Pages

Thursday, February 09, 2012

Cuti.Conteng.Comot


hati berbunga.eh..

Bismillah..

Dari semalam saya dok mengedit satu entry baru,entah kenapa susah sangat nak habiskan entry tu. Macam biasa , saya biarkan dalam kotak draft,nanti kalau kerajinan tu datang balik,insyaAllah saya sambung.
Susah jugak rupanya nak menulis elok-elok ni. nak menconteng macam ni memang lah senang.

Adehh,sebenarnya nak cakap yang jeles dengan orang yang mampu menulis dengan baik ni. Bila tulisan dia mampu menyentuh hati orang lain dan meninggalkan kesan kat orang yang membaca tu. I wish to be like that too..T_T
(Usaha lah lagi tasya,kan ke semua benda boleh digilap..Aceehh) ><

Baca.Baca.Baca!

Seminggu lebih dah saya dok rumah ni. Haa..adakah iman semakin bertambah ataupun tengah ada rasa macam nak hantuk je kepala kat dinding sebab macam tak buat apa-apa??
Kalau nak tahu sebenarnya cuti ni penuh dengan keazaman untuk menghabiskan segala macam buku yang ada kat sekeliling ni. Tambahan pula, lepas dapat Baucer Buku Free dari Uncle N ,so memang excited habis la dok membeli buku sana sini. Memang seronok kan dapat beli buku-buku ni, tapi bila time part nak baca tu (terutama sekali buku-buku fikrah), tak sedar bila masa boleh terlelap.=_='
Eh, tapi yang ajaibnya, kalau novel boleh pulak habiskan dengan penuh perasaan tepat pada masanya.
Aaaa..(jerit sambil tumbuk-tumbuk diri sendiri)

Ni nak list buku-buku yang berada dalam senarai untuk dibaca sepanjang cuti (tak termasuk buku-buku yang hanya baru disentuh kulitnya)

1) Tarbiyyah Islamiyyah & Madrasah Al-Banna
2) Nafahat Al-Jumaah : 12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman
3) Raheeq Makhtum (yang ni memang over.saya start baca dari tahun lepas lagi tak habeh2.Grr..)
4) Malam Pertama Di Syurga
5) 101 Akhlak Nabi (ehh,ni buku kartun bergambar yang saya belikan untuk Naufal hari tu.Out.out.out)

Sumenye dah start baca sikit-sikit.Bila rasa macam 'mengantuk' saya tukar-tukar.Huu
Mungkin bila baca buku-buku yang agak berat ni, syaitan yang lebih besar dok kacau lagi gigih bagi kita ngantuk.kalau baca novel? Err..entahlah.
Tapi serius.nak tak nak memang kita kena baca buku-buku fikrah terutama sekali kalau kita kata yang kita ni orang dapat tarbiyyah dan join usrah. Bila baca buku-buku macam tu barulah celik mata hati kita tentang jalan dakwah dan tarbiyyah ni. Tak kan dah join usrah pun masih nak baca novel macam Ombak Rindu tu kan? Ataupun hanya memilih untuk baca karya-karya penulis macam Hlovate je?
Come on..sekarang memang kena paksa diri baca tulisan orang-orang hebat macam Imam Hasan Al-Banna, Syed Qutb,Al-Qardhawiy...(dan banyakkk lagi)
Fuhh..kan ke memang takde masa kalau nak kata cuti ni hanya nak dok sesaje tu??

Saya & Kereta

Saya sebenarnya tak berapa rajin nak ambil tahu pasal kereta ni. tapi ape kes kalau nak isi air kat mana pun tak tahu kan? Bak kata tok guru, "Kesian kat kereta tu.Mati kehausan sebab air pun takde". Selain daripada tahu membawa kereta dan tahu melanggar devider dengan jayanya, orang perempuan pun kenalah tahu sikit-sikit (banyak lagi bagus) pasal kereta.

Sebab dah insaf sekarang, daripada hari pertama saya sampai rumah sehingga lah malam tadi, saya dok ingatkan ayah, "Ayaahh, sebelum kak lang balik johor ayah kena ajar kak lang pasal kereta tu tau," saya dok ulang-ulang sampai ayah pun macam tension je dengar..

Lepas tu siapa tahu macam mana nak mengingat jalan dengan dengan cepat? Teruk sangat rasa sebab hari tu ambil masa dekat TIGA JAM nak balik dari Bangi ke Kepong ( campur dengan jalan jem jugak). agak stress di situ bila perjalanan sejam jadi tiga jam (ye laa, jalan jem la.jalan jem..memang lah lame) T_T
tapi yang paling melampau adalah kenapa saya boleh lalu sampai 6 tol untuk sampai rumah. ENAM tau tak?Huhu..tak pernah-pernah dibuat orang, padahal jalan tu lah yang saya dok ulang alik time sekolah kat Sepang dulu.
Mujurlah Nora (my adik) sangat positif time tu.
"Tak pe kak lang, nanti kita ingat lah jalan ni kita pernah lalu",
Ye la tu..kalau tanya sekarang memang terkebil-kebil lah saya tak ingat jugak..

Kan..
Banyak bebeno kelemahannye tu..:P




p\s: rindu UTM. dan orang-orang di UTM..^^

5 orang yang dikasihi Allah..:

Muhammad Qayyim Bin Suhaimi said...

=) kene abis kan satu2 dulu kot buku tu...
pasal cari jalan tu, biasala...qayyim pun sama..kalau afni bace blog qayyim baru2 ni, pun sama jgk..kita dpat nasib yg sama..huhuhu...nk wat cam ne, nk cari ilmu kan...=)

::afni natasya:: said...

biasenye mmg baca mcm tu. tp, yg ni rsnye kalau nk tgu habehkan satu dulu baru start baca yg lain mmg xdapek nk nolong eh do..
mgkin kalo rasa cm malas3, pastu baca buku pasal syurga, rasa motivate sikit nk habehkan..

mcm suara misteri dok bergema kat telinga..

"Syurga..syurga..xnak ke syurga, cepat habiskan baca,"

hihi!

Anonymous said...

jika kamu sudah berusaha menebalkan 'kulit bawang' itu dengan pelbagai pengisian.. tapi kamu masih mencari2.. macam mana lah dengan diri ini y 'senipis kulit bawang'..
jeles nyer...!!!


*COMEL kot bermonolog sendiri.. heh~

::afni natasya:: said...

Wahai encik..semua org kena berusaha..

* Tak payah nak comel3 sangat lah~!

Muhammad Qayyim Bin Suhaimi said...

heheheh.....=)

Post a Comment