiba-tiba sangat risau bila fikirkannya. Hampir lima kali mahu bertembung dengan kereta di hadapan agak membuatkan saya dilanda perasaan yang semacam bila mahu memegang stereng.

Saya kira yang saya memang bernasib baik kerana Allah mentakdirkan saya masih sempat menekan brek untuk kesemua kejadian tu. Ada yang memang sipi-sipi saja, ada yang memang sudah 'terjerit' sendiri di dalam kereta..yang mana semuanya membuatkan jantung saya hampir saja berhenti sendiri.

"Ya Allah..mujur lah aku baca mathurat hari ni."
saya memang sangat-sangat ingat kata-kata naqibah saya di matrix dulu, katanya kalau kita baca mathurat setiap hari, insyaAllah kita akan dilindungi dari musibah dan perkara yang tidak diingini. bila jadi perkara-perkara yang hampir-hampir meluruhkan jantung macam ni terasa sangat dengan pesan naqibah saya tu, terasa yang Allah masih melindungi diri ni dari peristiwa yang menakutkan macam ni.

Adakah saya terlalu cuai? malas nak tengok cermin kiri kanan depan belakang? memandu dengan bahaya?
Fikir! Fikir! Fikir!
Kalau malas nak fikir mesti saya akan mengulanginya lagi di hari yang lain pula..

Fuhh..tolonglah ingatkan saya selalu

"Tasya..hati-hati bila bawak kereta.."

Saya sangat menghargainya..:T_T:


2 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

"Tasya..hati-hati bila bawak kereta..."

::afni natasya:: said...

sangat menghargainya..terima kasih T_T

Post a Comment